Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan dan kesempatan untuk hidup dimuka bumi Allah ini dengan aman dan sejahtera, dengan masih lagi punya nikmat iman & Islam dalam diri, insyaAllah tetap kukuh dan teguh mendiami hati kita ini.
Dalam entry kali ini, nak berkongsi sedikit pengisian yang aku sertai pada cuti hujung minggu kali ini. Alhamdulillah, berjaya juga aku mengisi masa lapang hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah selain aktiviti tidur dan mengadap laptop secara bergilir-gilir tanpa hala tuju yang bermanfaat. Kerja melambung, tapi biasa la bila hujung minggu ni, belakangkan semua kerja tu. Hujung minggu adalah waktu untuk berehat..haha
Kali ini, aku telah dipilih untuk menyertai satu program yang cukup menarik dan memberi seribu pengajaran kepada diriku. Bangun pagi, mandi dan bersiap terus menuju ke satu tempat yang tidak berapa jauh dari rumah sewaku. Tempat yang dituju, Rumah Aman, Seksyen 2, Shah Alam.
Rumah ini merupakan sebuah asrama yang menempatkan seramai lebih kurang 29 orang anak-anak yatim dari merata tempat di Malaysia. Kunjungan aku ke asrama ini adalah dibawah program anjuran kelab Netcom UiTM Shah Alam, yang merupakan kelab bagi kursus yang sedang aku duduki sekarang.
Aku pun tak pasti apa nama program ni, sebab aku pun menyertainya disaat-saat akhir malam sebelum program ni berlangsung. Tapi ia lebih kepada bermesra dengan anak-anak yatim yang berada disana disamping membuat sedikit kerja amal membersihkan sekitar asrama anak yatim berkenaan.
Seawal pagi sampai disana, kami dimaklumkan sedikit pengisian yang akan dijalankan di asrama berkenaan. Kami juga mendapat tahu, asrama ini hanya didiami oleh anak-anak yatim lelaki sahaja yang berumur dalam linkungan 4 tahun sehingga 12 tahun (agaknya...).
Program pertama, sesi ice breaking dimana setiap anak-anak kecil itu dikehendaki mencari seorang abang @ kakak dikalangan kami untuk dijadikan abang dan kakak mereka. Perkara yang pelik aku lihat, kesemua mereka hanya berebut-rebut untuk mendapatkan abang sahaja, dan tidak seorang pun pergi menyerbu kakak-kakak yang ada. Walhal kakak-kakak semua yang ada kesemua bukannya tidak cun pun, semuanya cun-cun belaka. Tapi mungkin kerana kehidupan mereka seharian yang berkisar dikalangan lelaki sahaja, mereka menjadi segan bila bertemu dengan kaum hawa.
Memang jelas dapat dilihat, mereka amat malu untuk menarik tangan kakak-kakak yang ada. Sebaliknya ada diantara kakak-kakak yang terpaksa menangkap mereka untuk dijadikan adik. Sehinggalah dipaksa pun, ada segelintir besar dari mereka tetap tidak mahu pergi kepada kakak-kakak tersebut. Sebaliknya tetap berkepit dengan abang-abang yang bilangannya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kaum hawa yang ada.
Untuk sesi ini, aku mendapat seorang adik yang cukup lincah dan hensem, mungkin comel lebih tepat..huhu.. Namanya Mohd Ikmal Rashid bin Yazid, atau nama panggilannya adalah Rashid. Rashid berumur 8 tahun berasal dari Teluk Intan, Perak. Bila ditanya dan berapa lama menetap di sini, dia pun tak tahu sejak bila dia dimasukkan ke asrama ni. Kuat bercakap dan selalu mengatakan aku ni pelik. Semua orang dikatanya pelik, kecuali dirinya saja yang tidak pelik. Jadi siapa yang pelik sebenarnya sekarang? Ternyata, adik itulah yang pelik sebenarnya..hehe
Selepas itu, adik-adik ini dikehendaki melukis muka abang dan kakak mereka. Melukis la si Rashid ni muka abang dia yang hensem nih..wakaka.. Asalnya ada ke patut, dia lukis aku ni sebagai seorang ninja. Setelah disogok dan dipaksa dengan lemah lembut, akhirnya berjaya juga aku menyuruhnya melukis muka aku mengikut keadaan yang sepatutnya. Akhirnya, jadilah seperti gambar kat bawah ni.
Baca elok-elok apa yang si Rashid ni tulis kat hujung ayat tu..wakaka
Tamat sesi pertama, seterusnya kami dibahagi-bahagikan semula kerana ada diantara adik-adik ini masih tidak mempunyai seorang abang @ kakak. Dapat la pula seorang adik lain. Namanya Zaidi. Juga seorang yang agak lincah, cuma sedikit pendiam daripada Rashid, terutama bila dalam permainan anak ayam dikejar musang. Penat juga dibuatnya bermain dengan budak-budak tu semua. Tapi best, dapat tengok keseronokan diorang bermain dengan kami abang-abang dan kakak.
Mengakhiri sesi pagi, adik-adik ini diuji kekreatifan mereka dengan bermain plastisin. Bermacam-macamlah rekaan yang mereka buat, sehingga aku sendiri pun terpegun walau tidaklah sehebat mana tapi cukuplah dengan tahap umur mereka. Si Rashid pun masih lagi mahu berkepit dengan aku, kerana dia mendapat seorang kakak pada sesi tersebut. Si Rashid, mengarut je banyak, apa yang dia buat tak jadi-jadi pun, mulut je banyak mengomen. Tapi, dia tetap best. Apa yang si Zaidi pula buat? Jom, tengok kat bawah ni.
* K U L E P A S P E R G I*
Pemberitahuan: Jari tu sebenarnya menunjukkan tanda peace! Harap maklum.
Selesai sesi sebelah pagi, petangnya kami semua ditayangkan dengan sebuah cerita animasi Madagascar Escape 2 Africa. Program kami berakhir setelah selesai melihat cerita berkenaan. Kemudian ada la sedikit sesi bersalaman dan bergambar.Inilah jejaka kacak dibawah jagaanku. Zaidi berbaju kuning & Rashid berbaju biru.
Puh, dan panjang rupanya entry ni. Ni belum masuk bab rumusan keseluruhan aktiviti lagi. Tapi takpe, rumusannya aku cuba karang untuk posting yang seterusnya. Sebab aku punya sesuatu yang ingin dikongsikan bersama korang semua dan ini adalah salah satu strategi bagi mengelakkan blog ini bersawang lagi. InsyaAllah, moga diberikan kelapangan masa. Tulis panjang-panjang sangat, nanti bosan pula orang nak membacanya. Tul tak? huhu..* K U L E P A S P E R G I*
10 contengan diterima:
salam
akhie....post yang menarik la
untung adik-adik tu dapat jadi adik pakcik yg macho sikit hahaha...
to puterinurzahra
tunggukan kesimpulan yang nak dibuat. banyak pengajaran & cerita disebaliknya yang pakcik dpt lihat & sempat intebiu adik2 ni..
to cinta cukulet
sikit pn jadi laa..wakaka
banyak2 nanti kombang pulak lobang idung pakcik nih 4 ari 4 malam..
melihat kehidupan dari sudut seorang kanak-kanak memangindah...
rindunye kat anak sedar...
pakcik pun suka budak2 ye...sesuai la dgn usia hehe...
usia naluri kebapaan..wakakaka
pakcik lisam dapat adek baru...
kem salam yek pakcik~
nyate..dua2 2 sgt ensem..xmirip lgsg abgnyer,keh3~
setuju dgn seeker...adik2 memanghensem..
mmg x mirip abang depa..
huahuah
haha..snap gambar badan je..mukanya tak nampak pun...adoiii..apa pun, best nya kalau dapat join program gini..huhu
hahaha..korang ni memang kejam
komplot kenekan pakcik..
nanti laa..dengan kuasa bulan akan menghukum kalian bertiga...hiyyaaahhhh.. ping2..bzzztttt
pi rumah aman tak cakap...
tuan rumah sendiri pun tak tau pun yang lisam pi umah...
hahhaa...
best kan pi umah aman...
hehehe
Post a Comment