Tuesday, May 19, 2009

Mencari Pasal Di Booth Iluvislam.com

Jeng3.. Cuba teka, apakah yang telah incik lisam buat semalam sehinggakan dirinya kepenatan lalu menyebabkan kemengantukan yang teramat sangat, lalu dirinya tersengguk-sengguk dikala berada didalam kelas *3P sepanjang hari tadi? Mujurlah nasibnya baik, walaupun berada dibarisan kedua dari depan, tapi instructornya tidaklah menegurnya dan memalukannya didepan kawan-kawan yang lain..ekeke

Semalam (17 Mei 2009), buat kedua kalinya diberikan peluang dan keizinan oleh Allah swt untuk aku sama-sama bersama dengan krew Iluvislam.com sempena dengan karnival kerjaya dan keusahawanan yang diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kalau dulu (semasa Book Fair di tempat sama), Iluvislam hanyalah menumpang di booth Nufair Street, itupun menumpang barang jualan saja, tidaklah mendapat keseluruhan booth itu untuk dikonker oleh kami puak-puak krew, tapi kali ini rezeki menyebelahi kami kerana dengan bantuan dan sponsor dari Al-Ansar Group, kami berjaya mendapatkan booth sendiri.

Pada awalnya, plan asal nak pergi pada hari kedua karnival, iaitu sehari sebelumnya. Tapi keadaan tak mengizinkan dimana tak sempat nak keluar dari Shah Alam pun, hujan turun mencurah-curah. Terus batalkan niat, patah balik ke rumah sewa. Baju pun dah basah, jadi tak ada gunanya juga aku nak pergi. Terus pasang niat, insyaAllah tengahari keesokkannya nak usaha juga sampai ke sana.

Alhamdulillah, walaupun dah bangun awal keesokkan harinya, tapi terpaksa juga gerak agak lewat, kerana masalah sendiri yang cipta. Merempitlah aku ditengah panas yang terik tengahari tersebut. Nak dijadikan cerita, motor ni memang aku dah tahu ada masalah dengan bahagian tayar belakang. Sedang syok-syok merempit, sampai satu selekoh motor jadi hilang kawalan, tayar belakang dah huyung-hayang. Cuba brek, tapi motor tetap jalan gak. Dah gelabah semacam, tapi cuba juga tenangkan diri, kawal handle motor sebaiknya supaya aku tak jatuh. Dalam kepala memang dah bermain bayangan akan tergolek cium jalan je hari tu, tapi alhamdulillah, motor aku hanya bergensel dengan penghadang jalan, menyebabkan kaki aku turut sama tergengsel, dan meninggal kesan pada seluar. Kaki aku pula, free free saja dapat beberapa sticker disebabkan genselan tersebut.

up_view
Pemandangan dari tingkat 2 sebahagian dari booth yang mengambil bahagian.. Skodeng time..hehe

Sampai kat PWTC, macam biasa akan daftar dan upload resume. Konon-kononnya nak mencari kerja la. Tapi niat kat hati memang tiada perancangan sangat pun nak cuba cari kerja kat sana, cuma sekadar pasang niat nak pergi melawat booth Iluvislam je, sambil-sambil jumpa dengan krew yang ada. Al-maklumlah, selama ni hanya dialam maya cuma, sekarang ni la nak tengok macam mana rupa mereka-mereka yang sama-sama bekerja disebalik iluvislam itu sendiri. Dengan harapan, ada la muka-muka baru yang tak pernah jumpa lagi masa gathering book fair dulu.

Masuk saja kat dewan tu, dah pening-pening. Dengan manusia yang macam semut hitam menghurung sisa-sisa aiskrim, booth yang memang tak cukup jari kaki dengan tangan nak kira, otak dah ligat berfikir macam mana nak cari booth iluvislam dalam keadaan yang macam ni. Tempatnya cukup luas, kalau nak round satu-satu booth, memang makan masa yang lama. Tapi tak apa, cuba dulu cari setakat yang termampu. Dah agak lama berlegar-legar macam pencacar takda arah, akhirnya telefon Imran, presiden iluvislam, nak tanya booth ada kat mana. Tapi tak berjawab. Alternatif lain, mesej salah seorang krew yang dah pergi sehari sebelumnya. Katanya booth ada kat tingkat 2, bukannya kat tempat yang aku duk cari tu. Patut la, sampai maghrib lusa pun tak akan jumpa kalau macam ni. Dah gelak sorang-sorang masa mesej dengan sahabat tu. Lepas tu imran telefon balik, cakap dia ada meeting kat luar. Maknanya tak dapat la nak jumpa dia lagi hari tu.

ehsan
Ehsan, memberikan penerangan kepada salah seorang pengunjung booth Iluvislam..

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai kat booth iluvislam lepas dah separuh tenaga duk mencari kat tingkat bawah. Sampai sana, tengok-tengok ada 2 muka yang memang aku dah pernah tengok sebelum ni, Masyitah dan Rosniza. Hah, budak 2 orang ni lagi, nak je aku pok pale dorang ni..haha.. Dan seorang lagi,Ehsan, PA presiden iluvislam. Termasuk aku, maknanya hanya 4 orang krew yang hadir pada hari tu. Sampai la ke petang, hanya kami berempat saja yang mencari pasal di booth berkenaan. Cuma dalam jam 4 petang baru la Ustaz Handphone (wewr) iluvislam sampai. Itu pun cuma sekejap sempat duduk berborak dengan beliau. Katanya nak pergi melawat kat booth lain pula.

masyitah
Masyitah, mendengar pertanyaan dari pengunjung yang berminat dengan Iluvislam. Tapi jelas kelihatan, Masyitah kebingunan dan ke'blur'an, memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan. Hanya mampu melihat dan merenung mata jejaka didepannya. Berkenan agaknya..

Kerja bila kat booth tu, macam biasalah akan mempromot iluvislam kepada sesiapa saja yang lalu didepan booth kami dengan mengedarkan brochure iluvislam dengan senyuman kambing tahap ke-3, disamping memberikan penerangan jika mereka ada bertanya apa-apa soalan. Aku ni bukannya jenis pandai sangat nak memberi penerangan, lebih-lebih lagi bila bertanyakan berkenaan al-Ansar Group. Memang penerangan yang ntah papa jela aku berikan. Tapi dorang semua angguk jela, bukan dorang tahu pun aku tak tahu macam diorang..muahaha..

Biasanya aku akan pass kat mana-mana anak dara 2 orang yang ada tu. Kebetulan Rosniza memang ambil kos perniagaan, jadi bab promot mempromot ni serah jela kat dia. Kompem terpegun punya orang mendengarnya, dengan semangat yang membaranya, nasib la yang kena tahan telinga diorang berdua tu bagi penerangan. Aku? Part penerangan pasal iluvislam boleh la kau berikan. Apa itu iluvislam, macam mana nak daftar dan bagaimana nak mula berforum tu boleh la aku tunjuk sikit-sikit kat diorang.

rosniza
Seorang pengunjung berpangkat makcik begitu ghairah dan berminat mendengar penerangan dari Rosniza berkenaan laman forum Iluvislam, dan Rosniza cuba mencucuk jarum agar makcik itu mendaftar sebagai ahli supaya dapat membaca artikel keluaran beliau..

Dan sempat juga aku menjawab persoalan dari seorang pakcik yang lagak seperti seorang ustaz yang mempersoalkan berkenaan ayat yang digunakan pada brochure iluvislam, iaitu "Do You Love Islam?". Kerana dia bimbang ada yang mempermainkan persoalan yang ditulis di brochure itu sehinggakan boleh menyebabkan jatuh fasik. Aku sempat juga menjawab balik persoalan dia tu beberapa kerat, tapi memandangkan lagaknya bagai seorang ustaz dan aku cuma ustaz celup yang tidak diiktiraf pun, aku hanya senyum dan mengangguk saja yang dikatanya.

brochure
Antara brochure Iluvislam yang diberikan percuma, namun masih ada yang tidak sudi mengambilnya..sob3x..

Apa yang membuatkan aku rasa terpegun dan bangga la juga, apabila ada antara yang datang dan memberikan reaksi yang mereka memang kenal iluvislam tu apa. Ada tu, sampai terkejut bila nampak booth iluvislam, tak sangka agaknya dapat jumpa iluvislam secara live kat depan mata diorang. Yang aku nak highlightkan disini sebenarnya, iluvislam telah berjaya memperkenalkan produknya di masyarakat luar sana. Perkataan iluvislam itu sendiri semacam sudah tidak asing, gah seperti nama-nama besar lain. Bila nampak logo iluvislam saja, orang dah tak kekok melihat dan mendengarnya. Kerana rata-rata yang datang pun menyatakan mereka pernah mendengar dan melihat iluvislam sebelum ni. Alhamdulillah, mr presiden berjaya dalam visi dan misinya untuk memperkenalkan iluvislam kepada masyarakat umum, khususnya di Malaysia dan dunia amnya.

Dalam jam 6 petang, bertolak ke Bangi kerana ada urusan di rumah kakak. Cadangnya nak pulang malam nanti ke Shah Alam, kerana keesokkannya aku ade kelas 3P, tapi terpaksa menumpang tidur disana kerana hujan yang tidak henti-henti sehinggalah ke lewat malam. Ditambah dengan penat dan mengantuk, akhirnya ambil keputusan untuk balik lepas subuh pagi esoknya saja. Dan disebabkan itulah, harini badan terasa amatlah penat dan mata memang tak dapat nak dibendung lagi dari terus terhangguk-hangguk didalam kelas.

together
Antara krew yang menyemak di booth Iluvislam pada hari berkenaan. Kelihatan unknown user disana, tidak dapat dikenal pasti kenapa dan bagaimana ia boleh mencelah di dalam gambar ini.. Mencari prublisiti murahan agaknya.. Dasar tak laku~

Secara keseluruhan, alhamdulillah seronok berada dan bekerja untuk iluvislam. Ukhuwah yang terbina dikalangan kami aku dapat rasakan amat kuat, walaupun selama ini hanya berurusan di forum, tidak pernah bersua muka kecuali tulisan dan avatar sahaja, tapi ternyata keakraban itu tetap dapat dirasai juga bila dialam realiti. Tidak rugi dan tidak terasa penat lelah bekerja bila hati ikhlas tertaut kerana Allah swt. InsyaAllah, semoga kami terus kuat dan tetap dalam perjuangan kami untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

* 3P - Program Pentauliahan Professional

* T E T A P D I S I S I *

19 contengan diterima:

AsNiza on May 19, 2009 at 7:59 AM said...

tahniah pakcik kerana ada di sana...Alhamdulillah..dua uda dan dua dara..keduanya berpenampilan yg membanggakan iluvislam..pakaian sopan dan beradab pulak tuh..^_^

proud dgn korang..
rosniza
masyitah
ehsan
lisam

harap2 krew lain dpt mencontohi..hehehe(termasuk akak, ekeke)

Fah@Umi on May 19, 2009 at 9:33 AM said...

bestnye..xdapat pergi..jauh sgt...:(

humbleServant on May 19, 2009 at 11:27 AM said...

hehe..pas ni sapa2 yg tak penah tgk pok cik dah boleh usha gambo pok cik kat atas tuh....

actually, who is the one responsible dalm mewujudkan iluvislam ni
hebat btowl org tuh

eMan on May 19, 2009 at 12:14 PM said...

"Antara krew yang menyemak di booth Iluvislam pada hari berkenaan. Kelihatan unknown user disana, tidak dapat dikenal pasti kenapa dan bagaimana ia boleh mencelah di dalam gambar ini.. Mencari prublisiti murahan agaknya.. Dasar tak laku~"

cik lysam, siapa unknown user tu, that girl in black ke ?

siannye dy..

Wal on May 19, 2009 at 12:25 PM said...

pernyataan itu dirujuk kepada saudara lisam sendiri la, hrp mklum

Jolynn on May 19, 2009 at 12:30 PM said...

Assalamu'alaikum. Bestnye anda semua. Adah pulak ada di Pahang ketika itu sebab gi Kem Nadwah.

Semoga iLuvislam terus maju dan maju~

Walaupun banyak website Islamik di luar tapi iLuvislam tetap paling best sebab sangat2 user-friendly. Mod-modnya pun friendly. Haha.

~ aman shah ~ on May 19, 2009 at 1:29 PM said...

Salam...
kenapa laa aku tak dapat nak join lisam ni pi pwtc arrr...
perancangan memang tiptop dah...
dari kedah sanggup balik KL mlm tu...
sanggup kurangkan cuti kat kampung untuk pergi pwtc ngan pakngah lisam ni...
yang dari Kedah ke KL dah lepas, tp dari subang ke PWTC plak tak lepas.
waaa...sedey sgt2...

sori lisam...
ada masalah peribadi...
terlalu kempunan hendak pergi,
tetapi Allah merancangkan sesuatu yang lain untuk aman...

eMan on May 19, 2009 at 2:03 PM said...

i see.. gomennaa mr lysam..

Anonymous said...

la...bestnyer..thniah la brOlisam cOz jOin..
sy nie xdpt jOin pn...sOb2..ntah bile la de pluang untk bsma2 krew ILI di alam nyata.
Moga ILI trus maju!!!chaiyOk3

Lisam on May 19, 2009 at 10:04 PM said...

to asniza
awak name ambo duk bwh skali..hehe
akak pn ape kurangnye, lbh2 time p karangkraf ritu..

to yuna
yuna kene pindah keje kat kl la pasni..
hehari leh mai...:D

to humbleservant
owh..tak tahu lagi ke sape pengasas ili?
haa.. kelik sini
to eunsun
kesian kt sedari bertudung itam..
xpasal2 kene kat dia..hehe

to wal
betul ke tak?..
betul ke tak?..
ah...ye kot...hoho

to adawiyah
bukankah modnya sengal2 belaka?
kui3~

to aman
takpe aman..
nak buat cmne, perancangan Allah tu lebih cantik...
insyaAllah, lain kali kita jumpa lagi....^^,

to rerama
dah cik rerama asyik terbang je..
sesekali hinggap la di booth ili..
hik3x...

humbleServant on May 19, 2009 at 11:47 PM said...

owh abang im......
ingatkan dier big boss jer
ta sangka pun dier pengasasnyer juga

hebat towl

hebat3....sangat hebat.. terlalu hebat...

1jj4 1912 on May 20, 2009 at 4:51 AM said...

walaneyy..bestny kalo dapat join sekaki, sejiwa dan sehati lam promote Ili kat situ..tu ar faktor geografi menyukarkan gerak..
apapun..best baca entri kali ni..

Lisam on May 20, 2009 at 10:58 PM said...

to humbleservant
yup..
dia lah pengasas bersama beberapa sahabat2nya...^^,

to 1jj4
xpe..insyaALlah lain masa ada lgi..
moge dizinkan Allah tuk sama2 bersama kami....:D

iNtAnCtZ on May 22, 2009 at 3:39 PM said...

hohoh~
akhirnye pakcik menyahut seruan beta..tapi beta lagi best g 2 hari,tapi ahad tak pegi.Memang nasib pakcik baik sebab xkene pancaran light saber dari beta..dah tak main sekeh2 lagi daa~

Lisam on May 25, 2009 at 10:57 PM said...

haa..seekerz saje ngelat ye tamau terserempak ngan pakcik..
tak aci nih...

Anonymous said...

oo..pak cik pon amik 3p gak eh..
amik ape?asp.net ke?ehe..

Lisam on May 29, 2009 at 2:00 AM said...

pakcik amik sijil mengahwinkan orang..ngeee

amik ccna. sebab cepat abes..
yang lain, sumernye lame.. penat g kelas hari2..

Anonymous said...

huhu..xpe la amik yg mne2 pon
mg p.cik suksess...ehe

iNtAnCtZ on June 1, 2009 at 9:23 AM said...

bukan lari tamau jumpe pakcik,tapi risau je dengan keselamatan orang ramai kat pwtc tu..mau berlaku pertumpahan darah kot kalu Jedi Lisam vs. Obi Wan Seekers~

kan susah,xdpt nk g kursus amik sijil kadi..har3~

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal