Akhirnya esok (27/09/2008) balik juga aku ke kampung halaman. Selepas terawih malam tadi dapat sms dari kakak aku, katanya insyaAllah akan bertolak pulang tengahari esok selepas zohor. Jadi terpaksa lah aku bertolak awal sedikit ke rumahnya esok. Huhu, tak sabar dah nak jejak kaki ke kampung halaman ni.
Sekarang pun aku dah bosan sangat dah. Housemate pun dah ramai yang balik. Bila masa-masa begini mula la nak terasa sunyi. Kurang kawan untuk bergurau senda. Rumah pun dah senyap sunyi je. Suasana sekarang pun boleh dikatakan semua orang dalam mood nak balik kampung je. Keluar saja dari rumah ni, kat mana-mana boleh nampak orang duk bawa beg besar. Isi beg dalam kereta la, tunggu bas tepi jalan dengan beg besar la,berbuka pun dengan beg besar juga gamaknya.
Masa balik dari solat terawih tadi pun dah boleh nampak suasana yang cukup berbeza di sepanjang jalan. Kolej-kolej kediaman dalam kampus UiTM ni pun dah mula menampakkan banyaknya bilik yang bergelap daripada bilik yang masih terang benderang dengan nyalaan lampu. Ibu bapa pun dah mula membanjiri kawasan kolej, datang mengambil anak masing-masing. Kereta yang keluar dari kampus lebih banyak dari kenderaan yang masuk ke dalam kampus. Wah, lepas ni lengang la seksyen 7 ni. Kerana boleh dikatakan sebahagian besar penduduknya adalah pelajar UiTM dan Unisel.
Masjid UiTM tadi pun dah mula lengang. Saf yang asalnya aku sendiri pun tidak terbilang, sekarang ni dah mula berkurang. Makin akhir ramadhan, makin orang jauh dari amalan harian. Entah la. Suasana kat kampung pun lebih kurang juga sama. Awal-awal ramadhan semuanya semangat belaka. Solat terawikh dan solat witir tak tinggal. Tapi makin lama, makin kurang jadinya. Sepatutnya makin akhir ramadhan ni, makin meningkat la amalan mereka, tapi ini terbalik pula. Lailatul qadar Allah kurniakan pada 10 malam terakhir, bukannya 10 malam yang pertama. Boleh sangat nampak kat sini, mana yang benar-benar beramal dan istiqamah dengan amalannya.
Baju raya dah beli pakcik? Baju raya? Perlu ke? huhu.. Entah la. Belum terfikir lagi nak beli ke tak tahun ni. Tunggu balik kampung jela. Biasanya mak akan tanya, dah beli ke belum? Dan memang kebiasaannya, mak akan bagi duit lepas tu halau aku suruh pergi beli. Hari tu pun masa mak aku telefon dah tanya beli ke belum baju raya. Bukan aku taknak beli, cuma kadang-kadang fikirkan baju yang masih elok, yang masih boleh dipakai untuk dibuat raya ni banyak lagi, jadi buat apa nak membazir beli baju baru kan?
Dalam Islam mengajar kita supaya memakai baju yang paling cantik dan bersih pada hari raya, bukannya mengajar kita membazir dengan beli baju baru sedangkan masih banyak baju yang baik dan elok untuk dipakai pada 1 syawal nanti. Betul tak? Jadi, kena faham konsep sambutan hari raya tu sebenarnya bagaimana. Bukannya membazir pada benda yang sudah ada dan masih boleh digunapakai.
Tapi kalau orang nak bagi free, siapa yang tak nak kan? haha.. Nafsu manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada dan selalu inginkan yang baru dan cantik-cantik belaka. Cuma kena berpada-pada dan beringat jela bila berbelanja. Jangan jadi sahabat syaitan dan menggantikan syaitan yang dah kena ikat masa bulan puasa ni.
Apa yang aku duk membebel ni? Aku sendiri pun tak pasti. Sebab dalam otak sekarang ni hanya ingat nak balik saja. Kalau diberi peluang, sekarang ni juga aku nak duk kat kampung dah. Dapat juga aku tolong apa-apa yang patut kat rumah. Ni tak, duk membuang masa je kat bilik ni. Lama-lama boleh jadi sewel aku..muahaha
Teringat kata-kata khatib masa khutbah Jumaat tengahari tadi, jadi apa salahnya aku kongsikan pada korang semua kan?
Pesanan tuk anak-anak semua, pakcik balik kampung lebih kurang seminggu jugak la. Jadi maaf la pada mana-mana shout yang tak berbalas, juga comment (jika ada la) yang pakcik biarkan. InsyaAllah bila pakcik balik shah alam nanti, pakcik usahakan tuk menjawab semuanya. Jaga diri, jaga iman, jage hati dan jaga peribadi. Semoga mendapat berkat, rahmat juga redha dari Ilahi. Akulukau lihaza wa astaghfirullah maliwalakum, wassalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.
"Selamat Berpuasa"
"Selamat Berbuka"
"Selamat Bersahur"
"Selamat Hari Raya"
"Selamat segalanya"
* B E R P I S A H S E M E N T A R A *

"Suatu malam sebelum berlakunya perang badar, baginda saw menyelinap masuk ke khemah-khemah tentera baginda dan melihat mereka berjaga dengan bertahajjud, berzikir dan bertasbih memuji Allah. Sedangkan waktu itu mereka sepatutnya tidur dan berehat untuk menghadapi peperangan keesokkan harinya, tapi mereka bermunajat kepada Allah. Maka dengan berkat munajat tentera-tentera Islam itu, akhirnya mereka diberikan kemenangan oleh Allah swt walaupun bilangan tentera musuh jauh lebih besar daripada mereka." (lebih kurang la yang aku ingat)Apa yang aku nak sampaikan kat sini, tidak semestinya bila kita nak berjalan jauh, nak bersedia untuk sesuatu hal, nak jawab periksa atau apa la sekalipun, tidak semestinya malam sebelumnya kita habiskan dengan berehat dan tidur semata-mata, kerana dengan alasan mahu mengumpul tenaga, tapi tenaga yang sebenar yang yang paling berharga adalah munajat kita kepada Allah swt. Fikir-fikirkan lah, dan muahasabah lah diri sendiri. Hidup kita tidak akan lari dari ketentuan Allah. Setinggi mana pun kita mendaki, kita kena ingat Allah itu lagi tinggi dan lagi berkuasa dari kita yang hina dina ini.