Friday, November 28, 2008

Berkasih Bersayang

"Ala ayang, orang tak nampak la..", rayu satu suara garau pada pasangannya.

"Ye ke bang. Ayang takut la. Nanti orang nampak macam mana?", soal balik satu suara kebimbangan, halus merdu benar bunyinya.

"Abang dah tengok semua kawasan, line clear!"

Seketika kemudian...

"Assalamualaikum. Dah kahwin ke belum?"

"Err...err..d..dd..."

"Dah kahwin ke belum?!"

"Bb..belum"

"Kamu berdua buat apa ni?"

"Tak ada apa-apa. Kami duduk-duduk je"

"Habis tu kenapa zip seluar terbuka?"

"Err...err..."

**************

Stop, sampai situ je aku boleh cerita. Lebih-lebih korang bayangkan la sendiri apa yang akan jadi. Itulah antara dialog-dialog biasa yang aku lihat dalam klip video terjah dari pihak JAIS di taman-taman sekitar Lembah Klang ni. Mungkin ramai yang dah biasa tengok klip video seumpama ni. Search saja kat youtube, berlambak keluar.

Aku bukan nak membebel mahupun merapu soal kelakuan muda-mudi zaman sekarang ni yang memang dah tahap nazak dah, cuma apa yang ingin aku highlight kan kat sini adalah sikap dan tabiat manusia sekarang ni yang tak malu nak menunjukkan rasa sayangnya pasa pasangan mereka kat mana-mana pun tanpa menghiraukan orang sekeliling. Fokus utamanya di medium yang membolehkan orang ramai melihat juga mengetahui kelakuan mereka tu.

Medium tu adakah sekadar di tempat-tempat awam semata-mata kah? Di depan shopping complex ataupun ditaman bunga tempat istirehat warga-warga kota dari penat lelah berkerja kah? Tidak. Medium yang aku maksudkan disini adalah apa macam medium atau tempat sekalipun yang membolehkan orang mengetahui apa yang kita lakukan. Contoh paling mudah, internet.

Majoriti antara kita punya akaun friendster kan? Kat friendster tu kan ada satu ruang buletin. Mengikut pemahaman juga apa yang aku sendiri suka suki rasa, ruang buletin tu adalah bertujuan untuk menyampaikan apa-apa maklumat yang berguna kepada semua mahupun segelintir kenalan-kenalan dalam senarai friends mereka. Itu yang aku paham la. Tapi kenapa masih ada segelintir manusia ni yang menyalahgunakan ruang tersebut?

Salah bagaimana pula ni? Biar la diorang, pakcik nak menyibuk pasal apa? Bukan pakcik bayar pun internet juga bil elektrik kat rumah diorang. Pihak friendster team pun tak pernah nak marah-marah, pakcik mengada-ngada nak marah ni kenapa?

Nak letak apa pun aku bukan nak kesah sangat pun. Cuma apa yang aku tidak berapa berkenan disini hanyalah pada buletin-buletin yang jenis berkasih sayang. Tulis buletin semata-mata nak ucap "I Miss You" ataupun "Take Care" pada pasangan atau aku lebih suka labelkan sebagai pakwe / makwe mereka. Tak cukup lagi ke ruang comment mahupun message yang disediakan pihak friendter tu? Ke dah cukup bosan hanya berkongsi sayang berdua je, sampai nak hebahkan kat satu dunia yang sekarang ni kita rindukan pakwe kita? Perlu ke? Tidak!

Kadang memang aku menyampah tengok kat ruang buletin, macam-macam yang diletak dan ditatapkan untuk bacaan umum. Kita ada pakwe atau ada makwe pun, jangan la nak berbangga sangat sampai nak hebah-hebah kat orang ramai. I lap u, u lap me, i lap meja, u lap tingkap, dan macam-macam lagi lah ayat ada.

Nak tunjuk yang kita sayang pasangan kita pun biarlah berpada-pada. Ini belum lagi halal, belum akad nikah pun lagi, ada tu mungkin ibu bapa pasangan pun belum bersua muka lagi, dah nak over-over macam dah beranak tiga. Jodoh pun belum tentu lagi, dah nak bazirkan rasa sayang dan rindu. Yang peliknya bila dah kahwin nanti, takda la pula nak buat macam ni. Isteri ditinggalkan jauh ke belakang, suami jauh berjalan ke depan. Masa belum kahwin macam mana? Berkepit mengalahkan belangkas. Astaghfirullah...

Apa kaitan dengan dialog video klip kat atas tu pakcik? Tak ada apa-apa, saja nak bagi suspen sikit. Kot-kot la korang fikir aku nak cerita apa-apa yang sensor pula kali ni..ekekeke.. Sekadar peringatan untuk pedoman semua. Sebab dengan cara menunjukkan cara dan juga taktik yang digunakan terhadap sesuatu perkara ni dapat membuatkan kita terasa bersalah dan sentiasa beringat bila nak buat benda sama. Takut pada risiko bakal terjadi benda sama pada diri kita juga takut diri sama-sama menjadi bahan tontonan umum lainnya. Analoginya mudah, jika polis dah pun menunjukkan satu-satu taktik yang digunakan penyamun, adakah jika kita sebagai penyamun akan menggunakan taktik yang ditunjukkan pihak polis tersebut? Sudah tentulah tidak bukan? Kerana pasti orang lain akan lebih berjaga-jaga dengan taktik tersebut. Jadi, senanglah kita ditangkap bila masih degil menggunakan taktik tersebut.

Entry sekadar melepas perasaan. Wallahu'alam..

* I N G I N K A U H A L A L *

8 contengan diterima:

Anonymous said...

bijok2..
nukilan yang bagus tuk tuntonan umum...
kemah kemi cam pok mak....
===============
patrik xmampu nak lap2 sesape lagi sebab xdok makwe...
waaaaaaaaaaaa

Lisam on December 1, 2008 at 11:44 PM said...

xyah makwe patrik, harammm....tggu zaujah nnti laa....halallll

AsNiza on December 3, 2008 at 1:47 PM said...

ade cadangan bernas klu tak nak tgk buletin lagu tuh..delete terus member dr fren list..huhu..'bijok' x?

Lisam on December 3, 2008 at 6:27 PM said...

hahaha...idea yg bijok. tp kekadang tuh kawan kite sendiri je. nanti kecik pulak atinye....

Anonymous said...

bukan diskriminasi
bukan hape
maap mgkin pndangan yg scaptical kt dalam otak neh
kalo stok2 yg tutup2 pakai sock hand,stokin tp brgambr ngan pakwe siap pelok2 tuh ape kes

Lisam on December 4, 2008 at 9:09 PM said...

pasal tu mmg kene buat entry baru la..pnjg lebaq plak nanti pakcik kene bebel.

kdg2 manusia ni ramai yg nak tnjuk syg tp xkena tmpt & pd org yg xsepatutnya..

yg pakai brtutup2 ni pun ade je buat bende cmni. pkcik pun heran. bukan dorg tade ilmu agama, tp diri tu yg xthn nk lwn nfsu. entah, bak kate nabil, sendiri mau pikir laa..huhuhu

Anonymous said...

Tepuk dada tanya iman..jangan tanya selera...hati tenang kearah kebaikan dan gundah kepada kemaksiatan..

Lisam on December 14, 2008 at 12:08 AM said...

ketenangan hati itu terletak pada setiap perbuatan yang kita lakukan sehari-harian..

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal