Sunday, May 17, 2009

Seorang Ibu & Guru

"Pakcik, semalam hari guru, sebelum tu hari ibu, tak ada apa-apa yang nak ditulis ke pasal dua hari yang penting tu? Pakcik ni takda ibu ke? Cikgu pula semua dah meninggal ke? Err.. Sukati je nak kata macam tu ye. Aku cili kan mulut tu baru tau"

Hehe..tapi betul la kan. Kalau disingkap kembali kisah silam (ceewah..silam la sangat), tahun lepas pun takda rasanya entry pasal kedua hari ni. Jadi adakah aku ini tergolong dalam kalangan insan-insan yang tidak menghargai kehadiran kedua insan ini? Kalau betul la macam tu, alangkah sedihnya diri ini..sob3x..

Kat dalam dunia ni, jika ditanya siapa yang tiada ibu? Semua orang ada, kecuali nabi Adam as dan Hawa saja yang Allah ciptakan bukannya melalui perantaraan rahim ibu. Aku, kau, kamu, diorang, makcik, pakngah, jiran, pak mat tempe, ketua kampung sebelah, malah seorang ibu pun mempunyai ibunya sendiri. 

Jadi apa significant nya hari ibu ini disambut? Kenapa kita perlu mempunyai hari untuk memperingati insan bernama ibu? Lebih baik diwujudkan hari memperingati diri sendiri sebagai tanda kewujudan kita didunia ni. Kan..kan..kan? Jawapannya senang, kerana dia adalah seorang ibu, bukan bapa mahupun anak, jika tidak hari ini tidak akan diberikan nama hari ibu. Betul tak? kui3..

Pentingnya seorang ibu itu pada seorang insan bergelar anak cukup besar. Jika di ambil analogi sebuah bangunan, ibu itu ibarat tapak yang terbenam dibawah struktur bangunan, kukuh mencengkam tanah, sanggup dirinya dimakan anai dan tanah hitam, tapi atas kesanggupan dan keikhlasannya untuk melihat bangunan itu hari demi hari naik sedikit demi sedikit, demi mengharapkan bangunan itu tetap stabil untuk naik lebih tinggi, ia sanggup dirinya dipijak, ia sanggup dirinya terkorban, atas kapasiti untuk melihat sebuah bangunan itu tegak berdiri. Tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

Begitulah perumpamaan seorang ibu. Pengorbanannya untuk membesarkan anak, sejak dari hari pertama ia masuk ke dalam rahim ibu, ia telah pun dijaga rapi, dibelai dan dimanja setiap masa, demi memastikan janin didalam perutnya dapat membesar dengan sesempurna yang mungkin. Bila dah sampai masa untuknya keluar, si ibu terpaksa bertarung dengan nyawanya sendiri. Kesukaran, kesakitan dan juga kepenatan untuk melahirkan seorang insan yang bergelar anak, tidak mungkin akan dapat bayangkan saja tanpa merasanya sendiri.

Setelah selamat keluar, anak itu dididik, disuapkan makanan, diusapnya kepala anak saban hari, diajarnya si anak itu merangkak, berdiri, bertatih dan seterusnya berjalan sehinggalah mampu berlari. Dengan penuh kesabaran setiap hari ibu melayan kerenah si anak ini tanpa rasa penat mahupun mengharap apa-apa balasan dari sesiapa pun. 

Jika nak ceritakan keseluruhan pergerakan peringkat pengorbanan seorang ibu, memanglah tidak mampu untuk aku tulis kesemuanya. Sebab terlalu banyak dan besar. Tidak hairanlah pabila ibu dinobatkan sebagai insan kedua yang perlu ditaati dan dihormati selepas Allah & Rasul-Nya 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Ya, 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Biarlah aku seorang lelaki yang bakal bergelar bapa suatu hari nanti, tapi aku sokong dengan kenyataan ini. Jika aku mempunyai anak pun nanti, pasti aku akan ajarkan anak-anakku untuk lebih mentaati ibu mereka berbanding mentaati diriku sendiri sebagai bapa mereka. Kerana aku sedar, kepentingan dan keperluan untuk mereka mentaati ibu mereka lebih besar berbanding pada diriku.

Bunyinya macam aku lah bakal menjadi suami dan bapa yang paling mithali didunia ini, mungkin lebih perasan lagi jika dikatakan akulah lelaki melayu Islam terakhir yang akan buat benda ni..haha.. Tapi takpa, atas keperluan untuk berniat menjadi seorang yang aku harapkan seperti itu, jadi tidak mengapalah untuk aku berangan dan berperasan sendiri. Korang nak jeles dan meluat, lantak la. Itu bukan urusan aku..muahaha

Tinggalkan dulu kisah pasal ibu. Sekarang masuk pula bab guru. Apa yang aku nak repekkan pasal guru ni pun aku sendiri tak tahu lah. Yang penting, semua orang dah tahu siapa tu guru, siapa tu cikgu, siapa tu cikgu besar, cikgu PK HEM, cikgu disiplin dan juga cikgu cikgi. Kan..kan..kan?

Teringat masa sekolah rendah dulu. Pernah sekali masuk bilik guru disiplin, bukan atas sebab yang boleh dibanggakan, tapi atas kesalahan yang dibuat. Masa tu dah la aku ni seorang pengawas, the only pengawas yang kena denda pada hari tu. Sebabnya, kenakalan memanjat syiling bilik stor sukan. Dan oleh kerana aku seorang pengawas, aku telah dirotan sebanyak 2 kali, 1 kali lebih dari kawan-kawanku yang lain. Malu tu tak leh nak cakap, tapi nasib baik masa tu baru umur 12 tahun, malu ni bukanlah satu benda yang cukup diambil kira sangat. Orang nak kata apa pun, lantak pi la, yang penting aku hepi..haha

Sekarang, tiap kali tiba hari guru, sesekali kenangan kepada zaman sekolah dulu terimbau kembali dibenak kepala. Walaupun dah lebih 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan, tapi kenangan dan gambaran pada suasana sekolah tu masih segar diingatan. Muka setiap seorang guru yang pernah mengajar ku dulu memang masih segar. Kawan-kawan lagi lah. Kerinduan yang memang dah teramat sangat pada mereka semua. Sekarang ni, masing-masing dah ada hidup sendiri. Yang dah kahwin, yang dah ada anak, yang baru habis belajar, yang dah kerja, yang dah selamat menjadi tetamu Allah pun ada. Terlalu cepat masa berlalu. Pantas, seperti baru semalam aku ditemani abangku mendaftar ditingakatan 1, terhegeh-hegeh menggalas beg berisi penuh buku. Kalau pada masa tu, abangku baru saja ditingkatan 5, tapi sekarang dah pun mempunyai seorang cahaya mata. Cepat sungguh tua menghinggap diri. Yang pasti, setiap detik yang berlalu, selangkah ia mendekatkan kita pada kematian. Muhasabah diri...huuu

Guru, selalu dianalogikan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada orang disekelilingnya. Berkorban apa saja, masa dan tenaga untuk memberi ilmu kepada anak bangsa. Kehadirannya juga cukup bermakna, kerana tanpanya makan mungkin seorang insan bergelar lisam ini mampu untuk menaip sepanjang ini. Berfikiran sebegini, berada ditempat sebegini, dan menjadi seperti dirinya sekarang ini. Ini tidak lain tidak bukan, hanyalah asalnya dari seorang guru yang biasa cuma. Kesabaran dan ketekunan mengajar tiap bait huruf dan nombor dengan harapan anak muridnya ini mampu untuk menjadi seorang insan yang berguna pada bangsa dan agama suatu hari nanti.

Semua orang juga sudah sedia maklum dengan pengorbanan dan keperluan seorang guru. Kehadirannya juga penting, sama seperti seorang ibu. Tapi sama sekali tidak boleh disamakan dengan seorang ibu. Seorang ibu boleh dianggap guru kepada anak-anaknya, tapi seorang guru tidak mungkin sama sekali boleh dianggap sebagai seorang ibu kepada anak muridnya. Bukan bias ataupun tidak menghargai pengorbanan seorang guru, cuma mengenangkan pengorbanan seorang ibu itu tidak mungkin boleh disamakan dengan pengorbanan seorang guru. Seorang guru mungkin boleh menjadi ibu ketika dikelas cuma, tapi selepas kelas, bukanlah mejadi tanggungjawabnya lagi untuk menjaga dan mengawal anak muridnya. Berbanding dengan seorang ibu, sehingga ke akhir hayat, pasti akan dijaga dan dikawal rapi keselamatan anak-anaknya.

Okeh, habis cerita berkenaan ibu dan guru. Harini pun dah masuk 17hb, sepatutnya ditulis entry ini 2 hari lepas lagi. Tapi atas sebab keengganan tuan punya blog dan juga takdir yang telah ditetapkan, maka tertulislah ia pada malam ini. 

Dikesempatan ni juga nak ambil kesempatan meraba dan mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh ibu, termasuk kakak ku yang bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi, insyaAllah bulan 8 nanti, dan yang paling teristimewa kepada ibuku di kampung yang terlalu disayangi dan dirindui. Dan tidak lupa, ucapan selamat hari guru kepada seluruh insan yang bergelar guru tidak kiralah pernah mengajar aku selama ini mahupun tidak pernah kenal pun korang tu adalah guru. Moga terus thabat dalam perjuangan mendidik anak bangsa menjadi seorang makhluk bergelar manusia kelak.

p/s: siapa yang masih single mingle, cantik molek, pinggang ramping pamping, pipi bak pauh dilayang, betis bak bunting padi, sila lah isi borang untuk menjadi calon zaujah pakcik. Jika diizinkan, selepas ditapis oleh lembaga disiplin masjid kg baru, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga secara terbuka..ngehehehe~

*
I K A T J A N J I *

17 contengan diterima:

annur huda on May 17, 2009 at 9:10 AM said...

salam pakcik,

siapa dalam dunia ni boleh menandingi ibu kita??takkan boleh punye, Ibulah yg paling hierakinya dalam keluarga..itulah pentingnya seorang ibu, bini pun takleh lawan dh..

ibu,akan tetap menjadi ibu selamanya, yg ambil tahu hal kita dr kita lahir sehingga ibu kembali ke pada Allah..tapi guru, tidak selamanya.

Namun guru juga "ibu" tapi memegang title hanya di sekolah semasa kita mnejadi pelajarnya shj..

tapi, tanpa keduanya, kita juga tak mampu nak berjaya...

p/s: pakcik, bru je hbs belajar, dh minta gadis-gadis molek isi borang dah?? sye nak isi boleh?..tapi tidak adalah semua kriteria tu..hehe..trus di reject yer..(^,^)

AsNiza on May 17, 2009 at 9:46 AM said...

salam..

mendidik adalah suatu yang mulia..
di rumah, ibu mendidik kite..
di sekolah, guru pula ambil tugas..

ibulah guru..gurulah ibu?
bleh gitu?? ekekeke

Anonymous said...

salam..

"ibu ratuku"!!!
adeh...tp knp ek...kita mmg syg sgt2 kt mama kita..tp kdang2 msti melawn kata n x dgr ckp??sOb3..

p/s: adeh broLisam x sbr nk kawen ker??

Qalam Aisyiq on May 17, 2009 at 1:44 PM said...

Iya...

ibu adalah madrasah pertama kita..
kan..kan..kan..
Selamat Hari Ibu tuk akhi lisam..
eyh..tuk ibu akhi lisam..
hak3..dah angau sgt, smpai x sedo..kih3..

*Wah..x sabo bebeno dah yer..kih3*

humbleServant on May 17, 2009 at 7:48 PM said...

hehe...
nak kahwin pun ader sesi intevew erh

tp persoalannya
nper pakcik tak letak jantinanya

kot2 kang datang jantan berpinggang ramping
ternganga pak cik ..wakakah!!!

Lisam on May 18, 2009 at 7:59 AM said...

to annur
nak respon kt bhgn p/s je..
haa..boleh2..mane la tahu, cik annur sorg je yg apply, takyah susah2 nak p intebiu dah..amik je terus..muahahaha

to asniza
seorang guru hy leh jadi ibu jika ia mempunyai anak yang berada dikelas yang diajarnye...hehehe
camtu kot...:p

to rerama
kalo kita ade pakwe, kita suka tak pakwe kita slalu lawan ckp kita? buat kita sakit ati je 24jam, lepas kita dah bg sepenuh kasih syg kt dia?
musti tak suka kan? hee....

to qalam aisyiq
yela..benda bina masjid, benda untuk menambahkan umat nabi Muhammad, kena la buat cepat2...
tapi mslhnye....cahlon? duit? rohani? jasmani? waaaaaaa~

to humbleServant
xpa..kalo laki yang datang, pakcik kasik kat cik humble jela ek..
kut suka la nak amik jadikan somi ke, driver ke, jangan amik tuk dimakan sudah...mmg xsedap...kui3

azzahra_solehah on May 18, 2009 at 8:10 AM said...

erk...dalam sibuk2 berkongsi cerita pasal ibu dan guru sempat lagi ye menyelit pasal bakal zaujah..

ni dh kes berat ni...ish3
kawan2 mai pakat ramai2 carikan en. lisam zaujah...
kesian la plak kt dia...hak3
sabar ye en. lisam...doa banyak2 moga dipercepatkn bertemu jodoh...

Nurul S Othman on May 18, 2009 at 11:53 AM said...

salam..bro lisam
eh silap..
pakcik lisam..tersasul pggil bro plak dah hahaha..

saya sebagai seorang cikgu nk minta hadiah dr pakcik lisam sempena post yang baik ini..

sy mengalu-alukan hadiah dariapda pakcik lisam..

huhu..

pasal zaujah tu..mane jantina nya pakcik lisam oi...

sy nk isi borang untuk anak sedara saya boleh ke hehehe...

relax on May 18, 2009 at 5:34 PM said...

panjangnyer definasi guru dan ibu buat anda lisam..saya juga tidak menulis entry ttg guru ngeh ngeh ngeh . tp x bermaksud saya nie tak menghargai guru cm bz study hehehe ermmm menjadi kehairanan saya apakah kaitan guru dan ibu dengan p/s anda .. adakah anda mencari ibu kepada anak-anak anda yang bergelar guru?. sila simpulkan.

MisterZyl on May 18, 2009 at 6:48 PM said...

assalamualaikum saudara.

hebat benar blog saudara. :)

humbleServant on May 19, 2009 at 1:07 AM said...

giler hebatlah pok cik
banyak betul org komen...
glamor tuh...
kalah brad pit
brad pun tok glmor cam pok cik
ntah2 dier pun tade blog
hehehe

Lisam on May 19, 2009 at 2:20 AM said...

to azzahra
aminn..amiinn..
bestnye kalau dimakbulkan cepat2...
hahaha..

to puterinurzahra
nak hadiah?
boleh2..package 3 ari 2 malam beserta sarapan pagi di rumah sendiri..
hadiah boleh dituntut dengan ibu anda sendiri sebelum lusa...:D
jantina either both, but the name must be with BINTI..hohoho

relax
tidak..saya tidak mencari ibu yang bergelar guru kepada anak2 saya..
saya mencari zaujah yang bergelar ibu kepada anak2 saya...kui3

to faizal nizam
alhamdulillah...
hebat lagi pengomennye...^^,

to humbleservant
bila orang komen bermakna orang tak puas ati..
bila orang senyap bermakna orang senang hati..tol x? ngehehe..
brad pit mmg tade blog, sebab line tenet umah dia kene potong..
tak bayar 3 bulan...

Qalam Aisyiq on May 20, 2009 at 2:01 PM said...

hahahha...

ingatkan dah bersedia..
iyalah siap minx isi borang lagik..^^.

p/s: nty ana pkir2kan sama ada nak isi ke x ey..hik3..

Lisam on May 20, 2009 at 11:00 PM said...

tak yah pikir2 dah..
isi je borang tu...
hohohoho~

Qalam Aisyiq on May 28, 2009 at 11:30 AM said...

Hahaha...
Xpe2..

Haaaaaa!!!!!!! Naaaaaaahhhhhhhhhh!!
Dah isi dah...
akhi pun kenelah isi borang ana ye..
keh3~~^^,

Lisam on May 28, 2009 at 8:02 PM said...

borang ape cik aisyiq isi tu?
tu borang nak mitak cerai laa..
p isi balik..
hihihi~

Qalam Aisyiq on May 29, 2009 at 1:23 PM said...

hahhahaa...~~

yke...
tulah...akhi yg sibuk dok cari borang....
sampai silap kasik borang..
haa..niyh silape ke..saje2 silap niyh..??

wah..klau saje2..its mean..awal2 da kne reject.keh3~~

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal