Friday, February 5, 2010

Masa: Terbaik Atau Terbalik?

Aik, tajuk tu gaya macam mengedit tajuk thread kat iluvislam je..ehehe dah terbiasa mungkin.

Haip..Hari ni terasa ingin menulis sesuatu kat belog yang telah lama ditinggalkan ni. Sesuatu yang kadang kita pernah lalui, sedang lalui atau mungkin juga akan melaluinya suatu masa nanti. Bila bercakap soal masa, banyak perkara dalam hidup kita berkisar dan berkait dengan masa. Kadang kita berjalan selari dengan masa, berlari meninggalkan masa dan mungkin juga pernah merangkak mengejar masa yang jauh meninggalkan kita. Yang pasti, setiap saat, setiap minit dan setiap jam, masa pasti bergerak tanpa pernah berhenti walau sedetik.

Orang yang berakal akan melalui setiap saat dalam hidupnya dengan bahagia dan penuh pengisian. Orang kurang berakal akan senantiasa melalui saat-saat yang merugikan dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak berakal, setiap saat dalam hidupnya adalah kegembiraan dan kesengihan, kerana mereka adalah orang gila.

Pernah tak dalam kehidupan seharian kita, kita selalunya akan membuat keputusan yang tanpa kita sedar akan melibatkan masa? Ya, semua dari kalangan kita pernah melalui samada dalam sedar mahupun tidak. Sesuatu berita, khabar gembira, sedih mahupun khabar yang tidak baik, sebenarnya sangat bersangkut paut dengan pemilihan masa yang sesuai untuk kita khabarkan pada umum. Soal kematian, jodoh mahupun berita berkenaan adik kita yang baru lepas bersunat pun perlu mempunyai kesesuaian masa untuk dikhabarkan.

Contohnya, pabila bercakap soal kematian, adalah sangat tidak sesuai untuk mengkhabarkan ia kepada seseorang pada ketika orang tersebut dalam keadaan sakit mahupun kesusahan. Silap-silap nanti, bukan satu kubur yang terpaksa digali, tapi dua. Akhirnya siapa yang untung? Penggali kubur itu juga yang dapat double payment.



Teringat satu thread dalam iluvislam.com. Jodoh: Mencari atau Menunggu? Lebih kurang la dia punya tajuk. Mencari, memerlukan masa yang sesuai. Menunggu juga memerlukan masa yang sesuai untuk menunggu. Jika masih muda belia, menunggu bukanlah sesuatu perkara yang salah dan dilarang, kerana mereka mempunyai masa untuk menunggu dan dicari pasangan mereka. Tapi jika usia makin meningkat tua, menunggu bukanlah satu pilihan yang terbaik. Mereka perlu bertindak sebagai pencari bukan lagi penunggu. Kekangan masa yang sangat mendesak memerlukan mereka bertindak mencari dengan agresif agar apa yang ditetapkan Allah itu mudah dan cepat untuk mereka perolehi. Tak salah berusaha lebih selepas berdoa, selebihnya kita tawakal dan mohon pertolongan dari Allah.

Kadang jika diikutkan nafsu yang bergelora, seringkali ingin saja diluahkan dan dikhabarkan sebarang berita baik kepada dunia. Tapi memandangkan ianya sesuatu yang belum pasti, dan sesuatu yang masih agak jauh untuk dicapai, jadi sekarang bukanlah satu masa yang sesuai untuk diumumkan kepada semua. Ia bukan saja berkaitan soal jodoh dan pertemuan, tapi berkisar kepada semua benda disekeliling kita.

Seronok sangat ke umumkan yang kita ada awek, ada pakwe, ada balak dan ada bunga? Kadang pelik dengan sikap segelintir muda mudi sekarang, terlalu berbangga dan menggagungkan pasangan masing-masing. Berbangga yang kita punya pasangan, punya seseorang yang menyayangi kita. Sampai sanggup diletakkan di laman sosial masing-masing sehinggakan orang ramai boleh melihat dan mengusyar pasangan mereka tu. Ah, hapekejadahnya mereka buat macam tu? Bangga ada awek cantik? Ada balak hensem? Kalau dah tahu pasangannya kita tu cantik, hensem, simpan dan jaga la maruah dia baik-baik. Jangan nak dipamerkan dan pertontonkan kepada umum. Simpan elok-elok untuk diri kita seorang je. Itu pun tak boleh fikir ke? Haish -_-"

Pilih masa sesuai, masa yang terbaik untuk mengumumkan kepada semua orang. Jangan sampai satu masa nanti, kerana sikap kita yang salah memilih masa, kebahagiaan yang kita harap, sebaliknya yang kita dapat. Akhirnya, semua terbalik. Rebah, terlentang jatuh menyembah bumi. Frust menonggeng. Terjun bangunan. Mati dalam kekufuran. The end.

Perlu ke cakap? Errr..tidak perlu.

* M E N C A R I D A N M E M I L I H *

7 contengan diterima:

--as-- on February 5, 2010 at 10:43 AM said...

Salam...
saya setuju dengan apa yang awak tulis...
perkara yang menggembirakan mmg kalau boleh nak heboh satu dunia..tapi kalau dalam bab pasangan ni kalau belum sah lagi...elok simpan dulu...kalau tak jadi sangat memalukan dan menyedihkan...
Saya dalam perjuangan untuk tidak terlalu menunjuk-nunjuk...seksanya...;p

~Cinta Cukulet~ on February 5, 2010 at 12:59 PM said...

itu la, benda yang belum pasti tak yah la nak heboh-heboh, yang dah pasti pulak tak payah la nak menunjuk-nunjuk sangat, nanti riak pulak jadinya...hehehe

cikgu_eya on February 21, 2010 at 9:47 PM said...

hoh... macam menyuruk sesuatu...
Baek cakap cepattt... tikam kangg...

hoho... gambar di atas adalah sangat cumilll...^^

Dr. Yani on March 9, 2010 at 2:47 PM said...

wahh.. interesting! ^^

Fiddarbi Yasir on March 15, 2010 at 12:32 PM said...

Yup cikgu_eya... Macam ada yang terselindung~ Tak pernah jumpa lagi orang yang tak tayang 'si dia' dia. Bukak mulut je tak dak t0pik lain nak cakap...

Kadang2 nak tanya mereka2, "Apa motif kau bagitau kat aku nih?"

Baru2 ni terbaca kat blog kawan lama, post tu dia tujukan kepada kekasih barunya. Yang tak tahan tu, kat bawah ada "DEAR SOMEONE (you know who),even its just started.lets make this 'new thing' last forever. may Allah bless us. amin....."

Dan ramai pulak yang tanya balik, "Kau tak sunyi ke dok sorang2?" "Macam mana kau boleh tahan"

Suhana Amirul on March 16, 2010 at 3:00 PM said...

Err.

Kenapa gambar kartun perempuan tu macam berkumis aja.

Wakakaka! :P

CTNAQUIA ESIR on March 16, 2010 at 7:26 PM said...

rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan!

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal