Assalamualaikum...
Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan syukur pada Allah swt diatas kurniaan rahmat dan nikmatnya, kerana sehingga ke hari ini, masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup didunia yang fana ini. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad saw, serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda..Alhamdulillah..
Monolog hati. Kenapa dengan monolog hati? Kenapa dengan hati? Kenapa adanya monolog hati? Hmm, aku sendiri pun tak tahu..hehe
"Ustad, apa perkembangan sekretariat tajaan?", tanya seorang insan yang aku hormati sebagai seorang pensyarah yang mengajar aku selama 2 semester itu. Tapi sekarang dia bertindak sebagai supervisor sepanjang tempoh latihan praktikal aku ini.
"Err..Saya dah telefon semua syarikat yang saya hantar surat untuk minta tajaan. Mana yang saya dapat telefon, mereka cakap tunggu balasan surat dari pihak mereka." , jawab aku, seorang insan biasa cuma sedikit kurang yakin.
"Sampai bila nak tunggu balasan diorang?", tanya insan tersebut lagi pada diriku ini. Kali ini, agak keras bunyinya. Tersentak aku seketika. Otakku mula memikirkan jawapan dan mula menyusun bait-bait ayat untuk diluahkan, agar bicaraku mudah difahami dan cukup untuk memuaskan hati insan tersebut.
"Err..Saya telefon, diorang cakap minta tunggu saja balasan dari diorang. Jadi, saya tak tahu la nak tunggu sampai bila miss. Takkan la saya ni nak paksa mereka dan bagi tempoh supaya mereka ba...", belum sempat aku menghabiskan setiap butir jawapan, insan tersebut terlebih dahulu memotong kata-kataku.
"...awak ada pergi tak ke kompeni-kompeni tu?"
"Tak miss.", jawabku ringkas.
"Kan saya dah tulis dalam senarai kerja yang saya tinggalkan sebelum saya pergi kursus hari tu. Kenapa awak tak pergi? Takkan semuanya nak tunggu saya suruh, nak tunggu saya gertak baru nak pergi!", balasnya dengan keras. Terkedu aku. Sementara itu, mataku meliar mencari-cari cebisan kertas tugas yang diberikan yang telah aku photostat untuk memudahkan aku mengedarkannya kepada kesemua rakan-rakanku yang lain.
Aku amati perkataan demi perkataan, baris demi baris dalam kertas tersebut. Habis meneliti, aku ulangi lagi, takut-takut aku terlepas pandang mana-mana ayat yang dimaksudkan oleh insan berkenaan padaku tadi. Hampir 3 kali aku meneliti kertas tersebut. Selesai, aku meminta rakanku pula menelitinya, bimbang mataku yang tak berapa betul untuk meneliti bait perkataan dalam kertas berkenaan. Aku berkata sesuatu pada rakanku itu tanpa menghiraukan apa yang dibebelkan lagi oleh insan berkenaan. Mana ada dalam tugasan yang diberikan itu menyatakan aku dikehendaki pergi ke kompeni untuk meminta tajaan. Kenapa dia sanggup mengatakan bahawa benda itu ada tercatat dalam kertas tugas yang diberikannya itu? Hatiku mula panas, sedikit demi sedikit aku cuba tahan agar tak terluah dengan kata-kata mengikut kepanasan hatiku ini. Keliru dengan kenyataan insan berkenaan.
"Ustad, awak monitor tak tugas anak-anak buah awak ni?", tersentak dengan pertanyaan dari insan tersebut padaku. Seketika aku berfikir, satu benda yang sedang bermain-main dalam benak otakku. Tanpa berfikir panjang lagi bermain dengan perasaan, aku luahkan jua apa yang bermain didalam kepala ku ini.
"Miss, saya tengok miss ni hanya nampak apa yang kami tak buat saja. Tapi miss tak pernah pun nak tengok apa yang kami telah buat. Sepanjang saya monitor rakan-rakan saya ini, saya tengok diorang semua buat kerja masing-masing. Laila dah uruskan banyak soal jemputan. Saya tengok memang dia dah banyak siapkan kerja yang sepatutnya dia siapkan mengikut skop tugas yang telah diberikan..", teranganku panjang, namun sekali lagi disampuk dengan keras.
"Tapi kenapa staff dekat PSMB tidak dijemput? Kan saya dah tulis dalam kertas tugas yang saya tinggalkan pada awak ni. Awak beritahu tak kawan-kawan awak ni ustad?", sampuknya lagi.
"Saya dah photostat kertas tu miss, saya dah edarkan pada semua kawan-kawan saya.", jawabku.
"Tapi kenapa benda kecil macam ni pun Laila tidak boleh buat? Terang dah saya tulis dalam kertas ini. Jemput sekali staff PSMB. Tapi kenapa dia tak jemput?!", nadanya sedikit memerli.
"Miss, Laila dah banyak buat kerja. Mungkin benda tu dia terlepas pandang dan tak sempat nak uruskan.", terangku dengan nada seakan memujuk dan membela kawanku itu. Kesian sangat bila diperli dan dihentam sedemikian rupa.
"Ok, tapi tengok Yati, saya suruh buat 'sign ages' untuk dewan pun dia banyak yang salah. Cuba la fikir logik sikit, cuba bayangkan awak berada ditempat berkenaan, dan awak tercari-cari tempat yang awak tak tahu dimana letaknya tempat tersebut. Mesti awak perlukan petunjuk kan? Takkan semuanya nak tunggu saya suap.", tambah insan berkenaan lagi. Kali ini, beralih pula pada sekretariat lain, persiapan tempat.
"Miss, dah setakat tu saja yang dapat Yati fikirkan, nak buat macam mana. Dia dah cuba, tapi setakat tu saja yang dia mampu buat.", balasku balik. Sedikit geram.
Suasana senyap seketika. Aku mula mengadap laptop balik. Melihat-lihat saja apa yang ada didepan laptopku itu, walaupun sebenarnya aku cuma ingin lari dari bertentang mata dengannya lagi. Insan tersebut meneruskan bebelannya pada kawanku yang lain pula. Aku hanya memekakkan telinga dan buat tidak dengar akan apa yang dicakapkannya. Terusku sumbat kembali earphone ke telinga, dan sambung melayan nasyid yang sedari tadi aku mendengarnya sebelum insan tersebut datang lagi. Tapi aku hanya menyumbat sebelah saja la, kalau kedua-dua nampak sangat aku ni kurang ajar..huhu
Itulah antara dialog dan sinopsis cerita yang aku alami hari ini. Mungkin ada sedikit pengubahsuaian pada ayat-ayatnya, bagi menyesuaikan dengan pembacaan umum. Jika tidak, hancus la bahasa yang aku gunakan nanti..haha
Apa yang ingin aku highlightkan disini adalah, sesetengah sikap manusia sekarang ini yang hanya pandai melihat keburukan insan lain sahaja. Berbanding menghabiskan masa melihat dan memuji kebaikan orang. Bila kebaikan yang dibuat, hanya mampu memandang dengan sebelah mata cuma. Kadang-kadang diperli dan dimaki pun ada. Kerana dianggap menunjuk dan berpura-pura baik semata-mata.
Tapi mereka tak sedar, siapa mereka untuk menilai keikhlasan kerja seseorang. Hanya yang layak cuma Allah swt. Keikhlasan ini kerja Allah. Kerja Allah untuk menilainya. Tapi kenapa ada diantara kita yang masih sanggup mengambil alih tugas Allah ini. Tidak takutkah mereka pada kekuasaan Allah? Subhanallah, mohon dijauhkan la dari sifat berkenaan.
Dah la kebaikan yang dibuat dikatakan palsu dan pura-pura semata, tapi kejahatan dan keburukan yang dibuat turut dikeji. Memang bagus dan digalakkan membenci keburukan yang dilakukan orang lain, tapi biarlah berpadanan dengan sikap kita terhadap kebaikan yang orang lakukan. Ini tidak, kebaikan pun nak pertikaikan, keburukan lagi la cepat macam kilat je nak mengeji.
Manusia, memang sikapnya cepat sangat melihat keburukan manusia lain. Apa la kau ni lisam, membebel je dari tadi, tapi apa kena mengenanya dengan kisah yang ceritakan kat atas? Mungkin ada yang berkata demikian..huuhu..
Sebenarnya, aku cuma ingin menunjukkan disini yang sikap manusia ini terkadang susah nak nampak dan menghargai tugas yang dilaksanakan dengan jayanya. Tapi cepat melatah bila ada cacat cela dan kerja yang belum dibereskan. Sedangkan dalam sepuluh kerja yang diberi, cuma satu atau dua sahaja yang belum sempat disiapkan. Tapi lapan lagi tugas yang disiapkan itu, tak pernah pun kita nak pandang dan berterima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah menyiapkan kerja tersebut. Kan lebih elok, walaupun segan nak berterima kasih, sekurang-kurangnya cuba la bertanyakan kenapa dua lagi kerja tu belum dapat disiapkan, ada apa-apa masalah yang menghalang ke? Tak ke lagi elok dan mana-mana pihak pun tiada yang terguris hati nanti. Jangan mengeji atau memerli, tapi sebaliknya cuba sama-sama menyelesaikan dengan otak yang diberi.
Bukan niat untuk mendapat pujian, tapi sekadar inginkan keadilan.
Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku dalam setiap pekerjaanku hanya kepada-Mu jua. Dan berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan-Mu didunia ini. Sesungguhnya aku cumalah hamba-Mu yang lemah lagi hina disisi-Mu..Amin..
* H A T I P E D I H *

11 contengan diterima:
salam..sabar lah ust ek..kita semua tau gak cik *** tu mcm mana..dan saya boleh terima reason ust naper xnk dah join ihack..saya bersimpati dengan ust n member2 yg lain.lgpun tgl lg 2 hari nk mengadap muka cik 2..All the best to you all...
ermm..
2la jun, nak wat cmne kan? dah t/jwb mase praktikal ni, pahit cmne pn terpakse telan gak.
kalo nak ikutkan, mmg byk sgt yg ust nak citekan psl prstiwa spnjg prktikal ni. dah terlalu byk yang kitorang telan pahitnya hempedu, rather than menghirup manisnya madu..huhu
Walaupun 'dia' macam tu.. tapi baik kita lihat dari sudut posotifnya.. mungkin benda ni boleh jadi pedoman untuk masa kerja nanti yang lagi dicemuh dan dimaki oleh bos dan sebagainya..
memang dia takde hak tapi status dia dalam ihack dia ada hak...
ni la pengalaman.. take it positive yer..
yeap..i'll try to take it as positive as i can. coz i know, what she have done is just want to make sure the event is getting smoothly and successfully. i can feel what she felt right now, coz i was being at her place before. she's worried is more than what we worried.
if the event not done well, the faculty will attack her first, rather than point at the secretariats.
but what makes me felt so regret at her is the way she act to us. at least, try to be friends with us, not just makes us 'menyampah' to her. help us solve the problem that we faced, not just sit and ask whether the task is done yet or not. if the task is done, but not satisfy her, she will scold us and said that we just sit and done nothing, not try to help us. try to be like other lecturers, they help us much not just complaining much.
okeh, thanks for ur advices. i appreciate it..hopefully i know who u r..=)
hahahaha.. pertama kali izinkan aku gelak dulu... haahaha
aku jrg nak bc blog org.. tp topik ni menarik minat aku.. hehe kesiannya. sabor je la weii ..hehe.. beso la tu.. darah muda, darah cpt naik, ditambah lg dgn tggungjwb mcmtu.. biasanya begitula salah satu cr utk dia memastikan semuanya berjalan dgn lebih baik.. nanti bila diambang pekerjaan, akan jumpa la keadaan mcm tu.. malah lg teruk.. berhadapan ngan bangsa lain lg, lg la.. anyway, ape yg aku bole kata, 'sabo je la..." hahahaha.. xkan tak biasa kot.. hahaha gelak lg..
amboi ust bukan main speaking lg..teror 2..boleh jd sifu mcm ni..ehheh
um xsangka pulak jadi sampai macam ni..ap2 pun anggapla ni sebagai ujian..mungkin ada hikmahnya..saya pun slalu jugak kena dengan nya..sampai getar2 nk tanya..tapi wat bodoh je..tapi rasa takut tu tetap ad sampai skarang..mungkin cara dia berbeza..dan mungkin dia nk program tu berjalan dengan lancar sebab prog ni besar kan..um ap2 pun be strong k..even perangai dia mcm tu jgn la simpan perasaan benci pulak k..kan xelok..tapi cubala memaafkan kesilapan dia tu..insyaallah suatu hari nanti dia pasti akan sedar akan kesilapan diri dia sendiri..bila dia muhasabah diri dia nanti..hopefully..
hurm...xsangka pulak jadi mcm ni...
pertamanya izinkan aku tahan gelak dulu..ermph..erkk..hihihi..
aku tahu, musti akan dibangkitkan soal dialam pekerjaan nanti. aku paham, mmg situasi ni bende biase je bila dah masuk alam pekerjaan nanti. kalo tanak orang marah kita, jadi bos, jadi tokey, gerenti tade org nak marah2 kite dah. tul x? huhu..
tul la ape yg sedara shinchan ckp 2, kdg2 kekerasan itu perlu untuk memastikan sesuatu pekerjaan tu berjalan dengan lancar. tp kalau nak marah2 atau nak bertegas pun, biarlah berpadanan, jangan setiap masa nak emosional je. seolah2 mcm tade 1 pun yang betul dimatanya, semua salah dan tak boleh nak memuaskan hatinya.
kekerasan itu baik, tapi kelembutan itu lebih baik dari kekerasan. kekerasan boleh menyebabkan kerja menjadi kepaksaan, tapi dengan kelembutan, pekerjaan boleh menjadi kerelaan dan mendatangkan keseronokan...
kami tade la nak simpan2 lam hati ni. sbb mmg dah 2 semester kenal dia, dan mmg dah tahu perangainya camne. lgpn dia 2 lecturer kami, xbaik la kalo nak membenci seorang guru sendiri kan? berkat ilmunya itu perlu. kalo x, sampai bila2 pun hidup kita xkan tenang. bimbang dituntut pula kat akhirat kelak.
insyaAllah, this story is just about my life and what i'm feeling and react to the situation and things that happen around me. not the medium for me to scolding someone that i'm not satisfy for. just sharing this wonderful life and hopefully it can make me think about the creation and the purpose why Allah send me to this world.
sharing is caring, help the helpless and love the loveless..=)
ramai plak yang komen utk post kali ni..isu terhangat dipasaran.hehehe.tp saya jd org yg pertama....PTPTN dh masuk ke??terkejut gak sin chan blues msk blog ni.hahaha...:-)~gurl below wind~
tahniah jun, sbb jun mmg alert pd isu ni..hehe..
ptptn daa masuk la cik jun..
dah gunakan pon..
kat sabah duit lambat ckit kot..sbb nak tempah tiket flight lg..:p
.....hohohoho.....
Post a Comment