Thursday, June 5, 2008

Tag From Hafizadam

Wah, pepagi bukak blog, tetibe dapat bende ni. 1st time dapat tag dari kengkawan blogger lain..hoho..Daripada aku duk pikir-pikir apa yang aku nak merapu kat blog ni, baik aku selesaikan masalah ni..Awal-awal nampak cam susah je nak ikut arahannya, tapi bila dah bukak file yang dikasik 2, sonang la plak. Tapi name lam file 2 still ckit lagi, bermakna xbanyak orang yang main bende ni, atau ntah ler...huhu..So, tuk incik hafizadam, aku dah berjaya menyelesaikan masalah tuk tag kali ni..wah, bangga siot...ekekeke


This picture is nothin to be related to the administrator ^_^

Ni cara nak mainnye...

Dalam gambar ade dokumen,
Dokumen tersembunyi tak boleh lihat,
Pelbagai kaedah menyorok dokumen,
Cuba lah carik jangan penat.

Tips:- Sila Klik Gambar atas ni dulu. Kemudian...save gambar ni pada format *.jpg. Gunakan kaedah open with --> Winzip @ Winrar untuk melihat kandungan fail ini. Isikan nama anda dalam fail yang dikepilkan, kemudian tag 10 orang kengkawan anda lah~ Dengan ini senarai nama semakin bertambah....

Kalau xpaham, cuba-cuba la pahamkan sendiri. Kalau nak bantuan, dipersilakan menanya...

So, untuk mangsa seterusnya, kat bawah ni senarainya....

Afzanurrahman
Shoutulhaq
Penjaga Agama
Izat Tarmizi
Seekerz
Pawanayah
Dr Zaty
Sarah Shamsudin
Khazanah Rahsia
Zuanzaqziq

Kalau nak main, dialu-alukan, kalau taknak main, buat taktau je..hak3x..So, selamat mencuba..~

* H A T I K U S E N Y U M D I P A G I I N I *
Read rest of entry

Wednesday, June 4, 2008

Pagi Ini

Pagi ini,
Aku rasakan cukup indah,
Cukup untuk membuatkan aku bersemangat memulakan hari baru,
Cukup bertenaga untukku menempuh ujian yang sedang menunggu,
Cukup yakin untuk mengharungi segala bahana kerja yang bagai berpenunggu..

Pagi ini,
Tapi hakikatnya,
Suatu kata-kata kadang-kadang mampu mengubah keseluruhan hari bahagia kita,
Suatu kata-kata kadang-kadang mampu membuatkan hari kita kelam memikirkannya,
Suatu kata-kata kadang-kadang mampu merobekkan hati yang suci dan mulia,
Suatu kata-kata kadang-kadang mampu menghitamkan segala yang cerah dan suci bersih pada pandangan mata..

Tapi aku pasrah,
Mungkin ini jalan terbaik yang Allah tunjukkan padaku,
Mungkin ini ujian Allah yang terpaksa aku lalu,
Mungkin ini permulaan hari baruku,
Mungkin ini juGa petunjuk bagi hari bahagiaku..

InsyaAllah,
Kau kena kuat lisam,
Kau kena tabah lisam,
Kau kena ubah hidupmu lisam,
Kau kena harungi ia lisam,
Kau kena tawakal pada Allah lisam,
Kau kena yakin dengan janji Allah lisam,
Kau kena ada rasa takut pada Allah lisam,
Kau kena kena kena kena kena kena kena lisam...

Da'i Nada - Sejuta Harapan

Sila Tekan Butang Play

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMU
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMU
Tanpa kasih sayangMU
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMU
Dekat selalu denganMU
Bahagia bersamaMU
Ya Allah terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah sucikanlah hati ikhlas untukMu
Ya Allah terangilah gelap hitam jalanku
Ya Allah sucikanlah hati ikhlas untukMu

* P E R I T H A T I I N I *
Read rest of entry

Tuesday, June 3, 2008

Ana Funya Refekan

Salam..

Puh, ape yang aku duk pikir sekarang ni pun aku tak tahu la. Perasaan ni suke sangat nak main-mainkan diri aku. Kadang-kadang aku terasa umpama diri ini tak mampu lagi nak menanggung setiap permainan perasaan yang datang dan pergi tanpa aku undang beserta karpet merah ataupun karpet hitam sekali pun. Tapi aku sedar, ini la namanya kehidupan, sentiasa diuji dan dicuba dengan pelbagai ujian dan godaan yang pastinya semua itu daripada Allah swt. Aku tak perlu takut dan aku tak perlu mengeluh pun, kerana aku yakin janji Allah itu pasti dan Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar menempuhi ujian dariNya ini. Amiinn...=)

Hati, kau jangan main-main lagi. Ingat pesan iman, jangan mudah terpedaya dengan mainan syaitan. Nanti syaitan yang melompat riang, kau lak yang jatuh tersungkur dengan kehinaan. Bukan hina didepan manusia sahaja, tapi lagi hina dipandangan Allah swt. Nauzubillah, mitak jauh-jauh la.

Dalam menempuh hidup ini, pertama yang kita kena pegang, semuanya datang dari Allah. Dan ini lah yang aku pegang selama ini. Apabila sesuatu terjadi pada diri, kembali pada Allah, muhasabah diri dan pujuk hati dengan ayat-ayat Allah. Hati ni walau sekeras mana pun, kalau kita pandai memilih cara dan medium untuk memujuknya, insyaAllah ia akan cair dan tunduk jua akhirnya. Kebanyakan orang yang stress dan jadi sewel tu kerana mereka tak tahu macam mana nak pujuk hati bila sesuatu yang mereka tidak ingini terjadi pada diri mereka. Contoh paling senang bila putus cinta. Ramai yang tidak mampu menanggung penderitaan ini aku rasa. Bertahun-tahun masih lagi teringat dan lebih parah bila diri jadi membenci kaum berlawanan. Aku rase perkara ini tidak sepatutnya terjadi sekiranya kita pandai mengurus hati dan perasaan kita ini dengan sebaiknya.

Disini pentingnya rasa redha dan rendah diri pada Allah swt. Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan penderitaan yang ditanggung oleh sesetengah masyarakat dinegara lain kan? Mereka bersusah payah nak hidup. Setiap hari dibanjiri peluru-peluru hidup. Ada juga yang 2 3 hari tidak makan, survive ditempat-tempat yang kurang dan takde makanan. Tapi kita di Malaysia bumi bertuah ini, kerana penderitaan perasaan pun kadang-kadang kita rebah dan jatuh tersungkur. Apa la sangat kalau nak dibandingkan penderitaan kita dengan mereka-mereka yang diluar negara sana. MasyaAllah, muhasabah diri masing-masing. Aku sendiri pun masih banyak kekurangan. Kadang hati dan otak mampu berkomunikasi dengan baik, positif la jadinya. Tapi kadang hati dah naik lebih tinggi dari otak dan iman, hampess pun tade. Sama je macam segelintir insan yang aku katakan kat atas tadi. But I'll try to be better person, yet I know that I cant be perfect...hohoho

Cuti weekend lepas, aku balik kampung. Wah, bestnyee..huhu..Balik lak sama-sama dengan anak sedara aku, Aisyah Faqihah. Sampai je rumah, mak aku terus je sambut cucu sulong kesayangannya tu. Memang bahagia je rasa masa tu. Perasaan pun mula la nak mengelamun sama, "aisehh, bestnye kalo aku pun dah ade anak, musti mak aku cayang gak kat anak aku..wakaka". Adeeh, calon pun lom ada, ko dah berangan nak ada anak ke lisam? Tade maknenye..hahaha..Alaaa, calon leh cari pe, cuma kalo dah cukup perbelanjaan, ada pekerjaan, ada pendapatan sendiri, boleh la nak masuk minang anak sapa pun..hihihi...Wah, sonangnye ko cakap lisam, hape ko ingat ade ke anak dara yang nak kat ko? Ntah2 mak dara pun tade yang nak..wahaha...amboi, sodapnye jari ko menaip camtu, kalo mulut yang cakap, dah lame aku cilikan. Nanti ada la, walopon bukan sekarang dia muncul, tapi insyaAllah jodoh aku Allah dah tetapkan dengan si polan binti si polan. Nanti aku terima jela seadanya calon zaujah aku tu..Wawawa, ko ni lisam, kalo cakap bab kawen-kawen ni, leh jadi penceramah tuk kursus nikah. Nampak sangat dah tak sabar..hahaha..Ade gak la tak sabarnye...ekekekeke

Udah, mengarut je..huhu..Tapi dah name refekan, so kerja merepek jela aku jadinya..hohoo

* H A T I S E D I H H A T I K E C E W A *
Read rest of entry

Monday, May 26, 2008

Assalamualaikum...


I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...


Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk CINTA'. CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Tentu ramai yang ragu-ragu serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dalam perkara ini.


CINTA sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. CINTA merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit.


Berbalik kepada 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu keCINTAan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.




Tentang CINTA-menCINTAi ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:-


"...ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH CINTAi mereka dan mereka pun menCINTAiNya..." Al-Maidah, ayat 54


"Jika kamu benar-benar menCINTAi ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31


Ternyata, walau macamana sekalipun, CINTA terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya, InsyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'CINTAi diri sendiri, sebelum memberi CINTA pada orang lain'


Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yang hidup antara 95 - 185 hijrah. CINTA Rabi'atul padaNya merupakan CINTA suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kepada ALLAH SWT.


Saudara dan saudari, apakah definisi CINTA pada pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya CINTA???


Atau...


Adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya CINTA mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya CINTA suci??? Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar menCINTAi seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian???


Lelaki yang benar-benar menCINTAi pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti CINTA. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu dan godaan SYAITAN... Secara jujur, seorang lelaki yang sememangnya jatuh CINTA terhadap seorang perempuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yg diCINTAinya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetengah daripada sikap yang penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan.


INGATLAH!!! CINTA yang murni bukanlah CINTA sang monyet, CINTA yang melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt CINTA antara 'Romeo dan Juliet', mahupun CINTA 'Laila dan Majnun'...


Tetapi, nikmat CINTA itu lahir seperti CINTAnya Rasulullah terhadap Khadijah dan Aisyah serta Saidina Ali terhadap Fatimah. Janganlah terlalu terburu-buru merebut CINTA murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban. Wahai REMAJA...


Serahkanlah CINTAmu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun CINTA, namun bukan bermakna bolrh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YANG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YANG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...


Wallahu'Alam...


* K A W A L H A T I *
Read rest of entry

Saturday, May 24, 2008

Hiburkan Diri Sendiri...^_^

Isteriku ..

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari.

Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..." Si isteri menjadi sayu.

Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.

"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang.. ayang masih di sisi abang.
"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...


Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!




Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana.

Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti
melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu.

Setelah berehat agak lamajuga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.
Lebih kurang 15minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulakdia ni.


Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.

Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal.Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.


Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

* H I B U R K A N H A T I *

Read rest of entry

Thursday, May 22, 2008

Teristimewa Buat Sahabat Juga Kenalan



Sila tekan butang play


Lagu yang aku rasanya amatlah sesuai aku nak tujukan buat semua sahabat-sahabat yang mengenali mahupun dalam usaha untuk mengenali diriku ini. Juga buat insan-insan yang secara langsung mahupun tidak langsung telah terhadir dalam diari hidup aku yang tunggang langgang ni. Sama-sama mewarnai hidup dan berkongsi kisah dan mencipta sejarah serta pengalaman yang cukup berharga buat diriku yang teramatlah hina dan kerdil ini disisi Allah swt.



Thanks for being part of my life.. Love you all sooooo much!!

p/s:adeehh, terjiwang karat lak aku kali ni...kuikuikuikui

* H A T I K E M B A L I R I N D U *
Read rest of entry

Tuesday, May 20, 2008

Repekan Dari Meja Pengarang

Salam...

Sedikit pengisian buat blog kesayanganku ni..(sayang ke..aaah, layanzz)

Hari ni dah masuk minggu ke dua aku menjalani latihan praktikal kat fakulti. Kerja pun dah semakin melambak. Hari-hari ada je kerja baru akan muncul kat inbox email aku tanpa aku undang pun. Tapi dah namanya tanggungjawab, terpaksa la aku gagahkan jua kudrat ku ini untuk sedayanya menyiapkan kerja-kerja tersebut. Walaupun masih banyak yang tak bergerak lagi..huhu

Penat kerja part time waktu hujung minggu haritu pun belum hilang lagi kat tubuh aku ni. Habis satu badan sengal-sengal je rasa. Al-maklum la, kerja catering dari pagi sampai la petang. Bukan satu dua kerja je kena buat, dari susun makanan, angkat makanan, clearkan meja makan, dan bermacam-macam lagi kerja yang terpaksa dibuat. Dah la takleh duduk, kena jaga je orang yang duk makan..huhu

Alhamdulillah, walaupun lam kepayahan dan fikir nak ponteng je berjaya gak aku menamatkan kerja-kerja aku tu selama 2 hari, dari jam 8 pagi sampai la 6.30 petang. Fuh, ngalahkan orang kerja ofis..hehe

Aku pun nak cite la sikit satu kejadian yang menimpa diri aku petang tadi. Buat ke berapa kali ntah terjadi kat diri aku ni..hihi..Petang tadi dalam jam lebih kurang pukul 2 petang, aku dalam perjalanan ke tempat praktikal dengan menaiki moto cabukku tu. Sampai je dalam kampus, ada la satu mamat ni potong kau dengan motonya yang laju tu ngalahkan Max Biaggi(ntah betul ke tak aku eja ni..layan). Aku pun ikut jela belakang dia. Tapi bila sampai je kat depan Dataran Cendikia(satu tempat cam foodcourt), mamat tu tetibe je slow. Aku pun apa lagi, potong la dia sebab aku pun kebetulan nak cepat, sebab dah lewat nak masuk kerja.

Dalam masa aku potong dia tu, tetiba dengan selambernya dia belok ke arah aku tanpa bagi signal pun. Apa lagi, aku pun langgar jela bahagian belakang moto dia. Gedebuk, aku jatuh dengan tanpa belas kasihan pun. Otak aku jadi blank masa tu, cam tade pape je lam otak ni. Terus aku jatuh tergolek kat atas jalan. Kebetulan pulak kejadian tu terjadi depan bus stand tempat student biasa tunggu bas(student perempuan, sebab tempat tu dekat dengan kolej perempuan). Masa aku tengah jatuh tu, terdengar la dak perempuan yang ada situ terjerit sebab tengok kejadian tu depan mata dorang. Maybe ada dikalangan dorang yang pertama kali tengok kejadian tu. Pemes kejap aku..haha(pale hotak hang pemes..)

Tapi dalam ramai-ramai yang ada kat situ, takde sorang pun yang datang tolong angkat aku..huhu. Tak angkat aku pun, at least angkat la moto aku. Kesian lak bila tengok moto aku tu, habis bengkok side mirror dia. Syukur alhamdulillah sebab part lain takde yang rosak. Kalau tak, alamaknya terpaksa la aku sedekah lagi duit aku ni kat mana-mana mekanik kat area rumah aku ni. Dah la tengah kering sekarang ni..huhu

Berbalik pada kisah aku tadi. Lepas je aku jatuh, aku terus je bangun dan tengok kat mamat yang aku langgar. Dia sempat berhenti kejap, dan aku kata la kat dia, "nape ko tak bagi signal?!". Aku tengah bengang dah masa tu, mujur dapat kawal perasaan lagi. Kalau tak, mau je aku praktikkan ilmu taekwon-do yang aku pelajari selama ni. Kalau tak lebam mata, pecah bibir mulut pun jadi la kalau aku kasi flying kick aku kat muka dia. Kalau nak ikutkan perasaan aku ni la. Lepas je aku cakap gitu kat dia, terus je mamat tu cabut. Takut agaknya, sebab memang salah dia pun. Moto tu dah siap-siap dilengkapi signal, tapi taknak gunakan gak. Bukan moto buruk pun, baru lagi aku tengok. Kalo nak dibandingkan dengan moto aku yang dah agak lama, tapi tetap sehensem tuannya..haha

Aku pun dengan muka selambanya, angkat la balik moto aku yang dah menyembah bumi tu. Cian kat dia. Aku sempat lagi jeling kat student yang duk kat bus stand tu. Tapi buat muka seposen jela. Takkan aku nak angkat tangan lak kat dorang..haha.. Takde keje aku nak lambai kat dorang. Bukan aku lepas buat show pun, tapi aku baru je lepas buat kerja yang telah membengangkan diri aku sendiri..huhu

Masa dalam perjalanan ke fakulti, aku dapat rasakan kaki kanan aku sakit-sakit. Bila aku tengok, ade kesan lebam. Dah biru pun. Adeh, sakit jugak la, senget gak la aku jalan tadi. Alhamdulillah, mujur la takde mana-mana bahagian kat tubuh aku ni yang luka. Allah masih sayangkan aku. Kalau tanpa bantuan dari Allah tadi, aku sendiri pun tak tahu la apa yang akan jadi kat diri aku ni. Mungkin dah masuk wad agaknya...huhu.. Satu mimpi ngeri yang aku tak nak lalui, bila terpaksa ditahan diwad. Nanti mesti sampai ke pengetahuan orang tua aku. Dan semestinya lah dorang akan bimbang. Ish, aku dah cukup banyak susahkan hidup dorang. Takkan la dah besar-besar ni pun nak menyusahkan dorang lagi kot. Tul tak?

Adeh, panjang la pulak repekan aku ni..hehe.. Leh dibukukan pastu jual kat kedai (tingginye angan-angan ko lisam..haha). Merepek je aku ni. Ni la akibatnya bila masa terluang banyak sangat, sampai tak tahu nak buat apa. Kesian kat korang, terpaksa membaca bahan repekan aku ni yang ntah pape..huhu

Otak aku pun dah letih ni. Badan pun sakit-sakit lagi ni. Nak tegakkan badan pun tak leh dah. Pinggang ni cam tegang je uratnya. Okeh, see u olz next meeting. Bagi sahabat-sahabat aku yangs sedang berpraktikal, tak kira la korang duk kat ceruk rantau mana pun, kerja baik-baik. Jangan jadi macam aku, pemalas dan suka buang masa je time kerja..hahaha

Salam...peace!!

* K A K I K U M E N A N G I S S A K I T *
Read rest of entry

Mari Belajar Arab Version 2

Salam..

Kali ni ana nak kongsi sikit ilmu bahasa arab yang ana dapat dari sorang sahabat kat Al-Azhar melalui YM ana. Dah agak lama dia ngajo ana ilmu ni, tapi sekarang baru tergerak hati nak kongsi lam blog ni.

Syukran jazilan buat dua cahaya atas perkongsian ilmu ini. InsyaAllah moga nti mendapat ganjaran yang sepatutnya dari Allah swt dan sentiasa dalam lindungan Allah swt setiap masa. Ana xmampu nak balas jasa nti, hanya ucapan ribuan terima kasih yang mampu ana ucapkan..=)

Jom sekali lagi kita jadik mat / minah arab..hohohohoooo

Zahmah - Crowded
Sanggal - Sibuk
Rah Fen - Nak Kemana
Lau Samah - Excuse Me
Muz - Pisang
Burtual - Limau
Faraulah - Strawberry
Firah - Ayam
Bulti - Ikan Talapia
Min In - Dari Mana
Aiwah Alagambi Hena - Baik Disini Saja
Urayyib Hena - Dekat Sini
Aiwah - Baik Itu Dia
Enti Helwah Awi - Awak Cantik Sangat
Mahibbak Awi - Saya Sayang Sangat Kat Awak
Wahistini Awi - Rindunye Kat awak
Enti A'sel - Awak Cutey
Aizzah - Nak/Hendak
Aizzin Firah Wahid Wa Laham Kilo - Saya Nak Seekor Ayam dan Sekilo Daging
Mafrum - Daging Cincang
Da Ik - Tepung
Ma'a Lish - Minta Maaf
Sakna Fen - Tinggal Kat Mana
A'ris - Pengantin Lelaki
A'rusah - Pengantin Perempuan
Khatib - Tunang (L)
Makhtubah - Tunang (P)
Zawwag - Kahwin
Dah Bi Kem - Ni Bape Harga
Munkin Tahfid - Boleh Kurang Tak
Sabaneh - Sayur Bayam
Gazar - Lobak
Khiyar - Timun
Tuffah - Apple
Fil-fil - Cili
Firah Masywi - Ayam Panggang
Syam A'h - Lilin
Bab - Pintu
Iftahil Bab - Bukakan Pintu
Filil Bab - Tutupkan Pintu
Syibbak - Tingkap
Tomatim - Tomato
Read rest of entry

Wednesday, May 14, 2008

Kalau Tak Suka Pulangkan

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.


"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.


"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.


Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.


"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.


Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.


"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.


Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi.


Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.


"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.


"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.


"Fail saya kat depan tu mana?"


"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."


"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.


Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.


"Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


------------


"Saya nak ke out station minggu depan."


"Lama?" Soal Laila.


"Dalam seminggu."


"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"


"Budak-budak? "


"Ikut jugalah."


"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu"


"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.


" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."


"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!


Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati.


Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.


"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"


"Manalah saya ada masa.."


"Takpe.. pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"


Dia tersentak dari khayalannya.


"Kalau tak suka pulangkan balik!"


Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu?


Bukan.. bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..


"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.


"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."


------------


"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.


"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"


Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.


"Awak masak apa?"


"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.


"Takde benda lain ke awak boleh masak?


Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"


"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.


"Keluar!"


"Mama dah masak Pa!"


"Awak saja makan!"


"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!" Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.


"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.


"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."


"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."


"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"


Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?



Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.


"Laila.." serunya


"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.


"Sunyi pulak rumah ni mak,"


"Lama-lama kau biasalah."


Airmatanya menitis laju.


"Kalau tak suka pulangkan!"


Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.


------------


"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.


"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."


"Tak ada lah?"


"Ingat papa ni cop duit?"


Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.


Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.


"Awak tak sihat ke?"


Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.


"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.


Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.


"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.


"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"


Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.


"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan


"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.


Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.


------------


"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.


"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.


"Abang!"


"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.


Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.


"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.


"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."


Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.


"Laila"


------------


"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.


" Wan gi-wangi lagi. Dating ye?"


"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


"Ikut boleh?"


"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.


"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."


"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "


"Papa pesanlah.."


"Nantilah besar sikit." Dalihnya.


"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."


"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"


Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."


"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."


"Mama tanya sikit boleh?"


Dia mengangguk


"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"


Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.


"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.


Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya.


Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.


"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.


Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja.


Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.


"Kamu semua ni.. kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! "


Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..


"Kalau tak suka pulangkan,"


Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.


Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..


Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan..........


* P U L A N G L A H *
Read rest of entry

Tuesday, May 13, 2008

Practical (2nd Day)

Salam...

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 2 aku menjalani latihan praktikal. Latihan praktikal dalam kain selimut..haha

Aik, pelik je bunyinye ayat aku kat atas tu. Dah, jangan korang nak fikir bukan-bukan lak. Sebenarnya, minggu pertama ni lecturer yang jaga kami agak sibuk. Jadi dia memang takde masa nak jaga dan bagi kerja pape kat kami. Hari pertama semalam aku sama ngan kawan-kawan aku hanya pergi tolong buat persiapan kat 1 majlis yang akan berlangsung pada hari Khamis ni. Tapi bukan ada kerja sangat pun. Hanya sekadar tolong sikit-sikit je. Banyak masa habis terbuang dengan membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Naik bosan aku duk menunggu saat-saat untuk kami pulang ke rumah.

Pagi ni, aku ngan kawan-kawan aku tak pergi pun kat fakulti. Maklumla, bukan ada punch card pun. Tak macam masa aku praktikal kat gov office dulu. Siap diberi punch card lagi. Jadi memang tiap-tipa hari la aku terpaksa merajinkan diri aku ni pergi office di awal pagi. Alhamdulillah punch card aku hanya 2 hari je yang kene cop merah. Tu pun sebab moto aku pancit. Memang lewat bebenor la aku hari tu. Nasib baik bos aku buat tak tahu je. Sebab bos aku dulu memang jenis tak kesah. Tak penah pun nak amik tahu pasal aku..haha

Hari pertama semalam, aku ngan kawan-kawan aku punya la smat kitorang pakai. Kemeja siap dengan tight in lagi. Yela, dah terbiasa masa praktikal dulu. Hari-hari pakai smat cam staff lain. tapi semalam tak pasal-pasal kami kena perli habis kat lecturer yang jaga kitorang tu. Dia siap gelak lagi bila tengok kitorang pakai punya la smat. Adeh, malu den maso tuh..hooho.. Dia cakap pakai t-shirt jela, takyah pakai smat-smat ni, dia tak kesah. Kitorang kalo tahu dari awal-awal, memang dengan suka hati pun tak nak pakai smat-smat ni. Rimas tau. Lepas rehat tengah hari, kitorang terus balik tukar baju. Pakai t-shirt ngan suar khakhis biasa je. Seluar kegemaran aku. Tambah lak ngan hanya berselipar. Memang cam kitorang nak pergi kelas la.

Ok la, tak nak la melalut panjang-panjang. Kang macam-macam citer lak yang aku nak citekan. Buat sahabat-sahabat yang seangkatan dengan aku, terutama student yang sebelum ni tak penah lagi merasa suasana berpraktikal, banyak-banyak la sabar melalui hari-hari yang mungkin akan membosankan dan juga meletihkan otak dan tubuh badan korang. Sorang kawan aku semalam pun dah sms kat aku, bagitau yang dia bosan sangat duk kat office. Tak tahu nak buat apa. Pulak tu dia siap kena sound lagi kat sorang staff situ. "Ni student nape tak gantung kad metrik?" (mengambil dari ayat yang ditaip oleh kawan aku tu). Punya la dasyat tempat dia praktikal, siap kena gantung kad metrik lagi. Apa, ngat nak pergi kelas ke..haha..Sabar jela wahai sahabat. Sementara je ni. InsyaAllah dalam kepahitan itu pasti akan ada kemanisan yang tak mungkin dapat kita merasainya di tempat lain. Caiyok!!

* H I L A N G T I A D A G A N T I *
Read rest of entry

Sunday, May 11, 2008

Exam Is Over..Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi Tuhan sekalian alam atas segala kurniannya pada hamba-hamba-Nya selama ini. Juga selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw dan seluruh ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda..

Alhamdulillah, petang ni peperiksaan akhir bagi semester 4 aku dan pun tamat. Paper last td berakhir pada jam 5.25ptg, tapi aku seperti biase la, memang akan jadi antara muka-muka yang selalu keluar awal. Keluar awal atas 2 sebab, 1 dah siap @ 1 lagi dah memang tak leh nak jawab dah..huhu

Secara keseluruhannya, untuk peperiksaan kali ni, kebanyakan paper yang aku amik, memang aku sedikit tidak berpuas hati dengan prestasi yang aku buat. Boleh dikatakan semua paper agak susah jika nak dibandingkan dengan soalan-soalan paper final year untuk semester-semester lepas yang aku buat. Soalan yang memang tak disangka langsung leh masuk gak. Dan kebanyakannya memang agak "tricky", lebih kepada pemahaman yang betul-betul, bukan sekadar pada penghafalan semata-mata. Sebagai contoh, soalan CISCO yang aku baru je amik tadi, ade 1 soalan tu ditanya, lebih kurang camni la aku translate kut bahasa yang aku paham, "sekiranya adik perempuan anda ingin menyambung pelajaran diperingkat ijazah, berikan pandangan anda kenapa dia perlu memilih kursus yang anda duduki sekarang ni"..hah, amik kau soalan, xpenah-penah sebelum ni keluar soalan camni. So, apa lagi, memang menggoreng la ikut suka hati, mujur xterkeluar idea-idea yang karut marut je..haha

Berakhirnya peperiksaan akhir ni, bermakna ramai la kawan-kawan aku akan pulang ke kampung or ke negeri masing-masing. Nasib baik juga la kawan-kawan umah sewa aku ni xbalik, sebab kitorang semua akan sambung buat latihan praktikal kat area Shah Alam ni je. Kawan-kawan aku yang ada kat universiti lain, termasuk kawan-kawan chatting aku, semua dah lama menghilangkan diri mereka dari bumi Lembah Klang ni. Senarai "friends" yang online kat YM aku pun dah mula berkurang, tinggal kebanyakan bebudak rumah aku sendiri je. Tetibe jadi rindu je kat kawan-kawan chatting aku..huhu.. Selalu ada je yang akan "appear" kat laptop aku, sekarang ni dah mula senyap sunyi je YM ni..=(

Esok akan bermula la hari pertama praktikal aku. Kalau masa amik diploma dulu, suasananya agak berbeza, sebab masa tu duk kat umah kat tganu nu, praktikal sorang-sorang je kat "gov office", tapi sekarang ni aku hanya berpeluang untuk berpraktikal kat fakulti je bersama 9 orang lagi "coursemate" aku. Terasa macam biasa je, tak macam nak buat praktikal je. Pulak tu dengan keadaan kitorang yang baru je tamat peperiksaan, esok dah nak start kerja, jadi memang kami tade masa nak fikir soal praktikal ni. Apa yang ada lam benak otak sekarang ni, hanyalah nak rehat puas-puas. Sebab dah seminggu lebih berhempas pulas (ye ke? ngeh3x..) untuk final exam kitorang. Aku ni hampir nak pengsan je dibuatnya, lebih-lebih bila paper aku 3 hari berturut-turut, memang tade mase nak rehatkan otak sebelum mula sambung study untuk paper seterusnya. Otak ni dah letih sangat-sangat dah, macam dah tade tenaga lagi tuk dia meneruskan hidup..huhu..Tapi ni la namanya ujian ketika belajar kan. Bukan senang untuk senang. Tapi memang senang untuk susah. Betul x? hihi

Bercakap soal praktikal, 2 hari lepas, aku telah dilantik sebagai ketua untuk mengetuai lagi 9 orang yang berpraktikal sama-sama dengan aku. Jadi bertambah la tanggungjawab aku sekarang ni. Nak pastikan itu la, ini la, kena selalu pantau kerja-kerja anak buah aku la..huhu..Tapi tak baik aku merungut, kan ni semua dah takdir Allah, maknanya aku mampu la memikul tanggungjawab ni sebagai satu amanah, dah dapat kepercayaan dari kawan-kawan yang lain, so kena la aku terima dan berusaha untuk memikulnya sebaik yang mungkin. InsyaAllah, dengan kudrat yang Allah kurniakan pada aku ni, akan aku jalankan amanah tersebut sebaiknya. Walaupun aku terkadang sedar yang aku bukan seorang ketua yang bagus pun, Salah satu darinya, aku ni jenis yang susah nak suruh orang buat kerja. Biarlah aku je yang susah, asal orang lain tak susah. 1 lagi aku ni jenis yang tak mudah berpuas hati dengan hasil kerja orang. Keyakinan untuk menyerahkan tugas pada seseorang tu takde lam diri aku. Jadi, memang kebanyakan kerja memang aku la yang akan siapkan sendiri, asalkan ianya menepati kehendak aku sudah la. Buruk tul perangai aku nih..haha

Apa yang aku nak merepek lagi ni pun aku tak tahu la. Otak dah memang "exhausted" sangat-sangat dah ni. Oksigen, oksigen. Cam kena tukar minyak hitam je, piston pun dah tersumbat ni..huhu..

Rasanya aku tak pernah lagi bercerita pasal anak saudara sulong aku kat blog ni. Nanti la, bila aku berpeluang dan ada masa lagi serta diizin Allah, aku memang teringin nak ceritakan sikit pasal anak sudara sulong aku ni. Bestnyee bile dah bergelar pakcik ni..hehe

OK, untuk kawan-kawan aku yang nak blah dah lepas ni, selamat memblahkan diri korang. Tinggal la aku kat sini bersama sisa-sisa kawan-kawan seangkatan aku kat umah sewa ni. Teringat lagu bila terasa rindu nyanyian dafi mase zaman jahiliah aku dulu, suka ngat dengar lagu tu..haha..memang melalaikan..astagfirullah..

Selamat bercuti buat sahabat-sahabat aku sekalian. Moga korang semua selamat sampai ke destinasi masing-masing walaupun ramai dah sahabat-sahabat aku yang memang dah selamat sampai kat umah masing-masing..huhu.. Moga kalian semua dalam lindunngan dan rahmat Allah selalu. Dalam apa-apa hal sekalipun, Allah jangan dilupa. Pastikan semua yang kita nak buat, hendaklah berpaksikan pada Allah semata-mata. Kalau diri dah betul-betul yakin dengan Allah, insyaAllah kalau ditimpakan bala ujian dan kesusahan sekalipun, kita tetap mampu tersenyum, sebab keyakinan kita akan mengatasi segala-galanya. Iman akan berjaya memujuk diri dengan mengatakan semua ini adalah dari Allah. Allah sayangkan kamu, sebab tu Allah uji kamu. Suka guna ayat ni untuk memujuk diri sendiri bila ada apa-apa yang aku tak inginkan berlaku atas diri aku. Alhamdulillah, hati akan mula sejuk dan senyuman mampu aku serlahkan selepas itu. Walaupun sekadar senyum kambing je..hohoo..=)

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala yang susah bagiku, dan janganlah Kau susahkan segala yang susah bagi diriku..amiinn..

Salam..peace!!

* H A T I S Y U K U R D A N M E N A N G I S *
Read rest of entry

Thursday, May 8, 2008

Bahagianya Kira Punya Suami Begini

Assalamualaikum...


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.


Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.


Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).


2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.




3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.


4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.


Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.


Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.


Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.


Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


* D A K U I M P I A N M U *


Thanks Izwah for this amazing article..Happy holiday..

Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal