Friday, May 29, 2009

Memilih Dan Terpilih

"Saya rasa Allah dah pilih awak untuk menjadi pasangan hidup saya. Saya dah buat istikharah, saya dah minta petunjuk dari Allah. Alhamdulillah, pada awalnya saya rasakan ianya cuma mainan nafsu jahat semata, tapi kini saya seolah mendapat keyakinan dari Allah. Ya, saya yakin, cukup yakin yang awaklah insan yang sudah ditetapkan untuk menjadi pasangan hidup saya, tulang belakang saya, dan imam bagi solat dan kehidupan saya kelak."

Gedebuk!! Seorang jejaka terjatuh dari kerusinya. Air liur meleleh-leleh disertai buih putih membasahi sehingga ke kolar bajunya. Matanya berpinar-pinar membayangkan bait ayat yang bacanya sebentar tadi. Terkejut? Tersentak? Aku pun sama, terkejut dan turut sama-sama merasai kesentakkannya.

Bayangkan, jika suatu hari nanti, secara tiba-tiba seorang insan yang kita sendiri tidak kenali, tidak terlintas sekalipun didalam fikiran kita untuk bertemu dan mengenali insan tersebut, tetapi satu hari ia datang dengan membawa bersama satu imej dan peribadi yang cukup indah, cukup menawan dan cukup sempurna dimata kita. Jika dikira, dihitung dan ditolak bahagi, peribadi dan penampilan yang dibawanya memenuhi secara keseluruhan kriteria dan ciri yang selama ini kita idam-idamkan untuk menjadi teman hidup yang halal lagi sah bagi kita. Cair bukan?

Ya, dalam hidup ini, tanyalah pada siapa sekalipun, aku percaya semuanya inginkan dan berangankan untuk mendapat seorang pasangan hidup yang baik dan beriman. Lebih-lebih lagi jika diri kita sendiri pun boleh la dianggap dalam kategori orang yang sedar pasal agama, lagi la akan mendambakan seorang insan dikalangan baik-baik dalam semua kategori, terutamanya dalam bab pegangan agama dan penampilan diri, yakni cara berpakaian dan pergaulan seharian. Semuanya kita mahukan yang baik-baik, dan tiada pun yang inginkan pasangannya lebih teruk dari dirinya sendiri.

Tapi kadang-kadang kita selalu tidak mendapatkan seperti yang kita angankan. Standard yang kita letakkan cukup tinggi, semuanya dimahukan sempurna, kerana dengan sikap perasan kita yang merasakan diri sudah teralu bagus, maka berhak mendapatkan yang paling bagus, tetapi Allah memberikan kita insan yang sedikit rendah dari standard yang telah kita tetapkan. Jadi bagaimana penerimaan kita dengan pemberian dan ketetapan Allah itu? Bagi yang betul-betul beriman, insyaAllah redha melebihi dari segala-galanya. Bagi yang berimannya hanya pada luaran semata, bagaimana pula? Penyesalan dan penyalahan takdir bakal dia lakukan. Pasangan direndah-rendahkan, dan dirinya dianggap terlalu suci dan tidak layak untuk didekati pasangannya.
cinta
Bagaimana pula dengan kes sebaliknya?

Memandangkan dirinya yang punya banyak kelemahan, kekurangan dan keburukan, memaksa dirinya untuk meletakkan standard yang sama ataupun mungkin lebih sedikit cuma dari dirinya. Sekadar berserah bulat-bulat pada ketentuan Allah untuk menentukan pasangan hidupnya. Tapi ditakdirkan Allah, dia mendapat pasangan yang jauh sangat lebih baik dan beriman dari dirinya sendiri. Mungkin bagi seorang wanita, ini merupakan rahmat dan anugerah yang cukup berharga buat dirinya, kerana wanita sendiri itu telah pun dianugerahkan dengan sifat suka dipimpin berbanding memimpin. Lalu diterima pinangan dan majlis dilangsungkan dengan gembiranya.

Tapi jika hal sama terjadi kepada seorang lelaki, aku tidak merasakan ianya satu perkara yang boleh mengembirakan dirinya, mungkin bukan semuanya. Kerana sikap seorang lelaki itu cukup jauh dalam penilaian dan pandangannya. Risiko dan kesan didahului dari segalanya berbanding kenikmatan dan keseronokkan yang bakal diperolehi. Memikirkan soal tanggungjawab sebagai seorang iman untuk memimpin zaujahnya, agak sukar untuk dirinya menerima seorang wanita yang mempunyai tahap keimanan yang terlalu tinggi berbanding dirinya. Ia seolah meletakkan diri sendiri diatas satu tempat yang begitu rendah dihadapan zaujahnya sendiri. Dan inilah hikmah Islam menyatakan berkenaan sekufu dalam perkahwinan, yakni mencari pasangan dari kalangan yang sama taraf dan kedudukan dalam segala segi. Ini bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul dimasa akan datang dan seterusnya bakal memporak perandakan sesebuah institusi kekeluargaan.

Melihat kepada kedua-dua senario diatas, jelaslah menunjukkan soal membuat pilihan yang tepat dalam menentukan pasangan hidup amatlah penting. Senario satu menunjukkan insan yang memilih pasangan yang baik mengikut keinginannya sendiri, tetapi dalam senario kedua menunjukkan dirinya terpilih untuk mendapatkan pasangan yang jauh lebih baik dari dirinya sendiri.

Bagaimana dengan diri kita? Adakah kita kelak tergolong dalam kategori yang memilih ataupun yang terpilih? Ataupun mungkin dalam kehidupan sekarang, bagi yang sudah mempunyai pasangan hidupnya sendiri, tidak kiralah secara yang sudah halal ataupun belum lagi dihalalkan, adakah kita memilih untuk medapatkan pasangan yang seperti pasangan kita itu, ataupun kita terpilih untuk mendapat sidia?

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah kita akan memilih pasangan mengikut kehendak sendiri, atau kita berdoa agar menjadi antara golongan yang terpilih untuk mendapatkan pasangan yang baik-baik dan soleh solehah melebihi diri kita sendiri. Bagi sesetengah diantara kita yang sudahpun mendapat seorang insan yang baik, peganglah ia sebaiknya. Dan bagi yang dalam usaha mendapatkan pasangan, ukurlah baju dibadan sendiri. Lihatlah kebaikan dan keburukan yang ada dalam diri kita. Janganlah meletakkan ciri yang terlalu tinggi dalam soal memilih pasangan hidup. Sebaliknya jika diletakkan pada tahap yang lebih rendah sekalipun, jika diizinkan Allah kelak kita akan mendapat pasangan yang sedikit lebih baik dari standard yang kita tetapkan itu, insyaAllah kita akan lebih menghargai dan menerima pasangan kita itu dengan lebih baik dan penuh keredhaan pada Allah.

Ya Allah, bantu aku dalam membuat pilihan agar pilihan yang aku lakukan kelak tidak dipengaruhi nafsu buas dan hasutan syaitan. Sesungguhnya kepada Engkaulah aku berserah segala urusan dan ketentuan, dan kepada Engkaulah jua aku memohon rahmat dan keberkatan dalam aku meneruskan kehidupanku dibumi-Mu ini ya Allah..

* A K A N D I P I L I H *

13 contengan diterima:

Suhana Amiril on May 29, 2009 at 5:37 AM said...

salam..

psst..psstt!
pakcik..
nie kisah benar ke ape?
ekekeke~

kalau laa kisah benar kan? saya nak ucapkan selamat pengantin baru pada pakcik.. ekekeke~
[advance nyer ya habibi nie..]

semoga Allah permudahkan sume urusan.. amiin..

masyitah on May 29, 2009 at 6:48 AM said...

AMIN........

AsNiza on May 29, 2009 at 9:55 AM said...

Bismillah...

Semoga Allah memimpin hati untuk membuat keputusan yang terbaik..

Madu tak semestinya terus di telan, pahit tak semestinya terus di buang.

Apa yang kita sangkakan baik tak semestinya baik untuk kita dan begitu juga sebaliknya.

Ternyata, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui..

Jika dia beristiqarah, kita juga punya Tuhan yang sama, jadi, beristiqarahlah.. mohonlah panduan dari dia, jika benar petunjuk itu benar2 dari Allah, Alhamdulillah, itulah sebaik-baik petunjuk.

Tepuk dada tanya iman, wallahua'alam.

~ aman shah ~ on May 29, 2009 at 6:36 PM said...

Ahhaaa...

kawen jer laa lisam...
kawan aman cakap, jangan memilih sgt bab kawen ni...
bila ada yang berkenan,
kawenkan ajer..
jangan tangguh-tangguh...

humbleServant on May 29, 2009 at 11:16 PM said...

hoho...
nampaknyer ramai sokong pok cik kahwin ni...

tapi kahwin ni mungkin nampak manis pada permulaan
dalam tempoh perkahwinan itu sendiri banyak tanggungjawab dan bebanan

dan mulalah yang manis menjadi pahit sedikit

jadi dalam proses nak hilangkan yg pahit tuh

pok cik lisam pi lah kursus kahwin dulu
bau tau asam garam perkahwinan

jangan gi sorang, ajak calon zaujah
agak2 4 tuh oklah

terus cukupkan 4 kuota tuh

muahaha
smoga bahagia mudah2an

1JJa1912 on May 30, 2009 at 2:10 AM said...

heheh..sengih lak baca post yg ni..
>> Terpilih, Memilih , Berpilih-pilih, tak memilih, tak berpilih, Tak dipilih, memilihkan, akan di pilih atau bakal di pilih.. <<
Argghh..Bubar semuanya, bungkus semua rasa-rasa ni, pulangkan pada DIA, Pencipta Segala Rasa..

Anonymous said...

salam. sy b'umur 21 thn n tlh pnya kwn istimewa.hbgn kami adlh utk b'khwin.kami hnya bhbg bl perlu.bgmn 2?

Nurshila Sulaiman on May 31, 2009 at 12:27 PM said...

Assalamualaikum.

Majoriti blogger daripada iLuvislam mesti ada entry pasal kawin, tak banyak pun satu.Cuma segelintir je yang takde. =P

p/s: Lisam,nak kawin jemput ye!

imtiaz on June 3, 2009 at 3:39 PM said...

huhu..pak cik oh pakcik!
ni dah tahap wajib kawen da nih!ekeke..

haha ila, ye ke tu? nsb bek k.im punye blog xde n3 pasal kawen..fuh!hehe

Lisam on June 4, 2009 at 3:36 AM said...

to ya habibi

ini kisah separa benar. tiada kaitan ngan lembu dan kaum kerabat beruang sekalian..

to masyitah

amin je makcik sorang ni..bagos tol

to asniza

tol makngah. Allah dah bekalkan setiap hambanya dengan doa. jadi kenapa tidak digunakan kan?

to aman

kalau la kawen ni macam pilih baju kat pasar malam. alangkah bahagianya hidup ni aman..aman sentoda jiwa

to humbleservant

ha, cik humble jela kawen ngan pakcik. nak? meh2..

to ijja

ijja.. tolong bungkuskan pakcik skali.. nasik lemak ngan tea o peng

to anonymous

pergi kat ili, banyak dah bende tu duk bincang kat sane..

to ila insyirah

puak2 ili sumer gatai nak kawen. nak buat camne..

to imtiaz

wajib..tapi takde calon..susah gak tu..kawen ngan botol kicap jela ek

Nurul S Othman on June 5, 2009 at 5:00 PM said...

salam...naseb baek aku kenal pakcik ni dlm on9 je...

aiseh...ape kono jang...???

abis semua org pakcik ajak kawen..

dah ada yag sangkut x???

Ahliahnizam on June 6, 2009 at 9:05 PM said...

Salam ....

Kalau dah ada yg berkenan di hati, minta petunjuk dari Allah, minta dipermudahkan segala urusan.

Walaupun pada ketika ini takde cinta dalam hati, tapi Insya-Allah, cinta yang terbina selepas ikatan pernikahan akan diberkati & diredhai.

Cintailah seseorang itu kerana agamanya, bukan kerana penampilannya ...

*nasihat dari seorang kakak*

Lisam on June 6, 2009 at 11:18 PM said...

penampilan melambangkan agamanya..
insyaALlah jika baik penampilannya, baiklah juga agamanya..^^

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal