"Pakcik, semalam hari guru, sebelum tu hari ibu, tak ada apa-apa yang nak ditulis ke pasal dua hari yang penting tu? Pakcik ni takda ibu ke? Cikgu pula semua dah meninggal ke? Err.. Sukati je nak kata macam tu ye. Aku cili kan mulut tu baru tau"
Hehe..tapi betul la kan. Kalau disingkap kembali kisah silam (ceewah..silam la sangat), tahun lepas pun takda rasanya entry pasal kedua hari ni. Jadi adakah aku ini tergolong dalam kalangan insan-insan yang tidak menghargai kehadiran kedua insan ini? Kalau betul la macam tu, alangkah sedihnya diri ini..sob3x..
Kat dalam dunia ni, jika ditanya siapa yang tiada ibu? Semua orang ada, kecuali nabi Adam as dan Hawa saja yang Allah ciptakan bukannya melalui perantaraan rahim ibu. Aku, kau, kamu, diorang, makcik, pakngah, jiran, pak mat tempe, ketua kampung sebelah, malah seorang ibu pun mempunyai ibunya sendiri.
Jadi apa significant nya hari ibu ini disambut? Kenapa kita perlu mempunyai hari untuk memperingati insan bernama ibu? Lebih baik diwujudkan hari memperingati diri sendiri sebagai tanda kewujudan kita didunia ni. Kan..kan..kan? Jawapannya senang, kerana dia adalah seorang ibu, bukan bapa mahupun anak, jika tidak hari ini tidak akan diberikan nama hari ibu. Betul tak? kui3..
Pentingnya seorang ibu itu pada seorang insan bergelar anak cukup besar. Jika di ambil analogi sebuah bangunan, ibu itu ibarat tapak yang terbenam dibawah struktur bangunan, kukuh mencengkam tanah, sanggup dirinya dimakan anai dan tanah hitam, tapi atas kesanggupan dan keikhlasannya untuk melihat bangunan itu hari demi hari naik sedikit demi sedikit, demi mengharapkan bangunan itu tetap stabil untuk naik lebih tinggi, ia sanggup dirinya dipijak, ia sanggup dirinya terkorban, atas kapasiti untuk melihat sebuah bangunan itu tegak berdiri. Tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.
Begitulah perumpamaan seorang ibu. Pengorbanannya untuk membesarkan anak, sejak dari hari pertama ia masuk ke dalam rahim ibu, ia telah pun dijaga rapi, dibelai dan dimanja setiap masa, demi memastikan janin didalam perutnya dapat membesar dengan sesempurna yang mungkin. Bila dah sampai masa untuknya keluar, si ibu terpaksa bertarung dengan nyawanya sendiri. Kesukaran, kesakitan dan juga kepenatan untuk melahirkan seorang insan yang bergelar anak, tidak mungkin akan dapat bayangkan saja tanpa merasanya sendiri.
Setelah selamat keluar, anak itu dididik, disuapkan makanan, diusapnya kepala anak saban hari, diajarnya si anak itu merangkak, berdiri, bertatih dan seterusnya berjalan sehinggalah mampu berlari. Dengan penuh kesabaran setiap hari ibu melayan kerenah si anak ini tanpa rasa penat mahupun mengharap apa-apa balasan dari sesiapa pun.
Jika nak ceritakan keseluruhan pergerakan peringkat pengorbanan seorang ibu, memanglah tidak mampu untuk aku tulis kesemuanya. Sebab terlalu banyak dan besar. Tidak hairanlah pabila ibu dinobatkan sebagai insan kedua yang perlu ditaati dan dihormati selepas Allah & Rasul-Nya 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Ya, 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Biarlah aku seorang lelaki yang bakal bergelar bapa suatu hari nanti, tapi aku sokong dengan kenyataan ini. Jika aku mempunyai anak pun nanti, pasti aku akan ajarkan anak-anakku untuk lebih mentaati ibu mereka berbanding mentaati diriku sendiri sebagai bapa mereka. Kerana aku sedar, kepentingan dan keperluan untuk mereka mentaati ibu mereka lebih besar berbanding pada diriku.
Bunyinya macam aku lah bakal menjadi suami dan bapa yang paling mithali didunia ini, mungkin lebih perasan lagi jika dikatakan akulah lelaki melayu Islam terakhir yang akan buat benda ni..haha.. Tapi takpa, atas keperluan untuk berniat menjadi seorang yang aku harapkan seperti itu, jadi tidak mengapalah untuk aku berangan dan berperasan sendiri. Korang nak jeles dan meluat, lantak la. Itu bukan urusan aku..muahaha
Tinggalkan dulu kisah pasal ibu. Sekarang masuk pula bab guru. Apa yang aku nak repekkan pasal guru ni pun aku sendiri tak tahu lah. Yang penting, semua orang dah tahu siapa tu guru, siapa tu cikgu, siapa tu cikgu besar, cikgu PK HEM, cikgu disiplin dan juga cikgu cikgi. Kan..kan..kan?
Teringat masa sekolah rendah dulu. Pernah sekali masuk bilik guru disiplin, bukan atas sebab yang boleh dibanggakan, tapi atas kesalahan yang dibuat. Masa tu dah la aku ni seorang pengawas, the only pengawas yang kena denda pada hari tu. Sebabnya, kenakalan memanjat syiling bilik stor sukan. Dan oleh kerana aku seorang pengawas, aku telah dirotan sebanyak 2 kali, 1 kali lebih dari kawan-kawanku yang lain. Malu tu tak leh nak cakap, tapi nasib baik masa tu baru umur 12 tahun, malu ni bukanlah satu benda yang cukup diambil kira sangat. Orang nak kata apa pun, lantak pi la, yang penting aku hepi..haha
Sekarang, tiap kali tiba hari guru, sesekali kenangan kepada zaman sekolah dulu terimbau kembali dibenak kepala. Walaupun dah lebih 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan, tapi kenangan dan gambaran pada suasana sekolah tu masih segar diingatan. Muka setiap seorang guru yang pernah mengajar ku dulu memang masih segar. Kawan-kawan lagi lah. Kerinduan yang memang dah teramat sangat pada mereka semua. Sekarang ni, masing-masing dah ada hidup sendiri. Yang dah kahwin, yang dah ada anak, yang baru habis belajar, yang dah kerja, yang dah selamat menjadi tetamu Allah pun ada. Terlalu cepat masa berlalu. Pantas, seperti baru semalam aku ditemani abangku mendaftar ditingakatan 1, terhegeh-hegeh menggalas beg berisi penuh buku. Kalau pada masa tu, abangku baru saja ditingkatan 5, tapi sekarang dah pun mempunyai seorang cahaya mata. Cepat sungguh tua menghinggap diri. Yang pasti, setiap detik yang berlalu, selangkah ia mendekatkan kita pada kematian. Muhasabah diri...huuu
Guru, selalu dianalogikan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada orang disekelilingnya. Berkorban apa saja, masa dan tenaga untuk memberi ilmu kepada anak bangsa. Kehadirannya juga cukup bermakna, kerana tanpanya makan mungkin seorang insan bergelar lisam ini mampu untuk menaip sepanjang ini. Berfikiran sebegini, berada ditempat sebegini, dan menjadi seperti dirinya sekarang ini. Ini tidak lain tidak bukan, hanyalah asalnya dari seorang guru yang biasa cuma. Kesabaran dan ketekunan mengajar tiap bait huruf dan nombor dengan harapan anak muridnya ini mampu untuk menjadi seorang insan yang berguna pada bangsa dan agama suatu hari nanti.
Semua orang juga sudah sedia maklum dengan pengorbanan dan keperluan seorang guru. Kehadirannya juga penting, sama seperti seorang ibu. Tapi sama sekali tidak boleh disamakan dengan seorang ibu. Seorang ibu boleh dianggap guru kepada anak-anaknya, tapi seorang guru tidak mungkin sama sekali boleh dianggap sebagai seorang ibu kepada anak muridnya. Bukan bias ataupun tidak menghargai pengorbanan seorang guru, cuma mengenangkan pengorbanan seorang ibu itu tidak mungkin boleh disamakan dengan pengorbanan seorang guru. Seorang guru mungkin boleh menjadi ibu ketika dikelas cuma, tapi selepas kelas, bukanlah mejadi tanggungjawabnya lagi untuk menjaga dan mengawal anak muridnya. Berbanding dengan seorang ibu, sehingga ke akhir hayat, pasti akan dijaga dan dikawal rapi keselamatan anak-anaknya.
Okeh, habis cerita berkenaan ibu dan guru. Harini pun dah masuk 17hb, sepatutnya ditulis entry ini 2 hari lepas lagi. Tapi atas sebab keengganan tuan punya blog dan juga takdir yang telah ditetapkan, maka tertulislah ia pada malam ini.
Dikesempatan ni juga nak ambil kesempatan meraba dan mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh ibu, termasuk kakak ku yang bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi, insyaAllah bulan 8 nanti, dan yang paling teristimewa kepada ibuku di kampung yang terlalu disayangi dan dirindui. Dan tidak lupa, ucapan selamat hari guru kepada seluruh insan yang bergelar guru tidak kiralah pernah mengajar aku selama ini mahupun tidak pernah kenal pun korang tu adalah guru. Moga terus thabat dalam perjuangan mendidik anak bangsa menjadi seorang makhluk bergelar manusia kelak.
p/s: siapa yang masih single mingle, cantik molek, pinggang ramping pamping, pipi bak pauh dilayang, betis bak bunting padi, sila lah isi borang untuk menjadi calon zaujah pakcik. Jika diizinkan, selepas ditapis oleh lembaga disiplin masjid kg baru, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga secara terbuka..ngehehehe~
* I K A T J A N J I *