Wednesday, December 3, 2008

Keperitan & Erti Syukur

Alhamdulillah, hidup lagi aku hari ni. Masih mampu berdiri? Alhamdulillah, masih punya kekuatan. Masih mampu gerakkan tangan, kaki, juga kepala? Alhamdulillah, Allah masih tidak lagi menarik nikmat-nikmat tersebut. Mata mampu melihat? Mulut mampu berkata-kata? Masih mampu mendengar bunyi-bunyian? Alhamdulillah, pancaindera yang Allah kurniakan ini masih lagi berfungsi dan mampu menjalankan kerja dengan baik. Masih mampu merasa makanan? Meneguk minuman? Mengunyah makanan? Alhamdulillah, baru sahaja selesai menikmati rezeki Allah, untuk hari ini.

Tapi sejauh mana kita bersyukur dengan setiap pemberian Allah yang percuma ini? Ramai mana antara kita yang setiap pagi masih mampu menadah tangan lalu mengucapkan syukur kepada Allah setiap pagi selepas bangun dari tidur kerana masih lagi diberi peluang sehari lagi untuk mengecap nikmat hidup didunia ini? Manusia, kadang ketika saat diri merasa senang, amat susah benar ingin mengucap syukur. Hanya sedar dan tahu erti syukur bila diri terasa dalam kesusahan.

3 hari bekerja sebagai pembanci kereta, lori, bas, van dan motorsikal di Bandar Puteri, Klang. Hanya kereta sorong, kereta lembu dan basikal je yang aku tak kira. Satu kerja yang cukup memenatkan kerana bosan dan terpaksa menahan terik panas mentari beserta bahang haba jalan raya yang memang memedihkan kulit muka. Keluar ke tempat kerja disaat lampu jalan masih lagi belum padam, dan habis waktu kerja disaat lampu jalan sudah kembali menyala. Tiada waktu siang untuk aku bersenang lenang dirumah, hanya malam sebagai tempat aku merehatkan badan dan tidur. Keluar gelap, balik rumah pun suasana dah kembali gelap. 

12 jam bersengkang mata, hanya mata dan jari sahaja yang bergerak, memang menuntut kesabaran yang cukup tinggi. 12 jam hanya duduk, mata melilau2 melihat kereta yang lalu lalang sambil jari memetik benda alah yang aku sendiri pun tak tahu apa namanya, yang aku tahu, benda tu macam mesin untuk mengira. Sekali tekan akan naik 1, 3 kali tekan, akan naik 3 la kak ngah..huhu

Bila sesekali buat kerja part time macam ni, baru la diri ni terasa betapa susah sebenarnya untuk senang. Dan jangan sesekali memandang rendah pada sesiapa pun walhal apa jua kerja yang mereka lakukan, asalkan halal dan tidak menyalahi undang-undang negara juga undang-undang yang Allah tetapkan. Kerana kita sebenarnya tidak tahu apakah latar belakang orang tersebut sebenarnya. Mungkin dia punya ijazah, punya diploma, tapi nasibnya tidak berapa baik, itu sahaja rezeki yang Allah kurniakan padanya kerana itulah yang terbaik buatnya. Walaupun pada pandangan mata kasar kita boleh menganggap ianya tidaklah pekerjaan yang terbaik buatnya, tapi Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan setiap ketentuan buat hamba-hamba-Nya. Mungkin pendapatannya tidaklah seberapa, tapi Allah mungkin mengurniakannya kaya dengan ketenangan hidup dan punya keluarga yang cukup bahagia. Siapa tahu kan?

Benarlah kadang-kadang bila kita terasa betapa perit untuk mendapatkan sesuatu, barulah kita benar-benar tahu bagaimana untuk bersyukur bila sudah mendapatkannya. Setiap peluh yang menitik kerana menahan panas terik juga keperitan mencari sesuap nasi itu, akan membuatkan kita lebih mensyukuri setiap sen duit yang bakal kita terima nanti. Berbeza dengan keadaannya bagi mereka yang kerjanya senang lenang, dalam aircond, berkot dan bertali leher kemas mencekik leher, mungkin kurang terasa peritnya, kurang juga syukurnya.

Begitu juga dalam soal mendapat pasangan. Kebanyakan mereka yang susah disaat mengorat, akan lebih menghargai pasangannya bilamana sudah berjaya mendapatkannya. Bagi yang jenis sekali kenyit sudah sangkut, mungkin inilah yang bakal terjadi kes-kes declare clash kerana alasannya tidak bersefahaman lagi, padahal alasan sebenar adalah muak dan kurang menghargai.  

Sebab itulah wanita-wanita dinasihatnya agar menjaga diri mereka dan memahalkan cinta mereka itu. Jangan terlalu mudah menerima cinta sang kumbang dan jangan terlalu menyusahkan. Uji mereka bagi melihat kesungguhan mereka. Lihat samada mereka mampu untuk bersabar dan menahan nafsu yang bergelora dalam diri mereka. Pilihlah yang benar-benar mampu bersabar dengan setiap kerenah kita, kerana insyaAllah anda akan mendapat cinta yang tulus suci daripada insan tersebut. Lebih dihargai dan susah untuk ditinggalkan.

Berbalik pada tajuk asal, sebab itulah sebagai seorang anak mahupun seorang isteri, cubalah untuk hargai setiap peluh ayah mahupun suami kita itu yang menitik kerana ingin mencari sesuap nasi, seteguk air, malam diterangi cahaya dan rumah mendapat bekalan air yang sepatutnya. Kerana kita tidak mungkin akan merasakan apa sebenarnya yang ayah kita rasa bila mereka diluar mencari rezeki buat isteri juga anak-anak mereka. Mereka mungkin berpanas, berhujan, bertarung dengan hebatnya ombak yang bergelora, juga ada yang terpaksa bertarung dengan nyawa, antara hidup dan mati, semata-mata ingin melihat kita hidup senang dan cukup makan.

Belajarlah untuk sesekali hidup susah, kerana ia mungkin berguna untuk masa depan kita. Kita tidak tahu dan tidak dapat mengagak, apakah yang bakal terjadi pada diri kita kelak. Mungkin senang, dan tidak mustahil untuk menerima ujian kesusahan dari Allah. Cuba hargai setiap nikmat yang Allah kurniakan, dan jangan sesekali sesali setiap kesusahan yang kita hadapi. Kerana yang pasti, akan ada insan lain yang hidupnya pasti lagi susah dan lagi teruk menerima ujian dari Allah. 

Berfikiran positif dan cubalah untuk menerima setiap musibah yang terjadi sebagai satu asbab untuk kita muhasabah diri dan terus dekat dengan pencipta kita, Allah swt. Jangan memandang sesuatu perkara itu hanya menyusahkan, tapi cubalah selami hikmah yang bakal kita kecap disebaliknya. Ujian dan kesusahan itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah sebagai peringatan dan juga teguran Allah untuk menyedarkan kita sebagai hamba-Nya yang sering lalai.

* K U S Y U K U R M I L I K I M U *

14 contengan diterima:

iNtAnCtZ on December 4, 2008 at 12:26 PM said...

betul la tuh pakcik..
memang sokong 110%~
kekdg selambe sakan je redah bila senang sket..
bile dah sgt tgh sem la contohnyer..br terengat duit abes blje awek~
hadeyh~

Lisam on December 4, 2008 at 9:02 PM said...

bg yg ade aweks..tp yg tade aweks cam pakcik ni, kdg2 lesap tatau p mane..dimakan anai2 gamaknye..huhuhu

Anonymous said...

Salam...
Kalau kita merungut pun tentang bos yang tak adillah,kenapa gaji kawna lagi besar dari gaji kita, kenapa keadaan orang lain lebih baik dari kita ingatlah yang nikmat yang kita dapat lebih banyak dari orang lain..kalo kita rasa susah naik bas..berebut2..ada orang naik basikal..jalan kaki..huhu..selalu tengok orang yang kurang dari kita..agar tak jadi manusia yang tidak bersyukur dan sombong...

Lisam on December 14, 2008 at 12:07 AM said...

yup..sokong setiap kata2 dari cik nur. sebab kenapa kita seringkali tidak pernah puas dengan apa yg kita ada kerana sikap suka melihat apa kelebihan yg org ada, berbanding nak menginsafi insan2 yg lagi susah dr diri kita...

Anonymous said...

Bercakap dari pengalaman..bila tengok sahabat2 yang masih belum bekerja...rasa alhamdulillah..segala puji bagi Allah..Aku ada kerja..huhu..buku yang bagus dibaca dikala rasa lupa daratan..buku La Tahzan...hehe

Lisam on December 15, 2008 at 3:47 PM said...

pakcik lom dpt2 bace pun lg buku La Tahzan tu..ade sape2 nak sedeqah kt pakcik x??

Anonymous said...

huhu..pakcik nak ke? lepas khatam bolehlah hadiahkan kat pakcik...tak pun bila pakcik tunang ke kawen ke..hehe

Lisam on December 16, 2008 at 12:10 PM said...

naakkk...bende free, sape tanak...ekeke

tggu kawen, tatau la bile cik nur...kasik2 la, kasik laa....

Anonymous said...

uish pakcik ni...kena tunggu kawen lah baru kasi hadiah...hehe insyaallah nanti saya dah khatam bleh bagi pakcik...tapi pakcik kena bagi alamat bakal zaujah pakciklah atau pakcik sendiri spaya bleh saya pos..hehe

Lisam on December 17, 2008 at 6:07 PM said...

waaa..bestnye kwn ngn cik nur ni. nah amik almt pkcik, 33333.1/4, jln bubur, pluto darul marikh...ngehehehe

Anonymous said...

uish pakcik ni orang betol2 dia memain lak...kira pakcik taknak lah ni..huhu

Lisam on December 18, 2008 at 1:02 PM said...

butuk la almt pakcik tuu..
hehe..cik nur simpan bg kt bakal zauj cik nur jela ea.
nanti die jeles lak cik nur kasik kt pakcik....:D

Anonymous said...

Huhu pandai ek kenakan orang..alah cik nur beli lainlah nanti..huk..huk..lambat lagi..mungkin setahun..mungkin 10 tahun..

Lisam on December 20, 2008 at 1:27 AM said...

hehe..
xpe, jodoh prtemuan sumer kt tgn Allah. tugas kite brdoa & brusaha. 2je, selebihnye serah pd Allah utk tentukan. cepat ke lambat, redha je.

tp hrp2nye cepat la ek. dlm islam pun digalakkan kawen awal. jgn tergesa-gesa & jgn melengah2...huhuhu

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal