Thursday, July 31, 2008

Tips Mencairkan Hati Wanita

Sedikit perkongsian ilmu yang aku baru dapat dari majalah i keluaran 1 Jun 2008 baru-baru ni. Aku tak beli pun majalah ni, dapat dari internet je. Kredit tuk incik HafizAdam kerana telah menyediakan link untuk aku men'download' e-magazine ni secara percumanya.

Tips-tips ni ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj. Bagi sesiapa yang nak melawat websitenya, boleh lawati di Sila Klik Disini. Moga sama-samalah kita mendapat manfaat dari tips-tips yang diberikan ni. Tapi tips-tips ni hanyalah untuk yang sudah berkahwin je, bagi yang belum berkahwin, jangan praktikkan dulu, tapi ambil ia sebagai ilmu bila nak menuju ke gerbang perkahwinan nanti. InsyaAllah, sama-samalah kita membina mahligai yang bahagia selaras dengan tuntutan syariat Allah. Bila nak mencapai redha Allah dalam perkahwinan yang hendak dibina, langkah pertama dari sekarang ni kenalah betul dan mengikut apa yang Allah tetapkan. Betul tak? hehe.. Dah, posting ni bukan ruang untuk aku membebel panjang-panjang. Nak membebel, lain hari la... Layanz..

Tips 1
Berikan perhatian yang lebih. Agak-agak, kenapakah wanita suka berhias mengenakan pakaian yang cantik dan bersolek? Tidak lain sebab dia mahu mencari perhatian. Maka, jika anda ingin mencairkan hatinya berilah perhatian. Seorang wanita sangat mendambakan kasih sayang. Perhatian pada mereka adalah kasih sayang. Maka sayangilah dia terutama yang telah pun sah menjadi milik anda. Sayangi bermakna berikan perhatian.

Tips 2
Ucapkan sesuatu yang membahagiakan. Hati wanita mudah cair apabila dia menerima kata-kata yang mencairkan. Rata-rata wanita suka dipuji ataupun diayat dengan ayat-ayat yang melambangkan betapa anda menyayanginya sepenuh hati. Maka ucapkanlah kata-kata begini. Jika tidak mampu berdepan sambil merenung matanya, menggunakan mesej suara mahupun sms sudah memadai. Percaya atau tidak, banyak pasangan hilang bahagia sebab keengganan pihak lelaki melakukan ini pada pasangan. Oleh itu, berubahlah.

Tips 3
Jangan terlalu ego. Walaupun ego adalah sifat semula jadi lelaki, jika anda ingin mendapatkan kebaikan dari keseluruhan pasangan anda, rendahkan ego tatkala bersamanya. Ikut kajian dan pengamatan penulis, lelaki akan semakin ego setelah dia bergelar suami. Keegoaan akan dibalas dengan ketakutan, bukan ketaatan yang jujur sempurna dari pasangan anda.

Tips 4
Sesekali buat kejutan. Jika selama ini tidak pernah memberi hadiah, apa kata berikan kejutan dengan menghadiahkan sesuatu yang tidak pernah terduga olehnya. Bukankah dalam Islam kita disuruh utamakan orang terdekat, saudara mara ketika hendak bersedekah? Mengapa tidak kali ini pilih pasangan anda sendiri.

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah s.a.w bersabda, " Seutama-utama sedekah ialah semasa masih ada kekayaan, dan mulakanlah dengan yang engkau menanggungnya."

Hadis lain memberitahu kita, Rasulullah s.a.w bersabda, " Sedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, tetapi sedekah kepada kaum keluarga adalah dua kebaikan, iaitu sedekah dan perhubungan tali kerabat."

Tips 5
Ringa-ringankan tulang. Terkadang wanita memang suka bermanja-manja dan mereka mahu orang memanjakan diri mereka. Salah satu daripadanya ialah meminta tolong padahal dia sendiri mampu melakukannya. Sama ada dia meminta tolong ataupun tidak, ringan-ringankan tulang untuknya dan selalu bertanya, "Mahu abang tolong tak?" dia pasti cair.

perkahwinan

Tips 6
Pujuk dan belai. Apabila seseorang wanita merajuk sebenarnya bukanlah hatinya terlalu sedih. Kadang-kadang itu hanyalah taktik untuk menguji sama ada anda ambil kisah atau tidak kisah. Apakah anda sayang atau anda tidak peduli lagi. Wanita merajuk untuk dipujuk dan dibelai dengan kata-kata yang menyenangkan. Setiap pujukan pasti berbaloi.

Tips 7
Puji-puji selalu. Hakikatnya tiada wanita tidak suka dipuji. Wanita lebih mendambakan pujian, maka pujilah dia 10 kali jika anda ingin mengejinya sekali; pujilah dia 20 kali jika anda ingin mengejinya dua kali. Cairkan hati wanita anda dengan pujian demi pujian.

Tips 8
Bertoleransi tanpa had. Apa juga kerumitan yang ditimbulkannya, sabar dan bertolak ansur - untungnya banyak. Berbanding anda bertegas meskipun jangka pendek kelihatan menang tetapi jangka panjang anda akan rugi. Sikap tergesa-gesa dan suka menegakkan benang basah hanya mengundang dendam dan marah, sebaliknya bertolak ansur memadam susah.

Tips 9
Peka dan memahami. Tunjukkan kepekaan anda dengan mengambil tahu, memahami dan menjiwai masalah yang dihadapinya. Itu cukup bermakna pada seorang wanita.

Tips 10
Panggil dengan panggilan manja. Namakan dia dengan sesuatu yang menarik dan indah serta seronok didengar sebagaimana Nabi s.a.w memanggil Humaira, panggilan manja untuk Aisyah. Tidak salah memanggilnya dengan "Ayang, Sayang, Cute, Comel" bahkah "Darling" asalkan dia senang dengan panggilan itu. Lihatlah betapa mudah dia menjadi cair.

Tips 11
Prihatin tentang tarikh penting. Kebanyakan lelaki tidak kisah dengan hal ini, tetapi ketahuilah bagi wanita tarikh sesuatu peristiwa sangat penting untuk diingati. Jika anda boleh menyimpan tarikh perkahwinan misalnya dan berikan dia kejutan dengan memberikan hadiah atau sekadar kata-kata yang indah, itu sangat memikat hatinya.

Tips 12
Izinkan diri anda menyukai bunga. Memang rata-rata lelaki tidak suka bunga atau tidak kisah dengan bunga, tetapi usah tidak tahu, wanita sangat teruja oleh bunga. Rata-rata wanita menjadi sangat indah oleh bunga disisinya. Justeru, jika anda sukakan wanita anda perlu belajar sukakan bunga. Hiasi rumah dengan bunga-bungaan biarpun ia hanya lukisan yang melekat mati didinding. Pokoknya bunga sangat menyenangkan dan umpan terbaik untuk memikat hati dan mencairkan hati wanita adalah bunga.

Praktikkan tips-tips yang penulis berikan ini, tidak mustahil anda akan dapat mencairkannya sekali gus menawan hatinya. Ingat, wanita ibarat 'teddy bear'. Ia sangat comel dan menyenangkan, tetapi kalo tidak dipelihara akan hilangkah kecomelan teddy bear itu, sebab ia kan menjadi bapa bear yang besar dan menakutkan.
Komen dariku : Bear yang besar dan menakutkan? err..seram tu..:ahaha:.

* B I L A ? *
Read rest of entry

Mari Menge'tag'...

Semalam ada terjalan-jalan melawat blog sahabat-sahabat, dan termasuklah kat dalam satu blog sahabat ni yang telah menge'tag' kesemua ahli blogger dalam blog list nya. Jadi aku pun amatilah baik-baik dalam blog list nya tu, dan terpampanglah nama aku yang tak berapa hensem dan comel ni..hihi.. Credit to cik Cinta Milo Ais kerana telah menyusahkan dan membebankan diriku ini dengan terpaksanya menjawab kesemua soalan-soalan dalam tag yang dikirimkannya. Makasih ya cik milo ais..hehe..(gelak tak ikhlas mana)

Jadi, selamat membaca jawapan-jawapan soalan dalam tag tersebut yang semacam nak menorek rahsia peribadi aku sendiri je, hampeh tol..Layan...

1) What is the most important thing in your life
**nikmat iman dan islam..all gift from Allah to me..

2) What is the last thing that you bought with your own money?
**choki-choki..sebelum pergi kelas pagi tadi..(sebenarnye bukan duit sendiri pun, duit ptptn laaa..huhu)

3) Where do you wish to get married?
**kat mekah..boleh ke? xpela, kat umah pengantin perempuan pun jadi la..xpun kat masjid..best2x..

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
**bila dah selamat akad nikah..25 kot..ikut sunnah nabi..hehe, kalo bab kawen, baru nak ikut sunnah nabi..ape daa..

5) Are you in love?
**nope..cinta hanya untuk orang yang dah kawen yee....

6) Where was the last restaurant you had dinner?
**tomyam house kat seksyen 7, shah alam...dekat je ngan umah..

7) Name the latest book that you bought?
**Al-Quran..hadiah hari lahir tuk seorang sahabat...

8) What is your full name?
**ermm...perlu ke? xperlu..xperlu...

9) Do you prefer your mother or father?
**both of them..tanak kehilangan walau sorang pun antara mereka lam hidupku...

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
**my becoming zaujah....guess who??? ermmm.....

11) Christina or Britney?
**mati hidup balik pun aku takkan suke kat 2 orang minah kafir laknatullah ni....hahaha(gelak kejam)

12) Do you do your own laundry?
**yup..washing machine kan ade...

13) The most exciting place you want to go?
**Almakkatul mukarramah wa madinatul munawwarah...

14) Hugs or kisses?
**hey...ape ni...ish45x..

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
**cik cinta milo ais
1. suke sangat merepek kat blog
2. suke merepek
3. selalu merepek
4. merepek selalu
5. suke makan kerepek..err, ye ke?
~~maaf le cik milo ais, i dont know u much...:p

16) 8 things I am passionate about:
**1. suke kaco member-2
2. suke solve masalah orang..walo diri sendiri selalu bermasalah
3. bace novel..err..xseswai tol
4. ngaji quran...hehari wajib bace ni tau
5. makan megi..sob sob
6. merayap kat internet
7. bace kisah hidup orang lain...besenye kat blog sahabat yg terceroboh lam blog aku
8. mengadap laptop, cari idea tuk buat ape..

17) 8 things I say too often:
**1. err...
2. bior betol..
3. ape ni...
4. oit..
5. siot r..
6. ape daa..
7. ne de..
8. joomm...
~~subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..yg ni jangan lekang dari bibir taw.. pesanan tuk diri sendiri..huk huk

18) 8 books I’ve read recently:
**1. ma'thurat..
2. quran..smalam, arini lom agi
3. web engineering text book..hehe
4. novel tautanhati..pinjam classmate punye
5. novel diatas sejadah cinta..classmate punye gak
6. novel versi e-book..banyaaakk kalo nak nak senarai sumer
7. komik..gempak, utopia, shinchan, etc
8. buku2 kat kedai buku...curi bace je, nak beli tade duit..hahaha
~~actually punye la lame nak pikir bace buku ape..coz mmg malas tahap gaban bab membaca ni

19) 8 songs I could listen to over and over again:
**1. Nasyid
2. Nasyid
3. Nasyid
4. Nasyid
5. Nasyid
6. Nasyid
7. Nasyid
8. Nasyid
~~i'm really addicted to nasyed maa

20) 8 things I learned last year:
**1. jangan lari kalau jumpe anjing
2. naik moto kena konfiden bila dalam bandar KL ni
3. selalu bahagi mase dengan baik
4. buat bende biar selari dengan apa yang dikata
5. rajin-rajinlah masak kalo nak jimat duit
6. jangan suke merayap..perabih duit je
7. pose bile time balik kg..
8. makan dengan betul..macam la selama ni tak betul..huhu

7 people to tag:
**korang sumer yang rajin membaca posting ni sampai habis...padan muke

Puh, selamat juga menghabiskan soalan-soalan tag ni. Agak-agak la, berapa markah yang patut aku dapat?hehehe

* S T A B L E M O O D *
Read rest of entry

Wednesday, July 30, 2008

Mengantuknye...

Hari ini, entah penyakit mengantuk tahap apa yang telah melanda diri aku ni. Sejak bangun solat subuh lagi, memang mata aku bagai susah nak dibuka dengan relanya. Tapi oleh kerana dah memang kewajipan setiap pagi, aku gagahkan jua diri ini secara paksanya, bangun untuk laksanakan solat subuh. Selesai solat, tak sempat nak mengaji ma'thurat seperti kebiasaan, badan aku dah pun rebah ke toto(orang miskin, takde duit nak beli katil..huk huk..) balik, dan dengan nikmatnya menyambung kembali kerja-kerja menidurkan diri sendiri dan membuat peta..haha

Ni baru kes bangun subuh, belum masuk kes masa dalam kelas lagi. Keadaan yang hampir sama juga, mata ni seakan tidak mahu membukakan dirinya sendiri. Natijahnya, dua kelas aku pada sebelah pagi, hanya fizikalku sahaja yang hadir dalam kelas, tapi otak dan roh aku, entah ke dunia mana dah dia berlayar.

Memang satu pun aku tak dapat dalam kelas hari ini. Seawal pagi untuk ke kelas pun, aku dah sememangnya malas dan mengantuk sangat-sangat. Jadi apa lagi, aku pun telah berjaya mempraktikkan budaya tidur di dalam kelas dengan jayanya la hari ini. Nasib baik la lecturer aku tak sedar ada anak muridnya yang bagus ni sedang tidur di dalam kelasnya. Kalau tak, mahunya aku ni jadi bahan ketawa bila kena tegur nanti..nasib baik..hehe

Sampai kawan aku sendiri pun pelik tengok aku hari ini. Yela, kebiasaanya memang aku ni suka sangat mengusik kawan-kawan aku dalam kelas. Selalu ada saja aku ni nak mengusik kawan-kawan aku, tapi hari ini aku hanya diam dan diam dan diam sahaja, sebab aku sedang tidur dan berlayar ke dunia lain..hehe

Tapi kawan lelaki je tau, kawan perempuan tak boleh. Semuanya not single and not available dah..hehe.. Kalau available pun, bukannya aku ni berani nak mengusyar pun..ekeke.. Aku tahu, ramai dah classmate aku yang mengamalkan budaya kapel mengkapel ni. Dari mana aku dapat tahu? Eh, aku ni bukannya jenis suka sangat ambil tahu hal orang tau, tapi bila dah terang-terang ditunjuk, mahu tak mahu pun, aku jadi tertahu juga la.

Bila bercakap soal kapel ni, sampai bila-bila pun takkan habis. Ingat senang ke nak merubah pemikiran orang yang sedang masyuk dengan dunia mereka sendiri ni. Sebab mereka memandang apa yang mereka buat tu tak salah dan merupakan hak mereka sendiri dan orang lain tak berhak untuk menghalang mereka. Tapi mereka sebenarnya tak sedar, mereka semua tu siapa yang cipta, mereka sekarang ni tinggal menumpang di bumi milik siapa, hari-hari mereka sedut udara tu pemberiaan siapa, makan minum mereka sehari-hari tu siapa yang izinkan masuk ke mulut mereka.

Seperti dalam ceramah agama Ustaz Azhar Idrus yang aku selalu dengar, katanya kalau nak langgar hukum Allah, jangan tinggal kat bumi Allah ni. Kumpul duit, beli bumi sendiri, lepas tu pakat pindah ramai-ramai ke bumi baru tu. Baru la boleh nak buat ikut suka sendiri pun, sebab bukan tinggal atas bumi milik Allah dah. Jangan minum air yang Allah turunkan ni, buat air sendiri, buat pokok sendiri, cipta semuanya sendiri, jangan ambil yang Allah bagi ni. Boleh ke? Sanggaup ke? Jadi bila nak langgar hukum Allah tu, ingatlah kita sekarang ni menumpang atas bumi milik Allah, jangan terasa besar sangat la.

* N A K T I D U R *
Read rest of entry

Tuesday, July 29, 2008

Sg. Gabai, Hulu Langat

Weekend lepas, aku bersama-sama geng samun (housemate aku la..:astig:), telah berjaya menjejakkan kaki ke Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Percutian yang pada asalnya adalah cuma cakap-cakap kosong semata, tanpa disangka akhirnya menjadi kenyataan jua.

Perjalanan kami dimulakan seawal pagi (sebenarnya tak la pagi sangat pun, jam 8 lebih gak..huhu), menaiki 3 buah kereta menuju laju ke destinasi yang aku sendiri tidak pernah fikir untuk sampai ke sana pun sebelum ni. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan berjaya jua sampai ke tempat yang dituju pada jam lebih kurang 10 pagi.


Bergambar semasa di stesen Shell Federal Highway, Shah Alam..Dalam perjalanan..

Seawal sampai disana, bilangan pengunjung sudah mula membanjiri tempat tersebut. Walaupun masih awal pagi, tapi bilangan pengunjung yang yang sudah menyemak disitu sudah pun ramai. Tak sangka pula aku, walaupun tempat yang tercorok seperti itu, ramai juga yang mengetahuinya. Biasa la, dah nama air terjun kan, tak kan la nak duk kat tengah-tengah bandar KL pula..hehe


Pape hal ambil gambar dulu, sebelum mula menaiki tangga yang amatlah tinggi

Sampai saja disana, masing-masing dengan semangat waja, mula menaiki tangga yang agak menggerunkan. Bukan gerun sebab ada rimau ataupun beruang, tapi gerun dengan kecerunan dan bilangan anak tangga yang mak aih, tak terkira, sebab memang aku tak kira pun..huhu.. Sampai terasa bagai nak tercabut kepala lutut ni dibuatnya. Tapi oleh kerana semangat nak mandi air terjun punya pasal, gagahkah juga kaki ini melangkah selangkah demi selangkah, dan akhirnya berkat kekuatan yang Allah berikan, sampai jua kami ke puncak tempat mandi manda air terjun tersebut.


Berhenti rehat disatu tempat rehat, semasa dalam pejalanan menaiki tangga. Penat woo..

Di sana, satu permandangan yang kurang elok untuk aku lihat kerana terdapat sekumpulan anak muda cina sedang awal-awal lagi dah mandi manda di sana. Maklum la, bila dah kaum ni, bukan diorang tahu nak jaga adab pun. Pakaian tu memang aku serender awal-awal la. Tak payah aku nak explain panjang-panjang apa yang diorang pakai, menyakitkan mata je bile melihat. Dah, tak payah la korang semua bayangkan pula apa yang dipakai diorang, takda faedah pun korang nak fikir. Lain pula yang dibayangkan nanti..hehe

Tapi bukan anak cina saja pun yang berpakaian macam tu. Dikalangan anak melayu sendiri pun ada. Dah macam bukan anak melayu dah aku tengok, mengalahkan anak mat saleh gitu. Tudung memang entah kemana la menghilangkan diri. Seluar, baju yang dipakai, masyaAllah.. Aku yang lelaki ni pun pandai gak pakai seluar panjang masa mandi, tapi diorang selamba saja pakai short pants. Kurang asam tul. Yang berkepit mengalahkan laki bini tu, tak payah nak cakap la, menyakitkan mata saja bila nengok.


Memasing bagai sebulan tak pernah mandi dah..

Tinggalkan kisah anak-anak muda melayu "ISLAM" tu dulu, aku pun tension bila memikirnya. Tension sebab aku hanya mampu memilih untuk iman yang paling lemah, membenci didalam hati cuma..hmmm..:sigh:

Jadi, aku dan kawan-kawanku mula mencari tempat sesuai untuk melabuhkan punggung dan meletakkan barang-barang yang kami bawa. Belum sempat semua nak bersedia, sebahagiannya dah pun berenang-renang dalam air yang tahap sejuknya memang tak tertahan, lebih-lebih lagi bila dipagi hari tersebut. Kesejukannya memang menusuk sehingga ke tulang sum sum. Mengigil-gigil aku dibuatnya. Tapi sebab nikmatnya mandi air terjun ni, sejuk pun tahan jela. Jauh-jauh aku datang, tak kan nak tengok saja kawan-kawan aku berseronok, aku pun teringin juga nak sertai sama.


Paling best main gelongsor ni..Yieehaaa

Paling seronok bila dapat bermain gelongsor batu. Part ni memang seronok bila ramai-ramai kami sama-sama bergelongsor, dah membentuk macam keadaan semasa menaiki bas saja..hehe.. Riuh rendah dibuatnya bila kawan-kawan aku yang tak berapa betul ni menguasai tempat tu. Sebab tu la, akibatnya sampai berdarah kening kanan aku ni akibat terhantuk pada batu. Aku pun tak sedar sangat awal-awal. Tapi bila terasa ada cecair mengalir dikepala aku, baru la aku sedar yang kepala aku ni berdarah rupanya. Terus aku berhenti main kat tempat tu. Serik aku, bimbang jadi lebih teruk. Peringatan dari Allah la ni. Tu la, berseronok sampai tak ingat dunia sangat, sapa suruh..huhu

Lepas saja peristiwa tu, aku hanya menjadi pemerhati dan menjadi jurugambar yang merakan aksi-aksi mengarut kawan-kawan aku tu saja. Lagipun badan aku ni dah tak tahan dah menahan kesejukan, menggigil macam orang tak betul je..hehe


Permandangan dari atas batu

Tengahari, kitorang bertolak balik ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan, aku hanya melelapkan mata saja. Memang penat tu tak boleh nak kata la, nak buka mata pun terasa berat sangat-sangat. Selepas berhenti solat zohor kt masjid, teruskan perjalanan ke Shah Alam balik, dan aku pun sama, sambung melelapkan mata juga.

Jadi, sebagai pengajarannya, aku sarankan tak payah la sapa-sapa nak pegi sana. Batalkan la niat korang nak berseronok ke sana. Sebab kemudahan memang teruk, tandas memang tak boleh nak digunakan langsung dah. Pengawasan pun tiada, semua orang bebas nak buat apa pun, nak pakai apa yang diorang suka, yang dah macam telanjang saja. Bagi yang ada anak bini, jangan la nak pergi sana. Lebih baik bawak ke tempat yang lebih baik dan bagus pengawasannya. Tapi kalai niat nak melihat keindahan ciptaan Tuhan, apa salahnya kan? Tapi kalau niat nak mencuci mata, baik tak payah la. Silap hari bulan, bala yang datang, dengan korang semua pun kena nanti. Tak ke naya tu. Mitak jauh-jauh la..

* K E S A L *
Read rest of entry

Sunday, July 27, 2008

Mimpi Seorang Gadis

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.



Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

* S E D E K A H A M A L *
Read rest of entry

Thursday, July 24, 2008

Cinta Abadi

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta.

Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai.

Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti 'dating', perbualan telefon maraton dan surat cinta.


cinta

Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata.

Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.


Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

(Dipetik daripada cerpen :Pertemuan bukan milik kita, Majalah Akhawat (Vol.2)

Kehidupan bukan semuanya syurga.
Kehidupan ada gerak gempurnya juga.
Tetapi neraka-neraka kecil yang datang sekali
itulah yang memberi erti apa sebenarnya kehidupan.
(A.samad Said)

Article from Nur Izwah Abd Aziz

* I N G I N K U L U A H K A N *
Read rest of entry

Tuesday, July 22, 2008

Wahai Hawa

Buat renungan..

Wahai Hawa,
Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa..
masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya ?
dan kenapa..
masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah,
kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu
untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam
yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan
dan kebencian ALLAH.
BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan
pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja..
jadilah anak yang Solehah
buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu
sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

muslimah

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata
kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan
susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan...
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan
sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia
takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan
buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang
akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Shalilah
(Hadith Riwayat Muslim).

* W A N I T A K U *
Read rest of entry

Friday, July 18, 2008

Nak Merepek Sikit

Minggu ni dah masuk minggu kedua sesi pembelajaran untuk semester baru ni. Dan hari ni merupakan hari terakhir dah pun dalam minggu kedua ni. Apa yang terjadi dalam masa dua minggu ni? huhu.. Aku sendiri pun tak pernah memikirkan keadaan seperti ini bakal terjadi dalam masa proses aku untuk menamatkan pembelajaran aku ni.

Minggu pertama, sesi taaruf terhadap subjek-subjek yang akan diambil dalam semester ini. Dan pada masa itu jugalah diterangkan apa yang kami perlu buat untuk menamatkan subjek tersebut nanti. Lebih senangnya, mana-mana projek ataupun assignment yang perlu kami kerjakan secara paksa mahupun tidak sukarela, untuk memastikan kami semua dapat manamatkan subjek ini dengan jayanya tanpa sangkut dan menempah tiket untuk repeat pada semester akan datang.

Projek. Bila mendengarkan kalimah ini pun sudah mampu membuatkan aku berfikir panjang, walaupun kadang-kadang aku memang meminati subjek yang memerlukan aku menyiapkan apa-apa projek sekalipun. Kerana padaku, praktikal lebih baik dari teori semata-mata, yang terkadang susah untuk kita 'relate'kan pabila tiba alam pekerjaan nanti. Seolah apa yang belajar selama ini hanyalah sia-sia, dan tidak digunakan langsung pun semasa bekerja nanti. Bak kata kakakku, semuanya akan bermula dengan A balik. Ini melalui pengalaman abang-abang dan kakak aku yang sudah bekerja la.

Hampir semua subjek yang aku ambil memerlukan aku untuk menyiapkan paling kurang satu projek sebelum akhir semester nanti. Dan hampir setiap subjek juga kami terpaksa membentuk kumpulan dan sentiasa konfius dengan ahli kumpulan sendiri memandangkan setiap subjek, aku akan bersama ahli yang berlainan. Jadi untuk mengelakkan apa terjadi, aku hanya menunggu diingatkan kawan-kawanku yang lain dan buat-buat tahu jela. Nasib baik dalam semua kumpulan yang aku bentuk, memang hanya terdiri dari kaum adam je..huhu.. Memang kegemaran dan sifat kawan-kawanku sejak dulu lagi, kalau minta dibuat group, memang tak akan masuk dengan group perempuan. Lain la jika lecturer tu sendiri yang minta kami bergabung dengan berlainan jantina, baru la buat-buat muka seposen mecari siapa-siapa yang sudi menjadi ahli kumpulan..hehe
:sigh:

Semester ini juga memerlukan aku untuk mencari tajuk untuk projek tahun akhir. Mencari tajuk pun sudah menjadi satu bala dan ujian yang cukup berat untukku tanggung, lepas ni kena cari supervisor lagi, nak siapkan proposal lagi. Hari-hari asyik memikirkan dan melayari internet untuk mencari tajuk yang sesuai dan mengikut bidang yang aku ambil sekarang ni. Silap tajuk, mau nye tak grade aku nanti..huhu..
:ayokona:

Takpelah, tinggalkan dulu pasal final year project tu. Lama pikir, boleh jadi biul otak aku nih..hihi.. Hopefully, Allah kurniakan aku idea dan pertolongan bagi diriku serta sahabat-sahabatku yang lain, dalam usaha kami untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga dikurniakan kejayaan yang bukan sahaja cemerlang, malah yang lebih utama diberkati oleh Allah swt..amiiiinn...

Esok dapat kerja part time lagi. Alhamdulillah, dapat la isi masa weekend yang terluang ni, dan paling best dapat jugak tambah koleksi duit poket..hehe.. Walaupun dalam keadaan situasi yang agak sibuk dengan belajar, sempat juga aku luangkan sikit masa untuk kerja-kerja ini. Takpelah, bukan whole week pun aku ni kerja, hanya pada hujung minggu saja, itu pun hanya sehari, untuk hari berikutnya aku dah memang reservekan untuk aku luangkan bersama anak buahku nanti. Itu sememangnya dah menjadi aktiviti wajibku saban minggu. Takleh la tak jumpa dia lama-lama, bagai tak jumpa kekasih je rasanya..hehe
:blush:

Okeh, ni la gambar anak buahku bagi yang belum melihatnya lagi. Namanya Aisyah Faqihah, berumur baru saja 5 bulan. Sekarang tinggal kat Damansara bersama kedua umi dan ayahnya.


Senyum..tenyum..nyenyumm..hehe


Yum..yum..dah pandai pegang sendiri dah..

* R I N D U P A D A N Y A*
Read rest of entry

Thursday, July 17, 2008

Majlis Pertunangan Kakak

13 Julai 2008. Satu tarikh dimana seorang insan merangkap kakak kandungku telah sah ditunangkan dengan buah hati pilihannya. Majlis yang ringkas berlangsung dengan lancarnya diteratak burukku pada jam lebih kurang 3 petang, dimana pihak lelaki dihadiri seramai 9 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja termasuk ayah dan ibu pihak lelaki.

Terfikir sejenak, aku ni bila la nak merasa saat sama seperti kakak aku rasa ye? Perasaan yang sama sewaktu 2 orang abang aku turut sama ditunangkan dan diijab kabul satu tahun yang lepas. Tapi kedua majlis pertunangan abang-abangku tak sempat untuk aku hadiri, cuma sekarang ni saja untuk majlis kakak aku, aku diberi peluang dan kelapangan untuk sama-sama hadir dimajlis berkenaan.

Orang cakap rahsiakan pertunangan, umumkan pernikahan. Tapi aku nak umumkan gak kat sini..haha.. Aku nak membebel banyak-banyak pun semacam tiada buah fikiran je, so aku nak kongsi la sedikit gambar semasa majlis tersebut dilangsungkan. Okeh, enjoy..


Hantaran pihak perempuan


Hantaran pihak lelaki


Rombongan lelaki. Tunangannya adalah yang berbaju putih tu


Pihak perempuan. My moms there?huhu


Mari menyarung cincin..


Melantak time..yum..yum..

Doakan semoga mereka berjaya diijab kabulkan, dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amiin..

* S A A T K U B I L A ? *
Read rest of entry

Baitulmuslim Membentuk Anak Soleh

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk. Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

keluarga

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah... Bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... Cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk ???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah... Moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

* K E L U A R G A I M P I A N *
Read rest of entry

Friday, July 11, 2008

Cinta Seorang Lelaki

Buat kaum Adam...
jika benar anda menyintai seorang wanita, lihatlah sama ada apa yang tertulis dibawah ini sama seperti apa yang anda alami dalam melayari dunia percintaan
Bagi kaum Hawa pula...
hargailah mereka. kerana kita tidak akan tahu bila mereka akan pergi dari sisi kita. Bercinta ini banyak dugaan dan halangan yang akan datang tanpa diundang. Semoga anda bijak memilih di antara permata dan kaca

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.

Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

cinta


12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan pemimpinnya. Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

Pesanan,

Artikel ini bukan bertujuan untuk menggalakkan remaja-remaja sekarang terjebak dalam kancah percintaan, tetapi hanyalah sekadar untuk perkongsian dan bahan bacaan umum semata-mata. Mana yang baik dijadikan iktibar dan bekalan hidup, mana yang kurang baik diambil juga sebagai pedoman dan peringatan dihari kelak.

Wallahu’alam

* H A T I I N G I N S E N Y U M *
Read rest of entry

Wednesday, July 9, 2008

Lelaki Soleh

Antara ciri lelaki yang soleh seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran dan al-hadith...ros

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hIdupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.



6. Kampung akhirat manjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

* P E R B A I K I I M A N *
Read rest of entry

Monday, July 7, 2008

Permulaan Semester Baru

Salam..

Haip, semester baru muncul lagi buat ke sekian kalinya dalam kamus hidupku yang ntah hape-hape ni. Syukur alhamdulillah ku panjatkan buat Rabbul Jalil kerana masih lagi diberikan kesempatan dan kekuatan bagiku untuk meneruskan sesi pembelajaran disemester baru ni.Tanpa pertolongan dan keberkatan dari Allah swt, mana mungkin aku masih lagi berdiri gagah walaupun hampir tumbang di alam pembelajaran di institusi yang digelar sebagai universiti ini. Mana datangnya perkataan universiti? Kenapa begitu ramai orang mengidamkan untuk masuk ke universiti? Mengapa dan mengapa ya? huhuhu.. Aku sendiri pun malas nak fikir semua soalan tu.

Hari ini, tanggal 07hb 07 2008, bermulanya sesi pembelajaran bagi sesi Julai - November 2008, dan sekaligus menobatkan aku sebagai seorang pelajar semester 5 dengan rasminya tanpa sebarang pentauliahan..hihi.. Secara kasarnya, semester ini merupakan satu semester yang agak mencabar dan memerlukan penekanan yang agak lebih samada dari segi pembelajaran dan penyediaan mental dan fizikal. Sebab apa? Sebab untuk semester ini, aku mengambil jam kredit atau subjek yang agak banyak berbanding semester-semester yang lepas.

Sebagai kesannya, terpaksa la aku ni lebihkan usaha dan pengorbanan terhadap sebarang aktiviti yang kurang berfaedah yang bakal mengisi jadual aku sepanjang semester ini. Lebihkan pada aktiviti pembelajaran dan pengulangkajian terhadap subjek-subjek yang aku ambil. Huh, cakap masa ni berkobar-kobar je bunyinya, tapi bila dah masuk minggu ke 3 atau bulan ke 2, masih lagi tiada perubahan..haha..

Biasa la, semangat awal semester kan. Bagi yang pernah merasainya, memang arif sangat la. Seringkali kata-kata keramat, "semester depan, aku nak belajar sungguh-sungguh", atau " no more play-play, nak belajar rajin-rajin, taknak main-main dah", atau "sem depan ko jangan kacau aku la, aku nak belajar sungguh-sungguh dah, kalau ko kacau, aku bunuh ko", memang akan menjadi ayat-ayat femes yang biasa diucapkan dibibir-bibir setiap pelajar walhal pelajar sekolah sekalipun. Tapi hasilnya? Bagi yang betul-betul kuat dan berpegang pada kata-katanya sahaja yang akan berjaya mengotakan apa yang diucapkan semasa awal-awal semester dulu. Aku lak macam mana? Termasuk dalam golongan yang tidak mengotakan apa yang diucapkan..haha

Azam semester baru? Nak tunaikan azam semester lepas, lepas kepada lepas, dan lepas kepada lepas lepas lepas..hahaha..
:ahaha:

Untuk adik-adik yang baru memasuki alam pembelajaran di universiti, diucapkan selamat datang dan selamat menjadi mahasiswa universiti, yang memang totally different jika nak dibandingkan dengan proses pembelajaran disekolah dulu. Pandai-pandailah memilih kawan, dan pandai-pandailah menjaga diri dan iman. Di universiti, semuanya atas kehendak dan nafsu diri sendiri, tiada dah yang nak guide hidup kita, melainkan diri sendiri yang akan mencorakkan macam mana hidup kita nanti. Jangan biarkan nafsu yang mengawal, tapi letakkan iman didepan dalam setiap perbuatan dan keputusan yang akan diambil.

Untuk sahabat-sahabat seperjuangan, samada di universiti, kolej universiti, kolej swasta, institut, maktab dan apa-apa sajalah tempat belajar, walhal seorang pelajar pemanjat pokok kelapa sekalipun, jika ada terceroboh ke blog aku ni, aku nak ucapkan selamat menjalani semester baru dan selamat meneruskan perjuangan yang aku lebih suka katakan sebagai jihad dalam menuntut ilmu ini.Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar, seorang anak kepada kedua ibubapa kita, seorang kawan kepada teman-teman kita, seorang pelajar kepada guru-guru kita dan paling penting sebagai hamba Allah yang merupakan khalifah dimuka bumi ini. InsyaAllah...

Good luck and wish you all success in what ever you will do..

* A Z A M Y A N G H I L A N G *
Read rest of entry

Saturday, July 5, 2008

Ujian dan Kesusahan

Dalam kehidupan ini, ramai manusia yang takutkan kesusahan dan ujian. Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari kesusahan dan ujian. Hadith ada menyebut: “Dunia itu negara bala’ dan ujian”.

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu adalah lebih jahat dari syaitan. Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu berada dalam diri kita. Nafsu adalah jalan bagi syaitan. Nafsu perlu dididik dan hendak mendidik nafsu, kita perlu ada rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini tidak ada, maka tidak ada apa yang akan mendorong dan menahan atau menghalang nafsu.

Nafsu kalau tidak diuji, ditekan, dikekang dan disakitkan, dia akan berbunga. Kemudian dia akan berbuah. Buah nafsu ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah seperti sombong, angkuh, megah, riak, pemarah, tamak, hasad dengki, panas baran, bakhil dan lain-lain lagi. Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat melalui ujian dan kesusahan.
Allah ada berfirman:

Jangan kamu sangka kamu telah beriman sebelum kamu diuji” (Al-Ankabut 1-2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri. Cara untuk membaiki diri ialah dengan bermujahadah dan dengan melalui berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang berat ataupun ringan. Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya hubungan kita dengan Tuhan. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, ujian yang berat dirasakan ringan. Orang yang lemah hubungannya dengan Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.

nasihat

Ujian adalah untuk orang baik dan juga orang jahat. Malahan orang baik lebih banyak diuji dan lebih berat pula ujiannya. Para nabi dan rasul adalah mereka yang paling berat diuji. Kemudian para wali dan orang-orang soleh. Kemudian orang-orang awam lain mengikut iman yang ada pada mereka. Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka. Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka. Kalau mereka bertaubat pun belum tentu diterima tetapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa tersebut.

Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan penderitaan. Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dan nikmat. Justeru itu menjalani ujian dan kesusahan dari Allah menjadi syarat untuk ke syurga. Ada riwayat di dalam sebuah hadith:

“Setelah Allah mencipta syurga dan neraka, maka Allah perintahkan para malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat, Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab: “Tidak akan ada manusia yang akan masuk neraka kerana siksaannya sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurga kerana nikmat di dalamnya sungguh indah”. Allah kemudian memerintah para malaikat untuk melihat kali kedua. Sekembali para malaikat, Allah bertanya sekali lagi apa pendapat mereka. Kali ini malaikat menjawab: “Tidak akan ramai manusia masuk syurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Ini kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan dan menyusahkan; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang seronok, indah dan mengasyikkan.””

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas kalau disusahkan atau disakitkan asal ia dapat rasa hampir dan dekat dengan Tuhan.

Kalau nafsu dapat ditundukkan dan dijinakkan, maka fitrah kita akan lebih berperanan. Bila fitrah sudah berperanan dan jiwa telah hidup, maka dia akan terhibur dan merasa bahagia dengan ujian dan kesusahan. Bila diuji, dia terasa Tuhan itu dekat dan hampir dan kuat pergantungannya dengan Tuhan. Roh jadi meriah dan penuh dengan zikrullah. Bila tidak diuji, rasa bimbang dan cemas takut-takut Allah telah melupakan dia.

Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh tahu dalam diri kita nafsu atau fitrah kita yang lebih berperanan. Nafsu kitakah atau fitrah kitakah yang lebih kuat. Kalau kita sangat terdorong dan terangsang dengan perkara-perkara yang seronok, yang mengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya, seronok dengan dunia dan takut dan benci kepada ujian dan kesusahan maka kita sebenarnya kuat nafsu. Tetapi akal kita banyak terdorong kepada akhirat, rela bersusah-payah dan menderita kerana Allah, tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa manis dan indah pula dengan ujian, maka fitrah kita sudah berperanan. Oleh itu bermujahadah, menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidik nafsu sangat penting.

Orang-orang soleh, kalau diuji, mereka tidak mengadu. Orang-orang muttaqin, kalau diuji mereka redha. Orang-orang siddiqin pula merasa bahagia dan terhibur dengan ujian. Itulah makanan jiwa mereka.

* S A B A R K A N D I R I *
Read rest of entry

Wednesday, July 2, 2008

Monolog Hati

Assalamualaikum...:hi:
Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan syukur pada Allah swt diatas kurniaan rahmat dan nikmatnya, kerana sehingga ke hari ini, masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup didunia yang fana ini. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad saw, serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda..Alhamdulillah..

Monolog hati. Kenapa dengan monolog hati? Kenapa dengan hati? Kenapa adanya monolog hati? Hmm, aku sendiri pun tak tahu..hehe:devilishgrin:

"Ustad, apa perkembangan sekretariat tajaan?", tanya seorang insan yang aku hormati sebagai seorang pensyarah yang mengajar aku selama 2 semester itu. Tapi sekarang dia bertindak sebagai supervisor sepanjang tempoh latihan praktikal aku ini.
"Err..Saya dah telefon semua syarikat yang saya hantar surat untuk minta tajaan. Mana yang saya dapat telefon, mereka cakap tunggu balasan surat dari pihak mereka." , jawab aku, seorang insan biasa cuma sedikit kurang yakin.
"Sampai bila nak tunggu balasan diorang?", tanya insan tersebut lagi pada diriku ini. Kali ini, agak keras bunyinya. Tersentak aku seketika. Otakku mula memikirkan jawapan dan mula menyusun bait-bait ayat untuk diluahkan, agar bicaraku mudah difahami dan cukup untuk memuaskan hati insan tersebut.
"Err..Saya telefon, diorang cakap minta tunggu saja balasan dari diorang. Jadi, saya tak tahu la nak tunggu sampai bila miss. Takkan la saya ni nak paksa mereka dan bagi tempoh supaya mereka ba...", belum sempat aku menghabiskan setiap butir jawapan, insan tersebut terlebih dahulu memotong kata-kataku.
"...awak ada pergi tak ke kompeni-kompeni tu?"
"Tak miss.", jawabku ringkas.
"Kan saya dah tulis dalam senarai kerja yang saya tinggalkan sebelum saya pergi kursus hari tu. Kenapa awak tak pergi? Takkan semuanya nak tunggu saya suruh, nak tunggu saya gertak baru nak pergi!", balasnya dengan keras. Terkedu aku. Sementara itu, mataku meliar mencari-cari cebisan kertas tugas yang diberikan yang telah aku photostat untuk memudahkan aku mengedarkannya kepada kesemua rakan-rakanku yang lain.

Aku amati perkataan demi perkataan, baris demi baris dalam kertas tersebut. Habis meneliti, aku ulangi lagi, takut-takut aku terlepas pandang mana-mana ayat yang dimaksudkan oleh insan berkenaan padaku tadi. Hampir 3 kali aku meneliti kertas tersebut. Selesai, aku meminta rakanku pula menelitinya, bimbang mataku yang tak berapa betul untuk meneliti bait perkataan dalam kertas berkenaan. Aku berkata sesuatu pada rakanku itu tanpa menghiraukan apa yang dibebelkan lagi oleh insan berkenaan. Mana ada dalam tugasan yang diberikan itu menyatakan aku dikehendaki pergi ke kompeni untuk meminta tajaan. Kenapa dia sanggup mengatakan bahawa benda itu ada tercatat dalam kertas tugas yang diberikannya itu? Hatiku mula panas, sedikit demi sedikit aku cuba tahan agar tak terluah dengan kata-kata mengikut kepanasan hatiku ini. Keliru dengan kenyataan insan berkenaan.

"Ustad, awak monitor tak tugas anak-anak buah awak ni?", tersentak dengan pertanyaan dari insan tersebut padaku. Seketika aku berfikir, satu benda yang sedang bermain-main dalam benak otakku. Tanpa berfikir panjang lagi bermain dengan perasaan, aku luahkan jua apa yang bermain didalam kepala ku ini.
"Miss, saya tengok miss ni hanya nampak apa yang kami tak buat saja. Tapi miss tak pernah pun nak tengok apa yang kami telah buat. Sepanjang saya monitor rakan-rakan saya ini, saya tengok diorang semua buat kerja masing-masing. Laila dah uruskan banyak soal jemputan. Saya tengok memang dia dah banyak siapkan kerja yang sepatutnya dia siapkan mengikut skop tugas yang telah diberikan..", teranganku panjang, namun sekali lagi disampuk dengan keras.
"Tapi kenapa staff dekat PSMB tidak dijemput? Kan saya dah tulis dalam kertas tugas yang saya tinggalkan pada awak ni. Awak beritahu tak kawan-kawan awak ni ustad?", sampuknya lagi.
"Saya dah photostat kertas tu miss, saya dah edarkan pada semua kawan-kawan saya.", jawabku.
"Tapi kenapa benda kecil macam ni pun Laila tidak boleh buat? Terang dah saya tulis dalam kertas ini. Jemput sekali staff PSMB. Tapi kenapa dia tak jemput?!", nadanya sedikit memerli.
"Miss, Laila dah banyak buat kerja. Mungkin benda tu dia terlepas pandang dan tak sempat nak uruskan.", terangku dengan nada seakan memujuk dan membela kawanku itu. Kesian sangat bila diperli dan dihentam sedemikian rupa.
"Ok, tapi tengok Yati, saya suruh buat 'sign ages' untuk dewan pun dia banyak yang salah. Cuba la fikir logik sikit, cuba bayangkan awak berada ditempat berkenaan, dan awak tercari-cari tempat yang awak tak tahu dimana letaknya tempat tersebut. Mesti awak perlukan petunjuk kan? Takkan semuanya nak tunggu saya suap.", tambah insan berkenaan lagi. Kali ini, beralih pula pada sekretariat lain, persiapan tempat.
"Miss, dah setakat tu saja yang dapat Yati fikirkan, nak buat macam mana. Dia dah cuba, tapi setakat tu saja yang dia mampu buat.", balasku balik. Sedikit geram.

nasihat


Suasana senyap seketika. Aku mula mengadap laptop balik. Melihat-lihat saja apa yang ada didepan laptopku itu, walaupun sebenarnya aku cuma ingin lari dari bertentang mata dengannya lagi. Insan tersebut meneruskan bebelannya pada kawanku yang lain pula. Aku hanya memekakkan telinga dan buat tidak dengar akan apa yang dicakapkannya. Terusku sumbat kembali earphone ke telinga, dan sambung melayan nasyid yang sedari tadi aku mendengarnya sebelum insan tersebut datang lagi. Tapi aku hanya menyumbat sebelah saja la, kalau kedua-dua nampak sangat aku ni kurang ajar..huhu
:sweaty:

Itulah antara dialog dan sinopsis cerita yang aku alami hari ini. Mungkin ada sedikit pengubahsuaian pada ayat-ayatnya, bagi menyesuaikan dengan pembacaan umum. Jika tidak, hancus la bahasa yang aku gunakan nanti..haha
:ahaha:

Apa yang ingin aku highlightkan disini adalah, sesetengah sikap manusia sekarang ini yang hanya pandai melihat keburukan insan lain sahaja. Berbanding menghabiskan masa melihat dan memuji kebaikan orang. Bila kebaikan yang dibuat, hanya mampu memandang dengan sebelah mata cuma. Kadang-kadang diperli dan dimaki pun ada. Kerana dianggap menunjuk dan berpura-pura baik semata-mata.

Tapi mereka tak sedar, siapa mereka untuk menilai keikhlasan kerja seseorang. Hanya yang layak cuma Allah swt. Keikhlasan ini kerja Allah. Kerja Allah untuk menilainya. Tapi kenapa ada diantara kita yang masih sanggup mengambil alih tugas Allah ini. Tidak takutkah mereka pada kekuasaan Allah? Subhanallah, mohon dijauhkan la dari sifat berkenaan.

Dah la kebaikan yang dibuat dikatakan palsu dan pura-pura semata, tapi kejahatan dan keburukan yang dibuat turut dikeji. Memang bagus dan digalakkan membenci keburukan yang dilakukan orang lain, tapi biarlah berpadanan dengan sikap kita terhadap kebaikan yang orang lakukan. Ini tidak, kebaikan pun nak pertikaikan, keburukan lagi la cepat macam kilat je nak mengeji.

Manusia, memang sikapnya cepat sangat melihat keburukan manusia lain. Apa la kau ni lisam, membebel je dari tadi, tapi apa kena mengenanya dengan kisah yang ceritakan kat atas? Mungkin ada yang berkata demikian..huuhu..
:eheh:

Sebenarnya, aku cuma ingin menunjukkan disini yang sikap manusia ini terkadang susah nak nampak dan menghargai tugas yang dilaksanakan dengan jayanya. Tapi cepat melatah bila ada cacat cela dan kerja yang belum dibereskan. Sedangkan dalam sepuluh kerja yang diberi, cuma satu atau dua sahaja yang belum sempat disiapkan. Tapi lapan lagi tugas yang disiapkan itu, tak pernah pun kita nak pandang dan berterima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah menyiapkan kerja tersebut. Kan lebih elok, walaupun segan nak berterima kasih, sekurang-kurangnya cuba la bertanyakan kenapa dua lagi kerja tu belum dapat disiapkan, ada apa-apa masalah yang menghalang ke? Tak ke lagi elok dan mana-mana pihak pun tiada yang terguris hati nanti. Jangan mengeji atau memerli, tapi sebaliknya cuba sama-sama menyelesaikan dengan otak yang diberi.

Bukan niat untuk mendapat pujian, tapi sekadar inginkan keadilan.

Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku dalam setiap pekerjaanku hanya kepada-Mu jua. Dan berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan-Mu didunia ini. Sesungguhnya aku cumalah hamba-Mu yang lemah lagi hina disisi-Mu..Amin..

* H A T I P E D I H *
Read rest of entry

Tuesday, July 1, 2008

Kisah Penjual Tempe

Bagus kisah nih. Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin

*****************

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".



Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ..

* Y A K I N D E N G A N J A N J I A L L A H *
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal