Saturday, January 31, 2009

Boikot TAG

Alhamdulillah, seluruh umat Islam sekarang dilanda tsunami boikot memboikot. Bermacam-macam cara dilakukan untuk menunjukkan rasa kebencian dan kekesalan terhadap kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Islam Palestin. Sehinggakan hampir setiap blogger berbincang dan menjadikan isu ini sebagai salah satu posting di blog ternakan mereka. Termasuklah blog cintan ini.

Syukran buat incik Kahfi8 kerana kesudian beliau memilih aku sebagai salah seorang penerima tag yang agak menarik ni. Okeh, jom layan apa la tag kali ni sebenarnya. Agak menarik dan memang patut dilakukan sebagai salah satu cara menunjukkan yang kita sebenarnya cukup bersimpati dengan nasib saudara seislam kita di Palestin. Jom, layanzz...

Here's what we should do. It's simple:

List down 5 of the products from the list below that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others. (tapi aku kasik tuk 10 orang. sukati r)

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see : if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products i'm boycotting (Allaahu akbar!!):
1. Coca-Cola
2. Danone, Maggi
3. Starbucks (memang tak pernah masuk pun)
4. McDonald (all US fast food)
5. Carrefour, 7 Eleven

5 products i will start to boycott (inshaAllah) :
1. Nike
2. The Sun
3. 100 Plus
4. Disney
5. National Geographic

5 products that i find hard to boycott (astaghfirullaah) :
1. Nokia
2. Intel
3. Nestle (banyak sangat produk syarikat ni yang dah terbiasa guna. Kandang-kadang tak sedar pun barang tu keluaran nestle)
4. Hewlett Packard
5. TV Fox (I'm addict to prison break)

Mangsa tag dari incik lisam :
1) Princess Ain
2) Nessa Syahirah
3) Seekerz
4) Yuna
5) Asniza
6) Muyassarah
7) Mahabbahfillah
8) Dr Zaty
9) Cinta Milo Ais
10) Cik Nurul
11) Mana-mana yang berminat, korang buat la ye

p/s : Kesibukan menyiapkan FYP

* A L L A H U *
Read rest of entry

Friday, January 23, 2009

Bebelan Dan Menjawab Tag

Hari-hari masuk blog, tapi asyik-asyik tengok entry sama je. Bila nak update? Bila nak membebel lagi? Bila nak goreng kerepek lagi? "heemmmm lamenye xde post baru", quote kata-kata dari seorang sahabat di kotak mengarut dan melalut aku.

Alhamdulillah, malam ni diberikan sedikit ruang dan kelapangan masa untuk mencoret sedikit buah fikiran dan karutan walaupun sebenarnya mencuri sedikit masa dalam kesibukan yang sememangnya tidak dapat dielakkan. FYP, FYP, FYP. Seolah-olah satu beban yang amat berat untuk digalas. Tapi dan namanya student final year, terpaksa la buat macam mana pun. Kalau tak, sia-sia la aku berhabisan belajar selama ni, tapi tak dapat nak grade kerana tak dapat nak habiskan Final Year Project. Huhu, tak mungkin..tak mungkin aku sia-siakan peluang yang diberikan ni.

Esok hari terakhir kelas sebelum bermulanya cuti seminggu menyambut hari raya cina. Alhamdulillah, setakat ni plan untuk pulang ke kampung masih positif tanpa ada tanda-tanda ke-negatif-an untuk dibatalkan. Al-maklumla, menumpang orang ni walaupun adik bradik sendiri, kena la ikut jadual empunya kenderaan, tak boleh nak buat jadual sendiri, kalau tak, menangis tak berlagu la aku tak dapat nak balik kampung. Mak pun dah calling-calling tanya bila nak balik. Rindu sangat dah kat anak teruna sulong (sebab aku la anak sulong bagi anak-anak yang belum kahwin) dia ni. Mak nak kahwinkan anak mak ni ke? Nak....hahaha

Semalam, ada terjalan-jalan mencari pasal diblog kawan-kawan. Tersinggah la diblog cik muyassarah yang cantik tu. Blognya ye cantik, tuannya aku tak tahu la macam mana, sebab tak pernah la pula aku tengok wajah beliau. Tapi dah nama ciptaan Allah kan, insyaAllah semuanya cantik-cantik belaka (cik muya, kena belanja pakcik aiskrem solero split ni).

Alhamdulillah, beliau pun rupa-rupanya anak Januari juga. Baru sahaja menyambut kelahirannya yang ke-ntah beberapa hari lepas. Tapi yang pasti, rasanya beliau ni lagi muda dari diriku yang dah sememangnya tua ni..ekeke.. Tahniah cik muya, kerana masih diberikan umur dan kesihatan tubuh badan untuk masih lagi menggalas tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Dan terima kasih juga kerana sudi menghadiahkan pakcik incik makhluk yang bernama TAG ni. Sepatutnya aku yang hadiahkannya hadiah, tapi ni dah terbalik pula. Tapi dah orang sudi beri, kita ngap jela kan..hehe

Untuk tag kali ni, tidaklah sesusah tag-tag sebelum ini yang memeningkan kepala nak menjawabnya. Cuma semacam ingin mengorek sifat peribadi seorang insan yang lahir pada bulan Januari. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penceramah terkemuka, Dr Fadzilah Kamsah. Jom, layan dulu apa la kebendanya tag kali ni. Layanzz...

RAHSIA BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN KAJIAN OLEH DATO FADZILLAH KAMSAH

**Bulan Januari

1-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius,
~~teringin nak geget orang tu dikira cita-cita juga ke? kalau ya, aku memang bercita-cita tinggi..muahaha..serius bila sakit perut (serius menahan kesakitan yang ditanggung..waaa)

2-suka mendidik dan dididik,
~~mesti la suka. sebab in da future, i'll have my own child. kalau bukan diriku, sapa lagi nak mendidik diorang kan?

3-sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik,
~~bab ni mungkin ya. kadang-kadang laser je mulut ni nak mengkritik orang..hikhikhik

4-rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan,
~~kalau rajin shopping, rajin menghabiskan harta mak bapak, mana untungnya...

5-suka smart, kemas dan teratur,
~~hehehe..lebih-lebih komen yang ni, nanti ada pula yang gelak membacanya. even though, memang suka pada kekemasan dan ke-semat-an..

6-bersifat sensitif , berfikiran mendalam,
~~i'm an ignorance person. dalam berapa hasta tuu?? 3 jengkal je kot..

7-pandai mengambil hati org lain,
~~susah tu, kena operate kalau nak ambil. kerja pakcik operate komputer, bukan operate hati benda bernama manusia..

8-pendiam kecuali telah dirangsang,
~~alahai, pendiamnya pakcik ni. sekeh kang..

9-agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,
~~ye..pakcik memang seorang insan yang pemalu mengalahkan kaum kerabat duri-duri semalu di serata dunia..

10-mudah mendisiplinkan diri sendiri,
~~mudah untuk certain perkara. tapi memang susah untuk istiqamah..

11-badannya sihat tetapi mudah diserang selsema,
~~tak jugak. kalau dah Allah kata nak sakit, sakit juga la jawabnya..

12-bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya,
~~i'll show it only to my zaujah..romantik tak? hihihi..

13-cukup sayang pada kanak-kanak,
~~waaa..terus rasa rindu sama aisyah faqihahku sayang...

14-suka duduk rumah,
~~suka berdiri bawah rumah, atas rumah, tepi rumah, belakang rumah dan dicelah rumah..

15-setia pada segala-galanya,
~~insyaAllah..hehe

16-perlu belajar kemahiran sosial,
~~memang patut pun. no communication skill, no eye contact, and no sosial interaction..

17-cukup cemburu yg sangat tinggi.
~~lalalala...


Pesanan penaja, jangan la nak percaya sangat jawapan-jawapan kat atas tu, kerana tiada siapa yang nak mengaku keburukan sendiri, dan bukan semua juga mahu mengakui kelebihan diri sendiri. Pokoknya, kita mengetahui siapa sebenarnya diri kita, perangai kita, kesukaan kita, kelebihan dan kejelekan yang ada pada diri kita melebihi dari apa yang orang mengetahuinya. Jadilah diri sendiri dan janganlah sesekali menyesali pada kejadian diri, kerana setiap ciptaan Allah itu cantik dan bermakna. Kalau kita merasakan tidak bermakna untuk diri kita, tapi mungkin diri kita bermakna untuk seseorang yang Allah dah ciptakan buat diri kita. Hargailah dan jagailah diri kita, sayangi ia melebihi kita menyayangi orang lain disekeliling kita.

* S E T I A K U *
Read rest of entry

Tuesday, January 13, 2009

Berjubah, Tapi Seksa

Mungkin agak sensitif isu yang bakal aku bebelkan pada kali ni. Tapi atas rasa tanggungjawab dan prihatin, aku rasa perlu jugalah untuk aku berikan sedikit teguran berkenaan isu ini. Apa yang aku nak cakapkan disini sebenarnya berkaitan dengan peristiwa yang aku alami dalam posting aku yang lepas. Isu berkenaan demontrasi kat Masjid UiTM.

Alhamdulillah, masa demontrasi tu berlangsung, ada jugalah dari kaum muslimah yang hadir. Walaupun bilangan aku rasa tak lah sampai 20 orang, tapi cukup kagum dengan semangat mereka. Sifat malu dibuang, demi menunjukkan kecintaan dan keperihatinan mereka terhadap saudara-saudara seislam mereka di Palestin yang ditindas dan dizalimi. Yang hadir tu biasalah, tak kan lah yang jenis berseluar ketat, baju sendat dan menampakkan segala gunung ganang ditubuh mereka. Yang hadir tu semuanya yang paham berkenaan etika berpakaian mengikut Islam, alahmdulillah sejuk mata memandang.

Tapi, dalam kesejukan mata memandang tu, adalah sedikit yang aku rasa bukan bagi aku seorang sahaja, muslimin-muslimin lain pun akan rasa kurang selesa dan tergugat imannya bila terpandang perkara tersebut. Pemandangan yang aku rasakan tak sepatutnya dilihat mahupun dipamerkan kepada masyarakat umum, lebih-lebih lagi didalam kawasan masjid dan dikalangan ajnabi yang ramai.

Tapi tak boleh nak salahkan pihak muslimah yang berjubah tu juga, kerana mungkin mereka terlepas pandang dan tak terperasan pun benda tu terjadi kat diri mereka. Mereka merasakan diri mereka dah cukup terjaga dan dijauhi fitnah dan menjadi panahan-panahan tepat syaitan, tapi hakikatnya mereka terkadang lupa dan lalai berkenaan satu perkara ni.

Pakcik, apa yang pakcik bebelkan ni? Apa sebenarnya yang pakcik nak cakap ni? Apa yang pakcik nak tegur ni? Apa yang pakcik tak puas hati dengan muslimah-muslimah berjubah ni? Apa yang seksa tu pakcik? Tak sabar nak tahu ni. Nak tahu? Ha, baca perenggang seterusnya.

Cantik, sopan dan memang bagus berjubah bagi kaum muslimah. Aku sendiri terusik dan mengagumi golongan seperti ini. Tapi tatkala kesedapan mata memandang, terpandanglah satu benda yang tak sepatutnya aku lihat. Apa yang aku maksudkan dengan berjubah tapi seksa tu? Begini ceritanya. Ketika kaki ingin berangkat pulang setelah selesai menghadiri demontrasi tersebut, mata ni tiba-tiba terasa ingin memandang golongan muslimah yang hadir, kut-kut la ada yang aku kenal. Tapi, secara tak sengaja, terpandang seorang muslimah yang berjubah ni. Cantik, sopan, tapi seluar dalamnya berbekas!

Pakcik, apa ni, buat cerita 18sx lak. Malu? Segan membacanya? Ya, aku sendiri pun segan nak menaipnya. Tapi untuk benda baik, aku rasakan tak perlulah nak gunakan kata-kata yang berbunga, konon nak menjaga maruah, tapi apa yang nak disampaikan sebenarnya tak sampai, takda gunanya juga kan?

Tatkala ditiup angin, jubahnya menampakkan seluruh bentuk tubuh, kecuali apa yang tersembunyi dibalik tudung labuhnya. Satu situasi yang tak sepatutnya terjadi didepan khalayak ramai. Situasi yang bukan sahaja memalukan diri sendiri, tapi turut mengundang rasa tidak selesa bagi yang terpandangnya.

Sebab tu la muslimah ni dalam apa-apa jua pakaian yang dipakainya, hendaklah dipastikan betul-betul akan menjauhkan dirinya dari fitnah dan jauh dari perkara-perkara yang mengaibkan diri sendiri. Seeloknya, pakailah 2 3 lapis pakaian didalam, mungkin nampak menyusahkan, tapi demi kebaikan dan mengikut syariat yang Allah dah tetapkan, tidak mengapalah bersusah sedikit pun.

Memang dah sifat jubah ni, bila sekali ditiup angin memang akan menampak bentuk tubuh. Mengelak macammana pun, walau sedikit akan ter'over' gak jadinya. Sebab tu lah dinasihatkan agar memakai kain dalam atau seluar lain didalamnya. Contohnya seluar trek ataupun apa sahaja seluar yang sesuai. Seluar yang agak ketat pun tak mengapa, sebab bukan dipertontonkan depan orang lain, hanya dipakai dibalik jubah, tak salah pun. Jika niatnya betul, insyaAllah dapat ganjaran lagi dari Allah.

Jadi wahai kaum-kaum muslimah yang disayangi demi Allah sekalian, jagalah dirimu sebaiknya. Jauhkanlah dirimu dari menjadi bahan fitnah dunia. Berpakaianlah sebaiknya demi kebaikan dan keselamatan dirimu didunia mahupun diakhirat kelak. InsyaAllah, moga bermanfaat. Adios...

* T E R U S K A N U S A H A M U *
Read rest of entry

Saturday, January 10, 2009

Sekitar Rapat Umum Selamatkan Gaza

Untuk karutan kali ini, aku ingin sekadar berkongsi sedikit pengalaman & gambar-gambar sekitar berlangsungnya program Rapat Umum Selamatkan Gaza yang dianjurkan oleh Aman Palestin, yang telah pun berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Alhamdulillah, aku berkesempatan dan diberikan peluang serta sama-sama terpilih untuk menghadirkan diri ke majlis berkenaan.

Walaupun tiba agak lewat, tetapi alhamdulillah aku sempat juga mengikuti serba sedikit program yang diadakan disana. Ucapan, ucapan dan ucapan tu benda biasalah selain bacaan sajak dan bacaan resolusi pembantahan kekejaman Israel laknatullah ke atas bumi Islam Palestin. Selesai acara dalam stadium, diluarnya pula diadakan sesi memijak gambar-gambar Presiden Bush dan sesi membaling kasut kearah patung Bush. Hanya sempat merakam gambar memijak gambar, sesi membaling kasut tak sempat kerana orang terlalu ramai mengerumini.

Cukup terpegun jugalah dengan semangat setiap yang hadir, kerana semuanya seakan-akan mempunyai semangat jihad yang cukup tinggi. Masing-masing cukup bersemangat melaungkan rasa marah dan benci dengan tindakan terkutuk tentera Zionist. Laungan takbir dan doa qunut nazilah silih berganti, menggamatkan suasana stadium. Paling aku terpegun dengan semangat muslimah-muslimah yang hadir. Walaupun semuanya berpakaian labuh, bertudung labuh, berniqab, tapi semangat mereka terserlah. Aku yang lelaki ni pun kalah, semangat mereka memang lebih berkobar-kobar dari semangatku. Jika diberikan peluang untuk berjuang, aku rasa mereka ni memang akan jadi orang pertama yang beratur panjang untuk memberikan nama. (Sejuk mata memandang mereka-mereka ni tadi..huhu.. Sempat tu ngusyar, astagfirullah...)

Sehari sebelum tu turut diadakan juga demontrasi kecil di Masjid UiTM selepas solat Jumaat kerana membantah tindakan kejam rejim Zionist ni. Sebelum itu juga turut diadakan majlis perasmian Tabung 100,000 UiTM untuk Palestin yang telah selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia di dalam masjid UiTM sebaik sahaja selesai solat sunat hajat memohon kemenangan Palestin dan kehancuran Israel.

Disini sedikit gambar yang aku sempat rakam sepanjang program Rapat Umum Selamatkan Gaza. Gambar demontrasi kat UiTM tak rakam, sebab kamera takde. Buang tebiat pe pergi solat Jumaaf bawa telefon..huhu.. Jom, layan..











Selamatkan Palestin, hancurkan Israel!!!!

* J I H A D F I S A B I L I L L A H *
Read rest of entry

Friday, January 9, 2009

Incik Lisam Dah Tua!!

Tua? Tua sangat ke? Banyak mana yang tua tu? 10 tahun tua ke? 20 tahun? ke 100 tahun baru dianggap tua? Kalau mengikut pak-pak arab, 20 tahun tu dah dikira tua. Bila umur mencecah 40, dah dianggap mayat (mengikut apa yang diperkatakan oleh ustaz Azhar Idrus). Jadi aku ni ditahap mana? Dah tua dah..

Alhamdulillah, hari ini aku masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari kelahiran yang ke 32, eh silap, baru 23 la..hehe.. Syukur ku panjatkan pada Ilahi kerana mengurniakan aku nikmat hidup didunia ini sehingga sudah pun berjaya menginjak ke umur 23 tahun. Umur yang boleh dikatakan cukup matang untuk menilai hidup didunia ini, menilai erti dan tujuan dihidupkan Allah sebagai hamba-Nya didunia ini, menjadi khalifah yang memakmurkan bumi Allah, bukannya menjadi beban dan perosak yang menyusahkan makhluk dan ciptaan Allah yang lain.

Selamat hari lahir buat diriku sendiri. Semoga diberikan keredhaan-Nya sepanjang hidup dimuka bumi-Nya ini. Semoga terus menerus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjalankan amal ibadat dan menegakkan agama suci Allah di bumi ini. Semoga mendapat cukup kebahagiaan, kejayaan dan juga ketenangan dalam meneruskan hidup sebagai hamba-Mu di atas dunia pinjaman-Mu ini. Semoga akan terus diberikan kekuatan iman untuk terus mencintai agama-Mu, rindukan pertemuan dengan-Mu, inginkan syahid dijalan-Mu dan sayangkan semua hamba-hamba-Mu yang soleh dan solehah.

Ucapan berbanyak terima kasih aku ucapkan bagi semua rakan-rakan yang sudi ingat pada tarikh lahir aku ni. Walaupun aku tahu, memang tak ingat pun, cuma mendapat emel friendster je kan. Bukan orang lain, aku sendiri pun memang macam tu, tu pun kadang-kadang masih berat tangan gak nak luangkan masa kejap sampaikan ucapan. Kecuali rakan-rakan terdekat yang aku memang set kan remainder dalam handset. Yang lain kebanyankannya mengharap alert dari friendster saja. Credit untuk pihak friendster..huhu.. Mana yang sempat insyaAllah akan aku balas semua ucapan-ucapan tu, moga diberikan kekuatan dan kelapangan masa.

Nak membebel panjang-panjang pun seakan kekurangan buah fikiran je. Bila memikirkan keperitan dan penderitaan ujian keatas saudara-saudara kita dibumi Palestin, rasanya tidak perlulah kita disini nak berseronok sangat. Tidak elok dan tidak manis, sedangkan saudara-saudara kita disana menderita dibom dan ditembak sesuka hati oleh tentera-tentera Yahudi laknatullah dibumi sendiri. Kita bersorak melihat percikan bunga api pada sambutan tahun baru, tapi mereka disana bersorak ketakutan melihat percikan api dari bom yang meranapkan rumah mereka, menangis dan meratapi kematian saudara-saudara dan insan tersayang. Subhanallah, berdosanya kami ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kekuatan kepada saudara-saudara kami melawan kekejaman yahudi ini ya Allah. Berikanlah mereka perlindungan-Mu daripada tindasan kaum-kaum celaka ini ya Allah. Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bantulah kami dalam perjuangan menentang kaum Yahudi (zionists) ini ya Allah. Berikanlah kami kemenangan demi mempertahankan agama-Mu dan kesucian Islam. 

Sesungguhnya kami sedia maklum akan kesengsaraan saudara-saudara kami di Gaza , dikejami oleh kaum yahudi yang dilaknat oleh-Mu ya Allah. Ampunkanlah dosa kami atas kegagalan kami melindungi hak dan kesucian saudara-saudara kami disana. Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk melindungi kesucian Islam daripada dicerobohi oleh yahudi laknatullah.. Amin..Amin..Amiinnnnnnn ya rabbal 'alamin.

* S Y U K R A N A W I *
Read rest of entry

Thursday, January 1, 2009

Permulaan Suatu Penghabisan

Alhamdulillah, malam ini merupakan malam 1 Januari 2009, malam bagi tahun baru masihi. 2008 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu. Segala kenangan di tahun 2008 pasti terpahat kukuh dihati dan ingatan. Yang pasti, semua itu bakal menjadi kenangan dan meninggalkan 1001 ingatan yang tidak mungkin akan berulang kembali. Mana yang baik bersyukurlah, dan mana yang buruk itu, perbaikilah ditahun baru ini demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

Bermulanya tahun baru ini, bermakna bermula sudahlah sesi pembelajaran baru disemester baru. Semester akhir, semester yang ditunggu-tunggu dan diidamkan bagi hampir semua pelajar. Insya-Allah, ini merupakan semester terakhir aku bergelar sebagai seorang mahasiswa universiti. Setelah 5 tahun bergelumang dengan title sebagai seorang mahasiswa, jarak masa yang terlalu lama, dan tentulah terlalu banyak yang aku tempuhi dan aku lalui. Pahit manis kelat masam dan masin insya-Allah akan kekal teguh dalam ingatanku, selagi tak nyanyuk dan hilang ingatan.

Sambutan? Tak ada apa-apa untuk disambut pun tahun ni. Begitu juga tahun-tahun yang lepas. Hanya sekadar melihat dikaca tv sahaja apa yang ada. Kalau dulu, ada juga la teringin nak pergi sama-sama sambut kat dataran merdeka tu, sebab masa tu duk jauh dan hanya mampu tengok dikaca tv sahaja. Tapi sekarang ni bila dah berada disini, terasa semacam tiada guna pula untuk aku membuang masa pergi ke sana. Lagipun dengan suasana hiruk pikuk orang ramai, bercampur lelaki wanita, sedikit sebanyak membantutkan keinginanku untuk menyambutnya. 

Kadang-kadang aku hairan juga, kenapalah begitu ramai orang bersusah-payah sangat nak pergi menyambutnya. Sanggup berjalan jauh, menempuh keadaan jem di tengah bandar Kuala Lumpur tu, bersesak-sesak dan bercampur sesama sendiri, semata-mata nak sama-sama menyambut tahun baru. Apa yang diorang dapat? Hadiah? Bercuti ke Pulau Redang? Baucer makan kat KFC? Kalau tiba-tiba tempat tu kena bom, apa yang diorang dapat? Mati katak la jawabnya. Entah la belalang... Bapak pun tak tahu dengan manusia sekarang ni. Kalau perarakan Maulidur Rasul ke, tak de la pula nak pergi. Ish..ish..ish..

Permulaan semester yang agak sederhana dan tidaklah terlalu excited bagiku untuk melaluinya. Mungkin masih lagi dengan mood cuti lepas walaupun hampir keseluruhan cutiku telah aku korbankan untuk berada di bumi Shah Alam ini sahaja. Semuanya gara-gara projek akhir tahunku yang melambak untuk disiapkan. Tapi, sampai sekarang masih lagi belum berjaya disiapkan. Hanya banyak membuang masa dan bermain-main. Bila la nak insaf ni. huk..huk..

Hari ini sebenarnya telah pun memasuki hari ke 2 bermulanya kuliah. Kuliah pertama dah menjadi mangsa ponteng, kuliah kedua berjaya juga aku memaksa diri ini untuk menghadirkan diri. Tapi seperti biasa, pergi kosong, balik pun kosong juga. Hanya sedikit penerangan tentang coursework matapelajaran dan sesi berkenalan dengan lecturer. Assignment? Ha, hari pertama dah dapat. Tapi hanya sekadar mengisi maklumat sendiri, lecturer dan sedikit tugasan mencari maklumat berkenaan subjek tersebut sahaja. Alhamdulillah 75% siap, lagi 25% tunggu kawan yang siapkan..haha

Betul ke pakcik ni dah nak habis belajar? Dah nak grade? Dah nak dapat zaujah..ops, ijazah? Dah nak mulakan alam pekerjaan? Dan lepas tu nak ehem..ehem pulak? hohoho.. Yela, tak percaya ke? Entah, aku sendiri pun kadang-kadang terasa semacam antara percaya dengan tidak je. Ilmu didada ni entah cukup ke tidak entah lagi untuk memulakan alam pekerjaan. Boleh ke tidak ilmu yang sejemput ni nak dipraktikkan semasa alam pekerjaan nanti. Temuduga, persiapan diri, rezeki Allah ada ataupun tidak untuk ku kelak. Entah, semuanya bermain-main didalam fikiran ni. 

Sebagai anak lelaki, biasalah banyak benda yang nak kena fikirkan. Tanggungjawab pada Allah, pada agama, keluarga, diri sendiri dan bakal akan menanggung pula beban tanggungjawab pada zaujah dan anak-anak kelak. Diri sendiri pun belum sepenuhnya terjaga, layak ke nak jaga anak dara orang kelak? Ilmu agama, ilmu dunia, ilmu berkaitan rumah tangga, semua tu perlu juga dititik beratkan. Jangan dititik ringankan, kelak ringan terapung-apunglah masjid yang dibina. Sekali angin bertiup, gedebuk jatuh rebah ke bumi. Alang-alang membina masjid, biarlah kukuh sehingga nyawa masih dikandung badan. Insya-Allah bahagia hingga ke syurga.

Apa yang ku harapkan, semoga dengan kehadiran tahun baru masihi dan tahun baru hijrah yang baru sahaja beberapa hari lepas kita sambut, sama-samalah perbaiki azam, tingkatkan amalan, kuatkan ukhuwah yang terbina, antara Allah dan juga sesama makhluk. Moga-moga dengan kehadiran tahun baru dan semester baru ini bakal menyajikan suatu yang cukup bermakna buat kita semua. Insya-Allah.. Azam!!!!!!

"Tahun baru, umur makin bertambah, kematangan pun berubah. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Kematian makin menjemputku. Dan ianya janji yang pasti"

* H A T I M E N A N G I S I M A N M E M U J U K *
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal