Tuesday, February 10, 2009

Perasaan Dan Persediaan

Bila tiap kali perkataan CINTA diungkap, sesiapa sahaja pasti akan tertarik untuk membaca dan mengetahui apakah pengisian dan cerita yang ingin disampaikan. Bila sesekali melewati forum-forum samada forum berbentuk Islami mahupun forum-forum biasa, isu ini tidak sunyi diperkatakan dan dibincangkan. Selalunya thread yang sebeginilah mendapat tempat yang tertinggi dari segi hint mahupun reply post daripada ahli-ahlinya. Ada sahaja yang ingin dikongsi dan diluahkan pendapat, yang serba banyak menampakkan manusia ini cukup berminat dan sensitif dengan isu berkenaan CINTA ini.

Jika dilihat dari sudut yang positif, CINTA itu tidaklah merupakan suatu perkara yang dilarang, kerana perasaan ini adalah satu anugerah dari Allah swt yang cukup bernilai kepada hamba-hambanya. Setiap makhluk ciptaan-Nya pasti disemai dengan perasaan ini walhal ianya adalah seekor haiwan sekalipun. Tujuannya adalah untuk menyemai rasa sayang yang sekaligus membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan dimuka bumi ini.

Perasaan CINTA, seringkali ia datang tanpa diundang, dan ia pergi tanpa dipinta. Kedatangannya membawa seribu kenikmatan tetapi sekali ia pergi, sejuta keperitan yang dirasa. Mencintai seseorang mungkin sekejap sahaja kita mampu lakukan, tapi untuk melupakan insan yang pernah kita cintai, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan episod hidup mereka sudah berakhir bila kehilangan insan yang dicintai.

Menjadi seorang remaja yang meningkat dewasa, dengan usia yang sudah pun melebihi angka 23 walaupun baru beberapa bulan, perasaan cinta dan ingin dicintai bukanlah suatu perkara yang agak asing dan perlu dibendung mahupun dielakkan lagi. Sekali ia datang menghinggap diri, susah dan amat sukar untuk dielakkan. Ia seolah-olah menghantui diri dan mengejar walau kemana pun kita lari. Ia umpama bayang, selalu hadir bila siang mahupun malam, setia mengekori dan bersatu pada diri kita setiap masa. 

Jadi, kena perlu mengelak lagi? Kerana ia merupakan anugerah dari Allah swt buat diri kita. Sebaliknya pengurusan dan pengawalan perasaan CINTA itulah yang perlu mengambil tempat untuk dilaksanakan. Jangan terus hanyut dan tertipu dengan perasaan ini yang tidak menjamin apa-apa lagi buat diri kita selagi akad tidak dilafaz.

Aku bukanlah seorang yang cukup sempurna dalam menentukan hala tuju hidup. Selalu berfikiran jauh kehadapan dan suka berangan dengan kehidupan yang aku impikan kelak. Disebalik memikirkan kerjaya, topik berkenaan perkahwinan seringkali memaksa kotak pemikiranku ini untuk turut memikirkannya. Persoalan berkenaan calon, merisik, bertunang dan seterusnya ijab dan kabul memang selalunya menjadi antara perkara wajib untuk difikir dan dibayangkan. Kehidupan selepas berkahwin, mempunyai anak dan seterusnya corak dan didikan yang sepatutnya aku berikan kepada zaujah juga anak-anakku kelak selalu sahaja aku fikirkan dan aku rancang strategi-strategi yang patut aku persiapkan untuk menempuh alam berkenaan kelak. Kerana aku bakal menjadi ketua keluarga, seorang imam dan juga peneraju kepada bahtera yang akan aku layari kelak.

Mungkin perkataan seperti, "awalnya dah fikir nak kahwin, belajar pun belum habis", pernah dilontarkan pada diri kita. Seringkali manusia menjadikan masa belajar adalah penghalang untuk terus memikirkan berkenaan soal perkahwinan. Habis belajar dijadikan antara syarat untuk mula berfikir mengenai CINTA. Jika ia datang disaat pengajian belum sempurna, adalah kita perlu memaksa diri menolaknya sedangkan hati dan perasaan sendiri terseksa? 

"Bermujahadahlah, lawan perasaan tu, insyaAllah jika dia dah jodohmu, pasti suatu hari nanti akan menjadi milikmu jua", kata-kata keramat dan nasihat yang cukup glamour diucapkan. Cukup ke hanya dengan duduk diam tanpa usaha kerana ianya adalah satu ketentuan dari Allah? Jika begitu, kenapa Rasulullah dulu bersusah payah mengubah nasib ummatnya sedangkan baginda boleh untuk bersenang lenang goyang kaki kerana Allah swt dah menjamin akan mengubah masyarakat baginda dengan Islam.

Aku percaya, Allah swt pasti memberikan sepenuh kebebasan kepada ummatnya untuk merubah dan menentukan nasib meraka. Sebab itulah kita digalakkan untuk berusaha dan terus memperbaiki diri untuk merubah nasib diri sendiri. Jika tidak, buat apa kita susah-susah belajar, sedangkan takdir Allah telah pun tersedia didepan mata kita nanti. Tunggu dan tunggu saja lah ketentuan Allah itu.

Dalam soal CINTA pun sama, usaha kita kena ada, tawakal kita hanyalah selepas berusaha bersungguh-sungguh. Konsep dan praktikal usaha itu pun kita kena perhalusi sebaiknya, agar tidak terjebak dengan usaha dan kelakuan yang di tegah Allah swt.

Azam dan keinginan aku adalah untuk membina sebuah keluarga yang baik dan penuh dengan rahmat serta keredhaan dari Allah swt. Biarlah keluarga yang akan aku bina kelak, jauh lebih baik daripada keluarga aku sekarang ini. Anak-anak yang bakal zaujahku lahirkan kelak, akan aku didik dengan sebaik didikan yang jauh lebih baik dari apa yang aku dapat dari kedua ibubapaku sekarang.

Disinilah perlunya persediaan, dan persediaan itu tidak akan sempurna jika menunggu saat-saat akhir sebelum disatukan baru hendak difikirkan. Jadi, bermula dari sekaranglah persediaan itu perlu. Setahun, dua tahun persediaan tidak terlalu awal mahupun merugikan, malah berbaloi untuk menempuh kehidupan yang jauh lebih lama kelak. Ia mampu mempersiapkan diri dengan sesempurna yang mungkin demi kehidupan berkeluarga yang akan ditempuhi nanti. Lebih-lebih lagi diriku sebagai seorang lelaki, yang akan menjadi suami dan secara automatiknya seorang ketua keluarga yang akan menerajui sebuah institusi kekeluargaan, dan institusi ini insyaAllah akan menjadi sebuah institusi kekeluargaan Islam yang berjaya dan mendapat keredhaan dari Allah. InsyaAllah, itu azamku.

"Lelaki yang baik, adalah untuk perempuan yang baik".

Soal pemilihan pasangan memang patut dititikberatkan dari saat awal membina sebuah masjid. Ini merupakan satu titik awal perjalanan hidup berkeluarga kita kelak. Dan Rasulullah sendiri ada bersabda, "perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang berAGAMA nescaya kamu mendapat kebahagiaan". Disini dapat dilihat bagaimana sebenarnya konsep memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup kita kelak. Dan dalam satu hadis baginda yang lain, ada turut dinyatakan jika ada seorang lelaki soleh meminang seorang perempuan, hendaklah diterima pinangan tersebut. Betapa besarnya ciri agama yang perlu dititik beratkan ketika saat memilih pasangan ini. Kerana dengan agamalah akan mewujudkan satu kehidupan yang sempurna selaras dengan kehendak agama, bertolak ansur dan bersederhana.

Apakah masih terlalu awal untukku memikirkan soal ini? Tidak, kerana melalui pemikiranlah akan membentuk persediaan. Kerisauan memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul akan dengan sendirinya membuatkan kita menilai diri, adakah sudah cukup bersediakah diriku ini untuk memikul tanggungjawab yang besar itu? Adakah sudah cukup ilmu yang perlu aku sematkan didalam dada sebagai bekal untuk aku melayari bahtera perkahwinan aku kelak? Cukup bersediakah diri aku untuk mendidik anak-anak aku kelak? Bagaimana jika aku gagal mendidik mereka? Apa yang akan terjadi pada mereka kelak? Aku ini tempat bergantungnya zaujah dan anak-anakku, pelindung, pendidik dan juga imam yang mereka akan ikuti dan contohi, tapi adakah aku ini sudah cukup sempurna untuk menjadi role model bagi mereka?

Pokok pangkalnya adalah kedua mempelai yang akan disatukan. Jika cukup persediaan mereka, insyaAllah, akan sempurnalah kehidupan yang mereka impikan selama ini. 

Insan yang aku dambakan bukanlah seorang insan yang sempurna semuanya, kerana manusia tidak akan lari dari kekurangan disebalik kelebihan mereka. Kerana pada hakikatnya, diriku jua punya kelemahan yang akan dirasai oleh pasanganku kelak. Mungkinkah dia mampu menerimanya, ataupun jelek dengan kelemahanku itu. Sebab itulah diajarkan supaya melebihkan agama bila memilih pasangan, kerana insyaAllah hanya dengan agamalah yang akan membuatkan seseorang itu sedar dengan hakikat kekurangan ini dan menerima seadanya pasangan mereka.

Cuma apa yang aku harapkan, zaujah yang juga bakal ibu yang akan melahirkan zuriatku kelak, biarlah seorang yang aku cintai sepenuhnya bukan kerana paksa. Begitu juga dipihak dia, biarlah menyintai dan memilihku dengan seikhlasnya tanpa sebarang kesangsian. Kerana sekali silap memilih, akan menyebabkan bertahun-tahun hidup merana.

Perbaiki dan persiapkanlah diri sebaiknya. Aku dipihak aku, dan dia dipihaknya. Aku menjaga akhlakku, dan dia juga memperelokkan akhlaknya. Aku mahukan dirinya menjadi peneman yang baik pada diriku, dan aku juga berusaha akan menjadi pendamping yang terbaik buat dirinya. Aku inginkan kesetiaannya sepenuhnya pada diriku, dan aku juga akan curahkan sepenuh kesetiaanku pada dirinya. Aku mahukan dirinya menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak, dan aku juga akan menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Menerima teguran dan sedia untuk ditegur. Bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Menunaikan peranan dan bukan hanya sekadar mempersoalkan hak yang tidak habis-habis seperti karangan Ustaz Hasrizal dalam buku Aku Terima Nikahnya itu.

Siapakah sidia itu? InsyaAllah, bila dirinya hadir kelak pasti akan diketahui. Buat masa sekarang, biarlah ia menjadi rahsia demi menjaga kepentingan dan sensitiviti diri masing-masing. Doakanlah moga dipermudahkan segalanya, dan diberikan kekuatan untuk menempuh segala macam cabaran dan halangan dalam usaha kami melangkah ke alam yang dihalalkan segalanya, alam penyatuan CINTA dan KASIH SAYANG atas dasar CINTA dan SAYANGnya kepada Allah  dan Rasulullah saw.

Huh.. Jauh otakku berkhayal, entah kemana lagi ia akan pergi dan pergi. Biarkanlah, akan aku lepaskan ia pergi sejauhnya, asalkan ia tahu untuk kembali pada diriku..ngehehehe (berfalsampah pulak)

* I K U T I M A N P A N D U H A T I *

14 contengan diterima:

Anonymous said...

hebak2..
patrik nak bersedia sekarang arr...
soalan bonus?
siapakah buah hati admin?

sape dapat jawab patrik belanje aiskim

Lisam on February 10, 2009 at 12:51 PM said...

admin pn nak tahu gak, sapekah agaknye buah hati admin tu ye?
ngehehehe...

cpt2, sape dpt jwb...:D

Fah@Umi on February 10, 2009 at 9:33 PM said...

macam kene atas dahi lak yg perenggan atas tu..huhu..yuna pun dah kene bersedia ni..haha...

Lisam on February 11, 2009 at 12:58 AM said...

pakcik bukan takat atas dahi, atas tinge, idung , mate, mulut, siku, lutut sumer laa..ekekekeke

Bashir IbnDzul on February 11, 2009 at 1:56 AM said...

salam.

akhi, mcm dah tak lame je lagi??

jangan lupe jemput..

~Cinta Cukulet~ on February 11, 2009 at 5:43 PM said...

wah..saya suka ayat tok tu...ia ibarat bayang2,selalu hadir bila siang mahupun malam. cinta tu kan fitrah insani, manusia memang tak dapat elak dari cinta kan hehe

Lisam on February 12, 2009 at 1:32 AM said...

to kahfi
kalo jemput, wajib hadir taw..
kalo xdtg, kene geget...:p

to cinta cukulet
tul tu..
cik cinta cukulet pun xle lari gak dr cinta, name pun dah cinta...hihihi

Anonymous said...

pakcik...
keinginan tuh ade..
tapi akibat "menyedari diri" sendiri yang xcukup matang camno??

nak kena sedia gak ke ek??
huu..

=[

Anonymous said...

Assalamualaikum..

"perasaan itu bukan untuk dielak tapi untuk dikawal..sebab tiada benda yang ditakdirkan milik kita, kita boleh elak.."

Dah lama tak singgah baca blog akhi...wah catatanya seperti ngak lama lagi mau mendirikan masjid ya..hehehe t jangan lupa jemput tau :)

Lisam on February 13, 2009 at 3:37 PM said...

to anonymous
jika masih merasakan diri xcukup matang, persediaan pertama yang perlu dilakukan ialah, cuba belajar menjadi seorang yang matang.

tp jika diperhalusi baik2, sbnrnya kematangan itu tidak perlulah dijadikan pra-syarat untuk mula bersedia, kerana kbnyknnya akan mula berubah menjadi matang, bila masjid telah didirikan. corak kehidupan & kesedaran terhadap t/jwb sbg zaujah/zauj itulah sbnrnya yang akan mematangkan kita.

konsepnya sama spt kematian. kita dituntut mengingati & bersedia menghadapi kematian itu. tidak kiralah kita kecil mahupun besar, tua mahupun muda, kerana kematian itu pasti dtg tanpa kita ketahui bila tarikh & masanya.

to pawanayah
hehe..wallahu'alam
nak cakap pun tatau camne...:D

Anonymous said...

cinta ni mmg fitrah..tp sejauh mane kita memandu fitrah kita..ke jalan benar or sesat..wallahua'lam

QalbunNur on March 15, 2009 at 3:35 AM said...

assalamualaikum...
ayat nie menarik ana tuk terus membaca artikel nie..

"Sekali ia datang menghinggap diri, susah dan amat sukar untuk dielakkan. Ia seolah-olah menghantui diri dan mengejar walau kemana pun kita lari. Ia umpama bayang, selalu hadir bila siang mahupun malam, setia mengekori dan bersatu pada diri kita setiap masa."

asal kunjung blog nie atas nak lihat layout ana properties kat sini.seperti apa yg di tulis admin,persoalan cinta-cintun nie menjadi rangking utama sebagai bacaan kat mana2.
masyaALLAH..artikel nie sedikit sebanyak membuka minda ana tentang perasaan dan persediaan.dan sedikit sebanyak membantu,menghadapi situasi diatas walaupun hati memang nak menolak keras...syukran..(-_-)

Qalam Aisyiq on May 23, 2009 at 12:34 PM said...

syukran...
amat menarik perhatian ana..utk terus membcanya...

bila bca niyh...
bila pikir balik..
i dun knoe if,
boleyh kah, zauj an..dpat trima ana seadanya...

herm..neva mind..ana bukan nak kawen skarang..so, x nak pkir2 lagi...=)

Anonymous said...

belajar banyak

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal