Monday, January 11, 2010

Selamat Hari Kematian

Kembali lagi dengan sedikit perkongsian. Ops sebelum terlupa, ucapan syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk terus menghirup udara segar kurniaan-Nya dimuka bumi ini lagi pada saat dan ketika ini.

Sekenli, selamat hari tua kepada diri ku sendiri yang ke-24 tahun pada 9 Januari 2010 yang lepas. Sambutan pada tahun ini agak istimewa dan tidak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila selagi mana otak aku masih ok dan tidak nyanyok. Kalau nyanyok pun aku rasa akan ingat jugak sambutan besday aku pada tahun ni. Ingat senang ke nak dapat sambutan macam yang aku dapat ni. Korang pun aku rasa tak dapat kot merasa sampai bila-bila..haha

Ha, serba sedikit gambar sambutan hari jadi aku yang lepas. Layannzz..


Tadaa..habis hancur bumper dan lampu depan. Hilang ntah ke mana dah.


Ha..tak cukup depan, bumper belakang sekali disapunya. Sungguh cantik 'bontot'nya itu..wakaka


Berapa juta pulak la nak baiki kete ni..hmmm


Sekarang ia ditahan diwad ini. Sampai bila tu, mungkin dalam 2,3 minggu jugak la kot.

Okeh, tu lah sambutan hari lahir yang telah berjaya aku sambut pada pagi 09 Januari 2010, sambutan hari lahir aku yang ke-24..huhu.. Makngah Asniza ada bertanya, masa tengah eksiden tu kepala ingat kat siapa? Sebab katanya, kebiasaannya kita akan ingat kat orang yang paling kita sayang. Aku pula ingat kat sapa masa tu? Allah, mak dan kampung aku. Korang tak masuk list..ekeke

Bukit Tinggi, 9/1 - Sebijik kereta secara tiba-tiba hilang kawalan ketika menuruni bukit disalah satu selekoh berhampiran kawasan Bukit Tinggi, Karak. Kereta itu kemudiannya berpusing-pusing 360' beberapa kali sebelum merempuh penghadang jalan disebelah kiri yang menyebabkan bumper hadapan, lampu hadapan sebelah kanan, bumper belakang dan juga lampu belakang pecah bertaburan diatas jalan.

Walaupun melihat pada kengerian kemalangan yang terjadi, tetapi alhamdulillah kerana pemandunya tidak mengalami apa-apa kecederaan samada kecederaan ringan mahupun kecederaan parah. Cuma sedikit memberikan rasa trauma dan fobia.

Difahamkan, pemandu yang dari perjalanan pulang ke kampungnya di Terengganu itu bertolak seawal jam 5.50 pagi dari Shah Alam mengalami kegagalan pada kawalan stereng yang secara tiba-tiba menyebabkan keretanya berpusing-pusing ditengah-tengah jalan pada selekoh menuruni bukit dikawasan Bukit Tinggi.

Selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Tinggi, kereta mangsa ditunda ke bengkel yang berdekatan dan mangsa terpaksa berpisah dengan kereta kesayangannya itu selama lebih kurang 3 minggu kerana terpaksa dibaik pulih sehingga menjadi seperti sedia kala.

Sekian dahulu dari bilik berita angkasapuri. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Tengkiu..

* M U S I B A H B E R G A N D A *

12 contengan diterima:

annur huda on January 11, 2010 at 11:01 AM said...

salam..
syukur..tuan nye selamat...rupenye sambutan hari jadi yg ke 24..tidak seindah rupa....

mungkin ada hikmah disebaliknye....
nak cpt smpai..bawa laju..atau dlm keadaan ngantuk...semua kemungkinan tu ade...

berhati2lah..igt yg tersyg...=)

relax on January 11, 2010 at 11:03 AM said...

haih pak cik, hati2 bawak kereta.... jangan laju sangat.... apapun selamat hari lahir, nnti saya hadiahkan bumper kereta....

0__o said...

tu la orang suh kawen cepat2...
senang ado orang lain leh ganti bawak keta kalu penat...
wuhahaha

Jejak Hamba on January 11, 2010 at 3:48 PM said...

salam..
alhamdulillah driver ok. panjang umor lg tu... v(^_^)

iNtAnCtZ on January 11, 2010 at 8:36 PM said...

innalillah...pakcik2..
syukur la kete je yg mcm 'best',tuannye ok..sempat la kawen!
haha~
takziah la utk pakcik dan kereta~

Rasailul Ashwaq on January 11, 2010 at 8:56 PM said...

kererta tiba2 hilang kawalan ke tuan yg bawak kereta hilang kawalan... Kan makin tua makin dekat dengan mati.. betul la tu... Hari kematian.

Anonymous said...

salam...
innalillah...
tahniah kerana masih selamat...
tahniah sbb kete jer kene tahan masuk hospital...
tahniah pak cik masih boleh bernafas
tahniah pak cik masih boleh menaip
tahniah sebab aish... paper la lagi kan...
and ery congrate coz u remember Allah first... proud la with u..krik2
hapie belated birtday...
makin bertambah usia kita makin singkat perjalanan hidup dan dekat pada kematian,,,

pakcik2.... elakkan memandu sms gelap... kan kerajaan dah pesan...
aish... nakal ni tak nak dengo ckp..=p

Anonymous said...

hancur musnah harapan nak tunjuk kete baru kat mak ayah..hohohooo
naik moto kapcai balik la..hahahaa

Raja Norimie Raja Sulaiman on January 20, 2010 at 1:35 AM said...

Ingat kat saya ek..hehehe..
Alhamdulillah seb bek panjang umur agi..tapi sayangla kat kete..huhu..sabar je la Lisam..maybe kete xserasi ngan awak kot..

AsNiza on January 24, 2010 at 2:18 AM said...

RM 5K lebih telah melayang..
huhu.. dh bleh guna wat masuk minang anak gadis orang dh tu. huk3

Bashir IbnDzul on January 24, 2010 at 3:08 PM said...

Salaam,

'Warning' dari Dia..

Ape lagi? Bersedia lah..

~ Heh..

p/s - lame tak menjengah blog ini.. dah makin maju dan pesat pembangungan di sini.. heh

aimi nadiah on September 22, 2010 at 8:55 PM said...

berhati2 dijln ry.. ingtalah org tersayang.. hehe..

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal