23 Mei.. Keheningan dan kedamaian pagi membangunkan seorang insan dari lena tidurnya. Lemah longlai gerak langkahnya mencapai sehelai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Ops, cerita sebenarnya insan tersebut meng'on'kan laptopnya terlebih dahulu. Sebelum berlalu ke bilik air untuk menikmati kedinginan siraman air dipagi hari. Kebiasaanya, hari-hari minggu seperti ini hanya akan dihabiskan dengan tidur sepuasnya saja setelah selesai bersolat subuh jika tidak ada aktiviti dalam jadualnya pada hari tersebut. Tapi pagi ini ada misi yang perlu beliau laksanakan. Ada pengisian dalam slot jadualnya yang perlu beliau hadirkan diri. Walau berat, penat, malas dan mengantuk, tapi tetap jua digagahi. Demi satu misi, misi menakluki dunia dari puak-puak alien yang durjana..muahahaha
Seawal jam 9 pagi (awal ke?ngeee), enjin motornya dihidupkan. Sesaat, dua saat, tiga saat, terus gear pertama dimasukkan. Cukuplah tiga saat cuma untuk sesi memanaskan enjin, memang begitu sikapnya sejak dulu lagi. Jadi, biarkan saja, jangan dipersoal. Lagipun beliau sudah agak lewat ke tempat yang perlu dituju pagi itu. Sepatutnya jam 9 sudah berada di sana, tapi seperti biasa, jam 9 baru nak mulakan perjalanan. Nasib baik tidak jam 9 baru nak mulakan sesi menggosok gigi. Bukan disengaja lewat, cuma pagi tersebut terpaksa berperang dengan line internet yang lembab dan masalah laptop sendiri untuk meng'attach' file ke emel untuk dihantar ke seorang sahabat.
Motor terus dipecut laju. Memotong sana, mencilok sini. Sesekali berhenti kerana tarffic light menyalakan lampu merahnya. Ah, potong stim tol lampu tiga warna ni. Nasib aku pakai motor kapcai cap ayam je, kalau la aku pakai keretapi memang akan aku langgar dah kamu sekalian wahai kaum kerabat lampu tiga warna. Dengan nenek-nenek belah ibu tiri kamu sekali aku balun. Baru padan muka..ngahaha.. Getus hati kecilnya, disambut senyum dan tawa kambing yang sengaja dibuat-buat. Buruk benar..
Karangkraf. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Tangan diangkat sebaik motor cantik diparkir, menunjukkan gaya mahu melihat jam. Tapi baru dia tersedar, rupanya jamnya ada dirumah. Dah malu sendiri, nasib tiada yang melihat. Seterusnya telefon bimbitnya diambil dari poket seluar. Terdapat dua miskol dari seorang krew iluvislam. Mahu memberitahu kebelumsampaiannya agaknya, ataupun tersesat jalan mencari kompleks karangkraf. Memikirkan kredit telefon yang sudah hampir mencecah tahap nazak akibat sikap kedekutnya untuk menopup, ditaip saja mesej balas kepada krew berkenaan. Mentang-mentang dah dapat tempoh kredit sehingga umur 25 tahun, selalu dijadikan alasan untuk tidak mahu menopup.
Hohohoho~
Penat seyh menulis dengan gaya ntah pape je tu..haih ~_~
Alhamdulillah. Cuti hujung minggu yang lepas sekali lagi aku berkesempatan untuk menyertai satu aktiviti anjuran Iluvislam.com buat ke-3 kalinya bagi diriku. Syukur kerana Allah memberikan kesempatan dan kemudahan untuk aku menyertai hampir kesemua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Kebanyakkannya lebih kepada aktiviti mempromosi dan memasarkan iluvislam sendiri disamping mengadakan gathering bagi mengeratkan ukhwah sesama ahli krew yang bekerja untuk iluvislam.com selama ni.
Untuk aktiviti kali ini, jika ingin membaca kisah, perjalanan, pengisian dan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut berlangsung, boleh berkunjung ke ruangan artikel di iluvislam sendiri. Aku nak mengomen dan merumuskan aktiviti yang berlangsung pun tidaklah pakar sangat, kerana kebanyakan isi telah pun dicuri dan diceritakan oleh presiden dan ahli krew iluvislam yang lainnya kerana kelambatan diri sendiri untuk menaipnya terlebih dahulu. Alasan taknak sakitkan otak fikir ayat panjang-panjang..muahaha
Aktiviti tamat lebih kurang dalam jam 2 petang. Dan kelas 3P aku akan bermula pada jam 2.20 petang nanti. Selesai saja bergambar bersama ahli yang hadir, terus aku merempit ke kelas. Kalau ikutkan kepenatan yang ada, memang niat dihati tak mahu pergi dah, tapi memikirkan sesi pagi pun aku dah ponteng tanpa memberitahu sebab musabab kepada trainer, jadi terpaksa jugalah aku gagahkan diri memulas pedal dan menekan gear motor ke kelas. Sampai kat fakulti, terus ke surau, selesaikan solat zohor dan terus masuk kelas. Dan seperti biasa, kelas dah pun bermula. Tapi nasib baik la aku dapat trainer (seorang amoi) yang baik hati. Walau kadang-kadang ada je pelajarnya yang lewat ke kelas, tidak pula dia pernah mempersoalkan, jika dibandingkan dengan trainer kawan-kawan aku yang lain. Memang agak strict dengan masa.
Badan penat, mata pun dah layu. Tapi tetap juga gagahkan diri tunggu sehingga tamat kelas. Dalam kepala dah terbayang-bayang aktiviti yang sedang menanti untuk sesi malam nanti. Aku sendiri pun tak berapa pasti apa yang aku belajar petang tu. Sekadar dengar dan tulis saja sikit-sikit apa yang aku sempat tangkap. Selebihnya lebih kepada melayan perasaan sendiri. Fikirkan zaujah dan anak-anak yang menunggu kat rumah, apa la agaknya yang dorang duk buat kat rumah tu. Entah rindu ke tidak kat aku disini. Dorang tak tahu yang aku ni memang rindu bangat sama dorang semua..ngehehe..
Malamnya, alhamdulillah berpeluang untuk sama-sama menyertai 'online meeting' pertama bersama krew moderator umum dan moderator agama iluvislam menggunakan medium Skype. Walaupun pada awalnya mengikut jadual, meeting sepatutnya bermula jam 9 malam, tetapi terpaksa dimulakan agak lewat kerana masalah teknikal pada medium Skype itu sendiri. Process men'setting' conference group nampak begitu merumitkan pada awalnya kerana ada antara ahli mesyuarat yang tidak dapat meng'akses' ke room yang sepatutnya dan ada yang tersilap masuk ke room lain. Ditambah pula dengan kesengalan line internet yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah ahli, termasuk aku sendiri yang membuatkan kadang-kadang lost connection dan mengambil masa yang agak lama untuk dapat meng'akses' kembali ke room.
Natijahnya, ada antara perbincangan yang tidak sempat untuk aku ikuti dan turut sama memberikan pandangan. Termasuklah ketua moderator umum selaku pengerusi sendiri yang hanya mampu mengikuti pada awal sesi mesyuarat saja, lepas tu terus hilang ditelan kesengalan internet dan line Skype beliau.
Mesyuarat yang pada awalnya dibuka dengan cukup baik, dengan bacaan doa dan sedikit tazkirah dari Ustaz Raimi selaku Dr Cinta di forum ilivislam.com tidak dapat ditutup sebaik pembukaannya. Ini kerana pada akhir-akhir mesyuarat, secara tiba-tiba semua line Skype hilang dan tidak lagi boleh bercakap seperti biasa. Hanya boleh menulis seperti conference YM.
Secara keseluruhannya, mesyuarat pada malam itu memberikan satu pengalaman yang baru buat diri aku kerana pada hakikinya, jika sebelum ini kebanyakan mesyuarat dialam realiti yang aku hadiri, aku tidaklah seberani dan selantang ketika mesyuarat pada kali ini, lebih banyak berdiam dan mencatat sahaja isi mesyuarat yang dibincangkan. Tapi kali ini alhamdulillah, perasaan untuk turut sama berkongsi pendapat dan melontarkan pandangan membuak-buak, sehinggakan adakalanya terpaksa me'request' untuk bercakap, dan sesekali terpaksa dipotong oleh ahli lain kerana terlalu lama bercakap. Mungkin juga kerana aku bercakap yang tiada isi, orang bosan mendengar, maka tanpa segan silu memotong line aku..haha
Alhamdulillah, satu hari yang padat dengan aktiviti yang cukup bermanfaat. Walaupun badan penat, tapi kerana semangat dan keikhlasan yang hadir dalam diri sesekali menghilangkan kepenatan yang sedang ditanggung badan. InsyaAllah semoga ini bukanlah hari terakhir untuk aku merasai kepenatan dalam keseronokan seperti hari ini. Aku ingin terus bergerak, bergerak sederas air terjun yang tinggi, tidak pernah mengenal erti penat lelah dan bosan. Sebaliknya, aku tidak mahu menjadi seperti air yang tenang dan tidak mengalir, kerana seseorang yang diam dan tidak bergerak itu, bakal dibunuh oleh kelapangan masa yang dimilikinya.
Jadi, bergeraklah dan isilah masa lapangmu seboleh yang kamu mampu dengan perkara-perkara yang berfaedah dan boleh memberikan manfaat buat dirimu. Biar kamu penat didunia, biar masa berseronok dan rehatmu tidak cukup untuk kamu nikmati, asalkan akhirat kelak menjadi tempat istirehat dan keseronokan yang yang abadi buat dirimu. InsyaAllah... Jom bizikan diri..^^,
* P E D U L I *