Tuesday, May 5, 2009

Tamat Sudah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat juga aku hadir ke majlis yang cukup indah, cukup ceria ini demi memenuhi undangan yang telah aku terima beberapa minit yang lepas, iaitu majlis membebel dan mengarut diblog yang kembali menghitamkan dirinya dengan bantuan dan paksaan tua punya blog..ngehehe

Intro yang tidak boleh belah..haha.. Bajet dapat undangan nak bagi ceramah ke? Tak layak. Diri sendiri pun tidak terceramah lagi, ada hati nak bagi ceramah kat orang lain. Anak kucing pun belum tentu lagi nak dengan cerah dan mas aku ni.

Sebenarnya, hari ni saja je nak menunjuk-nunjuk sikit. Al-maklumlah, dah habis final exam. Masa ni la rasa nak merilekkan diri sendiri disamping mengganggu dan menunjuk eksyen kepada kawan-kawan yang belum habis lagi..haha.. Padan muka korang. Aku dah merdeka, dah bebas dari belenggu buku, nota dan slide notes yang berjela-jela panjangnya. Menyakitkan mata dan menjadi ubat paling mujarab untuk cepat mengantuk. Paling seronok, hari ini merupakan kertas terakhir bagi ijazah yang aku ambil ni. Amacam, seronok bunyinya kan? Jangan jeles..kehkehkeh..

Amboi, gelak sakan nampak. Paper tadi boleh jawab ke tidak? Kompem lulus ke? Erk.. Tersentak kejap. Apa yang boleh aku katakan berkenaan paper petang tadi hanyalah, itu merupakan kertas peperiksaan yang paling teruk aku pernah jawab selama bergelar pelajar. Tidak termasuk masa sekolah rendah mahupun menengah kerana pada masa tu aku baru belajar apa itu A B C dan 1 2 3. Jadi, sekarang ni memang tak tahu la. Lulus ke tidak, tak pasti. Yang aku mampu lakukan hanyalah tawakal pada Allah. Mitak-mitak Allah lembutkan hati examiner bila menanda kertas jawapan aku. Soalan yang keluar memang tak pernah dijangka langsung. 30 bab menghafal, 70 bab mengira. Memang tak patut, sebab subjek tu core dia bukan mengira, tapi banyak menghafal. Entah, semua tak sangka, semua mengeluh.

Dah, malas nak cerita pasal paper tadi. Let it be what it wanna be..heh

Hari ni rupa bentuk belog ni bertukar lagi. Nampaknya kembali menjadi belog hicin (hitam+cinta)..hehe.. Mungkin aku dah dilahirkan untuk mempunyai belog yang berwarna hitam kot, bila tengok putih je, aku rasa tak berkenan, kurang menarik, kurang tertarik dan kurang sekurang-kurangnya, susah aku nak setting bagi ceria. Aku sendiri pun kalau vote pada poll yang lepas tu, memang aku akan vote tak cantik. Jadi, kepada yang vote tak cantik tu, terima kasih banyak-banyak kerana anda telah membuat pilihan dan nilaian yang baik..ekeke

Kat bawah ni keputusan untuk poll yang lepas. Walaupun sepatutnya poll tu tamat esok, tapi aku malas nak tunggu lama. Sakit mata tengok blog sendiri.

poll_1

Tak sangka, ramai la pula kata cantik. Ikhlas kata cantik ataupun saja-saja nak ambil hati aku kata cantik tu aku tak tahu la. Tapi apa-apa pun, aku hormati keputusan korang dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasih bagi sesiapa yang sudi mengundi, bagi yang tak mengundi jangan kecewa jangan hantuk kepala, kerana yang pasti tiada hadiah yang aku nak bagi kepada sesiapa yang mengundi.

Untuk template ni, aku malas dah nak buat benda alah nama poll tu. Sebab aku yakin, pasti semuanya akan mengundi kata cantik..haha.. Kompiden pelik je. Tak kesah la, yang penting tuan punya blog dah puas hati. Puas hati lebih dari template hitam yang dulu. InsyaAllah, akan cuba menceriakan lagi suasana blog ni dengan bermacam-macam benda alah lain. Bak kata yuna, dia bagi cadangan mitak letak bunga biar bagi ceria lagi. Tapi cadangan terpaksa ditolak kerana tidak mahu disalah sangka sebagai perempuan lagi. Dah malas nak layan lelaki-lelaki yang cuba mengorat aku dulu. Kalau perempuan tu boleh kensider lagi..haha..

Dah, nak sambung mengorek idea nak buat poster untuk FYP presentation pula ni. Esok dah kena submit. Dari tadi, baru siap background dan tajuk je. Bosan-bosan dah takda idea, tu yang tetiba idea lain datang, lain yang diminta, lain yang dapat. Macam hidup kita ni la, kadang-kadang bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat sebijik macam apa yang kita minta, kerana pada hakikatnya Allah lebih mengetahu apa yang tebaik untuk setiap hamba-hamba-Nya. Tapi mengarut di blog ni baik ke? Mungkin.. Ha, dah dapat idea untuk poster..ekeke.. Adios~

* I N G I N B E R S A M A *

10 contengan diterima:

humbleServant on May 5, 2009 at 8:15 AM said...

haha..
singgah jap...pagi2 buta takder mende nak wat...

sumpah..yang ni cantik...
seyesly... ok.selamat memerdekakan diri... dah abes,dah bleh pikir nak nikah ni...hek3

AsNiza on May 5, 2009 at 10:39 AM said...

tukar template lambang berakhirnya exam, hak3..

semoga examiner lembut hati dan luluskan pakcik dan kawan2, amin..

Unknown on May 5, 2009 at 11:23 AM said...

haha..yang ni barulah lawa template, nampak berseri je..

aishh, dah habis exam tu, bila lagik nak kahwin nya?...haha

ciknurul on May 5, 2009 at 1:40 PM said...

salam...

a;a..tol 2 shauqatul asrar...dh bes amik ijazah...
sijil kawen dah de ke? kalau dah de...cepat2 la wat poster kawen pakcik pulak ye...

klu nk design kad 2..blh tempah kt saya..bunga telur pun ada

~Cinta Cukulet~ on May 5, 2009 at 1:42 PM said...

cuba try layout kaler pink pulak..hehehehe

nessa syahirah on May 5, 2009 at 3:45 PM said...

cantik2, baru boleh follow..hehe

tak aci dah habis exam.

relax said...

yesss....saya mengundi gak..so bukan dlm kategori antuk2 pala.

Lisam on May 6, 2009 at 12:47 AM said...

to humbleServantmencari-cari dulu..lepas tu baru leh kawen..haha

to asnizasempena takle jawab pekse la akak..haha
tensen2x...

to puteriha, ni sorang lagi..
haish, xabes2 ngn kawen..
ajak die kawen tanak..haha

to ciknurulkawen pn kene wat poster ke?
haha...tamau la den buat poster tuh...

to cukulettak seswai la..
nanti amai plak mamat2 yang datang ngurat pakcik..kui3

to nessalalala...nessa jangan jeles...
windunye nak bace cerpen nessa lagi...

to relaxtahniah..
kerana tiada hadiah untuk anda..
hahaha...

Jolynn on May 6, 2009 at 3:17 AM said...

InsyaAllah, moga akhi lulus dengan result gempak! =D

Dan bila mau kahwin? Boleh buat gathering iLuvislam jugak. Hehehe~

Lisam on May 6, 2009 at 11:22 AM said...

to adawiyah
amin..insyaAllah

kawen? ha, jom la..enitime..hak3

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal