Saturday, September 12, 2009

Bicara Jodoh

"Lisam, jika ditakdirkan suatu hari nanti, ana tolong usahakan seseorang buat diri anta, apa anta akan kata?", sapa seorang kawan yang boleh dikatakan amat baik dan aku kagumi.

"Maksud ustaz, seseorang yang bagaimana tu?", saja aku buat-buat tak paham. Bukan apa, nak dapatkan kepastian.

"Ala enta ni Lisam, buat-buat tak paham pula", balasnya pendek.

"Err..betul la ustaz, nantikan ana salah jawab susah pula. Memalukan diri sendiri", saja memancing kepastian darinya.

"Begini Lisam, ana tengok enta ni dah sesuai sangat untuk mula memikirkan soal tanggungjawab yang lebih besar, lebih besar dari tanggungjawab kepada diri sendiri. Ana bercadang, ingin cuba menjodohkan enta dengan seseorang yang insyaAllah sesuai dan sama fikrahnya dengan enta", aku dah agak ayat ini akan dikeluarkannya. Merenung panjang aku seketika. Bukan tidak ingin membalas kata-katanya, cuma aku sedikit terkejut dan kaget dengan permintaannya.

"Bagaimana Lisam? Enta setuju atau tidak? Apa enta tak percaya dengan ana?", sedikit memaksa aku untuk berkata-kata.

"Ustaz, bukan macam tu. Ana percayakan ustaz, malah ana amat hormatkan ustaz. Cuma ana rasa sedikit terkejut dengan kata-kata ustaz tadi. Ana rasa diri ana belum cukup mantop untuk memikirkan soal itu lagi", dalam malas aku menjawab.

"Ana faham. Ana bukan ingin memaksa enta. Cuma ana cadangkan saja. Mana la tahu enta sekarang sedang memikirkan benda sama, enta pun sekarang dah punya kerjaya, mesti la keinginan untuk berumahtangga tu ada juga walau sedikit dalam fikiran enta kan. Sampai bila enta nak hidup keseorangan kan? Bolehlah ana tolong meringankan beban enta tu. Kalau enta susah untuk mencari seseorang, serahkan pada ana. InsyaAllah ana tolong setakat mana ana termampu", semangat ia melontarkan kata-kata.

"Ala ustaz, selama ni ana tak pernah hidup keseorangan pun. Ana ada keluarga, ada kawan-kawan, ada ustaz sebagai kawan rapat ana, apa yang kurangnya", aku berseloroh. Sengaja mengelak membicarakan soal ini.

"Enta ni, itu memang la. Tapi enta tak ingin ke untuk beristeri?", soalnya lagi.

"Hehe..kahwin, siapa taknak ustaz. Kanak-kanak sekolah rendah pun kalau tanya nak kahwin ke tak, majoriti akan jawab nak. Walaupun definisi kahwin pun diorang belum faham apa-apa. Ini kan saya yang dah besar panjang"

"Ha, dah tu tak mahu mulakan langkah lagi ke?"

"Bukan tak mahu, tapi biarlah tunggu saat dan ketika yang sesuai dulu. Ana pun bukannya dah lama kerja, baru saja. Duit pun masih ciput. InsyaAllah niat ke arah tu ada, tapi tunggulah masa yang sesuai dulu. Mana la tahu kan, dalam diam-diam ana dah ada calon sendiri..hehe"

"Eh, enta dah ada calon? Taknak kenalkan pada ana ke?", bersemangat dia menyoal balik.

"Sabar ustaz. Semua orang dah punya calon sendiri kan. Sejak azali lagi dah ditetapkan. Cuma kita masih tidak dikenalkan lagi saja dengan calon kita tu. Nak mencari, tapi dimana? Bukan kerja senang ustaz", berjaya aku kenakan dia balik.

"Ooo.. Saja la nak kenakan ana ya"

"Hehe..", gelak seorang pemenang.

"Tapi ana nak ingatkan enta la sikit. Soal jodoh ni, kita jangan hanya sekadar menunggu ia datang menyembah ke kaki kita. Tapi kita kena usahakan untuk mendapatkannya. Allah dah ingatkan kita dengan ayat-ayat-Nya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak berusaha untuk mengubahnya. Kat sini kita boleh lihat, anjuran Allah untuk kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Walaupun kita sememangnya sedia maklum bahawa segala kententuan hidup didunia ni Allah dah tentukan segala-galanya, tapi kita tidak boleh menjadikan ia sebagai satu alasan untuk kita tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita. Kalau ikutkan logiknya, mengapa kita perlu susah-susah belajar dan bekerja bukan, sebab segalanya Allah dah tentukan. Jadi kita hanya perlu duduk dan tunggu jela takdir tu datang pada kita.

Konsep ini salah dan tidak boleh diguna pakai. Walaupun ia telah ditetapkan, tapi usaha dan tindakan dari diri kita sendiri itu perlu. Jangan terlalu mengharap ia datang bergolek didepan mata, tanpa sedikit usaha dan kesusahan untuk mendapatkannya.

Kejayaan tanpa kesusahan bukanlah suatu kejayaan yang boleh dibanggakan. Kerana kita tidak akan merasa nikmatnya sebuah kejayaan itu kalau ia hadir tanpa kesusahan yang perlu kita tempuhi.

Usaha itu perlu Lisam, jangan hanya mengharap dan menunggu", tazkirahnya panjang lebar.

"InsyaAllah ustaz, ana bukannya tidak berusaha, tapi usaha ana mungkin terlalu sedikit dan terlalu sulit untuk dikhabarkan. Biarlah ianya menjadi rahsia ana. Sampai masanya, ustaz bakal tahu juga", senyuman aku ukir semanis mungkin menjawab tazkirahnya sebentar tadi.

* S E D A R K A H I M A N *

12 contengan diterima:

cikgu_eya on September 12, 2009 at 5:09 PM said...

lohh.... nak ana bukak citer kat sini ker?


haha~

Lisam dah mula langkah...
cuma mengada-ngada sket... ^^

Jejak Hamba on September 12, 2009 at 6:24 PM said...

penuh isi kata-kata ustaz tu... ana doakan agar enta bertemu dengan jodoh enta di waktu yang sesuai dan barakah...

nurislam on September 12, 2009 at 6:36 PM said...

salam...
wah penuh bermakna kata2 cik lisam kali ni..huhu..penuh dgn kesopanan dan kesusilaan..

Suhana Amiril on September 12, 2009 at 8:56 PM said...

Assalamu'alaikum pakcik..

"budak kecik nak lalu boleh?"
senyum dan lalu sambil membongkokkan belakang.

haha.
pakcik, pakcik!
nak ke? nanti su pun boleh carikan, insyaAllah.

lalalala

saye dia said...

mendalam kate2 pak cik ni..

macam btul2 akan di kebas..hehe

mm..soal jodoh itu rahsia Allah kan..gandakan usaha klu bebetul bersedia..insyaAllah segalanya akan jadi baik...

pak cik,
melangkah jangan sesekali berpatah,
pantang maut sebelum ajal...keh3..

silentreader said...

salam

benar semua dh ditetapkan..
tp bab jodoh.kadang xnampk macam mana nak usaha *sigh*
nak2 jika individu tu perempuan
bila pk soal ni.. lagi memberat di pundak ...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad on September 14, 2009 at 8:15 PM said...

BarakAllahu Fikum, wa jamaa' alaikum bikhoir..

Lisam on September 15, 2009 at 2:52 PM said...

to eya
eyaa...
pok pale kang. bitaw kat mak..
weekk =P

to fahkrul
amin..moga kamu juga sama ^^

to nurislam
wakaka..
selama ini adakah kata2 ku tidak mempunyai ciri2 kesopanan dan kesusilaan? :D

to suhana
su..nak cari pe?
cari kan pakcik duit raya buleh?
muahaha

to saye dia
sedang melangkah alhamdulillah..cume tatau la langkah ni sonsang ke dak..harap2nya betul la kan...hee

to silentreader
takyah pk..sampai mase, terus masuk. kawen. dapat anak. hepili ever after ^^

to tg
aaa...
(aiseh..tak paham sbnrnye neh..ngeengee)

amirah on September 15, 2009 at 6:36 PM said...

Salam,dah lama dah "menjeling" blog nih tp ni first time ltak komen..just nak share satu kata2;gapailah cinta jika ia mampu memberikan kita manisnya syurga..

munirah said...

nak kawen..

pemilik padi-padiku on September 19, 2009 at 12:33 AM said...

salam..
semoga saudara bertemu jodoh dgn si die yg menyejukkan pandangan dan mendamaikan hati...dan membina baitul muslim yg barakah...
suatu hari nnt...insyaAllah..

Ahliahnizam on October 19, 2009 at 7:52 AM said...

Salam ..
Maaf kalau menyibuk. Nak tanye je.. Err, 'si dia' tu ke ?. Kalau betul . Al-hamd. Semoga dipermudah & dipercepatkan jodoh.

Kalau bukan pun, semoga bahagia dunia & akhirat ... Insya-Allah.

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal