Friday, September 4, 2009

Salahkah Aku Menolong?

Pakcik, hari ni dah berapa hari ye kite puasa?

Aaa..berapa ek? Pakcik pun lupa la. Kena tengok kalendar dulu ni.

Alaa..apa la pakcik ni. Dah tua kerepot pun tak reti kira lagi ke?

Ko ni pun satu. Orang bila tua-tua ni la otak dah makin lembab. Aku ingat nama ko pun dah kira nasib baik tau.

Alasan je tu pakcik. Basi dah saya dengar alasan lagu tuh. Zaman sekarang ni orang tak kira tua muda, semua sama je tau pakcik. Cuba tengok kat universiti sana, bukan setakat anak-anak muda macam saya ni je ambil ijazah, tapi yang dah esok lusa kubur kata mari pun ada lagi duk mengadap pensyarah tau pakcik.

Ala, tu diorang. Bukannya pakcik. Pakcik ni apa la sangat. Setakat kerja noreh getah ni, hari-hari duk hidu bau getah je, otak pun dah melekit macam getah nu ha.

Takpa la pakcik. Meh saya tolong ingatkan pakcik. Eh, sebenarnya hari ni dah hari ke berapa ek? Aisehmen, saya pun lupa la pakcik..hehe

Ceh..beria-ria ko ceramah aku. Ko pun sama je..cist..

Err..err..hehe

****

"Awak clear ke tak dengan apa yang bos cakap semalam?", herdik senior yang merangkap supervisor aku. Aku hanya terdiam, malas aku nak menatap muka mahupun menjawab soalannya itu. Ini bukan kali pertama aku kena marah, tapi sebelum ini tidaklah seteruk ini.

"Senang-senang je awak nak bagi servis percuma pada orang lain ya?", tambahnya lagi. Kali ni aku terasa seperti ingin membalas, bukan membalas la, mereply kot lagi sesuai, kata-katanya itu.

"Saya cuma menolong dan buat apa yang saya patut buat. Benda tu simple sangat. Lagipun saya tak tahu tak boleh nak buat macam tu. Ini kan kali pertama saya buat kerja tu kan", balas aku dengan sedikit kesal dan rasa bersalah. Kadang-kadang aku geram juga dengan minah sorang ni. Dia buat macam aku dah kerja 10 tahun. Semua benda aku dah tahu. Tak boleh buat silap langsung. Kalau silap sikit, maknanya siap sedialah menahan telinga mendengar ceramah tak berfaedahnya tu. Panas, berasap la telinga ni.

Kesilapan yang aku buat bukannya serius sangat. Kalau membawa kerugian pada syarikat pun, cuma beberapa ratus saja. Kerana ini cuma ad-hoc service, bukannya contract service macam yang aku buat kat client lain.

Eh, pening la pakcik ni. Nak cerita apa sebenarnya ni? Memeningkan sungguh la.. Aku pun pening nak cerita macam mana..haha

Kisahnya bermula pada suatu petang. Aku diminta untuk pergi ke sebuah syarikat untuk melakukan inspection, atau dalam bahasa orang kampung aku, survey masalah. Lepas tu aku kena balik dan report kat bos, either aku boleh selesaikan masalah tersebut ataupun tidak.

Jadi aku pun pergi lah dengan senang hatinya. Sekurang-kurangnya boleh juga aku jalan-jalan dan kenal staff kat ofis lain. Walaupun memang dah nature kerja aku berjalan-jalan ke ofis client, tapi bila aku lebih gemar ke ofis yang berdekatan saja berbanding ke ofis yang memerlukan aku merempit jauh dari ibu kota.

Sampai disana, seperti biasa kena la jumpa person in charge yang berhubung dengan bos aku. Sebaik jumpa, berkenalan sikit-sikit dan lepas tu aku pun survey la 2 biji PC yang dikatakan mempunyai masalah tu. Bila tengok-tengok, masalahnya tidaklah seserius sangat, tapi memandangkan mereka tiada staff IT, jadi terpaksa jugalah diorang outsource seseorang dari kompeni lain untuk menyelesaikan masalah mereka tu. Dan itulah kerja aku.

Kalau diikutkan, aku hanya perlu melakukan survey sahaja, tanpa membuat sebarang kerja teknikal ataupun memberitahu jalan penyelesaian yang perlu dilakukan. Tapi aku hanya tahu ini selepas peristiwa dimarahi kat atas. Jadi aku pun dengan senang hatinya melakukan la serba sedikit penyelesaian ke atas masalah yang timbul dan berjaya menyiapkan masalah pada salah satu PC itu hanya beberapa minit. PC yang satu lagi, aku hanya menerangkan apa sebenarnya yang terjadi dan penyelesaian yang perlu diambil tanpa melakukan kerja teknikal membaiki PC tersebut.

Dalam duk buat-buat kerja, supervisor aku telefon. Haish, minah ni kacau je. Lepas tu satu suara yang macam dalam keadaan marah, menyuruh aku balik kerana aku sepatutnya ke ofis itu lebih kurang 15 minit sahaja. Bila tengok jam, rupa-rupanya dah setengah jam aku lepak kat situ. Aku sendiri pun tak perasan sebab aku ada melakukan kerja lain lagi, yakni dalam erti kata lain kerja amal menolong 2 orang staf disitu menyelesaikan masalah PC mereka.

Ini sebenarnya salah kerana tiada pun dalam permintaan asal untuk aku ke sana. Tapi oleh kerana sifat hendak menolong, aku buatkan juga dengan niat sekadar menolong tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bila orang dah minta kita tolong, takkan la kita nak buat bodoh je kan? Betul tak? Ha, kan betul tu.

Balik ofis, terus aku diserang. Nasib badan la aku hari tu. Sabar jela, lebih-lebih dalam bulan puasa ni. Apa nak buat, dah pekerja bawahan. Orang atas marah, kita buat bodoh jela. Dengar dan taat, tapi dalam hati memberontak.

Yang penting sekarang, aku puas dan seronok kerana dapat menolong menyelesaikan masalah orang. Biarlah orang kata aku nak bagi servis percuma pun, tapi yang penting, kerja-kerja juga, bekalan untuk akhirat jangan dilupa. Sambil menyelam tu, tangkap la 3 4 ekor ikan, jangan kerana asyik sangat menyelam, sampai kita lupa untuk naik ke permukaan. Kesudahannya, kita lemas dan tenggelam dengan keasyikan menikmati keindahan dasar lautan tanpa sempat untuk merasa betapa nikmatnya seekor ikan segar yang dibakar dan dicicah dengan sos cuka berlada.

Puh, bulan-bulan puasa ni idea bab makan cepat je datang..haha

Dah, waktu opis dah habis. Nak balik dah. Tata..

* S A B A R D A N S E N Y U M *

11 contengan diterima:

Anonymous said...

sabarlah pak cik...

insyaAllah, Dia da janjikan saham pak cik kat sane...

abaikan je krenoh 'minah' tu..
bese la pompuan....hangin tak tantu pasai...

ape pun, hidup ni satu cerita...ape2 yang kite kutip sepanjang perjalanan adalah terlalu berharga...jadi simpanlah baik2...
untuk bekalan mase depan..

gambatte!

Jejak Hamba on September 4, 2009 at 8:04 PM said...

insyaAllah moga dilipat pahalakan ganjaran keikhlasan n kesabaran pak cik... huhu... rajin2 le buat ibadat lg...

shidah_melati on September 4, 2009 at 10:25 PM said...

Wassalam, em... situasi yang sama masa sy kerja dulu. pelik kan manusia nie, kdg2 bila kita b'buat baik ada sahaja yang orang lain tak suka. kdg2 niat kita ikhlas nak tolong yang orang dalam kesusahan expecialy ibu tunggal 2 ank2 rmaja tetapi selalu t'halang. bgmna kita nak lahirkan msyrkt pyayang kalau orang atasan kta sendiri halang kita b'buat baik. emmm... ini lah realiti kehidupan. smg "org2 itu" dibuka kan hati. amin.

relax on September 4, 2009 at 11:37 PM said...

pak cik saya ada masalah laptop... laptop saya tak yah baiki dah, cuma kena beli baru..pak cik boleh tolong? nie ikan besar nie kalau pak cik tolong :D :P peace

AsNiza on September 5, 2009 at 6:44 AM said...

pakcik..

dpt marah free.. hehe.. dan harap2 niat baik pakcik pun dapat pahala free.. itu yg lebih utama..

tkpelah sekali sekala buat silap.. mula2 belajar mmg lagu tu, lama2 biasalah..

pakcik terkenal ngn sifat baik hatinya, suka tlg menolong, speselly bab2 it2 nih..^_^

pakcik. akak ada masalah gak..ngee~ nk mintak tlg format laptop akak.. sob3

~ aman shah ~ on September 5, 2009 at 6:56 AM said...

2 words....



Padan Muka

cikgu_eya on September 5, 2009 at 10:16 PM said...

haha...

aman sangat kejam... ana... 3 words

padan muka ko... ^^

Padan muka sebab abaikan arahan majikan...
padan muka kena marah...
padan muka dapat pahala percuma... ^^


pahala tolong orang lagik, pahala sabar tadah telinga kena marah g, pahala sabar dari memberontak dan tahan mulut dari bersuara... ^^

Tahniah buat sahabat... Allah sayang kamu... ^^

RosnIza on September 6, 2009 at 2:19 AM said...

salam pak cik ....sabar yer moga ganjaran pahala sabar dlm ramadhan pak cik perolehi..amin.. be hepi..think +ve...don't stress2

Lisam on September 6, 2009 at 8:09 PM said...

to anomes
hee..syukran atas sokongan
takpe, pakcik paham je ngan musim2 kaum hawa ni. kadang puting beliung, kadang sepoi2 bahase, jadi redha jela dengan kerenah diorang..

to kristal senja
lepas ni nak tarbiyah die sampai die pakai tudung..aci dok? hehe

to shidah_melati
amin..moga org tu bukan setakt dibukakan pintu hati, tapi segala pintu limpa, usus, pankreas dan juga pintu rumahnya ^^

to ikhwana
insyaAllah..boleh je nak tolong. tapi camne nak kontek ek? pakcik xle nak on9 sgt dah skrg. laptop dah majuk tahap gaban. takmo meng-on-kan dirinye lagi dah

to makngah
buleh2..tapi nak wat request 1. anta kat seksyen 7 leh x? hehe..tak tahu jalan nak p tmpt makngah

to aman
aman..1 word

redha ^^

to cikgu eya
eya..2 words

redha juga ^^

hoho..moga Allah sayang kita semua..dunia wal akhirat

to rosniza
waa..stressnye bace komen rosni..hehe

syukran sahabat. moga Allah kurniakan lebih nikmat dan ganjaran buat kita semua berpanjangan bukan sahaja dibulan yang mulia ini

Anonymous said...

menolong? x salah.. cuma kna tgk pd tempatnye gak.. ye la.. kan bahaya klau kita tolong.. cthnye, melepaskan anjing yg tersepit..

p/s: anyway, tlong la selagi termampu.. hehe

Lisam on September 11, 2009 at 11:55 AM said...

insyaAllah..selagi Allah berikan kekuatan dan kesedaran

aminn..^^

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal