Seminggu berlalu. Menjalani hidup sebagai anak perantau dibumi Shah Alam, sekali lagi setalah lebih sebulan kembali menyusahkan dan meramaikan manusia dibumi kelahiranku, Terengganu Darul Iman. Dan lebih kurang 2 bulan sebagai seorang penganggur sepenuh masa. Kata Makngah, tak manis menyebut penganggur, lebih elok menggelar diri sebagai Job Seeker. Tapi malangnya, ada juga manusia yang tidak tahu apa itu job seeker.
Menjalani hidup sebagai insan yang bukan lagi bergelar seorang pelajar, walau pada hakikatnya sampai ke liang lahad kita masih lagi akan belajar, tanpa henti, bukanlah satu benda yang boleh dibangga-banggakan. Dah grade, dah tak perlu lagi pergi ke kelas, tidak perlu serabut dengan date line assignment, projek, bersengkang mata mengulangkaji pelajaran untuk kuiz, test dan juga final, mungkin sesuatu yang amat-amatlah diingini dan diimpi bagi setiap insan yang bergelar seorang pelajar. Aku juga pernah menjadi pelajar, aku dah masak sangat dengan perasaan itu.
Ah, aku tidak akan merasai semuanya itu lagi. Mungkinkah aku bakal merinduinya? Entah, tunggu dan lihat. Yang pasti, aku masih dalam mood kegembiraan kerana sudah tidak perlu bersusah bergelar seorang pelajar lagi. Aku bebas sebagai diri aku. Bangun pagi, mandi, bersiap-siap dipagi hari, pakai baju smart-smart, tu semua dah tiada lagi dalam diari hidup aku. Aku nak bersiap pukul berapa, aku punya suka la, dah takda lagi jadual yang perlu aku ikut..haha, I'm free..
Mungkin..
Tapi pada hakikatnya, menjadi seorang yang lagi bukan bergelar pelajar, bukanlah se-best yang disangka. Walau hidup tidak lagi dibelenggu semua bebanan sebagai seorang pelajar, tapi ada bebanan lain yang hari demi hari makin bertambah dan membelenggu otak dan fikiran.
Sesekali berita mengenai kawan-kawan yang sudah pun berjaya menempatkan diri mereka diorganisasi kerajaan mahupun swasta sebagai seorang pekerja, hati cukup terasa kejelesan dan kerisauan. Aku pula bila? Mungkinkah akan ada tempat untuk aku menjadi seperti mereka juga? Takkanlah aku masih lagi nak menjadi bebanan pada orang tua aku? Sepatutnya pada masa sekarang aku sudah patut membayar zakat untuk diri aku sendiri. Bukannya masih meletakkan kewajipan itu pada bahu dan poket seluar bapaku lagi.
Bersabar Lisam, teruskan usaha kamu, pasti akan ada juga rezeki yang Allah sudah pun tetapkan bagi diri mu. Usah risau, usah bimbang, yang pasti kamu berusaha dengan semampu kamu. Usaha Lisam! Usaha!
Ya, aku kena usaha. Kerana tanpa usaha, mana mungkin anak dara itu bakal aku miliki..hehe.. Isu kahwin menjadi antara isu yang paling hot dibincangkan dikalangan krew-krew Iluvislam.com. Alhamdulillah, moga Allah permudahkan segalanya buat mereka. Termasuk diriku.
Minggu ini, alhamdulillah aku dah pun berjaya menghadirkan diri ke dua sesi temuduga. Seperti post lalu, asalnya memanglah ada tiga tempat yang perlu aku hadirkan diri, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, satu temuduga terpaksa aku lepaskan. Walaupun hati berat, namun mungkin itu ketetapan yang Allah dah tetapkan.
Alhamdulillah, temuduga pertama di Bukit Kiara berjaya aku lalui dengan baik. Dan aku terpilih untuk menghadiri sesi kedua untuk temuduga dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat berkenaan pada hari Isnin depan. Sememangnya dah menjadi ketetapan bagi syarikat tersebut untuk membuat dua kali interview. Lulus diperingkat Human Resource bukan bererti telah berjaya mendapat pekerjaan tersebut, tapi haruslah juga lulus diperingkat Top Management syarikat.
Temuduga kedua, di Jalan Semarak, KL juga alhamdulillah berjalan dengan amat baik sekali. Dan pada hari tersebut juga, aku telah pun berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Tergamam aku bilamana interviewer tersebut mengatakan aku telah pun dipilihnya. Tersenyum kambinglah aku sepanjang hari tersebut. Kerana menampakkan muka terkejut, sehinggakan pegawai tersebut sempat bertanya adakah aku mahukan jawatan tersebut atau pun tidak. Aku apa lagi, terus la jawab, "yes sir, if you've gave me this position, then I accept it"..ngee.. Lepas tu terus sembang-sembang pasal bila nak mula, skop kerja dan hal-hal lain yang perlu. Selesai sahaja, aku terus dibawa ke bahagian sumber manusia untuk mengisi segala butiran peribadi. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan aku pada hari tersebut.
Tapi hati aku masih berat sebenarnya untuk menerima jawatan ini, walaupun untuk bekerja disyarikat besar dan glemer seperti itu mungkin menjadi kegilaan semua orang, tapi aku lebih suka dan berharap pada kerja yang aku mohon di syarikat di Bukit Kiara. Kerana ia memang satu jawatan yang aku idam-idamkan selama ni. Tidak perlu susah-susah untuk mengadap komputer berdepan dengan programming language, memikirkan macam mana nak membuat sistem sehinggakan boleh membikin kepada ingin pecah saja. Jawatan ini lebih kepada kerja teknikal. Setup network dan kerja-kerja berkaitan rangkaian semata-mata.
Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam pada hari sama, aku mendapat satu lagi panggilan. Alhamdulillah, satu lagi pintu rezeki yang Allah buka untuk aku. Jemputan ke satu lagi sesi temuduga pada minggu depan dibangunan Great Eastern, berhampiran dengan KLCC. Pada awalnya aku terlebih dahulu di-inerview ditelefon saja, selepas dia dah puas hati dengan jawapan aku, barulah dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga berkenaan. Syukur alhamdulillah, moga aku dipermudahkan untuk menhadiri kedua-dua sesi temuduga berkenaan.
Jadi sekarang apa yang aku nak buat? Betul, pergi tidur..haha
Tata..
* M U D A H K A N *

10 contengan diterima:
Assalamu'alaikum..
Pakcik.. sabar, sabar. Tak lama lagi dapatlah kerja tu. InsyaAllah rezeki pakcik.
Haish~ pakcik nie, saya tahu ..
nak cepat2 dapat kerja, sebab tak sabar nk dapat anak, cucu, cicit, cicat, cicut dan cicak.. kan? kan?
haha.
kat warung dah panas. isk3.
haisy, ape punye intonasi gaya putus harapan je, bangun tok lisam..bangun~
-lama tak sebut-'Tok Lisam'~igt gaduh2 kat ili dulu2..
to ya habibi maulana
ngee..da dapat pun keje, cuma ade lg berkenan pada kerja yang satu lg..
sampai cicuk je, cicak tamo r..geli wase..ekeke
to nessa
waaa...nessaaaa
lamenye xgado ngan nessaa..
da x aktif kt ili ek skrg..susa tol nak nampak reply nessaa..
ni malas ni, semua ckp nessa dah tak aktif, bukan ar tok, nisa singgah hari2, tapi tak joint forum je..
eh, muke tok pun takde kat ili, haiysh~
hik..hik..hik..
tok aktiv kt warung jer..
menyakat kekanak2 kat sane..
nessa jarang join warung, tu yang nampak cam xaktif..
bebila rajin2 la menyengal kt sane ek..=)
broLisam..dh dptkje jgn lupe blnje taw..huhu..
moga dipermudhkan segala urusan..
rerama neh..
len kali kasik la ayat camni..
brolisam, tahniah dah dapat keje. nanti saya banje brolisam ye, sebagai tanda saya meraikan brolisam..
haaa..kan sedap pakcik nak bacenye..
ekekeke
pakcik. saya tanak ucap tahniah pasal keje.
saya datang nk mintk pakcik blanje mkn.
wakaka.
mak ngah suh akak tolong sampaikan..
dia wish gud luck n all the best, klu dpt kerja jgn lupa belanja beliau..^_^
to syawal
haa..ni sorang lagi nak suoh banje..
sabaq2, keje pun lom setat lagi. den ade elaun, patut banje ceq yang miskin nih..
banje, jangan tak banje...
to asniza
kim salam balik kat makngah tu, cakap kat die..
"after u"
hehehe..
Post a Comment