Sunday, November 23, 2008

Mencari Calon Suami?

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya
Biar sibuk macamana, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.



6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Wahai calon-calon suami. Sudahkan anda melihat diri sendiri? Adakah ciri-ciri di atas ada dalam diri kalian? Jika tidak semua pun, salah satu darinya. Sebelum mencari solehah, solehkan diri terlebih dahulu. Jangan senaraikan ciri-ciri calon isteri anda. Tapi senaraikan ciri-ciri yang harus ada pada diri kita sebagai seorang suami terlebih dahulu.

* P E R L U B A I K I *

8 contengan diterima:

cikgu_eya on November 23, 2008 at 10:25 AM said...

Sebenanrnya, yang no 1 tu tuh dah merangkumi semua. Kalau dah kuat agama, tentu juga dia menjaga akhlaknya, menjaga silaturrahimnya dan menjaga amanah di atas bahunya, kan?

Kalau betul2 ia orang beragama, mengamalkan akhlak agama lah...
bukan separuh-separuh

patrik starpish on November 23, 2008 at 8:27 PM said...

patrik sume xcukup...
waaaa cam ne nie ...
xleh jadi suami mithali la gini....

kahfi8 on November 24, 2008 at 4:48 AM said...

salam.

camne anta rase dah capai ciri2 tu? paling kurang, satu atau dua daripadanya.. haha ana satu pun takde.. lagho je banyak laa..

sEeKeRZ on November 24, 2008 at 5:10 PM said...

hoho~
selamat memenuhi 'want-to-be' list yer pakcik~
=p
gambate naa!

patrik starpish on November 24, 2008 at 5:45 PM said...

kalu kurang 1 lam list tu ado orang mau patrik x??
hahahahaha......
.

Pencinta Ilahi on November 25, 2008 at 10:27 AM said...

to cikgu_eya
betul..sukung cikgu..
tp bg yg betul2 beramal secara syumul la, yakni secara menyeluruh..^^
tp ada je yg agamanya kurang sikit, tp bab lain dia jaga...

tp patrik
leh jadi suami kuali pe..
hahaha...

patrik budak baik, musti amai yg minat nanti....

to kahfi8
bab tu ana pun tatau nak jawab camne. xkan kite nak mengaku diri kita ni baik kan? padahal org lain tgk kite ni perangai ngalahkan hantu je..
cara paling senang, mitak pndapat shbt2 yg kite boleh percayai. ty musuh utk tahu keburukan kita, ty kwn baik utk tahu kebaikan yang kita ada...

kite 2x5..lagha je yg lebih..haha

tp seekerz
ekekeke...
want-to-be list la plak..
pakcik xcukup sumer, pakcik budak jahat....^^

malaysiantribe on November 26, 2008 at 1:27 AM said...

susah nak cari yg memenuhi kriteria tuh

Pencinta Ilahi on November 27, 2008 at 12:55 AM said...

tak dapat semua pun, dapat salah satu dah ok..
yg paling ok bila dapat penuhi kriteria pertama tu, insyaAllah seluruh kriteria yg lain akan sendirinye kite memenuhinya...

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal