"Mak, Amad nak kahwin"
"Mak, Amad nak kahwin"
"Mak, dengar tak ni? Amad cakap Amad nak kahwin. Amad betul-betul nak kahwin ni"
Ibu tua itu berlalu tanpa sepatah kata. Hanya jelingan dihujung mata yang mampu diberikan. Itupun antara nak tak nak saja. Ibu tua itu pun sudah bosan mendengar rungutan dan permintaan anak terunanya yang seorang itu. Hampir setiap hari, perkataan sama saja yang akan didengarinya. Ia seolah-olah menjadi rutin harian baginya semenjak ketiadaan suaminya kerana terlibat dengan kemalangan yang telah meragut nyawa suami berserta tiga ekor kucing kesayangannya. Kebetulan pada hari kejadian, suaminya nekad ingin membuang kucing tersebut walaupun dibantah keras olehnya. Namun kudratnya tidak mampu lagi menghalang kehendak suaminya, hanya taat dan redha saja dengan keputusan drastik yang telah diambil suaminya itu. Natijahnya, status janda yang disandang sehingga sekarang.
Namun, Amad tidak pernah kenal erti putus asa. Walaupun seringkali dan saban hari permintaannya itu sedikit pun tidak diendahkan ibunya, tapi dalam hatinya nekad juga untuk memujuk ibunya bersetuju dengan permintaannya itu. Hatinya keras, sekeras hati arwah bapanya dulu ketika mengambil keputusan membuang kucing kesayangan isterinya. Bagi Amad, hanya itu jalan terbaik yang mampu dia fikirkan memandangkan cintanya pada Faizah tidak mampu lagi dikekang. Keinginannya untuk memperisterikan Faizah seakan sukar dibendung lagi, lebih-lebih lagi bila melihat kebahagiaan atuknya yang baru saja mendapat isteri muda. Tahap kejelesannya pada atuknya sendiri cukup tinggi, disebabkan itulah hatinya tekad untuk memaksa ibunya bersetuju dengan permintaannya itu.
Setiap kali Amad menyuarakan hasratnya pada ibunya, hanya ucapan sama yang meniti dibibir orang tua itu. "Amad, bukan mak taknak bagi kamu kahwin dengan Faizah tu, mak sukakan Faizah, baik budi perkertinya, pandai menghormati orang tua dan manis juga wajahnya, tapi mak tak mampu untuk membenarkan lagi kamu untuk menikahinya. Mak tak boleh, dan mak tak akan izinkan kamu berkahwin lagi dengannya". "Tapi kenapa mak? Kenapa? Mak, jawab la kenapa?".
Seringkali persoalan itu ditinggalkan sepi tanpa jawapan. Bukan ibunya tidak ingin menjawab, cuma ibunya sengaja hendak memaksa anak terunanya itu berfikir sendiri. Kerana jawapannya telah pun ada pada anak bertuahnya itu.
"Mak, kalau mak tak bagi juga Amad kahwin, Amad nak merajuk dengan mak 3 hari 3 malam. Amad nak mogok lapar, Amad taknak makan, biar Amad lapar, lepas tu Amad mati. Lepas Amad mati, takda dah la orang nak tolong mak pergi kedai, tolong cangkulkan tanah kat belakang rumah, tolong picitkan kepala mak bila mak pening-pening. Amad taknak dah tolong apa-apa lagi, biar mak buat sendiri". Kali ni, Amad seakan tekad, keras suaranya ketika menyuarakan kata-kata ugutannya ini. Ibu tua itu sedikit terkejut, namun tetap memaparkan wajah tenang saat mendengar ugutan itu, setenang wajahnya semalam, dua hari lepas, dah bulan lepas, saat anaknya itu menyuarakan hasrat yang sama.
Namun, jauh disudut hatinya, ibu mana yang tidak kecewa dengan sikap biadap anak sendiri. Tetap juga ia bersedih dengan sikap anaknya itu, lebih-lebih lagi anak tunggal yang dibelai dan disayang setiap masa sedari kecil tanpa rasa penat dan lelah walau sedikit pun. Sedih, kadang ibu tua itu menangis sendiri mengenangkan perbuatan anak terunanya. Bukan sekali, tapi hampir setiap hari telinganya dihujani permintaan yang sama. Tapi tangisnya tiada siapa yang tahu, hanya pokok kayu dan ayam ternakan peninggalan arwah suaminya yang menjadi teman dikala kesunyian dan kesedihannya. Amad? Malas ia nak memikirkan. Setiap kali jumpa, kata-kata sama juga yang diterima, kahwin, kahwin, kahwin. Jika sehari tidak mendengar perkataan itu, pasti ada yang tidak kena pada anaknya. Samada anaknya itu demam ataupun keluar berdating dengan Faizah.
"Abang, jikalau lah pada masa sekarang abang masih mampu berada disisi Imah, pasti abang mengerti perasaan Imah sekarang ini. Betapa sedihnya perasaan Imah pada masa ini mengenangkan anak kita seorang itu. Imah kadang-kadang buntu dalam membuat keputusan, tapi bagi Imah itulah keputusan yang terbaik boleh Imah putuskan demi kebaikan anak kesayangan kita itu. Abang, kembalilah pada Imah, Imah terlalu rindukan abang, Imah seakan tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup ini tanpa abang disisi, Imah lemah abang, Imah tidak kuat. Abang...". Tersedu-sedu tangisan ibu tua itu disisi pusara arwah suaminya. Sesekali ia menjeling tajam kearah kuburan 3 ekor kucing disisi pusara. Darahnya menyelinap keseluruh badan, "ah, kerana korang 3 ekorlah suami aku meninggal. Sampai bila-bila aku tidak akan memaafkan korang bertiga, aku benci, benci, benci pada korang...!"
"Amad, ooo Amad, mari makan nak, mak masakkan lauk yang Amad suka ni..", kedengaran lemah lembut suara ibu tua itu memujuk anaknya makan bersama. Selang beberapa minit, Amad muncul. Alhamdulillah, lega hati ibu tua itu melihat panggilannya dipatuhi anak terunanya. Kebiasaanya hanya kecewa yang terpaksa ditanggung ibu tua itu, tapi kali ini tidak.
"Duduk Amad, mari mak tuangkan lauk untuk Amad ya". Amad hanya diam membisu, dibiarkan saja ibunya itu membuat segala-galanya. "Amad, makanlah, kenapa ditenung saja nasi tu, sejuk nanti tak sedap pula nak makan". Amad terus diam membisu, sesekali nasi disuapkan kemulut tapi seolah-olah hanya dipaksa-paksa.
"Amad ada masalah ke?", cepat ibu tua itu dapat membaca air muka anak yang dikandung lebih 9 bulan itu "A'ah mak..". "Masalah dengan Faizah?", pantas soalan itu terpacul dimulut. Lama Amad termenung seolah-olah memikirkan bait jawapan yang terbaik untuk diberikan kepada ibunya itu. Sesekali nasi disuap kemulut. Ibu tua itu masih sabar menanti jawapan dari anaknya.
"Sebenarnya mak.. Petang tadi Amad ada jumpa Faizah. Lepas tu.. Ermm..". Tersekat-sekat ucapannya, seperti ada rahsia besar yang ingin dikongsikan. "Sebenarnya petang tadi Faizah cakap dia taknak kahwin dengan Amad lagi". "Laa, ye ke ni Amad? Tapi kenapa sayang?", bersungguh ibu tua itu bertanya. Hatinya sedikit geli melihat telatah anaknya ini, tapi tetap ia bersabar melayan semampunya.
"Faizah cakap, Amad kena tanya mak, sebab jawapannya ada pada mak. Amad dah desak dia cakap kenapa, tapi dia tetap taknak bagitahu kat Amad. Mak ada jawapannya ke? Faizah ada cakap kat mak?". Ibu tua itu tersenyum, dalam hatinya memuji tindakan Faizah, gadis sunti yang digilai anak terunya ini. Alhamdulillah, Faizah sudah mula sedar, hanya anak terunanya ini yang masih bebal tidak mahu faham-faham.
"Amad.. Mak selama ini bukannya sengaja tidak mahu membenarkan Amad kahwin dengan Faizah. Dan juga bukan sengaja taknak bagitahu sebab kenapa mak tidak membenarkan korang berdua kahwin. Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya beduka setiap masa. Ibu mana yang sanggup menolak permintaan anaknya. Ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya terus dihimpit kesusahan dan kegelisahan. Tapi mak buat semua ini demi kebaikan Amad dan Faizah juga. Mak taknak Amad dan Faizah susah dikemudian hari".
"Amad dengar baik-baik apa yang mak nak cakap ni. Setelah sekian lama mak pendamkan jawapan ini dengan harapan suatu hari nanti Amad faham sendiri jawapannya apa, tapi harini rasanya adalah hari yang terbaik untuk mak luahkan segala-galanya untuk Amad faham." Panjang lebar mukaddimah dari ibunya, namun Amad tetap setia menunggu bait-bait ayat seterusnya.
"Amad, Amad sedar tak yang Amad tu baru darjah empat? Amad sedar tak yang Amad punya burung pun belum kena potong? Amad sedar tak yang Amad ni masih lagi kanak-kanak yang tak cukup kasih sayang? Amad kecil lagi, kecil, kecil, dan kecil lagi. Amad ingat kahwin ni macam main kahwin-kahwin dengan main masak-masak yang saban petang Amad duk main depan rumah dengan Faizah tu ke? Ha Amad? Amad sedar tak sekarang?".
Terkebil-kebil mata Amad mendengar kata-kata dari ibunnya itu. Barulah dia sedar, rupa-rupanya dia masih didarjah empat. Faizah tu pun satu kelas dengannya. "Hahahaha...", Amad tiba-tiba gelak sendiri. Turut sama disertai ibunya, gelak guling-guling selama lebih kurang tiga jam dan empat puluh lima minit. Haish, Amad...Amad..
Ngahahaha... Sekian hasil nukilan a.k.a karutan dari incik Lisam.. Adios~
* S E D A R D I R I *

18 contengan diterima:
muahahaha
wakakah
kahkahkah
kekeke
haha
hehe
huhu
Allah hai
lawoklah pok cik
ingatkan cita suspen
dah ah berdebar2 nak tunggu part last
rupenyer bau darjah ompek
eleh
ontah2 ni kisah pok cik tyme kecik2dulu
cuma jalan cita tuh diubah skit
dan agenda utama dier
mesti KAHWIN...
haha
cik lisam ni ske sgt buat benda yg bukan2..dh tak dek keje lah tu..ske sgt merepek2..ngeee~~
salam..
wahaha..hahaha..huhu..
brOlisam nie mmg la. Kite beriya-iya bce..bru drjh 4..hahaha..
Entah2..broLisam yang nak kawen!!hahaha
waaa~
dengan khusyuknya gue membaca.. rupa-rupanya.. ahaha~
ape daa Amad tu, isk3...!
nie mesti pakcik yang ajar kan?! kan!
wakaka~
burung belum kena potong?
darjah 4?
dah gatai nak kahwin..
adeh~
nak ketuk je wase~
apapun..
nak gelak..
ahahaha..
ahahaha!
ahhahahaha!
[gelak dengan sopan n tersipi2]
ekeke~
ok...ok...
pada semua-semua...
baca balik citer tu...
tapi kali ni,
tukar mana2 bahagian yang ada AMAD kepada LISAM...
lps tu...
baca smp abeh...
hahaha....
selamat membaca sekali lagi dengan penukaran Amad kpd Lisam!!
aduh..poning betul dgn pakcik lisam ni..
dah gatai bebeno nak kawen ye...
pg la kabar kt omak ekau...
:D.. nk kawen jmput sy akan nasi minyak ye
actually nak cakap tadi
ni sebenarnya AMAD ke
AMAN??
ingat kisah pok cik aman shah tadi
haha
hehehehehe...
hahahahaha...
huhuhuhuhu...
ape da...
ni sbnrnye kisah en. lisam..
nk cover2 plak...
hak3...
amad oh amad~
haih...kalu akak jd mak amad, akak sekeh2 je sampai benjol..haha..tak baligh lg pun belum lagi dah menggatai, adeih..
MasyaAllah. Baru darjah 4 rupanya. Hahaha. Nampaknya ini kisah Lisam masa zaman kanak-kanaknya.
Amboi encik Lisam... Hampir semua post sekarang ni berkaitan dengan kawin ya? Hahahaha~
ngahaha,,
rase nak bako je blog neh..
to humbleservant
waa..ini bukan kisahku..ini kisah Amad..:p
leh gak tukar Amad tu jadi Aman..
awal2 mmg terpikir name tu pun..ekeke
to nurislam
cik nurislam cukup memahami ku..
memang dalam kebosanan tahap gaban..
kerna itulah hadirnya idea2 yang karut wal marut ini..haha
to rerama
ala rerama, sumer orang nak kawen kan..
ke cik rerama taknak?
kalo cik rerama taknak, kesian la kat incik2 rerama jantan kat luar sane..
to ya habibi
ya habibi..sungguh gelakmu begitu sopan..membikin diriku teruja bagai..haha
bile dah jadi mak budak nanti, potong burung anak cepat2 ye..
kesian dia kalo jadi cam Amad ni..
to aman
lisam xbest, Aman lagi best..
dah dekat tu..
Amad = Aman...haaaa
to puterinurzahra
dah habaq kat mak kite..
mak cakap, burung dah potong ke?
haha
to azzahra
tidak..tidak..
ini kisah Amad..
eee..dak ni, nak kene pok pale nih..
to asniza
kekanak sekarang ni dilanda sindrom nak kawen cepat..
kekadang penyakit itu terjangkit ke diri ku juga..
waaaaa....hahaha
to adawiyah
tema belog ni dah memang cinta..
pernah kawan bitaw, belog ni adalah perjalanan saya dalam mencari zaujah terchenta..
lagipun bile cite bab nikah kawen ni, amai je yg berminat nak bace..
termasuklah adah...kan2222?
to adni
jangan dibako..
selam lam air laut trus..
suke sangat buat cerita mengarut kan?
kesian kat org2 yg bace..
ahaks~
amad darjah 4 dah nak pikir sal kawin, relax mase darjah 4 pikir mcm mn nak kenakan kawan2 tak tau nk berkasih sayang nie.... idea buli jek banyak.. hahaha ingat darjah 4 naik basikal gi umah arif ngendap dia . hahahaha budak tu dok dlm umah je keje dia tak mau kuar main .
hahaha..hang ni memang tade keje..
leh plak anak dara p ngendap anak teruna..
dah terbalik tu kak long...
ces
tinggi jugak imaginasi hincik lisam ineh
salam alaiykh..
(^_^).. citer nie memang menarik dan lucu..pandai penulis menolah ayat..dan menjadikan ending yg xdisangka2...semoga maju jaya..
ana agak dah ending cter ni mesti e2 la...tapi ok la ceria gak klu nak gelak pun..kuang2x
suspen je nk tnggu ending......tergelak habis...heheheh kelakar la citer ne.... :)
Post a Comment