Tuesday, April 8, 2008

Dari Meja Menaipku

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan pada Allah swt atas kurniaan rahmatNya padaku selama ini. Juga dengan rahmat dan kasihNya, aku masih lagi mampu untuk bernafas di muka bumi ini..

Hari ni dah masuk minggu terakhir bagi pengajianku di semester 4. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untukku menghabiskan sisa-sisa hari terakhirku yang perlu untukku gagahkan diriku ini ke kelas seperti kebiasaan. Selepas minggu ini, corak hidupku mungkin akan sedikit berubah. Daripada selalunya mandi awal-awal pagi untuk ke kelas, mungkin akan menjadi sedikit lewat or maybe akan terlalu lewat..huu..

Semester 4...Banyak meninggalkan kenangan dalam diari hidupku. Terlalu banyak kisah yang terjadi yang telah mengubah corak hidupku dalam semester ini. Sejak dari zamanku mengambil diploma dulu, aku rasakan semester ini agak unik bagi diriku. Perjalanan masanya juga ku rasakan terlalu cepat. Sedar tak sedar, aku dah pun berada di minggu terakhir dalam semester ini. Kadang-kadang aku sampai terfikir, apa yang aku dah belajar semester ni? Apa yang aku dapat? Betul ke dah nak habis sem ni? Kod matapelajaran yang aku ambil pun aku masih tak ingat dan boleh tertukar lagi. Kalau bab nama lecturer tu, mostly since belajar diploma dulu, memang kena hafal dulu la sebelum masuk dewan peperiksaan. Nanti terkial-kial lak nak tulis nama manusia mana la yang mengajar matapelajaran tersebut kat answer sheet aku..hehe..Bukan apa, dah memang jenis aku ni yang tak suka nak pergi jumpa lecturer. Kalau dalam kelas lak, bukan jenis yang suka bertanya pun. Bila ditanya soalan, mula la terkial-kial tanya member sebelah. Boleh jawab aku jawab, takleh jawab aku mempraktikkan la kebolehan aku tesengih-sengih cam kerang busuk..ekekekekee

Ni belum masuk bab iman lagi. Banyak mana dah amal ibadat yang aku kerjakan semester ni? Banyak mana pula dosa yang dah aku buat semester ni? Bertambah ke iman aku? Atau semakin nipis ke imanku semester ni? Apa sumbangan aku pada agama semester ni? Ada pada takuk lama lagi ke? Sekadar pandai berkata-kata lagi ke aku ni berbanding mempraktikkannya? Hati aku lak macam mana? Aku dah jaga secukupnya ke? Atau aku masih membiarkan hatiku menguasai imanku lagi ke? Aku ni dah bla..bla..bla...ke?

Lepas minggu ni, bermula la minggu study week bagi student-student yang sama waktu dengan aku. Semester ni, aku dengan member-member aku dapat study week sampai 2 minggu. Sebab first paper kami bermula agak lewat. Tapi bagi aku, dapat la study week sampai 1 bulan pun, jam yang diperuntukkan untuk study memang tak leh nak dibandingkan dengan hari-hari yang duk relek. Kalau esok or lusa lom ada paper, maknanya buku akan baca diri diorang sendiri la..hahaaa

Balik kampung? Persoalan yang biase bermain diminda para mahasiswa dan mahasiswi mana-mana universiti pun. Bila tibanya study week, memang persoalan ini la yang akan pertama sekali bermain-main dalam fikiran. Bagi yang siswi, awal-awal lagi dah usyar tiket bas. Takut habis lak nanti. Kawan aku mitak tolong aku belikan dia tiket dah 3 minggu lepas lagi. Bagi siswa, tetap cool. "Alah, awal lagi, nanti esok nak balik aku p la cari tiket." Tapi bila dah habis, mula la nak menyesal. "Ish, kalau aku beli awal-awal pun dulu, kan dah tak leh balik, padan muka aku."

Aku pun tak terkecuali la..ekekekekee..Bukan apa, bimbang tak jadi balik nanti. Kita hanya mampu merancang, Allah yang berhak menentukan segala-galanya bagi kita. Contohnya cam kes kawan aku tu. Dah la mitak aku tukar tarikh tiket, lepas je aku tukar tarikh, dia kata tak jadi balik lak. Ha, kan dah rugi tu. Nak pegi jual balik pun satu hal nanti. So, bagi aku la, better beli lewat bila dah betul-betul confirm nak balik. Tak la banyak masalah lak nanti. Tapi kalau nak balik raya, memang la kene cari awal-awal, tak pasal-pasal beraya kat umah sewa nanti..huuu

So, untuk sem ni, aku cam biasa la, perancangan nak balik umah 2 tetap ada. Minta berkat dan restu la katakan. Teringin gak nak dengar kata-kata hikmah pembakar semangat dari orang tua aku, lebih-lebih mak aku. Boleh la aku buat bekal untuk jawab final exam nanti. Lagipun memang dah lama sangat aku tak jenguk umah aku kat kampung nu. Rindu dah aku kat insan yang membesarkan aku sejak dari kecil sampai la aku jadi manusia seperti sekarang ni. Adik-adik aku lak ape cite dah sekarang ni. Eri, mimi, ada ngn shima. Adik-adik aku yang duk kat menara gading lak, bila la dorang nak balik agaknya. Abang ngan kakak aku yang dah keje lagi la, susah bebenor nak jumpa. Alhamdulillah gak sebab akak ngn abang no 2 aku duk area KL ni, jumpa gak la sesekali. Dah la sem ni aku kene praktikal masa cuti 2 bulan ni. Jadi, memang aku takde mase dah la nak balik umah, jumpa adik-adik aku, berkumpul ramai-ramai cam masa kecik-kecik dulu, walaupun tak la selalu sebulu, tapi bila dah adik beradik sendiri, buruk camne pun tetap kita sayang gak, tetap kita ambik tahu gak, tetap kita care most gak kan?

Exam..Exam..Exam..Minggu terakhir ni macam biasa la, test leh katakan setiap hari mesti ada. So, memang akan jadi ulat buku secara terpaksa rela la aku sepanjang minggu ni. Macam-macam subjek kena baca, kena ingat, kena hafal. Aduss, buleh pecah kepala kalau setiap hari sepanjang semester dipenuhi dengan test. Albert Einstein pun leh botak habis kepala dia kalau gini..huhu

Cukup la dulu untuk kali ni, memang dah melampau-lampau panjang lak aku tulis ni. Awal-awal cadang nak luahkan sikit je isi hati, tapi tetiba idea mencurah-curah cam hujan yang sedang turun sekarang ni. Alhamdulillah, ilham yang dikurniakan oleh Allah swt pada diriku yang hina ini. Sepatutnya buat masa sekarang ini, aku berada kat dalam kelas, tapi...hahhaaa...Malas tul rasanya bila dah habis silibus ni. Lagipun slip peperiksaan dah dapat, dah tertulis pun subjek yang akan kita ambil nanti, jadi tak perlu la nak bimbang sangat bila tak pergi kelas pun..haha..Ape punya falsafah yang aku guna ni..muahahahaaa

Okeh, buat sahabat-sahabat sekalian, wish you all best of luck for your coming exam. No matter where you are and what you want to do, remember Allah always. He always be you and watch what you do and what you think. He knows everything bout you but you only knows little bout Him. Takes Allah as your first priority in your life. You love Him, He will love you to more than you love Him. You hate Him, He thousand times more will hate you. Ask your iman, not your heart..Jazakallahu khairan kathira........

* H A T I S E D I H *
Read rest of entry

Monday, April 7, 2008

Peribadi Soleh dan Solehah

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua... maksiat dan kerosakan sangat berleluasa..Wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang pembeza yang ketara lagi.

Pakaian? Em, kelihatan seakan-akan sama saja. Agama? Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... ada masa ke nak fikir pasal agama ni?


Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya...


Ku tinjau-tinjau,


Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje... Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang...



Ya Allah,


Sukarnya mencari wanita yang solehah...


Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...


Aii... iyeke?


Kesiannya anda sekalian... yang lelaki susah nak cari yang solehah...


Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh!


Hehe... teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri...


Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer?


Takkan pupus kot?


Takdelah... mana boleh pupus pulak...


Takkan pupus punya,


Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni... so, senanglah si solehah nak cari anda... so, persoalannya andalah yang kena mulakan... kena ada mahu... letakkan iltizam...


Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer...


Ingat... anda kena mula juga...


Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan?


So, sebagai kesimpulan.. .


Anda-anda semualah yang kena mulakan...


So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah. .. bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai...


Bersama redha Ilahi pastinya...


Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda...


Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession.. . dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah. .. insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia...


Ok?


Em, wahai insan yang bernama wanita... sahabat yang bergelar lelaki... jangan buang masa... marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer?


Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita?


Takkan sikit pun tak ada?


Sedihnya kalau tak ada... rugilah anda nanti...


Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat...


Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami...


Di samping lakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi- sedikit solat-solat sunat...


Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah. . Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh... Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..


Em, seterusnya.. . perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas...


Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu...


Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti... Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti...


Jadi... untuk menjadi insan soleh-solehah. .. anda perlukan ilmu...


Banyakkanlah membaca... di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang!


Em... susah ke?


Senang je ni... basic semua ni...


InsyaALLAH.. . anda mampu lakukan... ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!!


Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah...


Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya...


Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi...


Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah

* S O L E H K A N D I R I K U D U L U *

Regards to Nur Izwah for sharing this article. Thanks a lot.
Read rest of entry

Saturday, April 5, 2008

Warkah Sayang Dari Kekasih Abadi

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........


Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbarunya.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.



Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.


Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.

Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu...... .. tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.



Subuh ........ Zuhur ....... Asar ..........Mahgrib ......... Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU .........

Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU.... ........! !!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu setiap saat ........

* A M P U N K A N K U Y A A L L A H *

Regards to Nur Izwah aka muslimah sejati for sharing this article.
Read rest of entry

Mudahnya Mencari Isteri Solehah

Assalamualaikum wbkt,


Dipetik dari cerita kwn saya.....


“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
“Macam cari gagak putih,” tambahnya.
“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.
“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”
“Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”
“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.



UKUR TAKWA


“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.
“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”
“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.


ADA CARA LAIN


“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.
“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”
“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”


LEBIH TEPAT


“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”


TERLALU IDEAL


“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”
“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”
“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.
“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”
“Maksudnya?”
“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”


MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN


“Boleh lebih kurang lah ni ye?”
“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”
“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”
“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”
“Oh saya faham”
“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”
“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”
“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”


Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian..Tapi, ade betul gak kan?? huhu


* A K U G I M A N A ? *


Regards to Nur Izwah aka muslimah sejati for sharing this article.

Read rest of entry

Friday, April 4, 2008

Karangan Kontroversi

Salam..

Untuk posting kali ni, aku nk kongsi ckit cite lucu yang aku jupe kat tenet..Adoi,sakit perut aku mase bace karangan budak ni..Xpenah-penah aku terpikir akan ade gak budak macam ni kat dunia sekarang ni..hahahahaa

Tapi sedikit sebanyak ape yg aku leh 'conclude'kan dr ape yg aku bace dr karangan ni, rupe2nye inilah realiti hidup zaman sekarang..Betapa jauhnya masyarakat sekarang ni dengan ajaran Islam yang sebenar..Hidup jauh lebih jahil dari masyarakat jahiliah zaman dahulu..Orang zaman batu pun aku rase takde la sejahil ni..Yang jadi mangsanya adalah anak-anak..Inilah akibatnya bila ibu bapa tidak lagi mengendahkan agama dalam kehidupan seharian..Didikan agama diketepikan, hidup mengikut cara barat, macam orang yang tak punya agama dan pegangan hidup..So buat buat sahabat2 yang sedang mencari-cari calon tu, buatlah pemilihan yang tepat..Jangan duk nk pandang cantek or hensem je semata-mata..Pilihlah yang beragama..

Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam satu hadisnya yang masyhur bermaksud:

"Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan"


So, sama2 la layan cite pendek ni..Buat la andaian korang sendiri..Aku xlarat nk gelak dah..ekekekee





* A D U S G E L I H A T I G U E *
Read rest of entry

Surat Cinta Hawa Buat Adam

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.



Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?



Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...


* D I R I K U J U A A D A M *


Regards to Nur Izwah aka muslimah sejati atas perkongsian posting ini.

Read rest of entry

Wednesday, April 2, 2008

10 Fakta Cinta!!

1.Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta tetapi lebih baik kamu memfokuskan pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2.Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi. Jika kamu menghulurkan cinta, yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3.Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya. Saat kamu ditinggalkan cinta, jangan menyalahkan diri kerana ia sudah ketentuan.

4.Percayalah, cinta tidak pernah menyakitkan. Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi, pasti ini bukanlah cinta yg sebenarnya.



5.Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi. Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya.

6.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka. Air mata yg mengalir utk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

7.Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka. Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.

8.Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya. Jika di bawah, jangan cepat berputus asa, berusahalah utk menaikkannya semula sbb kamu telah memilih jalan tersebut.

9.Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati, cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.

10.Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yg terakhir wujud di hati kita.

Kesimpulannya, kita sebagai hambaNYA yg bertaqwa, haruslah memastikan yg cinta kita tuh biarlah ikhlas kerana Allah taala kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA..Cinta yang hadir kerana tuntutan nafsu semata-mata tanpa berpandukan iman akan membawa lebih banyak keperitan berbanding kenikmatan..

Justeru itu, cinta perlulah berpaksi pada kata iman disertakan rasa cinta pada Allah yang lebih utama, bukannya mengikut kata hati semata-mata..Ingatlah sesungguhnya cinta yg kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia Yg Maha Esa !!

* C I N T A ? H U H U *

Regards to Nur Izwah aka muslimah sejati atas perkongsian posting ini.
Read rest of entry

Tuesday, April 1, 2008

Nilai Tudung

Salamun alaik..

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


* S E R I K A N D I M U J A H I D A H K U *
Read rest of entry

Monday, March 31, 2008

Hatiku Tersenyum

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, Tuhan sekelian alam kerana dengan limpah rahmatMU, hambaMu ini masih lagi mampu bernyawa disini hanya dengan belas dariMu jualah yang sudi meminjamkanku nyawa barang buat saat ini lagi. Juga selawat dan salam buat nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan sahabat baginda saw..

Ermm..Telah lama aku membiarkan blog aku ni kesunyian, tanpa update or posting sebarang thread baru. Tapi hari ni alhamdulillah, aku dah berjaya mendapatkan balik aku punye laptop. Dah 5 hari aku menanggung rindu kat bini no 2 aku ni, tak senang duduk aku dibuatnya. Bosan tahap datuk dewa mane ntah aku selama 5 hari ni. Ni la bahananye bile hehari dah jadikan laptop sebagai tempat mengadap. Tengok cermin pn skali sehari je, or mostly xpenah tengok pn lam sehari tu..hehe..Takpe, cermin ni tuk orang yang perasan hensem je, insan macam aku ni, xtengok cermin xpe, xjejas pn..kan? :p



Dalam masa ini jugalah, imanku banyak membongkar hikmah disebalik ujian yang menimpa diriku ini. Betapa senangnya Allah bila Dia nak menarik balik setiap nikmat yang dikurniakanNya. Dalam sekelip mate saje, aku dah kehilangan laptop aku selama 5 hari, tanpa aku duga pun. Ni baru laptop, yang barangkali tiada la kesan sangat jika kehilangannya, tapi cuba bayangkan jika nikmat Islam dan iman ni ditarik oleh Allah swt? Nescaya musnahlah hidup kita dunia akhirat. Jangan katakan iman, kalau kita kehilangan 1 jari pun, agaknya ape akan jadi pada kita? Nak bersalam dengan orang pn kita dah segan.

Buat sahabat2 sekalian, juga peringatan buat diriku, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Nikmat yang kita perolehi ni walau sekecil zarah sekalipun, semuanya datang dari Allah. Tiada satu perkara pun yang tejadi, tanpa pengetahuan dan izin dari Allah. Dan jika sesuatu musibah terjadi pada kita, janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan takdir semata-mata. Cubalah untuk kita berfikir disudut positif berpandukan iman. Mungkin kita dah lalai dengan nikmatNya tu, dan dengan cara ini Allah sedang memperingatkan kita, agar kita tidak lalai dan kembali padaNya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha halus tegurannya.

Dikesempatan ini, hamba dengan rasa rendah dirinye, ingin merakamkan berbanyak time kasih, syukran jazilan, buat sahabat2 sekalian yang masih sudi untuk singgah barang sekejap di blog hamba yang kerdil ini. Sokongan dari korang banyak memberi hamba inspirasi untuk terus berjuang di alam penulisan ni. Moga, kerja2 ku ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah jua..amiinn...

Ya Allah, perbetulkanlah hatiku..
Ikhlaskanlah setiap pekerjaanku hanya kepadaMu..
Hindarilah aku dari perasaan riak, takabbur, dan yang sewaktu dengannya..
Moga dengan itu ya Allah,
Aku terus gagah di jalanMu..
Menyebarkan risalahMu tanpa kenal erti putus asa..
Istiqamahkanlah hatiku, tetapkanlah hatiku, ikatlah hatiku..hanya untukMu jua ya Allah..
Amin ya rabbal alamiiinn...

* I M A N K U T E R S E N Y U M S Y U K U R *
Read rest of entry

Sunday, March 23, 2008

Pada Siapa Patutku Letakkan Cinta ?

Assalamualaikum……
Syukur alhamdulillah ku panjatkan pada Allah swt atas nikmat cinta yang dikurniakan pada hamba2Nya..

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan.
Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.


Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.


Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.


Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.


Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.


Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya.
Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.


* S I A P A L A H A K U D I S I S I M U Y A A L L A H *


Regards to Sutera Kasih ( Mansourah, Mesir )

Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal