Wednesday, November 5, 2008

Surat Cinta Tak Diundang

Pernah terasa sibuk? Pernah juga menyibuk? Ataupun buat-buat sibuk? Kalau pernah, sila la sibukkan diri korang semua dulu sebelum aku tambahkan la kesibukan dalam hidup kalian semua tu. Daripada duk buang masa baca karutan tak bermanfaat aku ni, lebih baik korang menelaah pelajaran kan? Baca buku, baca quran, tak pun baca je apa-apa label kat botol minuman korang tu, dapt la juga ilmu macam mana orang membuat minuman tu.

Apa punya intro ni, dah mengarut lebih-lebih la pula..haha..layanzz

Minggu ni dah masuk minggu ke-2 untuk peperiksaan akhir semester Julai-November 2008, semester 5 dan juga semester yang amat berat dan agak menyeksakan bagi diri ku. Minggu ni saja ada 3 paper final yang aku kena jawab, terpaksa jawab dan juga terjawab. Dua dah selesai, ada 1 lagi untuk aku tempuhi. Keseluruhannya yang aku dah berjaya tempuhi sebanyak 3 kertas, tinggal lagi 4 kertas final yang aku kena jawab. Masak juga la semester ni, 7 paper final yang aku kena duduki dan kesemuanya mempunyai gap yang sedikit. Cuma untuk satu paper saja aku ada gap hampir satu minggu. Alhamdulillah la, tapi dalam seminggu tu mampu ke untuk aku habiskan semuanya dengan menelaah pelajaran? Jangan ditanya, kerana pasti jawapannya TIDAK!! hahaha..

Bila dalam sibuk-sibuk menelaah pelajaran macam ni la terasa berharganya masa-masa yang selama ni banyak dibazirkan dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berguna. Allah pun dah berfirman dalam surah al-'ans, yang bermaksud,

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Ternyata, manusia yang lalai dan leka dengan kenikmatan dunia yang sementara ni, memang sentiasa akan berada dalam kerugian. Rugi didunia dan paling teruk lagi akan turut sama mendapat kerugiaan diakhirat kelak. Jadi, isilah masa yang hanya diberi pinjaman sementara oleh Allah ni dengan perbanyakkan membuat perkara-perkara yang bermanfaat dan mampu memberikan ganjaran yang berguna untuk diri kita, sebagai bekal mengadap Allah di padang mahsyar juga sebagai bekalan menghadapi kegelapan dan kesunyian di kubur nanti.

Semalam, tidak semena-mena aku mendapat satu surat cinta yang memang aku tidak ingini dan aku sebolehnya memang tidak mahu pun surat tersebut hadir kedalam hidupku kerana sememangnya kedatangannya tanpa pernah dijemput dan dipinta sekalipun. Sampai sungguh hati penghantar surat tersebut memilih aku untuk menjadi mangsa cintanya. Sekalipun telah aku khabarkan yang aku memang tidak inginkannya dan tidak juga aku mahu ia datang mengganggu hidupku ini.

Bukan apa, dulu pernah sudah aku terima surat yang sama. Akhirnya aku juga yang susah, aku juga yang sengsara, aku juga yang menerima padah. Tidak hanya disitu, awal tahun dulu aku pun sekali lagi menerima surat yang sama. Surat cinta yang menuntut kasih sayangku kepadanya. Surat itupun aku tidak terbalas lagi. Aku pun lupa dah mana aku letak dan buang surat tu. Bukan aku tidak mahu membalasnya, cuma keadaan, masa dan kekangan yang aku sedang hadapi sekarang ni memang menghadkan masa aku untuk membalas jauh sekali ingin bersua muka dengan pemberi surat tersebut. Aku buntu, aku keliru, aku tak tahu apa nak buat dah.

Ngehehehe.. Sukakihati aku jek nak merepek yang bukan-bukan. Mesti ada yang dah mula berfikir bukan-bukan. Betul ke ada yang sudi menghantar surat cinta kat pakcik ni? Laku sangat ke pakcik ni? Haih, macam tak percaya je kan? Ish43x...

Surat cinta yang aku maksudkan tu sebenarnya adalah surat saman polis diraja mesia la. Masuk ni, dah surat ke-3 aku terima. Saman pertama sudah selamat aku langsaikan, terbang juga la RM150. Saman ke-2, memang salah aku pun, suka hati mak bapak aku je nak parking kat tepi Times Square dulu. Lepas keluar dari lowyat, waktu nak balik Shah Alam tak semena-mena terselit sebijik surat yang tak berapa nak cantik tu. Tulisan dah la tak cantik, aku nak baca pun pening..haha

Semalam, kena lagi satu surat saman. Juga sama turut kesalahan parking. Tapi yang aku tak puas hatinya, kat tempat aku sendiri ni. Kat rumah sewa aku, bukannya aku pergi parking tengah-tengah jalan kat Federal Highway pun. Housemate aku dah mula pening dah. Lepas ni tak tahu la nak parking kat mana lagi. Nampak gayanya, kena pikul motor tu bawak naik simpan dalam almari kat bilik. Daripada hari-hari duk sedekah RM30 kat kekasihku seru tu..ngehehe..

Memang la, saja je nak cari nahas. Saman dulu RM30 tak selesai lagi, tambah lagi yang terbaru ni RM30 pula. Melayang duit aku lagi nampaknya, dah la dalam akhir-akhir sem ni, poket pun dah mula pokai, nak fikir hidup dalam 2 bulan lagi sebelum mula sem baru. Nak isi perut sendiri, sewa rumah, air, api, internet yang aku duk guna 24 jam ni. Subhanallah, termasuk dalam kategori merungutkah aku sekarang ni? Merungut dengan ujian yang Allah turunkan pada aku? Merungut dengan apa yang Allah dah tentukan pada diriku?

Hujung minggu ni insyAllah dapat la aku luangkan sikit masa bersama anak saudara kesayangan aku tu. Dah masuk 2 minggu lebih aku tak menatap wajah comel Aisyah. Rindu sangat-sangat dah ni. Mahu je aku ambil dia dan aku jaga kat rumah sewa ni, asalkan aku dapat main dan bagi kasih sayang sepenuhnya kat dia sudah la. Ye la, anak sendiri belum mampu nak buat, bagi jela kasih sayang kat anak saudara sendiri kan? Kira anak sendiri juga la tu. Jika la jodoh pakcik ni sampai awal..ngehehe.. Gatai tol pakcik ni. Bukan gatai, tapi nak menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama pada diri pakcik. Tapi dah mampu ke? 50% kot..haha.. Calon? Rahsia pakcik dan bakal zaujah pakcik..

19 contengan diterima:

Anonymous said...

Ye la, anak sendiri belum mampu nak buat, bagi jela kasih sayang kat anak saudara sendiri kan? Kira anak sendiri juga la tu. Jika la jodoh pakcik ni sampai awal..ngehehe.. Gatai tol pakcik ni. Bukan gatai, tapi nak menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama pada diri pakcik. Tapi dah mampu ke? 50% kot..haha.. Calon? Rahsia pakcik dan bakal zaujah pakcik..
==========================
kenyataan berani mati admin...
xmampu nak buat kerr???
hahaha..

patrik pom gatai nak kawennn tapi xdok calon pom...
kumpul2 $ tolon family dulu baru pikir nak kawen...

Qabsah Anisah on November 5, 2008 at 11:20 PM said...

salam....moga2 segerala terlaksana sebahagian tuntutan agama awk 2..kirim salam dgn bakal zaujah awak 2...dah agak dah.....

Anonymous said...

sadiqah xmau kim salam kat patrik kerr???
tau la patrik xsame fakulti...

Bashir IbnDzul on November 5, 2008 at 11:43 PM said...

nampaknye macam kene cepat dicarikan jodoh untuk tuan punya blog ni..

alaa akhowat ramai. pilih je mane nak, propose kat naqib soh dealkan ngan family dia.. hoho..

cikgu_eya on November 6, 2008 at 12:01 AM said...

hoho... miang terlajak ker blog cinta neh? hahaha...

Anonymous said...

ala lysam nak gatai sekali sekala...
ape salahnye..

Lisam on November 6, 2008 at 1:41 AM said...

hehehehe...

dalam panjang2 entri pakcik tuh, bab yg last tu jugak korang sumer nak komen ea..haha

pasni kene hati2 la ngan kata2 lam karutan pakcik lg..silap haribulan ter'reveal' segala2nye kt public. even pakcik sdiri pn tatau ape la yg nak di'reveal'kan tuh..ngehehe

Anonymous said...

ape salahnye reveal benda yang benar..
berita baik lok dsebar2kan..
opss berita pe nie..
patrik xtau pom...

Lisam on November 6, 2008 at 12:02 PM said...

hahaha...

berita anak kuceng kt umah pakcik beranak lagi....

anak kuceng????;p

iNtAnCtZ on November 6, 2008 at 2:14 PM said...

blog toklisam patut blh vote la jdk 'blog panduan mencari pasangan hidup'...Banyak tu entri yg leh wat rujukan!

wat toklisam,toksah segan tulis entri even toklisam ala2 segan nak tulis sebabnye ade je org kat luar ni nak tau,cume segan nk cakap!

hohoohoho~
*kem salam kat ank sedara bserta anak kucing beliau!

Anonymous said...

butul ker cite nie..
cam leh caya jerr....

Qabsah Anisah on November 6, 2008 at 11:01 PM said...

patrik, awak 2 fakulti ap aeh?

Qabsah Anisah on November 6, 2008 at 11:17 PM said...

ye la krm salam ngan patrik sekali la....stdy rjn2.gud luck 4 ur exm

Anonymous said...

nursadiqah xcakap cos n part berape pom..dari dulu patrik tanye?

Lisam on November 7, 2008 at 10:30 PM said...

to seekerz
haha..bole2..vote tuk jd PM mesia pn bole..tp pakcik tanakkk

anak sedara beliau tiada anak kuceng..:D

topatrik
cite benar lg sahih ni patrik..walopon leh dikategorikan sbg karut wa marut...

to nursadiqah
cik patrik tu fak lam laut..nanti kene pakse p men tgkap obor2 baru taw...hohoho

jgn mara ye petrik...;p

Qabsah Anisah on November 9, 2008 at 9:07 PM said...

cs229...br part 2...patrik pl?

Qabsah Anisah on November 10, 2008 at 12:07 AM said...

to admin...
mmmmmm....kalau lah boleh di beri bintang, ku nak bg bnyak bintang dgn topik ni...coz banyak peminat...mmmmmm boleh masuk carta hot fm

Anonymous said...

229 kos apo ek???
waa.. baru part 2...
bagus2..
dari matrik la nie..
bijok2...

Qabsah Anisah on November 11, 2008 at 12:06 PM said...

kosmatik la...takla..dr dip...patrik ni, nak tny...patrik ni ppuan ke lelaki?

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal