Sunday, June 7, 2009

Pergi Kau Jauh Dari Hidupku

Muahaha.. Siapakah yang telah aku suruh pergi main jauh-jauh itu? Siapakah yang dihalau itu? Anak kucing? kah Anak kambing kah? Anak kerbau kah? Teett.. Salah.. Jawapannya.. Diriku sendiri.. ngeeee~

Alhamdulillah, baru saja selesai mengemas segala macam harta benda yang telah aku cipta semenjak berada dibumi Shah Alam ini. Yang tinggal hanya pakaian yang memenuhi sebuah almari baju yang belum aku simpan kedalam beg. Malam ini saja, aku telah pun berjaya menyumbangkan dua biji plastik hitam sampah untuk MBSA kutip keesokkan paginya. InsyaAllah, ini merupakan sumbangan sampah terakhirku untuk bumi Shah Alam ini, bagi sesi ini. Lain kali, aku cuba sedeqahkan lagi sampah untuk diorang kutip.


Menyingkap kisah dua tahun bermastautin dibumi Shah Alam, terlalu banyak kisah suka duka yang telah aku lalui. Disini, banyak benda yang aku pelajari saban hari sehinggakan membuatkan diriku sendiri seakan sudah jatuh cinta dengan bumi bertuah Shah Alam. Kalau ikutkan, memang aku taknak dah tinggalkan tempat ni, tapi tuntutan ditempat sendiri memaksa aku untuk pulang ke kampung halaman.

Disini, aku mengenal apa itu binatang bernama blog. Disini juga aku diajar apa itu tumbuhan bernama forum. Pokok kayu bernama YM, walaupun sebelum ini sudah pun berjinak-jinak dengannya, tapi tidaklah seaktif semenjak berada dibumi Shah Alam ini. Bermula dari hanya kenalan terdekat, kawan-kawan sekelas dan satu kursus pengajian, sehinggalah kepada insan-insan yang tidak pernah aku kenali dan ada diantaranya sampai kehari ini aku tidak pernah lagi bertegur sapa walaupun sudah berapa lama tersenarai di-list YM ku ini.

Kalau dulunya aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang penyegan walau dialam maya sekalipun, tapi sekarang makin lantang bersuara diforum-forum yang aku sertai. Bermula dengan seorang ahli biasa yang cukup aktif, sehinggalah diterima menjadi salah seorang moderator umum disebuah laman forum islamik. Alhamdulillah, satu penghormatan yang cukup bermakna yang telah diberikan oleh Iluvislam.com bagiku disertai bersama tanggungjawab dan amanah yang cukup besar untuk aku galasi. Alhamdulillah, sesekali tidak pernah aku menyesali akan kerelaan aku untuk menyumbang serba sedikit kepada forum tersebut, walau kadang kala masa yang aku ada terpaksa diperuntukkan sebahagiannya untuk kerja-kerja diforum, tapi aku puas dengan pengorbanan dan sumbangan yang telah aku lakukan. Ukhuwah yang terbina sesama kami krew dan moderator cukup indah dan cukup erat. Kalau dari dulu aku mengetahui indahnya berukhuwah dan bekerja kerana agama Allah ini, pasti akan aku sertai mereka sejak dulu lagi. Sungguh, keadaan sekeliling dan pengaruh budaya cukup memberikan impak yang besar kepada diriku ini. Dan ini tidak lain tidak bukan, Shah Alamlah yang menjadi saksi segala-galanya perubahan yang aku alami ini.

Dan satu perkara yang memang cukup memberi kesan yang besar pada diriku adalah bila aku mula ber-blogging. Kalau diikutkan aku ini bukanlah tergolong dalam golongan insan-insan yang pandai mengayat dan mengarang sesuatu. Jika dibangku sekolah dulu, matapelajaran penulisanlah antara yang aku paling tidak menggemarinya. Kerana aku bukanlah seorang yang pandai mengarang dengan baik dan mampu menarik minat orang untuk membacanya, dan seringkali karanganku pendek-pendek dan lebih kepada penyataan isi semata tanpa huraian berbunga yang panjang lebar.

Bermula hanya dengan mencuba-cuba setelah terpengaruh dengan tulisan blogger lain, minat untuk turut sama berkongsi membuak-buak dan nyata jalan yang aku pilih ini tepat dan amat sesuai bagi diriku dalam memberikan peringatan dan teguran kepada semua. Alhamdulillah sekarang boleh jugalah untuk aku berbangga dengan hasil yang telah aku perolehi sejak menceburkan diri dalam dunia blogging ini. Jutaan terima kasih buat semua pengunjung terutamanya pengunjung dan pembaca setia yang tidak jemu membaca dan memberikan komen bagi setiap hasil nukilan dan karutan ku selama ini. Nama kalian tetap terpahat dibenak fikiran dan hatiku dan akan aku ingat kalian semua sebagai seorang sahabat dan teman bagiku, insyaAllah buat selamanya. Sungguh, kalianlah pencetus semangat dan aspirasi bagiku untuk terus menulis dan berkongsi sesuatu dialam maya ini.

Ops, tulis panjang-panjang gaya ntah pape ni hape ke hal? Dah nak mati ke? errkk.. InsyaAllah, hari ini merupakan hari terakhir aku menjejakkan kaki dibumi Shah Alam, buat masa ini. Kerana jika mengikut jadualku, insyaAllah esok malam aku akan berangkat pulang ke Terengganu untuk satu tempoh yang belum diketahui lagi. Segala tanggungjawab aku dibumi Shah Alam ini telahpun selesai dan Terengganu memanggilku untuk pulang berbakti kepadanya.

Dan untuk pengetahuan semua, blog ini bakal mula bersawang bermula dari hari ini sehinggalah ke satu tempoh yang tidak diketahui lagi. Jika aku rajin menjejakkan kaki ke CC, insyaAllah akan aku buang segala jenis sawang tersebut. Jika tidak, biarkanlah ia terus bersawang dan membiakkan baka-baka sawang yang berkualiti tinggi. Mana la tahu, boleh dimanfaatkan kelak..hoho

Dah, banyak lagi baju yang aku nak kemaskan ni. Nanti kelam kabut pula nak menyumbat segala macam harta tu dalam kereta. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi Allah ini. Tunaikan segala amanah, hindari segala tegahan, insyaAllah hidup pasti akan dirahmati dan dalam redha Allah sentiasa.

Sementara berkesempatan, ingin aku memohon maaf kepada anda semua jika selama ini terdapat salah silap yang mungkin tidak disengajakan. Kepada sahabat-sahabat moderator dan krew Iluvislam, mohon maaf juga kerana terpaksa meninggalkan tugas disana buat seketika. Bukan sengaja, cuma batasan jaringan internet memaksaku meninggalkan tanggungjawab disana buat seketika. Kalau diikutkan sayang, rela aku terus menetap disini, tapi...uhuk..sob3x..TT_TT

Photobucket

Selamat tinggal dan semoga berjumpa lain disesi karutan yang seterusnya. Bila? Entahlah belalang, bapak pun tak tahu.. Sapa nak teman hantar pakcik balik? Jom.. Nanti pakcik kasik doploh sen sorang ek, wat beli gula-gula susu..^^

Adios..

Assalamualaikum..

* D O A P E R P I S A H A N *

11 contengan diterima:

masyitah on June 7, 2009 at 11:04 AM said...

salam...

alahai pakcik, jgn sedih2 ye...
nt kami tolong bersihkn sawang yg bertapak kt blog ni...hee
moga terus success ye...
istiqamah dan thabat di jalan perjuangan...

AsNiza on June 7, 2009 at 11:58 AM said...

salam..

pakcik, jgn ler sedih2..
masa untuk bermuhasabah diri tu..
sementara tkde tenet, renung diri semula..apa baik dan buruk selama berdampingan ngn pakcik tenet..hehe

yg pasti, warung makngah pasti merinduimu..adik beradik iluvislam konfem rindukan pakcik..

jaga diri baik2 yer..ada rezeki kite jumpa lagi, insyaAllah

Qalam Aisyiq on June 7, 2009 at 2:09 PM said...

Salam...

wah2..bila membaca ni..
sdih pun ade..huk3x..

Jap3...ade tisu tak pokcik..??
ape..??takde???...

Haaa.. G minx kat Mok cik cepat..
ngeh3~~

Bertambah sakitlah ana nty..
akhi x de..:(

Ni yang makin sediyhh ni...

relax on June 7, 2009 at 3:44 PM said...

sedihnyer..... tak der bro nnti nak lepak same2 . ok bro moga berbahagia kat ganu tuh... n moga dapat kerja. owh bro jangan lupa kirim salam kt new baby n parents bro. ati2 dlm perjalanan

humbleServant on June 7, 2009 at 6:38 PM said...

k nothing to say
just wishing you best of luck

actually nak cakap
nanti dah berjaya jgn lupa kami semua

eceh macamlah kita pernah jumpa ",

buat penyu2 kat terengganu
ghoyak ke demo
saya kem salam

muahaha

Anonymous said...

cume nak wish good luck lam kehidupan yang mendatang

ado keja kosong pas2 arr..

kawen jangan lupe panggil abe blerr ek

adios amigo from abe blerr yang comei

~Cinta Cukulet~ on June 7, 2009 at 9:30 PM said...

selamat pulang ke kampung halaman pakcik...negeri ini memerlukan baktimu hehehe :)

Anonymous said...

salam..

adeh..dh hilang la brOlisam yang suka mngusik nie!!yg pntg if de mase jgn lupe kn kteowng kt blog n ili..hahaha..g la cc..sejam dua..lalala..
Moga berbahagia.

Fah@Umi on June 20, 2009 at 4:48 PM said...
This comment has been removed by the author.
Eyra Syahera. on June 27, 2009 at 7:42 PM said...

Salam..

alomak..
jtuh chenta lak pd blog yg stu ni..
haha..
mmg best ar..sntai jer tatkala
m'bce sgla pngisian di
dlm blog sprti ini..
klaw der karutan yg bru,
share2 lar ngn kmi kt cnie k..
hehe..

jge dri bebaik yer,pokck..
:)

mohad on July 8, 2009 at 1:18 PM said...

cantiknya blog ni...macam macam ada...

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal