Sesekali bila diri berada dalam kesunyian, bait-bait lagu lama melalui ruang rongga telinga, otak seringkali ligat berfikir dan mengimbau kenangan-kenangan lama. Dan seringkali juga bilamana diri sering tertekan dan karenah dan perjalanan hidup seharian, hati dan fikiran seringkali merasakan, ah penatnya menjalani hidup didunia ini ya Allah. Bila Kau nak mengambil nyawaku ya Allah. Aku penat ya Allah, aku bosan menjalani kehidupan sebagai aku didunia fana-Mu ini ya Allah. Segerakanlah ya Allah, dan percepatkanlah masa berlalu ya Allah. Aku penat, penat dengan sandirawara dunia yang tidak berkesudahan ini.
Alangkah baiknya jika Kau segerakan matiku, daripada aku terus hanyut dan lalai dalam kebosanan hidup duniawi yang entah bila kan berkesudahan ini.
Tapi persoalan lain pula timbul, bermain-main diminda, dan seringkali mengegarkan iman dalam dada. Sudah cukupkah bekalan untuk mengadap sang Pencipta? Adakah dengan mati akan menghapuskan segala masalah dan bebanan yang aku pikul selama ini? Tenangkah aku disana nanti? Atau makin merana dan meratapi kebodohan dan kejahatan sendiri yang aku perbuat didunia sekarang ini? Ah, makin pening aku dibuatnya. Makin seksa jiwa dan fikiranku.
Kalau diikutkan, jika sekarang ini diberikan peluang, mahu saja aku memilih untuk bertemu yang Maha Esa secepat mungkin. Adakah kerana aku tidak tahan dengan ujian dan dugaan hidup didunia ini? Mungkin. Kerana sesekali aku cukup bosan dan jengkel dengan kehidupan ini. Rutin harian dan bebanan hidup cukup untuk membuatkan aku merasakan tidak tahan dan ingin rasanya aku tamatkan semua ini secepat mungkin. Mati, hanya itu penyelesaian untuk segala masalah didunia ini. Tapi bukan tiket untuk ketenangan hidup disana nanti.
Adakah tiket kita bakal dicop ahli syurga? Ataupun dicop ahli neraka? Semuanya bergantung pada tahap hasil usaha kita selama hidup didunia ini. Dunia yang penuh dengan penipuan dan kebosanan!
Bilamana terdengar berita kematian, lebih-lebih lagi orang yang kita kenal, baik kerana pertalian darah mahupun kerana ia insan yang kita cukup kagumi, terasa diri ini ingin saja turut sama mengikuti jejak langkah mereka. Terasa diri ini cukup dekat dengan kematian yang tidak mengenal usia dan keadaan. Sihat bukanlah jaminan kepada jauhnya jarak kematian kita. Dan sakit juga bukanlah tiket untuk cepatnya kita berpisah jasad dengan roh.
Aku sekarang? Alhamdulillah, kesihatan yang Allah kurniakan ini masih lagi ditahap yang sangat baik. Tapi bolehkah aku bergembira tanpa mengingati mati yang makin dekat mengejar? Tidak. Mati itu tidak mengenal semua itu. Ia datang tatkala masanya tiba. Hari ini, esok, lusa, sebulan, setahun, mahupun sedekad akan datang, hanya Allah yang mengetahuinya.
Apa yang pasti, aku penat menjalani hidup didunia yang sementara ini. Teramat penat.
* T A B A H L A H W A H A I I M A N *

6 contengan diterima:
salam
sabaq sabaq sabaq
salam alik.....
(ha per kapita).......
hmmmmm
bile cakap pasal mati.....rasa takut sangat!!!!!
hidup memang memenatkan tapi bila difikirkan balik apa yang membuatkan kita penat, kita akan bangun untuk menempuhi hari yang akan datang yang tak tahu masih wujud atau tidak tok kita pada hari esok....
kenapa ujian diberikan untuk kita???
siapakah yang banyak diuji oleh ALLAH?????????]
apa matlamat ujian itu diberi????
saya rasa saudara tahu jawapann tok semua soalan tu!!!!!
LA TAHZAN INNALLAH HA MA'ANA=)
senyum la pada hari yang bakal mendatang.....
Angan-angan ana masa dulu, yang tak mungkin akan berlaku;
Lahir ke dunia sebagai manusia dan, terus mati balik. Tak buat dosa, suci berseh... heh heh
Keji btol... tak nak langsung membeban diri dengan fitnah dunia dan asakan nafsu hidup.
Aitzz.... inche lisam, betul ker nak mati awal? Ari tuh kata tamau mati dulu, sebab blom menikah.... ^^
salam..
Bersediakah kamu untuk menghadapi mati dengan segala amalan mu di dunia??
Allah masih memberi kamu peluang untuk kamu sendiri merenung dan muhasabh diri sendiri, kerana DIA tahu, kamu betul2 bersedia hadapinya atau tidak...
mati......tiba saatnya ia xkan lmbat mahupun cpt walaupun sesaat.
penat meneruskan hidup??
perlu kite ingat, rasulullah xpenah penat meneruskan hidup lantaran perjuangan harus diteruskan...
teruskan perjuangan....
jangan mudah mengalah dgn rintangan mendatang...sesungguhnya Allah takkan menguji sesuatu diluar kemampuan kite...Allah tu tak zalim kan??
bekerjalah kamu ibarat kamu menongkat dunia, beribadatla kamu ibarat matimu esok...
renungkan albaqaah ayat 216...
sebijak2 manusia adalah mengingati mati...itu tanda dirimu masih punya iman...
life must go on....gambatte!!
Post a Comment