Lama sudah membiarkan ruang blog ini tidak diisi dengan satu pengisian yang berguna dan memberi input yang bermanfaat buat pembaca juga yang tersinggah ke sini. Alhamdulillah, malam ni ada lah menggodek-godek khazanah harta bukan karun fail-fail di dalam laptop aku ni, dan terjumpalah satu artikel yang agak menarik membincangkan berkenaan thiqah. Bagi golongan pendakwah, usrah dan jemaah, aku rasa perkataan ni tidaklah begitu asing bagi mereka, tapi bagi yang kurang berjinak-jinak dengan semua ini, pasti berkerut dahi saat membaca perkataan ini.
Thiqah, satu perkataan yang sangat diidamkan untuk dijadikan title bagi seorang pendakwah. Tanpanya, sesebuah dakwah itu tidak mungkin akan berjalan dengan sempurna seperti yang diharapkan. Selalu orang menyalah anggap thiqahnya seseorang itu hanyalah pada penampilan dan perbuatan semata-mata. Sehinggakan ada yang sanggup berubah sikap, semata-mata ingin dilihat sebagai seorang yang thiqah. Seorang yang lahir dengan keadaan diri yang ceria, suka bergelak-gelak dan bergaul dengan orang sekeliling, sanggup bersikap hipokrit, diam dan tunduk sentiasa kerana ingin dikatakan seorang yang thiqah. Sedangkan dirinya sendiri pun tidak selesa dengan keadaan tersebut. Jadi bukanlah satu penilaian yang baik untuk mengukur ke thiqah an seseorang itu melalui sudut ini.
Jadi, untuk mendapatkan maklumat dan penerangan yang lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan thiqah ini, bagaimana mengukur seseorang itu thiqah dalam perjuangannya, eloklah diteruskan pembacaan seterusnya.
Thiqah dalam Ilmu Hadith adalah sifat yang diberikn kepada perawi yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang melayakkan periwayatan hadithnya diterima. Dalam amal dakwah, thiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya & kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Thiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat & kata-katanya & dihormati keperibadiannya.
Thiqah adalah status yang perlu dmiliki oleh semua penggerak dakwah. Tidak kira samada dia adalah pemimpin atau pengikut. Kewujudan thiqah membolehkan pemimpin dihormati & ditaati oleh pengikutnya sementara pengikut pula akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Thiqah jugalah yang memastikan kemesraan antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.
Jadi bayangkan lah jika thiqah telah luput dari kalangan kita, pemimpin telah hilang thiqah terhadap pengikutnya & pengikut telah hilang thiqah terhadap pemimpinnya, yang muda telah hilang thiqah pada yang tua, rakan-rakan seperjuangan sudah hilang keyakinan sesama mereka. Organisasi akan porak peranda, amal dakwah akan tergendala, tanggungjawab akan terabai & setiap pihak yang terlibat pastinya akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala.
Apakah yang dapat mewujudkan thiqah pada seseorang?
Thiqah wujud apabila terpancar dari keperibadian seseorang itu segala nilai-nilai murni hasil dari penghayatannya terhadap Islam & perjuangannya. Di antara nilai-nilai ini, yang paling penting ialah keikhlasan, amanah & jujur dalam semua hal.
Jika sedikit sahaja orang tahu bahawa kita ini tidak ikhlas, amanah @ jujur, orang tidak akan lagi mempercayai kata-kata kita @ mentaati perintah kita @ menghormati keperibadian kita. Akibat paling buruk dari situasi ini ialah berleluasanya fitnah & tohmah & hilangnya hak ukhwah.
Perlu difahami bahawa thiqah juga adalah natijah dari ikatan hati antara manusia. Membina keikhlasan, amanah & kejujuran bukan satu perkara yang mudah bagi kita. Ia menuntut satu mujahadah yang panjang & sukar. Mengikat hati-hati manusia juga bukan satu perkara yang mudah.
Ertinya membina & memperolehi thiqah bukan satu usaha yang mudah. Thiqah menuntut satu pembayaran harga yang tinggi untuk memperolehinya. Ironisnya, thiqah begitu mudah untuk hilang dari kita. Ia hanya memerlukan sedikit kesilapan dari kita @ sedikit buruk sangka dari orang lain @ fitnah ke atas kita, maka hilanglah apa yag telah dibina selama ini dengan harga yang mahal.
Sekali thiqah hilang, sukar untuk diperolehi semula & jika ini berlaku, yang pertama sekali perlu disalahkan ialah diri kita sendiri.
Bagi pejuang dakwah, thiqah adalah sesuatu yang terlalu bernilai untuk dikorbankan kerana tanpanya bagaimana orang akan menerima ajakannya kepada Islam & bagaimana organisasinya akan diterima oleh umum.
Peliharalah thiqah orang terhadap kita, berilah thiqah kepada mereka yang berhak & layak & jauhilah dari mencabuli kehormatan orang yang kita merasa sukar untuk men thiqah nya lagi.
* P E R E L O K D I R I *
9 contengan diterima:
Fuh..best lah pasal topik nie...
mumtaz deh akhi...hehe
salam....hahaha
sebut fasal thiqah aku teringat ustad2x arab...
ustad arab:ente nie x thiqaHHHH...~~~
ps:salam ziarah...mugkin kali pertama dan terakhir..lalalaa
salam....hahaha
sebut fasal thiqah aku teringat ustad2x arab...
ustad arab:ente nie x thiqaHHHH...~~~
ps:salam ziarah...mugkin kali pertama dan terakhir..lalalaa
salam....hahaha
sebut fasal thiqah aku teringat ustad2x arab...
ustad arab:ente nie x thiqaHHHH...~~~
ps:salam ziarah...mugkin kali pertama dan terakhir..lalalaa
salam....hahaha
sebut fasal thiqah aku teringat ustad2x arab...
ustad arab:ente nie x thiqaHHHH...~~~
ps:salam ziarah...mugkin kali pertama dan terakhir..lalalaa
tolong deletekan comment aku yg serabut...tersilap tekan,adesss
salam ukhwah...saye pengunjung baru dlm blog saudara..saye tgh mencari article thiqah sbnrnye..n google it so terjmpelah blog saudara...so saya amat2 m'hrpkn agar 1 permintaan saya ni ditunaikn..yakni mntak saudara trgkn dgn lebey detail mengenai thiqah ini..dr segi lughah,istilah...dan berkaitan "thiqah ini terhadap pemimpin dan ahli2 jemaah dlm pembentukan jemaah yg padu dan kuat"
untuk saidari saifqutus..
artikel tu merupakan satu perkongsian sahaja. saya bukanlah seorang yang pakar untuk membincangkan soal berkenaan. jadi, mohon maaf dari saya kerana tidak dapat memenuhi permintaan saudari...asiff..teruskan berkunjung kesini ya...^^,
saye berstatus saudara utk pengetahuan pencinta illahi...hehe..n klo free sile2 la kunjung blog saye ye..
Post a Comment