Sedang asyik menziarah blog kawan-kawan, satu sms tiba-tiba masuk. Tanggapanku mungkin mesej peringatan dari kawan-kawan, aku biarkan seketika dalam meneruskan bacaanku diblog kawan. Tidak lama selepas itu, aku capai telefon dan membuka mesej yang sampai.
"Kenal lagi tak kawan kita Naim? Aku baru boleh berita Naim dah meninggal. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah. Moga roh dicucuri rahmat..amin."
Terkedu seketika. Ini dah berita ketiga yang aku terima berkaitan kematian kawan terdekat dan kawan yang pernah sama-sama belajar sekelas dahulu. Yang pertama, kawan perempuan masa sekolah rendah. Meninggal kalau tak silap, masa umur 14 tahun, tingkatan 2. Yang kedua, kawan satu dorm masa tinggal kat asrama sekolah dulu. Meninggal ketika dalam tingkatan 4. Sewaktu aku tanya ustaz merangkap warden asrama dulu, dia hanya cakap biasalah, orang baik ni Allah ambil nyawa dia awal, nanti tak banyak dosa yang dia buat. Ya, aku akui benda ni. Sebab arwah memang seorang yang baik dan cukup menjaga amal ibadatnya. Seringkali menjadi iman menggantikan diriku yang kadang-kadang suka mengelakkan diri.
Tapi yang ketiga ni, aku sedikit terkilan dengan cara kematiannya. SMS pertama yang aku terima, hanya memberitakan berkenaan kematiannya tanpa disertakan sebab dan musababnya. Aku hanya diamkan saja la, tak mahu pula aku sibuk-sibuk bertanya kawan aku tu. Kalau dah mati tu, mati la kan. Sebabnya tiada lain dah, kerana ajalnya dah sampai, Allah dah tetapkan hari ini beliau akan meninggal dunia, maka mati lah hamba Allah ini kan. Betul tak?
Selepas isya' tadi, mak pula telefon. Pertanyaan pertama biasalah, balik bila, balik ke tak malam ni, sebab kebetulan kakak aku balik Terengganu malam ni. Biasanya memang aku ikut sama, al-maklumlah free of charge, makan pun ditanggung, duit masuk tandas je kena bayar sendiri, itupun kalau ada tanda yang berbayar kerana R&R sepanjang LPT semuanya tandas free.
Mak kalau telefon je anaknya ni, mesti ada punya cerita yang nak dikongsi, hot story, cool story, sedan-sedan story, semua ada. Dan berita yang mak aku bawakan, memang pasal arwah tadi juga. Kata mak, mengikut sumber yang mak dapat, arwah meninggal kerana membunuh diri dengan menggantung diri didalam biliknya menggunakan kabel elektrik. Astaghfirullah, memang aku tak tahu nak cakap apa la masa tu.
Apa yang ada dalam kepala aku tadi hanyalah, balasan Allah pada orang-orang yang membunuh diri. Azab Allah seolah-olah bermain didepan mata ku. Sedih mengingatkan seorang sahabat, seorang muslim, mati dengan sia-sia. 23 tahun menetap dibumi Allah ini, tiada apa-apa erti baginya, malahan satu bekal pun tidak dapat dibawanya untuk berjumpa Allah kelak. Matinya mati katak, mati yang tiada nilai dan mati yang tiada erti bagi Allah swt.
Istighfar panjang aku mengenangkan kejadian ini. Jika diri dirundung masalah, tekanan hidup dan perasaan sekalipun, bunuh diri mungkin boleh dianggap satu jalan yang terbaik untuk menghilangkan tekanan tersebut. Tapi itu cuma jika dipandang pada sudut nafsu dan duniawi semata-mata tanpa memikirkan soal akhirat dan hari pembalasan kelak. Jadi, jika dikaji dan dilihat secara mendalam, bunuh diri bukanlah suatu jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari tekanan hidup, malahan dengan bunuh dirilah merupakan titik permulaan kepada masalah hidup yang lebih besar tidak akan berkesudahan, sampai bila-bila. Matinya tidak ubah seperti matinya seorang kafir yang tidak pernah kenal apa itu Islam dan apa itu Allah. MasyaAllah..
Sesekali berita sebegini menjengah telinga, terasa insaf menyelubungi diri. Ternyatalah, hidup kita ini cumalah persinggahan sementara cuma. Tiada yang kekal dan tiada yang abadi didunia ini, semuanya pasti akan meneruskan perjalanan yang amat jauh menuju satu destinasi yang pasti antara dua. Samada syurga, mahupun neraka. Itulah destinasi terakhir kita. Dunia ini tidak ubah seperti sebuah persinggahan tempat melepas lelah, seketika cuma. Saat kita lahir, diazankan ketelinga, dan saat kita mati, mayat kita disolatkan. Singkat sungguh usia kehidupan kita ini. Cuma diantara waktu azan dan solat. Terlalu singkat. Amat singkat.
Ya Allah, mana mungkin waktu yang sesingkat ini boleh menjadi waktu untuk aku mengumpul bekalan menuju akhirat-Mu kelak ya Allah. Terlalu banyak masa yang kami bazirkan kearah jalan yang tidak Engkai redhai ya Allah. Ampunkan khilaf kami ya Allah, kami selalu lalai dan kami selalu saja melupakan-Mu ya Allah. Kuatkanlah iman dan pegangan kami kepada ajaran-Mu ya Allah, moga mati kami kelak, mati dalam keadaan yang Engkai redhai. Amin...
* P E R G I J U A *
9 contengan diterima:
hurmm...mati bunuh dr kesianyer....dr kecik mak tatang sedikit calar pun tak bg kena kat anak..bila ada masalah anak bunuh dr...kesian mak ayah dia. hampa dan luluh hati ibu n ayah dia.. paling sedih allah tak terima kita.. masyallah.
bunuh diri?
Allah hai... minta dijauhkan dari kita.. apa relation pak cik ngan Naim tuh? sama2lah kita sedekahkan al-fatihah pd arwah..
Astaghfirullah..
tersalah jalan sahabat kita tu, atau mungkin kita tak terlalu mendalami apa sebenarnya berlaku, sama-samalah bimbing dan bawa kembali sahabat yang dah mula tersasar , bimbang jadi benda yang sama.
hurm..sampai begitu sekali ye..sama-samalah kita ambik pengajaran..jgn sampai tersilap arah
nauzubillah..semoga Allah Jauhkan diri kita..
Kadang-kadanng manusia bila dikuasai oelh syaitan mmg susah nak perbetulkan semula, sekuat mana iman sekalipun kalau tidak dijaga dan di asuh, pasti terjerumus juga mengikut suara syaitan...
innalillah.....
semoga kita dijauhkan dari malapetaka seperti ini...
to relax(k.long)
mak bapak syg benar kat anak2, tapi anak belum tentu dapat syg kt mak bapak same cam mak bapak syg kt depa..
to humbleServant
kawan sekelas dari form 1 sampai form 3..
form 4 & 5 duk kelas lain2 dah..
to nessa
apa yang berlaku pun, bunuh diri bukanlah jalan singkat tuk menyelesaikan mslh yg tmbul tu..
to cukulet
manusia bila iman dah terlalu nipis, mungkin juga dah hilang terus dari dalam dirinya...
to annur
syaitan dan nafsu, sampai bila2 depa tak akan berputus asa nak menyesatkan anak2 adam..
jadi, kita sbg insan yang ada kefahaman agama, masih ada sekelumit iman dalam diri, perlulah mengawal kedua syaitan dan nafsu ini agar ia tidak naik lebih tinggi dari iman yang ada dalam diri..
amin...
moga dapat amik pengajaran dari cerita kawan saya ni..
Hmmmm.. Moga Iman terpelihara..
setiap ujian itu adalah Tarbiyah Dari Allah..
Post a Comment