Monday, April 27, 2009

Penat, Lelah, Keletihan

Seperti biasa, otak mula ligat berfikir bait-bait ayat pertama yang ingin aku sajikan dalam posting pada kali ini. InsyaAllah, posting ini tidak akan menjadi sesengal posting yang sebelum ini. Kali ini keseriusan telah melanda diriku..gagaga(erk, hape punye gelak nih??)

2 minggu yang baru sahaja dilalui, bagaikan satu situasi yang amat-amat genting dan mencabar. Minda, spiritual, fizikal, emosi, gusi, kerusi & Selat Sulawesi semuanya bagaikan dizalimi dengan sekejam-kejamnya, dipaksa bekerja dengan tanpa perikebinatangan dan tidak diberikan isteri-rehat yang sepatutnya dinikmati oleh buruh-buruh Bangla yang membina bangunan tinggi melangit ditengah panas terik sehinggakan menambahkan lagi ketidak-putihan pada muka dan tubuh badan mereka. Kesian..

Dan disebabkan itu jugalah segala macam jenis serangga dan kerabat lipan dibenarkan bersarang dan seterusnya membiak-bakakan spesis dan keturunan sebelah ibu mertua mereka dibelog ini, belog hicin (hitam+cinta). Justeru membawa kepada kepingitan dan kegersangan kepada penceroboh-penceroboh belog hicin ini, sehinggakan beberapa kali ditanya khabar bilakah agaknya tuan punya belog ingin membuang sawang dan telur-telur lipan didalam belog ini. Ini kerana telur-telur lipan tidak boleh sama sekali dijadikan bahan makanan mahupun bahan perhiasan diruang tamu rumah Pak Abu.

Memandangkan 2 minggu menyepi, terlalu banyak peristiwa yang berlaku samada yang melibatkan diri aku mahupun yang tiada kena mengena dengan diri ku. Cerita kucing beranak kembar la, anak pak bedah kena pulas telinga la, goreng pisang hangit la, pening aku dibuatnya. Cerita diorang, aku malas nak cerita, nak cerita aku punya cerita sajalah. Sebab aku sendiri pun tidaklah tahu menahu pun kisah mereka. Jika mereka ingin ceritakan pun aku tidak hingin mendengarnya, kecuali setelah dihadiahkan sebuah kapal terbang dan remote control car..kehkehkeh

Hari ini alhamdulillah, draft pertama report FYP telah pun berjaya dihantar. Walaupun aku rasakan masih banyak kekurangan yang perlu aku tambah, tapi sekurang-kurangnya draft yang hampir sempurna berjaya juga aku siapkan. Siapkan dalam tempoh tidak sampai 1 minggu. Diulang, tidak sampai 1 minggu. "Ala, apa la sangat tak sampai 1 minggu, saya buat semalaman saja". "Oooo, yeke. Saudara memang hebat". "Well...". "Err, report apa yang saudara buat tu?". "Laa, report lab assignment la". "Oooo.. Ni bukan report lab cik abang oi. Ni report projek final. Tak complete report ni, tak grade la aku. Bukannya 30-40 muka surat, tapi lebih kurang 100 muka surat tahu. Ha, ni aku rasa nak sekeh saja kepala orang ni". "Hehe, yeke bang. Sori-sori". "Naik lori laa...grrrr..geget kang".

Saat melihat report setebal hampir 100 muka surat itu siap diperin, siap dibinding, terasa teramatlah teruja. Syukur alhamdulillah, seperti tidak ku sangka dapat sampai ketahap sekarang. Kalau awal-awal dulu, bila sesekali membelek contoh-contoh report senior, terasa seperti tiada kemampuan saja untuk aku sama-sama membuat perkara sama bila tiba masanya. Ditambah pula dengan berkejar-kejar dengan kerja-kerja teknikal meyiapkan projek, dan ditambah pula dengan minggu exam yang kebetulan hari pertama paper final aku sama dengan hari untuk menghantar draft report. Jadi, soal studi untuk final ditolak ketepi dahulu. Yang penting, kena siapkan report ini sesempurna yang boleh mengikut due date tang telah ditetapkan.

3 malam berturut-turut berjaga sehingga ke subuh semata-mata ingin menyiapkan draft report terasa berbaloi bila saat melihat hasil kerja yang telah pun siap untuk dihantar. Lepas ni, bolehla tidur dengan selena dan semahu yang boleh, tanpa dibayangi mimpi ngeri kertas-kertas dan juga papan kekunci laptop berterbangan seolah-olah berkejar-kejaran didalam tidurku. Huh, memang mengganggu kesyokkan aku tidur saja.

Tapi dalam kesibukan menyiapkan report ini, walaupun tidak tidur semalaman, alhamdulillah diizinkan dan digagahkan juga aku untuk sama-sama menyertai Gathering Pertama Krew Iluvislam.com yang diadakan semperna Pesta Buku di PWTC baru-baru ini. Plan yang pada awalnya tidaklah bersungguh sangat ingin sama-sama ke gathering tersebut, memandangkan kesibukan dan kemengantukan yang melanda diri, tapi perancangan Allah siapa yang mampu mengelak kan? Akhirnya berjaya juga aku berjumpa dengan beberapa orang krew yang sama-sama bekerja di iluvislam.com.

Kalau selama ini hanya bertegur sapa dan bergurau usik mengusik di alam maya cuma, tapi hari ini bersua muka dialam nyata. Perkara pertama yang bemain dibenak fikiranku, ternyatalah kehipokritikan dialam maya itu memang benar-benar wujud. Kehipokritikan pada diri sendiri kerana lain yang dibayangkan, lain benar yang ditayangkan. Apa-apa pun, alhamdulillah ia merupakan satu pengalaman yang cukup indah yang pernah aku lalui. Aku malas dah nak ceritakan cerita basi dan ulangan ni, kalau nak baca selanjutnya bolehla cuba merajinkan diri membacanya di belog ini dan juga ini dan jangan lupa juga di sini , sini , sini dan last skali kat sini.

Okeh, tamat cerita dan ceriteri untuk kali ini. Misi seterusnya adalah nak konker dunia ni pula..haha.. Mengarut je. Malam ni adalah malam merehatkan diri dan juga malam untuk memanjakan diri sendiri setelah sekian lama mengerjakan dan menzalimi seluruh jasmani dan rohani ini. Next paper, lagi 2 hari. Nak setadi awal lagi, tunggu-tunggu la esok lusa, baru buka buku..lo

* T I A D A L A I N *

5 contengan diterima:

humbleServant on April 28, 2009 at 12:49 AM said...

amek course aper kat uitm tuh??
tahniahlah sebab dapat siapkan report tuh...

Lisam on April 28, 2009 at 1:24 AM said...

amik medical in netcentric computing..ekekeke
alhamdulillah....:D

Unknown on April 28, 2009 at 2:25 PM said...

FYP...FYP...FYP...haha...selamat memanjakan diri la ye..

dah2 ar tu cerita pasal gathering, pasal bookfair..tensen betul tengok banyak blog krew ili paparkan pasal tu semua..menambahkan kejelesan yang sudah sedia jeles ni..huhhh..

Lisam on April 28, 2009 at 5:41 PM said...

haha..
gathering...gathering..
inginku menambahkan lagi kejelesan semua..
esok p karangkraf pulak...lalala~

iNtAnCtZ on April 29, 2009 at 10:40 AM said...

aah..
pakcik ni rajen sgt ikot iLi punye program sepertinye xde kelas untuk dihadiri ni knape?
kite sikit punye byk kelas..xlarat nk pegi pun ade,dy dgn selambe je g karangkraf pd hr rabu pagi yg dikala itu daku sedang bersusah payah dalam kelas..chet~

p/s:apekah yg menyebabkn pakcik menukar layout blog?adekah krn kutukan beta yg sukar untuk pakcik terima tempoh hari?jika demikian,adalah kiranya beta tak bermaksud pun nk mengutuk,cuma terumpat sikit jaa..hak3~

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal