Alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah swt atas segala kesempatan dan nikmat yang dikurniakan kepada diriku selama ini, sehingga aku masih lagi mampu untuk berdiri dan menghirup udara milik Allah ini secara percuma, tanpa perlu membayar walau sesen pun. Juga syukur diatas nikmat dan kemudahan masa dan tenaga yang dikurniakan-Nya buat ku lagi pada semester ini untuk selamat menghabiskan kesemua kertas peperiksaan akhir bagi semester 5 Julai - November 2008.
Telah lama aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang pengisian, berguna mahupun sia-sia, karutan dan juga repekan. Hari ini alhamdulillah, selesai sudah kesemua 7 kertas peperiksaan akhir ku untuk semester 5 ni. Pengorbanan dan jerit perih selama 5 bulan bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajat selesai jua akhirnya, buat kali ini, buat semester ini, yang pasti bukan untuk selamanya kerana tuntutan untuk menuntut ilmu itu tak akan berakhir walau jasad sudah terperosok ke liang lahad sekalipun.
Berakhirnya peperiksaan ini bermakna tinggallah satu semester saja lagi untuk aku habiskan sebagai seorang pelajar universiti ni. Kalau difikirkan, terlalu cepat masa berlalu, terlalu pantas masa meninggalkan hari-hari semalam, menandakan diri yang semakin hari semakin menginjak ke usia yang lebih tua dan jangan dilupa, sedetik usia kita bertambah, selangkah juga kita ke waktu ajal kita, selangkah juga kita semakin hampir samada ke syurga mahupun ke neraka (nauzubillah). Usia-usia yang telah banyak dan terlalu banyak dihabiskan ini bukannya sia-sia pada pandangan Allah, tetapi setiap detik pasti akan dipersoalkan dan dihitung diakhirat kelak. Baik usaha yang kita lakukan, syurgalah ganjarannya, jahat usaha yang kita lakukan, ke neraka jahanamlah habuan kita kelak.
Secara keseluruhannya, untuk peperiksaan kali ni aku agak berpuas hati berbanding dengan semester lepas. Walaupun kepadatan jam kredit semester ini agak menindas keselesaan masa lapangku, tetapi hikmahnya disebaliknya memang dapat aku rasai. Betullah apa yang difirmankan Allah, bahawa Allah tidak akan menimpakan ujian kepada hamba-hamba-Nya melainkan mengikut kemampuannya, juga setiap kesusahan itu pasti akan ada kenikmatannya dan setiap perkara itu tidak akan Allah jadikan ia sia-sia melainkan ada hikmah dsebaliknya.
Hampir keseluruhan kertas dapat aku jawab dengan baik, cuma ada jugalah yang aku memang goreng habis. Sedap ke tak tu lain cerita lah, yang penting aku berjaya juga mengelakkannya daripada ditinggalkan kosong tanpa berdakwat, berbanding dengan sikap aku sebelum ini yang memang kerap kali meninggalkan kosong bila tidak tahu apa hendak dijawab. Mungkin sedikit terkesan dengan pesanan seorang pensyarahku, "Try not to leave any questions without an answer. You may not know that your answer is TRUE or ACCEPTABLE until you write it down!".
Sekarang bermulalah cuti akhir semester. Tapi yang pasti, tiada cuti bagi diriku. Kerja-kerja untuk projek tahun akhirku sudah lama menunggu masa untuk disiapkan. Jadi ini bermakna tiada masa jugalah untuk aku pulang ke rumah. Ni yang nak mula sesi menyedihkan diri sendiri ni. Teringat kat keluarga. Biasanya masa-masa cuti macam ni la baru boleh bertemu muka dengan adik beradik yang lain, selain dari hari raya. Sekarang ni hanya tinggal adik-adik jela, akak dengan abang-abang aku semuanya dah ada kerjaya sendiri dan ada tanggungjawab terhadap keluarga sendiri, tinggallah aku terkontang kanting sebagai abang sulong kepada adik-adikku.
Habis saja peperiksaan tadi, orang pertama yang aku telefon adalah mak. Dan perkataan pertama yang mak ucapkan selepas aku khabarkan berita berkenaan peperiksaan ku yang telah tamat, adalah harapan mak supaya aku balik ke kampung. Sedih pun ada bila teringatkan kata-kata dan harapan mak tu. Teringin benar dia nak menatap wajah anak-anaknya yang seringkali berjauhan darinya ni. Tapi anak mak yang sorang ni tak dapat nak penuhi permintaan mak tu. Sebaik mungkin aku cakap yang aku tak dapat nak balik lagi buat masa sekarang ni, keutamaan menyiapkan kerja-kerja yang berlambak tu tak dapat nak ku bandingkan dengan keperluan untukku pulang ke kampung. InsyaAllah bila sebelum Raya Haji nanti akan tibalah anak mak ni kat rumah. Bolehlah mak jadikan teman untuk berbual lagi nanti.
Terlalu awal rasanya bagiku untuk membuat analisis juga kesimpulan sepanjang 5 tahun bergelar mahasiswa universiti ni. InsyaAllah, hari-hari terakhirku di menara gading kelak akan aku sajikan sedikit peristiwa-peristiwa pahit manis aku sepanjang bergelar mahasiswa ni. 5 tahun, bukannya angka yang kecil, juga bukan sedikit masa yang aku korbankan, bukan sedikit juga wang yang aku dah habiskan, bukan sedikit pengalaman yang aku dah berjaya kutip, bukan sedikit juga gelak tawa dan tangis yang aku kongsikan, juga bukan sedikit jatuh bangunku selama 5 tahun ini. 5 tahun, satu tempoh yang cukup lama, tempoh yang mengajarku erti hidup, erti siapa diriku sebenarnya, erti seorang hamba Allah, seorang anak, seorang sahabat, seorang teman istimewa, seorang kawan, seorang musuh dan yang paling penting banyak mengajarku tentang untuk apa aku berada disini? Untuk apa aku dilahirkan didunia ini? Dan untuk apa aku menjadi diriku yang sekarang ini?
Untuk teman-teman juga rakan seperjuangan, aku doakan kalian semua beroleh kejayaan dalam keredhaan Allah dunia dan akhirat. Doakan juga aku hamba yang hina lagi kerdil ini beroleh kejayaan dalam setiap pekerjaannya, dilindungi dan senantiasa dalam redha Allah. Untuk yang belum lagi selesai dengan jihad pen dan kertas, aku doakan kalian tabah dan teruskan usaha selagi masih ada kudrat dan kelapangan masa yang Allah berikan ini Manfaatkan setiap detik yang Allah berikan ini kerana nilainya cukup berharga jika hendak dinilai dengan wang ringgit, malah akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Niat itu penting..peace!!
p/s : entry yang agak formal tanpa karutan yang berlebihan. Cuma sekadar cukup makan umpama perencah maggi secukup rasa..ngehehehe
* I K H L A S K A N H A T I *

2 contengan diterima:
Moga lebih kuat menghadapi zaman bekerja.. ^^
insyaAllah..
moge cikgu pun berjaya menjadi cikgu yg disygi anak2 murid...^^
Post a Comment