Thursday, September 4, 2008

Cemburu

Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar nak dibendung. Banyak gak jenis cemburu. Ada yang positif & ada yang negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dengan kaum hawa. Ramai beranggapan bahawa orang perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesiapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir2kan lah yang mana baik & yang mana buruk.

Dalam kebanyakan hubungan memang terdapat sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut untuk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bahawa sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yang diberikan, dia tetap nak bercakap dengan kita. Sebab ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.



5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah walaupun kita keluar dengan teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.
8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi & dengan siapa.

9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.
11. Jangan terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita untuk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Perkongsian ni aku dapat kat laman web fauzynm.e-belia. Ini pasal tanda-tanda cemburu yang boleh kita kenal pasti pada pasangan kita je. InsyaAllah, lain kali aku kongsikan pula cara bagaimana nak mengatasi perasaan cemburu ni jika kita sendiri yang merasainya ataupun pasangan kita. Biasalah, siapa yang tak pernah cemburu kan? Eh, pakcik ni cemburu jugak ke? Musti la, tapi cemburu sebab tengok anak kucing leh tidur bawak ketiak mak dia jela..ngeh3x..

* A K A N K U K A W A L *

0 contengan diterima:

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal