Sunday, May 3, 2009

My Last Paper

Esok merupakan kertas terakhir untuk aku duduki selama mana zaman belajar yang aku telah lalui ini. Jika dihitung ditambah bahagi serta ditolak, tempoh belajar aku telah pun mencapai ke tahun yang ke 16. Tadika (3 hari je kot, lepas tu nangis-nangis tak nak pergi dah..haha), sekolah rendah (6 tahun.. nasib baik tak ada darjah tujuh kan.. bunyi pun dah pelik..ngeee), sekolah menengah (paling best, kenangan sampai bila-bila tak akan lupa punya), diploma (3 tahun.. zaman mengenal apa itu erti dunia) dan sekarang ijazah (place where I've found myself and why I've sent here by Allah to this world to be His khalifah). 

Ha, lebih separuh dari masa hidup didunia ini dihabiskan dengan belajar. Belajar ni bermaksud belajar di dalam kelas, bilik kuliah dan pengajaran secara formal, bukannya proses belajar yang tidak formal sehari-hari, belajar naik bas, belajar makan nasi ataupun belajar mengorat anak dara orang, sebab tuntutan belajar itu sendiri tidak akan habis selama mana roh bersama jasad. Sampai ke liang lahad pun nanti akan diajar juga ilmu untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya malaikat. Soalan bocor, tapi kita wallahua'lam belum tentu dapat jawab lagi.

Esok juga hari untuk menghantar tesis projek tahun akhir yang telah berjaya aku siapkan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa bersengkang mata selama beberapa hari sehingga ke subuh, pernah tidak tidur selama lebih 24 jam, makan pun boleh lupa, mujur ada insan yang kadang-kadang sudi ingatkan, tapi hasil yang dapat aku lihat sekarang cukup membanggakan. Tebal, padat dan telah banyak menghabiskan wang ringgit ku. Double A A4 paper dah berapa ring aku beli, toner printer pun dah habis, terpaksa beli lain. Refill sudah la kan, nak beli baru dewa punya mahal. Apa la diorang ni kan, punya la mahal jual benda ni. Kalau buat kebajikan sikit bagi free kat student macam aku ni kan bagus, boleh juga buat amal jariah, bekal kat dalam kubur nanti. Tapi masalahnya diorang tu kaaafir, macam mana nak dijadikan bekal. Eh, betul juga kan..hehe

Ha, benda alah bernama 'poll' tu masih berjalan. Tak sangka, ada juga makhluk yang kata template ni cantik ye. Aku bajet, semua akan kutuk je. Jadi, makin semangat la aku nak tukar lain nanti. Tapi takpa, persepsi & pandangan masing-masing pada kecantikan itu berbeza, sebab itulah ada juga yang mengeji kata tak cantik. Aku tak kesah, sebab selagi mana kita bernama manusia, kita tidak akan mampu memenuhi kehendak dan nafsu semua orang. Sedangkan kesempurnaan yang nabi saw bawa pun masih ada yang tidak boleh menerimanya, ini kan pula diri kita yang penuh dengan kedhaifan, dosa, noda dan nakhoda.

Terima kasih daun keladi pada yang mengundi, esok lusa jangan lupa datang lagi. Tapi peringatan sedikit buat pengunjung juga merangkap penceroboh, nilailah satu-satu perkara itu pada isi & manfaat yang dibawanya, bukan pada paras rupa dan kecantikan yang ditonjolkannya. Tapi tidak bermakna kecantikan boleh dikesampingkan, ini kerana nafsu manusia tidak dapat tidak, benda pertama sekali yang akan menarik mereka adalah kecantikan. Pelik kan manusia ini. Memang pelik..

* M O H O N A M P U N A N *

7 contengan diterima:

humbleServant on May 3, 2009 at 5:29 PM said...

so pak cik mintak nak jadi aper pas ni..
maksud saya kalu medic jadi Doctor,
n kalu pak cik??

pak cik kire bertuah dan bersyukur dah selesai..
saya plak masih tercari2..

dapat kos asasi sains hayat kat UIAM tp 2 bukan kos ke arah medic.. kat UIAM kos tu dapat ijazah biomedic..

nak tak nak kenelah g matrix kalu btol2 nak jadi surgeon....
doakan sayer....
tapi still takut kalu kat matrix takleh survive

Lisam on May 3, 2009 at 6:01 PM said...

kalau pakcik plak jadi doktor gak..
doktor komputer, mouse serta cooler pad..ngehehe

kalau kat matrix pun dah takut takleh servive, bila amik medic nanti lg la akan menakutkan, silap2 ari bulan KO tengah jalan..alamaknya kena langgar kat kete la kalo pengsan tengah jalan...kan2?
jadi dinasihatkan kalao nak KO pun, KO lah ditepi jalan ye..:D

Unknown on May 3, 2009 at 6:05 PM said...

aishh..mengorat anak dara orang pun nak belajar...belajar la mengorat bakal mertua..haha..

apa pun, gud luck ek untuk last paper tu

~Cinta Cukulet~ on May 3, 2009 at 9:30 PM said...

huhu semoga berjaya pakcik :D

AsNiza on May 4, 2009 at 10:53 AM said...

tahniah dan semoga berjaya dunia dan akhirat..

all the best~!!

Fah on May 4, 2009 at 9:46 PM said...

lawa2..tp yg dlu mcm lebih luas..hehe..tp yg skrg pun ok...tahniah yer pakcik sbb dah nk abis ngaji..hehe

Lisam on May 4, 2009 at 10:14 PM said...

to puterimusti laa..
ilmu penting tu sebelum mendapatkan aweks..ngehehe

to cukuletdah berjaya pun..
hahaha..pasan je..
result pn lom kuar..

to asnizainsyaAllah...
akak..tolong la rekemenkan keje..
tukang sapu pun jadi la...:D

to yunasebab yang dulu widget duk kiri kanan, dia nampak luas..tp kalau kira, yang ni lagi luas..
pape pun, thanks yuna...
esok2 pakcik banje..makan angin kt kg sendiri..hehehe..:D

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal