Saturday, May 24, 2008

Hiburkan Diri Sendiri...^_^

Isteriku ..

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari.

Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..." Si isteri menjadi sayu.

Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.

"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang.. ayang masih di sisi abang.
"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...


Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!




Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana.

Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti
melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu.

Setelah berehat agak lamajuga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.
Lebih kurang 15minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulakdia ni.


Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.

Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal.Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.


Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

* H I B U R K A N H A T I *

7 contengan diterima:

pawanayah on May 25, 2008 at 1:07 AM said...

salam akhi...
:P lawak jgak post kali ni..
dapat jgak hiburkan ati jap..
jgan jadi macam dalam cter ni dah :)

Lisam on May 25, 2008 at 4:35 AM said...

salam..
ooo, bukak blog xgtau ana ye..majuk kang..huhu

sekadar nak hiburkan hati sendiri..awal2 siyes je posting ni, tp xsgka lak lawak kat akhirnye..hihi

pawanayah on May 25, 2008 at 7:31 PM said...

salam..
maaf bukan tak nak gtau..
cuma segan lah..ye akhi punya blog best..tah napa segan plak...???

hmm ar betul tu..mula2 serius je
last2 baca golie ati den...
:) citer kat family pun dorang gelak jgak :)

tapi kan ..bg ana lawak2 jga tapi cter cam ni mmg berlaku kan..
contoh yg tinggal cermin mata tu :P

Anonymous said...

haha...
memang lawak. Amik peluang sat merapu kt sinih, ~ahaks
tp, memang lah. Kalo lelaki membebel (yg tertinggal spect tuh) dasyat sungguh. Tak hengat dunia.. Lebih gegar dr pompuan..
dasat2... hohoho

Lisam on May 26, 2008 at 6:45 PM said...

hihi..
mmg la..laki ni susah nak berleter, tp bile dah stat berleter, halamaknye merah menyala la telinge yg kene leter 2..kuikuikui..

p/s:susanye nak nmpak cikgu skrg ni..dah bersara ea dr iluvislam??

hohohoho.....=)

iNtAnCtZ on May 28, 2008 at 5:59 PM said...

h0h0~t0k lisam pnyer entri yg ni buat nak gelak+senyum sengs0rang..entri bervirus.in the mean time mdedahkn ke'poyo'an[term pinjam..] org llki.

p/s:da tgk entri br nessa..?name t0k lisam naik!=]

Lisam on May 28, 2008 at 6:56 PM said...

adeehh..ana pun kene la ni?(sbb ana pn laki pe...kuikui)
tp at least laki lam cite ni cerdik ckit(cerdik xbertempat)..berlagak cam die xsalah pn, tp sbenarnye 4x5 je ngn bini die..huhuhu

p/s:dah tgk lame dah..aritu ade ajo die cara2 nak masukkan video youtube lam blog..tp xsgka lak name ana naik..hohohoho :p

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal