Friday, May 29, 2009

Memilih Dan Terpilih

"Saya rasa Allah dah pilih awak untuk menjadi pasangan hidup saya. Saya dah buat istikharah, saya dah minta petunjuk dari Allah. Alhamdulillah, pada awalnya saya rasakan ianya cuma mainan nafsu jahat semata, tapi kini saya seolah mendapat keyakinan dari Allah. Ya, saya yakin, cukup yakin yang awaklah insan yang sudah ditetapkan untuk menjadi pasangan hidup saya, tulang belakang saya, dan imam bagi solat dan kehidupan saya kelak."

Gedebuk!! Seorang jejaka terjatuh dari kerusinya. Air liur meleleh-leleh disertai buih putih membasahi sehingga ke kolar bajunya. Matanya berpinar-pinar membayangkan bait ayat yang bacanya sebentar tadi. Terkejut? Tersentak? Aku pun sama, terkejut dan turut sama-sama merasai kesentakkannya.

Bayangkan, jika suatu hari nanti, secara tiba-tiba seorang insan yang kita sendiri tidak kenali, tidak terlintas sekalipun didalam fikiran kita untuk bertemu dan mengenali insan tersebut, tetapi satu hari ia datang dengan membawa bersama satu imej dan peribadi yang cukup indah, cukup menawan dan cukup sempurna dimata kita. Jika dikira, dihitung dan ditolak bahagi, peribadi dan penampilan yang dibawanya memenuhi secara keseluruhan kriteria dan ciri yang selama ini kita idam-idamkan untuk menjadi teman hidup yang halal lagi sah bagi kita. Cair bukan?

Ya, dalam hidup ini, tanyalah pada siapa sekalipun, aku percaya semuanya inginkan dan berangankan untuk mendapat seorang pasangan hidup yang baik dan beriman. Lebih-lebih lagi jika diri kita sendiri pun boleh la dianggap dalam kategori orang yang sedar pasal agama, lagi la akan mendambakan seorang insan dikalangan baik-baik dalam semua kategori, terutamanya dalam bab pegangan agama dan penampilan diri, yakni cara berpakaian dan pergaulan seharian. Semuanya kita mahukan yang baik-baik, dan tiada pun yang inginkan pasangannya lebih teruk dari dirinya sendiri.

Tapi kadang-kadang kita selalu tidak mendapatkan seperti yang kita angankan. Standard yang kita letakkan cukup tinggi, semuanya dimahukan sempurna, kerana dengan sikap perasan kita yang merasakan diri sudah teralu bagus, maka berhak mendapatkan yang paling bagus, tetapi Allah memberikan kita insan yang sedikit rendah dari standard yang telah kita tetapkan. Jadi bagaimana penerimaan kita dengan pemberian dan ketetapan Allah itu? Bagi yang betul-betul beriman, insyaAllah redha melebihi dari segala-galanya. Bagi yang berimannya hanya pada luaran semata, bagaimana pula? Penyesalan dan penyalahan takdir bakal dia lakukan. Pasangan direndah-rendahkan, dan dirinya dianggap terlalu suci dan tidak layak untuk didekati pasangannya.
cinta
Bagaimana pula dengan kes sebaliknya?

Memandangkan dirinya yang punya banyak kelemahan, kekurangan dan keburukan, memaksa dirinya untuk meletakkan standard yang sama ataupun mungkin lebih sedikit cuma dari dirinya. Sekadar berserah bulat-bulat pada ketentuan Allah untuk menentukan pasangan hidupnya. Tapi ditakdirkan Allah, dia mendapat pasangan yang jauh sangat lebih baik dan beriman dari dirinya sendiri. Mungkin bagi seorang wanita, ini merupakan rahmat dan anugerah yang cukup berharga buat dirinya, kerana wanita sendiri itu telah pun dianugerahkan dengan sifat suka dipimpin berbanding memimpin. Lalu diterima pinangan dan majlis dilangsungkan dengan gembiranya.

Tapi jika hal sama terjadi kepada seorang lelaki, aku tidak merasakan ianya satu perkara yang boleh mengembirakan dirinya, mungkin bukan semuanya. Kerana sikap seorang lelaki itu cukup jauh dalam penilaian dan pandangannya. Risiko dan kesan didahului dari segalanya berbanding kenikmatan dan keseronokkan yang bakal diperolehi. Memikirkan soal tanggungjawab sebagai seorang iman untuk memimpin zaujahnya, agak sukar untuk dirinya menerima seorang wanita yang mempunyai tahap keimanan yang terlalu tinggi berbanding dirinya. Ia seolah meletakkan diri sendiri diatas satu tempat yang begitu rendah dihadapan zaujahnya sendiri. Dan inilah hikmah Islam menyatakan berkenaan sekufu dalam perkahwinan, yakni mencari pasangan dari kalangan yang sama taraf dan kedudukan dalam segala segi. Ini bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul dimasa akan datang dan seterusnya bakal memporak perandakan sesebuah institusi kekeluargaan.

Melihat kepada kedua-dua senario diatas, jelaslah menunjukkan soal membuat pilihan yang tepat dalam menentukan pasangan hidup amatlah penting. Senario satu menunjukkan insan yang memilih pasangan yang baik mengikut keinginannya sendiri, tetapi dalam senario kedua menunjukkan dirinya terpilih untuk mendapatkan pasangan yang jauh lebih baik dari dirinya sendiri.

Bagaimana dengan diri kita? Adakah kita kelak tergolong dalam kategori yang memilih ataupun yang terpilih? Ataupun mungkin dalam kehidupan sekarang, bagi yang sudah mempunyai pasangan hidupnya sendiri, tidak kiralah secara yang sudah halal ataupun belum lagi dihalalkan, adakah kita memilih untuk medapatkan pasangan yang seperti pasangan kita itu, ataupun kita terpilih untuk mendapat sidia?

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah kita akan memilih pasangan mengikut kehendak sendiri, atau kita berdoa agar menjadi antara golongan yang terpilih untuk mendapatkan pasangan yang baik-baik dan soleh solehah melebihi diri kita sendiri. Bagi sesetengah diantara kita yang sudahpun mendapat seorang insan yang baik, peganglah ia sebaiknya. Dan bagi yang dalam usaha mendapatkan pasangan, ukurlah baju dibadan sendiri. Lihatlah kebaikan dan keburukan yang ada dalam diri kita. Janganlah meletakkan ciri yang terlalu tinggi dalam soal memilih pasangan hidup. Sebaliknya jika diletakkan pada tahap yang lebih rendah sekalipun, jika diizinkan Allah kelak kita akan mendapat pasangan yang sedikit lebih baik dari standard yang kita tetapkan itu, insyaAllah kita akan lebih menghargai dan menerima pasangan kita itu dengan lebih baik dan penuh keredhaan pada Allah.

Ya Allah, bantu aku dalam membuat pilihan agar pilihan yang aku lakukan kelak tidak dipengaruhi nafsu buas dan hasutan syaitan. Sesungguhnya kepada Engkaulah aku berserah segala urusan dan ketentuan, dan kepada Engkaulah jua aku memohon rahmat dan keberkatan dalam aku meneruskan kehidupanku dibumi-Mu ini ya Allah..

* A K A N D I P I L I H *
Read rest of entry

Monday, May 25, 2009

Iluvislam, Karangkraf, Kelas & 'Online Meeting'

23 Mei.. Keheningan dan kedamaian pagi membangunkan seorang insan dari lena tidurnya. Lemah longlai gerak langkahnya mencapai sehelai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Ops, cerita sebenarnya insan tersebut meng'on'kan laptopnya terlebih dahulu. Sebelum berlalu ke bilik air untuk menikmati kedinginan siraman air dipagi hari. Kebiasaanya, hari-hari minggu seperti ini hanya akan dihabiskan dengan tidur sepuasnya saja setelah selesai bersolat subuh jika tidak ada aktiviti dalam jadualnya pada hari tersebut. Tapi pagi ini ada misi yang perlu beliau laksanakan. Ada pengisian dalam slot jadualnya yang perlu beliau hadirkan diri. Walau berat, penat, malas dan mengantuk, tapi tetap jua digagahi. Demi satu misi, misi menakluki dunia dari puak-puak alien yang durjana..muahahaha

Seawal jam 9 pagi (awal ke?ngeee), enjin motornya dihidupkan. Sesaat, dua saat, tiga saat, terus gear pertama dimasukkan. Cukuplah tiga saat cuma untuk sesi memanaskan enjin, memang begitu sikapnya sejak dulu lagi. Jadi, biarkan saja, jangan dipersoal. Lagipun beliau sudah agak lewat ke tempat yang perlu dituju pagi itu. Sepatutnya jam 9 sudah berada di sana, tapi seperti biasa, jam 9 baru nak mulakan perjalanan. Nasib baik tidak jam 9 baru nak mulakan sesi menggosok gigi. Bukan disengaja lewat, cuma pagi tersebut terpaksa berperang dengan line internet yang lembab dan masalah laptop sendiri untuk meng'attach' file ke emel untuk dihantar ke seorang sahabat.

Motor terus dipecut laju. Memotong sana, mencilok sini. Sesekali berhenti kerana tarffic light menyalakan lampu merahnya. Ah, potong stim tol lampu tiga warna ni. Nasib aku pakai motor kapcai cap ayam je, kalau la aku pakai keretapi memang akan aku langgar dah kamu sekalian wahai kaum kerabat lampu tiga warna. Dengan nenek-nenek belah ibu tiri kamu sekali aku balun. Baru padan muka..ngahaha.. Getus hati kecilnya, disambut senyum dan tawa kambing yang sengaja dibuat-buat. Buruk benar..

Karangkraf. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Tangan diangkat sebaik motor cantik diparkir, menunjukkan gaya mahu melihat jam. Tapi baru dia tersedar, rupanya jamnya ada dirumah. Dah malu sendiri, nasib tiada yang melihat. Seterusnya telefon bimbitnya diambil dari poket seluar. Terdapat dua miskol dari seorang krew iluvislam. Mahu memberitahu kebelumsampaiannya agaknya, ataupun tersesat jalan mencari kompleks karangkraf. Memikirkan kredit telefon yang sudah hampir mencecah tahap nazak akibat sikap kedekutnya untuk menopup, ditaip saja mesej balas kepada krew berkenaan. Mentang-mentang dah dapat tempoh kredit sehingga umur 25 tahun, selalu dijadikan alasan untuk tidak mahu menopup.

Hohohoho~

Penat seyh menulis dengan gaya ntah pape je tu..haih ~_~

Alhamdulillah. Cuti hujung minggu yang lepas sekali lagi aku berkesempatan untuk menyertai satu aktiviti anjuran Iluvislam.com buat ke-3 kalinya bagi diriku. Syukur kerana Allah memberikan kesempatan dan kemudahan untuk aku menyertai hampir kesemua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Kebanyakkannya lebih kepada aktiviti mempromosi dan memasarkan iluvislam sendiri disamping mengadakan gathering bagi mengeratkan ukhwah sesama ahli krew yang bekerja untuk iluvislam.com selama ni.

Untuk aktiviti kali ini, jika ingin membaca kisah, perjalanan, pengisian dan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut berlangsung, boleh berkunjung ke ruangan artikel di iluvislam sendiri. Aku nak mengomen dan merumuskan aktiviti yang berlangsung pun tidaklah pakar sangat, kerana kebanyakan isi telah pun dicuri dan diceritakan oleh presiden dan ahli krew iluvislam yang lainnya kerana kelambatan diri sendiri untuk menaipnya terlebih dahulu. Alasan taknak sakitkan otak fikir ayat panjang-panjang..muahaha

Aktiviti tamat lebih kurang dalam jam 2 petang. Dan kelas 3P aku akan bermula pada jam 2.20 petang nanti. Selesai saja bergambar bersama ahli yang hadir, terus aku merempit ke kelas. Kalau ikutkan kepenatan yang ada, memang niat dihati tak mahu pergi dah, tapi memikirkan sesi pagi pun aku dah ponteng tanpa memberitahu sebab musabab kepada trainer, jadi terpaksa jugalah aku gagahkan diri memulas pedal dan menekan gear motor ke kelas. Sampai kat fakulti, terus ke surau, selesaikan solat zohor dan terus masuk kelas. Dan seperti biasa, kelas dah pun bermula. Tapi nasib baik la aku dapat trainer (seorang amoi) yang baik hati. Walau kadang-kadang ada je pelajarnya yang lewat ke kelas, tidak pula dia pernah mempersoalkan, jika dibandingkan dengan trainer kawan-kawan aku yang lain. Memang agak strict dengan masa.

Badan penat, mata pun dah layu. Tapi tetap juga gagahkan diri tunggu sehingga tamat kelas. Dalam kepala dah terbayang-bayang aktiviti yang sedang menanti untuk sesi malam nanti. Aku sendiri pun tak berapa pasti apa yang aku belajar petang tu. Sekadar dengar dan tulis saja sikit-sikit apa yang aku sempat tangkap. Selebihnya lebih kepada melayan perasaan sendiri. Fikirkan zaujah dan anak-anak yang menunggu kat rumah, apa la agaknya yang dorang duk buat kat rumah tu. Entah rindu ke tidak kat aku disini. Dorang tak tahu yang aku ni memang rindu bangat sama dorang semua..ngehehe..

Malamnya, alhamdulillah berpeluang untuk sama-sama menyertai 'online meeting' pertama bersama krew moderator umum dan moderator agama iluvislam menggunakan medium Skype. Walaupun pada awalnya mengikut jadual, meeting sepatutnya bermula jam 9 malam, tetapi terpaksa dimulakan agak lewat kerana masalah teknikal pada medium Skype itu sendiri. Process men'setting' conference group nampak begitu merumitkan pada awalnya kerana ada antara ahli mesyuarat yang tidak dapat meng'akses' ke room yang sepatutnya dan ada yang tersilap masuk ke room lain. Ditambah pula dengan kesengalan line internet yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah ahli, termasuk aku sendiri yang membuatkan kadang-kadang lost connection dan mengambil masa yang agak lama untuk dapat meng'akses' kembali ke room.

Natijahnya, ada antara perbincangan yang tidak sempat untuk aku ikuti dan turut sama memberikan pandangan. Termasuklah ketua moderator umum selaku pengerusi sendiri yang hanya mampu mengikuti pada awal sesi mesyuarat saja, lepas tu terus hilang ditelan kesengalan internet dan line Skype beliau.

Mesyuarat yang pada awalnya dibuka dengan cukup baik, dengan bacaan doa dan sedikit tazkirah dari Ustaz Raimi selaku Dr Cinta di forum ilivislam.com tidak dapat ditutup sebaik pembukaannya. Ini kerana pada akhir-akhir mesyuarat, secara tiba-tiba semua line Skype hilang dan tidak lagi boleh bercakap seperti biasa. Hanya boleh menulis seperti conference YM.

Secara keseluruhannya, mesyuarat pada malam itu memberikan satu pengalaman yang baru buat diri aku kerana pada hakikinya, jika sebelum ini kebanyakan mesyuarat dialam realiti yang aku hadiri, aku tidaklah seberani dan selantang ketika mesyuarat pada kali ini, lebih banyak berdiam dan mencatat sahaja isi mesyuarat yang dibincangkan. Tapi kali ini alhamdulillah, perasaan untuk turut sama berkongsi pendapat dan melontarkan pandangan membuak-buak, sehinggakan adakalanya terpaksa me'request' untuk bercakap, dan sesekali terpaksa dipotong oleh ahli lain kerana terlalu lama bercakap. Mungkin juga kerana aku bercakap yang tiada isi, orang bosan mendengar, maka tanpa segan silu memotong line aku..haha

Alhamdulillah, satu hari yang padat dengan aktiviti yang cukup bermanfaat. Walaupun badan penat, tapi kerana semangat dan keikhlasan yang hadir dalam diri sesekali menghilangkan kepenatan yang sedang ditanggung badan. InsyaAllah semoga ini bukanlah hari terakhir untuk aku merasai kepenatan dalam keseronokan seperti hari ini. Aku ingin terus bergerak, bergerak sederas air terjun yang tinggi, tidak pernah mengenal erti penat lelah dan bosan. Sebaliknya, aku tidak mahu menjadi seperti air yang tenang dan tidak mengalir, kerana seseorang yang diam dan tidak bergerak itu, bakal dibunuh oleh kelapangan masa yang dimilikinya.

Jadi, bergeraklah dan isilah masa lapangmu seboleh yang kamu mampu dengan perkara-perkara yang berfaedah dan boleh memberikan manfaat buat dirimu. Biar kamu penat didunia, biar masa berseronok dan rehatmu tidak cukup untuk kamu nikmati, asalkan akhirat kelak menjadi tempat istirehat dan keseronokan yang yang abadi buat dirimu. InsyaAllah... Jom bizikan diri..^^,

* P E D U L I *
Read rest of entry

Tuesday, May 19, 2009

Mencari Pasal Di Booth Iluvislam.com

Jeng3.. Cuba teka, apakah yang telah incik lisam buat semalam sehinggakan dirinya kepenatan lalu menyebabkan kemengantukan yang teramat sangat, lalu dirinya tersengguk-sengguk dikala berada didalam kelas *3P sepanjang hari tadi? Mujurlah nasibnya baik, walaupun berada dibarisan kedua dari depan, tapi instructornya tidaklah menegurnya dan memalukannya didepan kawan-kawan yang lain..ekeke

Semalam (17 Mei 2009), buat kedua kalinya diberikan peluang dan keizinan oleh Allah swt untuk aku sama-sama bersama dengan krew Iluvislam.com sempena dengan karnival kerjaya dan keusahawanan yang diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kalau dulu (semasa Book Fair di tempat sama), Iluvislam hanyalah menumpang di booth Nufair Street, itupun menumpang barang jualan saja, tidaklah mendapat keseluruhan booth itu untuk dikonker oleh kami puak-puak krew, tapi kali ini rezeki menyebelahi kami kerana dengan bantuan dan sponsor dari Al-Ansar Group, kami berjaya mendapatkan booth sendiri.

Pada awalnya, plan asal nak pergi pada hari kedua karnival, iaitu sehari sebelumnya. Tapi keadaan tak mengizinkan dimana tak sempat nak keluar dari Shah Alam pun, hujan turun mencurah-curah. Terus batalkan niat, patah balik ke rumah sewa. Baju pun dah basah, jadi tak ada gunanya juga aku nak pergi. Terus pasang niat, insyaAllah tengahari keesokkannya nak usaha juga sampai ke sana.

Alhamdulillah, walaupun dah bangun awal keesokkan harinya, tapi terpaksa juga gerak agak lewat, kerana masalah sendiri yang cipta. Merempitlah aku ditengah panas yang terik tengahari tersebut. Nak dijadikan cerita, motor ni memang aku dah tahu ada masalah dengan bahagian tayar belakang. Sedang syok-syok merempit, sampai satu selekoh motor jadi hilang kawalan, tayar belakang dah huyung-hayang. Cuba brek, tapi motor tetap jalan gak. Dah gelabah semacam, tapi cuba juga tenangkan diri, kawal handle motor sebaiknya supaya aku tak jatuh. Dalam kepala memang dah bermain bayangan akan tergolek cium jalan je hari tu, tapi alhamdulillah, motor aku hanya bergensel dengan penghadang jalan, menyebabkan kaki aku turut sama tergengsel, dan meninggal kesan pada seluar. Kaki aku pula, free free saja dapat beberapa sticker disebabkan genselan tersebut.

up_view
Pemandangan dari tingkat 2 sebahagian dari booth yang mengambil bahagian.. Skodeng time..hehe

Sampai kat PWTC, macam biasa akan daftar dan upload resume. Konon-kononnya nak mencari kerja la. Tapi niat kat hati memang tiada perancangan sangat pun nak cuba cari kerja kat sana, cuma sekadar pasang niat nak pergi melawat booth Iluvislam je, sambil-sambil jumpa dengan krew yang ada. Al-maklumlah, selama ni hanya dialam maya cuma, sekarang ni la nak tengok macam mana rupa mereka-mereka yang sama-sama bekerja disebalik iluvislam itu sendiri. Dengan harapan, ada la muka-muka baru yang tak pernah jumpa lagi masa gathering book fair dulu.

Masuk saja kat dewan tu, dah pening-pening. Dengan manusia yang macam semut hitam menghurung sisa-sisa aiskrim, booth yang memang tak cukup jari kaki dengan tangan nak kira, otak dah ligat berfikir macam mana nak cari booth iluvislam dalam keadaan yang macam ni. Tempatnya cukup luas, kalau nak round satu-satu booth, memang makan masa yang lama. Tapi tak apa, cuba dulu cari setakat yang termampu. Dah agak lama berlegar-legar macam pencacar takda arah, akhirnya telefon Imran, presiden iluvislam, nak tanya booth ada kat mana. Tapi tak berjawab. Alternatif lain, mesej salah seorang krew yang dah pergi sehari sebelumnya. Katanya booth ada kat tingkat 2, bukannya kat tempat yang aku duk cari tu. Patut la, sampai maghrib lusa pun tak akan jumpa kalau macam ni. Dah gelak sorang-sorang masa mesej dengan sahabat tu. Lepas tu imran telefon balik, cakap dia ada meeting kat luar. Maknanya tak dapat la nak jumpa dia lagi hari tu.

ehsan
Ehsan, memberikan penerangan kepada salah seorang pengunjung booth Iluvislam..

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai kat booth iluvislam lepas dah separuh tenaga duk mencari kat tingkat bawah. Sampai sana, tengok-tengok ada 2 muka yang memang aku dah pernah tengok sebelum ni, Masyitah dan Rosniza. Hah, budak 2 orang ni lagi, nak je aku pok pale dorang ni..haha.. Dan seorang lagi,Ehsan, PA presiden iluvislam. Termasuk aku, maknanya hanya 4 orang krew yang hadir pada hari tu. Sampai la ke petang, hanya kami berempat saja yang mencari pasal di booth berkenaan. Cuma dalam jam 4 petang baru la Ustaz Handphone (wewr) iluvislam sampai. Itu pun cuma sekejap sempat duduk berborak dengan beliau. Katanya nak pergi melawat kat booth lain pula.

masyitah
Masyitah, mendengar pertanyaan dari pengunjung yang berminat dengan Iluvislam. Tapi jelas kelihatan, Masyitah kebingunan dan ke'blur'an, memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan. Hanya mampu melihat dan merenung mata jejaka didepannya. Berkenan agaknya..

Kerja bila kat booth tu, macam biasalah akan mempromot iluvislam kepada sesiapa saja yang lalu didepan booth kami dengan mengedarkan brochure iluvislam dengan senyuman kambing tahap ke-3, disamping memberikan penerangan jika mereka ada bertanya apa-apa soalan. Aku ni bukannya jenis pandai sangat nak memberi penerangan, lebih-lebih lagi bila bertanyakan berkenaan al-Ansar Group. Memang penerangan yang ntah papa jela aku berikan. Tapi dorang semua angguk jela, bukan dorang tahu pun aku tak tahu macam diorang..muahaha..

Biasanya aku akan pass kat mana-mana anak dara 2 orang yang ada tu. Kebetulan Rosniza memang ambil kos perniagaan, jadi bab promot mempromot ni serah jela kat dia. Kompem terpegun punya orang mendengarnya, dengan semangat yang membaranya, nasib la yang kena tahan telinga diorang berdua tu bagi penerangan. Aku? Part penerangan pasal iluvislam boleh la kau berikan. Apa itu iluvislam, macam mana nak daftar dan bagaimana nak mula berforum tu boleh la aku tunjuk sikit-sikit kat diorang.

rosniza
Seorang pengunjung berpangkat makcik begitu ghairah dan berminat mendengar penerangan dari Rosniza berkenaan laman forum Iluvislam, dan Rosniza cuba mencucuk jarum agar makcik itu mendaftar sebagai ahli supaya dapat membaca artikel keluaran beliau..

Dan sempat juga aku menjawab persoalan dari seorang pakcik yang lagak seperti seorang ustaz yang mempersoalkan berkenaan ayat yang digunakan pada brochure iluvislam, iaitu "Do You Love Islam?". Kerana dia bimbang ada yang mempermainkan persoalan yang ditulis di brochure itu sehinggakan boleh menyebabkan jatuh fasik. Aku sempat juga menjawab balik persoalan dia tu beberapa kerat, tapi memandangkan lagaknya bagai seorang ustaz dan aku cuma ustaz celup yang tidak diiktiraf pun, aku hanya senyum dan mengangguk saja yang dikatanya.

brochure
Antara brochure Iluvislam yang diberikan percuma, namun masih ada yang tidak sudi mengambilnya..sob3x..

Apa yang membuatkan aku rasa terpegun dan bangga la juga, apabila ada antara yang datang dan memberikan reaksi yang mereka memang kenal iluvislam tu apa. Ada tu, sampai terkejut bila nampak booth iluvislam, tak sangka agaknya dapat jumpa iluvislam secara live kat depan mata diorang. Yang aku nak highlightkan disini sebenarnya, iluvislam telah berjaya memperkenalkan produknya di masyarakat luar sana. Perkataan iluvislam itu sendiri semacam sudah tidak asing, gah seperti nama-nama besar lain. Bila nampak logo iluvislam saja, orang dah tak kekok melihat dan mendengarnya. Kerana rata-rata yang datang pun menyatakan mereka pernah mendengar dan melihat iluvislam sebelum ni. Alhamdulillah, mr presiden berjaya dalam visi dan misinya untuk memperkenalkan iluvislam kepada masyarakat umum, khususnya di Malaysia dan dunia amnya.

Dalam jam 6 petang, bertolak ke Bangi kerana ada urusan di rumah kakak. Cadangnya nak pulang malam nanti ke Shah Alam, kerana keesokkannya aku ade kelas 3P, tapi terpaksa menumpang tidur disana kerana hujan yang tidak henti-henti sehinggalah ke lewat malam. Ditambah dengan penat dan mengantuk, akhirnya ambil keputusan untuk balik lepas subuh pagi esoknya saja. Dan disebabkan itulah, harini badan terasa amatlah penat dan mata memang tak dapat nak dibendung lagi dari terus terhangguk-hangguk didalam kelas.

together
Antara krew yang menyemak di booth Iluvislam pada hari berkenaan. Kelihatan unknown user disana, tidak dapat dikenal pasti kenapa dan bagaimana ia boleh mencelah di dalam gambar ini.. Mencari prublisiti murahan agaknya.. Dasar tak laku~

Secara keseluruhan, alhamdulillah seronok berada dan bekerja untuk iluvislam. Ukhuwah yang terbina dikalangan kami aku dapat rasakan amat kuat, walaupun selama ini hanya berurusan di forum, tidak pernah bersua muka kecuali tulisan dan avatar sahaja, tapi ternyata keakraban itu tetap dapat dirasai juga bila dialam realiti. Tidak rugi dan tidak terasa penat lelah bekerja bila hati ikhlas tertaut kerana Allah swt. InsyaAllah, semoga kami terus kuat dan tetap dalam perjuangan kami untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

* 3P - Program Pentauliahan Professional

* T E T A P D I S I S I *
Read rest of entry

Sunday, May 17, 2009

Seorang Ibu & Guru

"Pakcik, semalam hari guru, sebelum tu hari ibu, tak ada apa-apa yang nak ditulis ke pasal dua hari yang penting tu? Pakcik ni takda ibu ke? Cikgu pula semua dah meninggal ke? Err.. Sukati je nak kata macam tu ye. Aku cili kan mulut tu baru tau"

Hehe..tapi betul la kan. Kalau disingkap kembali kisah silam (ceewah..silam la sangat), tahun lepas pun takda rasanya entry pasal kedua hari ni. Jadi adakah aku ini tergolong dalam kalangan insan-insan yang tidak menghargai kehadiran kedua insan ini? Kalau betul la macam tu, alangkah sedihnya diri ini..sob3x..

Kat dalam dunia ni, jika ditanya siapa yang tiada ibu? Semua orang ada, kecuali nabi Adam as dan Hawa saja yang Allah ciptakan bukannya melalui perantaraan rahim ibu. Aku, kau, kamu, diorang, makcik, pakngah, jiran, pak mat tempe, ketua kampung sebelah, malah seorang ibu pun mempunyai ibunya sendiri. 

Jadi apa significant nya hari ibu ini disambut? Kenapa kita perlu mempunyai hari untuk memperingati insan bernama ibu? Lebih baik diwujudkan hari memperingati diri sendiri sebagai tanda kewujudan kita didunia ni. Kan..kan..kan? Jawapannya senang, kerana dia adalah seorang ibu, bukan bapa mahupun anak, jika tidak hari ini tidak akan diberikan nama hari ibu. Betul tak? kui3..

Pentingnya seorang ibu itu pada seorang insan bergelar anak cukup besar. Jika di ambil analogi sebuah bangunan, ibu itu ibarat tapak yang terbenam dibawah struktur bangunan, kukuh mencengkam tanah, sanggup dirinya dimakan anai dan tanah hitam, tapi atas kesanggupan dan keikhlasannya untuk melihat bangunan itu hari demi hari naik sedikit demi sedikit, demi mengharapkan bangunan itu tetap stabil untuk naik lebih tinggi, ia sanggup dirinya dipijak, ia sanggup dirinya terkorban, atas kapasiti untuk melihat sebuah bangunan itu tegak berdiri. Tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

Begitulah perumpamaan seorang ibu. Pengorbanannya untuk membesarkan anak, sejak dari hari pertama ia masuk ke dalam rahim ibu, ia telah pun dijaga rapi, dibelai dan dimanja setiap masa, demi memastikan janin didalam perutnya dapat membesar dengan sesempurna yang mungkin. Bila dah sampai masa untuknya keluar, si ibu terpaksa bertarung dengan nyawanya sendiri. Kesukaran, kesakitan dan juga kepenatan untuk melahirkan seorang insan yang bergelar anak, tidak mungkin akan dapat bayangkan saja tanpa merasanya sendiri.

Setelah selamat keluar, anak itu dididik, disuapkan makanan, diusapnya kepala anak saban hari, diajarnya si anak itu merangkak, berdiri, bertatih dan seterusnya berjalan sehinggalah mampu berlari. Dengan penuh kesabaran setiap hari ibu melayan kerenah si anak ini tanpa rasa penat mahupun mengharap apa-apa balasan dari sesiapa pun. 

Jika nak ceritakan keseluruhan pergerakan peringkat pengorbanan seorang ibu, memanglah tidak mampu untuk aku tulis kesemuanya. Sebab terlalu banyak dan besar. Tidak hairanlah pabila ibu dinobatkan sebagai insan kedua yang perlu ditaati dan dihormati selepas Allah & Rasul-Nya 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Ya, 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Biarlah aku seorang lelaki yang bakal bergelar bapa suatu hari nanti, tapi aku sokong dengan kenyataan ini. Jika aku mempunyai anak pun nanti, pasti aku akan ajarkan anak-anakku untuk lebih mentaati ibu mereka berbanding mentaati diriku sendiri sebagai bapa mereka. Kerana aku sedar, kepentingan dan keperluan untuk mereka mentaati ibu mereka lebih besar berbanding pada diriku.

Bunyinya macam aku lah bakal menjadi suami dan bapa yang paling mithali didunia ini, mungkin lebih perasan lagi jika dikatakan akulah lelaki melayu Islam terakhir yang akan buat benda ni..haha.. Tapi takpa, atas keperluan untuk berniat menjadi seorang yang aku harapkan seperti itu, jadi tidak mengapalah untuk aku berangan dan berperasan sendiri. Korang nak jeles dan meluat, lantak la. Itu bukan urusan aku..muahaha

Tinggalkan dulu kisah pasal ibu. Sekarang masuk pula bab guru. Apa yang aku nak repekkan pasal guru ni pun aku sendiri tak tahu lah. Yang penting, semua orang dah tahu siapa tu guru, siapa tu cikgu, siapa tu cikgu besar, cikgu PK HEM, cikgu disiplin dan juga cikgu cikgi. Kan..kan..kan?

Teringat masa sekolah rendah dulu. Pernah sekali masuk bilik guru disiplin, bukan atas sebab yang boleh dibanggakan, tapi atas kesalahan yang dibuat. Masa tu dah la aku ni seorang pengawas, the only pengawas yang kena denda pada hari tu. Sebabnya, kenakalan memanjat syiling bilik stor sukan. Dan oleh kerana aku seorang pengawas, aku telah dirotan sebanyak 2 kali, 1 kali lebih dari kawan-kawanku yang lain. Malu tu tak leh nak cakap, tapi nasib baik masa tu baru umur 12 tahun, malu ni bukanlah satu benda yang cukup diambil kira sangat. Orang nak kata apa pun, lantak pi la, yang penting aku hepi..haha

Sekarang, tiap kali tiba hari guru, sesekali kenangan kepada zaman sekolah dulu terimbau kembali dibenak kepala. Walaupun dah lebih 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan, tapi kenangan dan gambaran pada suasana sekolah tu masih segar diingatan. Muka setiap seorang guru yang pernah mengajar ku dulu memang masih segar. Kawan-kawan lagi lah. Kerinduan yang memang dah teramat sangat pada mereka semua. Sekarang ni, masing-masing dah ada hidup sendiri. Yang dah kahwin, yang dah ada anak, yang baru habis belajar, yang dah kerja, yang dah selamat menjadi tetamu Allah pun ada. Terlalu cepat masa berlalu. Pantas, seperti baru semalam aku ditemani abangku mendaftar ditingakatan 1, terhegeh-hegeh menggalas beg berisi penuh buku. Kalau pada masa tu, abangku baru saja ditingkatan 5, tapi sekarang dah pun mempunyai seorang cahaya mata. Cepat sungguh tua menghinggap diri. Yang pasti, setiap detik yang berlalu, selangkah ia mendekatkan kita pada kematian. Muhasabah diri...huuu

Guru, selalu dianalogikan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada orang disekelilingnya. Berkorban apa saja, masa dan tenaga untuk memberi ilmu kepada anak bangsa. Kehadirannya juga cukup bermakna, kerana tanpanya makan mungkin seorang insan bergelar lisam ini mampu untuk menaip sepanjang ini. Berfikiran sebegini, berada ditempat sebegini, dan menjadi seperti dirinya sekarang ini. Ini tidak lain tidak bukan, hanyalah asalnya dari seorang guru yang biasa cuma. Kesabaran dan ketekunan mengajar tiap bait huruf dan nombor dengan harapan anak muridnya ini mampu untuk menjadi seorang insan yang berguna pada bangsa dan agama suatu hari nanti.

Semua orang juga sudah sedia maklum dengan pengorbanan dan keperluan seorang guru. Kehadirannya juga penting, sama seperti seorang ibu. Tapi sama sekali tidak boleh disamakan dengan seorang ibu. Seorang ibu boleh dianggap guru kepada anak-anaknya, tapi seorang guru tidak mungkin sama sekali boleh dianggap sebagai seorang ibu kepada anak muridnya. Bukan bias ataupun tidak menghargai pengorbanan seorang guru, cuma mengenangkan pengorbanan seorang ibu itu tidak mungkin boleh disamakan dengan pengorbanan seorang guru. Seorang guru mungkin boleh menjadi ibu ketika dikelas cuma, tapi selepas kelas, bukanlah mejadi tanggungjawabnya lagi untuk menjaga dan mengawal anak muridnya. Berbanding dengan seorang ibu, sehingga ke akhir hayat, pasti akan dijaga dan dikawal rapi keselamatan anak-anaknya.

Okeh, habis cerita berkenaan ibu dan guru. Harini pun dah masuk 17hb, sepatutnya ditulis entry ini 2 hari lepas lagi. Tapi atas sebab keengganan tuan punya blog dan juga takdir yang telah ditetapkan, maka tertulislah ia pada malam ini. 

Dikesempatan ni juga nak ambil kesempatan meraba dan mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh ibu, termasuk kakak ku yang bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi, insyaAllah bulan 8 nanti, dan yang paling teristimewa kepada ibuku di kampung yang terlalu disayangi dan dirindui. Dan tidak lupa, ucapan selamat hari guru kepada seluruh insan yang bergelar guru tidak kiralah pernah mengajar aku selama ini mahupun tidak pernah kenal pun korang tu adalah guru. Moga terus thabat dalam perjuangan mendidik anak bangsa menjadi seorang makhluk bergelar manusia kelak.

p/s: siapa yang masih single mingle, cantik molek, pinggang ramping pamping, pipi bak pauh dilayang, betis bak bunting padi, sila lah isi borang untuk menjadi calon zaujah pakcik. Jika diizinkan, selepas ditapis oleh lembaga disiplin masjid kg baru, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga secara terbuka..ngehehehe~

*
I K A T J A N J I *
Read rest of entry

Friday, May 15, 2009

Sekitar Hari Presentation FYP

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk mengecap nikmat hidup didunia yang sementara ini dan masih lagi dapat merasa nikmat pemberian-Nya yang cukup besar dan bermakna, nikmat Iman dan juga Islam.

Semalam berakhirnya presentation Final Year Project untuk fakulti aku yang telah selamat berlangsung selama 3 hari melibatkan kesemua pelajar final semester. Setelah berhempas dan berpulas-pulas menyiapkan benda alah bernama fyp ni, akhirnya Allah permudahkan juga kami semua untuk mem'present'kan hasil kerja dan air tangan kami ini pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, aku rasakan semuanya berjaya mempersembahkan projek masing-masing dengan sempurna. Kecuali segelintir kes terpencil yang tidak sedap didengar. Harap-harap Allah permudahkan pengredan diorang tu, dan tak lupa juga proses pengredan untuk aku sendiri.

Malam ini baru berkesempatan untuk menulis disamping meng'update' blog yang dah agak berhari ditinggalkan ni. Semalam tak sempat nak buat apa-apa, sampai ke kat rumah hari dah hampir gelap. Malam selesaikan beberapa kerja yang terbengkalai sebelum mula membuka internet. Terfikir nak format laptop pula, sebab memang dah terniat nak format laptop ni lepas saja selesai presentation. Nak buang segala macam benda yang dah diinstall dan segala macam benda alah bernama patch dan crack yang kadang-kadang membawa masuk bersama worms, virus, trojan horse dan juga backdoor program yang memang akan memberi efek kepada sistem komputer. Antaranya lembab, liat, dungu dan juga bebal. Itu pun aku tertidur sambil format, sedar-sedar kawan aku kejutkan untuk solat subuh.

Eh, tertulis panjang dan merepek-repek kearah lain pula. Sebenanrnya nak kongsikan gambar je ni. Jadi, jom layan. Aku sertakan dialog sekali untuk tatapan rohani dan jasmani korang..muahaha.. Ops, kejap. Maaf la ya kawan-kawan coursemate ku, dengan sengajanya tidak meminta izin kalian dulu sebelum menempel gambar-gambar ini diblog ambo. Ambo bukan gapo, sajo nok kasik demo-demo sumo jadi tatapan dan kenangan dalam belog ambo nih. Lepah nih dok tahu dok bilo pulok buleh jupo key? Jadi ambo mitok maah dulu-dulu la deh..zaasss


acik
Examiner: Eh, silap report la..
Acik : Emm..
ainun
Ainun: Macam ni puan, mula-mula..
Examiner: Eh, boleh tahan budak ni

ara
Ara: Puan, sistem saya ni kan..
Examiner: Eh, betul ke? Tipu ea..
arif
Arif: Begini dr, tera-wurfl ni ada...
Examiner: Ala, aku dah tahu laaa..

ayen
Ayen: Ha, bila kita tekan sini..
Examiner: Apela budak ni buat..

boh
Examiner: Apa awak buat?
Boh: Saya buat tak tahu je dr..

ella
Ella: Haa, tengok tu puan..
Examiner: Ye, saya tengok la ni..

fairuz
Examiner: Awak jual laptop ke?
Fairuz: Tak puan, saya jual budu..

fatin
Examiner: Awak ni sengih je dari td
Fatin: Heee....excited

ida
Ida: Puan, tengok la sini..
Examiner: Kejap la..nak baca ni..

irda
Irda: Cepatla puan, tak tahan ni..
Examiner: Nanti la, nak tengok ni..

izah
Izah: Sistem saya tak jalan puan..
Examiner: Dah takda kaki..

man
Man: Ha, kita tekan sini, sini, sinung
Examiner: Ooo..ooo...ooo...

matju
Examiner: Apa ni?
Matju: Ni namanya skrin laptop..

min
Examiner: Terangkan sikit kat saya..
Min: Err..err..err..

nana
Nana: Puaan, macam ni puan..
Examiner: Iyee..saya dengar ni..

naza
Examiner: Salah ni, bukan camni..
Naza: Mana ada, dah betul tu dr..

nik
Nik: Ha dr, kan dah leh on..
Examiner: Saya pun boleh..

rizam
Examiner: Mana pergi page 45?
Rizam: Ha, ada kat sini la dr..

sue
Examiner: Baca doa makan sikit..
Sue: Allahumma baariklana...

tiey
Tiey: Cantik kan sisyem saya?
Examiner: Yelaa..cantik laaa

ummi
Ummi: Eh puan, silap tekan laa..
Examiner: Ye ke, patut kuar dinosor

ustak
Ustak: Ni friendster saya en..
Examiner: Add saya sekali tau..

za
Examiner: Berapa harga phone tu?
Za: Saya dapat free je puan..

Okeh, ni saja gambar-gambar yang sempat aku snap menggunakan kamera handphone aku je. Pada yang takda tu, mitak maaf banyak-banyak, samada tak sempat ataupun tak teringat nak snap gambar korang. Apa-apa pun, tahniah kepada yang telah berjaya menghabiskan projek kalian. Moga-moga Allah kurniakan kejayaan buat kita semua. Bagi yang baru nak ambil sem depan, moga kalian tabah dan bersabar dalam usaha menyiapkan projek ni. Penat, tak dapat nak mengulas lebih lanjut..

* J A N G A N L E P A S *
Read rest of entry

Saturday, May 9, 2009

Persinggahan Sementara

Sedang asyik menziarah blog kawan-kawan, satu sms tiba-tiba masuk. Tanggapanku mungkin mesej peringatan dari kawan-kawan, aku biarkan seketika dalam meneruskan bacaanku diblog kawan. Tidak lama selepas itu, aku capai telefon dan membuka mesej yang sampai.

"Kenal lagi tak kawan kita Naim?  Aku baru boleh berita Naim dah meninggal. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah. Moga roh dicucuri rahmat..amin."

Terkedu seketika. Ini dah berita ketiga yang aku terima berkaitan kematian kawan terdekat dan kawan yang pernah sama-sama belajar sekelas dahulu. Yang pertama, kawan perempuan masa sekolah rendah. Meninggal kalau tak silap, masa umur 14 tahun, tingkatan 2. Yang kedua, kawan satu dorm masa tinggal kat asrama sekolah dulu. Meninggal ketika dalam tingkatan 4. Sewaktu aku tanya ustaz merangkap warden asrama dulu, dia hanya cakap biasalah, orang baik ni Allah ambil nyawa dia awal, nanti tak banyak dosa yang dia buat. Ya, aku akui benda ni. Sebab arwah memang seorang yang baik dan cukup menjaga amal ibadatnya. Seringkali menjadi iman menggantikan diriku yang kadang-kadang suka mengelakkan diri.

Tapi yang ketiga ni, aku sedikit terkilan dengan cara kematiannya. SMS pertama yang aku terima, hanya memberitakan berkenaan kematiannya tanpa disertakan sebab dan musababnya. Aku hanya diamkan saja la, tak mahu pula aku sibuk-sibuk bertanya kawan aku tu. Kalau dah mati tu, mati la kan. Sebabnya tiada lain dah, kerana ajalnya dah sampai, Allah dah tetapkan hari ini beliau akan meninggal dunia, maka mati lah hamba Allah ini kan. Betul tak?

Selepas isya' tadi, mak pula telefon. Pertanyaan pertama biasalah, balik bila, balik ke tak malam ni, sebab kebetulan kakak aku balik Terengganu malam ni. Biasanya memang aku ikut sama, al-maklumlah free of charge, makan pun ditanggung, duit masuk tandas je kena bayar sendiri, itupun kalau ada tanda yang berbayar kerana R&R sepanjang LPT semuanya tandas free.

Mak kalau telefon je anaknya ni, mesti ada punya cerita yang nak dikongsi, hot story, cool story, sedan-sedan story, semua ada. Dan berita yang mak aku bawakan, memang pasal arwah tadi juga. Kata mak, mengikut sumber yang mak dapat, arwah meninggal kerana membunuh diri dengan menggantung diri didalam biliknya menggunakan kabel elektrik. Astaghfirullah, memang aku tak tahu nak cakap apa la masa tu.

Apa yang ada dalam kepala aku tadi hanyalah, balasan Allah pada orang-orang yang membunuh diri. Azab Allah seolah-olah bermain didepan mata ku. Sedih mengingatkan seorang sahabat, seorang muslim, mati dengan sia-sia. 23 tahun menetap dibumi Allah ini, tiada apa-apa erti baginya, malahan satu bekal pun tidak dapat dibawanya untuk berjumpa Allah kelak. Matinya mati katak, mati yang tiada nilai dan mati yang tiada erti bagi Allah swt.

Istighfar panjang aku mengenangkan kejadian ini. Jika diri dirundung masalah, tekanan hidup dan perasaan sekalipun, bunuh diri mungkin boleh dianggap satu jalan yang terbaik untuk menghilangkan tekanan tersebut. Tapi itu cuma jika dipandang pada sudut nafsu dan duniawi semata-mata tanpa memikirkan soal akhirat dan hari pembalasan kelak. Jadi, jika dikaji dan dilihat secara mendalam, bunuh diri bukanlah suatu jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari tekanan hidup, malahan dengan bunuh dirilah merupakan titik permulaan kepada masalah hidup yang lebih besar tidak akan berkesudahan, sampai bila-bila. Matinya tidak ubah seperti matinya seorang kafir yang tidak pernah kenal apa itu Islam dan apa itu Allah. MasyaAllah..

Sesekali berita sebegini menjengah telinga, terasa insaf menyelubungi diri. Ternyatalah, hidup kita ini cumalah persinggahan sementara cuma. Tiada yang kekal dan tiada yang abadi didunia ini, semuanya pasti akan meneruskan perjalanan yang amat jauh menuju satu destinasi yang pasti antara dua. Samada syurga, mahupun neraka. Itulah destinasi terakhir kita. Dunia ini tidak ubah seperti sebuah persinggahan tempat melepas lelah, seketika cuma. Saat kita lahir, diazankan ketelinga, dan saat kita mati, mayat kita disolatkan. Singkat sungguh usia kehidupan kita ini. Cuma diantara waktu azan dan solat. Terlalu singkat. Amat singkat.

Ya Allah, mana mungkin waktu yang sesingkat ini boleh menjadi waktu untuk aku mengumpul bekalan menuju akhirat-Mu kelak ya Allah. Terlalu banyak masa yang kami bazirkan kearah jalan yang tidak Engkai redhai ya Allah. Ampunkan khilaf kami ya Allah, kami selalu lalai dan kami selalu saja melupakan-Mu ya Allah. Kuatkanlah iman dan pegangan kami kepada ajaran-Mu ya Allah, moga mati kami kelak, mati dalam keadaan yang Engkai redhai. Amin...

* P E R G I J U A *
Read rest of entry

Tuesday, May 5, 2009

Tamat Sudah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat juga aku hadir ke majlis yang cukup indah, cukup ceria ini demi memenuhi undangan yang telah aku terima beberapa minit yang lepas, iaitu majlis membebel dan mengarut diblog yang kembali menghitamkan dirinya dengan bantuan dan paksaan tua punya blog..ngehehe

Intro yang tidak boleh belah..haha.. Bajet dapat undangan nak bagi ceramah ke? Tak layak. Diri sendiri pun tidak terceramah lagi, ada hati nak bagi ceramah kat orang lain. Anak kucing pun belum tentu lagi nak dengan cerah dan mas aku ni.

Sebenarnya, hari ni saja je nak menunjuk-nunjuk sikit. Al-maklumlah, dah habis final exam. Masa ni la rasa nak merilekkan diri sendiri disamping mengganggu dan menunjuk eksyen kepada kawan-kawan yang belum habis lagi..haha.. Padan muka korang. Aku dah merdeka, dah bebas dari belenggu buku, nota dan slide notes yang berjela-jela panjangnya. Menyakitkan mata dan menjadi ubat paling mujarab untuk cepat mengantuk. Paling seronok, hari ini merupakan kertas terakhir bagi ijazah yang aku ambil ni. Amacam, seronok bunyinya kan? Jangan jeles..kehkehkeh..

Amboi, gelak sakan nampak. Paper tadi boleh jawab ke tidak? Kompem lulus ke? Erk.. Tersentak kejap. Apa yang boleh aku katakan berkenaan paper petang tadi hanyalah, itu merupakan kertas peperiksaan yang paling teruk aku pernah jawab selama bergelar pelajar. Tidak termasuk masa sekolah rendah mahupun menengah kerana pada masa tu aku baru belajar apa itu A B C dan 1 2 3. Jadi, sekarang ni memang tak tahu la. Lulus ke tidak, tak pasti. Yang aku mampu lakukan hanyalah tawakal pada Allah. Mitak-mitak Allah lembutkan hati examiner bila menanda kertas jawapan aku. Soalan yang keluar memang tak pernah dijangka langsung. 30 bab menghafal, 70 bab mengira. Memang tak patut, sebab subjek tu core dia bukan mengira, tapi banyak menghafal. Entah, semua tak sangka, semua mengeluh.

Dah, malas nak cerita pasal paper tadi. Let it be what it wanna be..heh

Hari ni rupa bentuk belog ni bertukar lagi. Nampaknya kembali menjadi belog hicin (hitam+cinta)..hehe.. Mungkin aku dah dilahirkan untuk mempunyai belog yang berwarna hitam kot, bila tengok putih je, aku rasa tak berkenan, kurang menarik, kurang tertarik dan kurang sekurang-kurangnya, susah aku nak setting bagi ceria. Aku sendiri pun kalau vote pada poll yang lepas tu, memang aku akan vote tak cantik. Jadi, kepada yang vote tak cantik tu, terima kasih banyak-banyak kerana anda telah membuat pilihan dan nilaian yang baik..ekeke

Kat bawah ni keputusan untuk poll yang lepas. Walaupun sepatutnya poll tu tamat esok, tapi aku malas nak tunggu lama. Sakit mata tengok blog sendiri.

poll_1

Tak sangka, ramai la pula kata cantik. Ikhlas kata cantik ataupun saja-saja nak ambil hati aku kata cantik tu aku tak tahu la. Tapi apa-apa pun, aku hormati keputusan korang dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasih bagi sesiapa yang sudi mengundi, bagi yang tak mengundi jangan kecewa jangan hantuk kepala, kerana yang pasti tiada hadiah yang aku nak bagi kepada sesiapa yang mengundi.

Untuk template ni, aku malas dah nak buat benda alah nama poll tu. Sebab aku yakin, pasti semuanya akan mengundi kata cantik..haha.. Kompiden pelik je. Tak kesah la, yang penting tuan punya blog dah puas hati. Puas hati lebih dari template hitam yang dulu. InsyaAllah, akan cuba menceriakan lagi suasana blog ni dengan bermacam-macam benda alah lain. Bak kata yuna, dia bagi cadangan mitak letak bunga biar bagi ceria lagi. Tapi cadangan terpaksa ditolak kerana tidak mahu disalah sangka sebagai perempuan lagi. Dah malas nak layan lelaki-lelaki yang cuba mengorat aku dulu. Kalau perempuan tu boleh kensider lagi..haha..

Dah, nak sambung mengorek idea nak buat poster untuk FYP presentation pula ni. Esok dah kena submit. Dari tadi, baru siap background dan tajuk je. Bosan-bosan dah takda idea, tu yang tetiba idea lain datang, lain yang diminta, lain yang dapat. Macam hidup kita ni la, kadang-kadang bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat sebijik macam apa yang kita minta, kerana pada hakikatnya Allah lebih mengetahu apa yang tebaik untuk setiap hamba-hamba-Nya. Tapi mengarut di blog ni baik ke? Mungkin.. Ha, dah dapat idea untuk poster..ekeke.. Adios~

* I N G I N B E R S A M A *
Read rest of entry

Sunday, May 3, 2009

My Last Paper

Esok merupakan kertas terakhir untuk aku duduki selama mana zaman belajar yang aku telah lalui ini. Jika dihitung ditambah bahagi serta ditolak, tempoh belajar aku telah pun mencapai ke tahun yang ke 16. Tadika (3 hari je kot, lepas tu nangis-nangis tak nak pergi dah..haha), sekolah rendah (6 tahun.. nasib baik tak ada darjah tujuh kan.. bunyi pun dah pelik..ngeee), sekolah menengah (paling best, kenangan sampai bila-bila tak akan lupa punya), diploma (3 tahun.. zaman mengenal apa itu erti dunia) dan sekarang ijazah (place where I've found myself and why I've sent here by Allah to this world to be His khalifah). 

Ha, lebih separuh dari masa hidup didunia ini dihabiskan dengan belajar. Belajar ni bermaksud belajar di dalam kelas, bilik kuliah dan pengajaran secara formal, bukannya proses belajar yang tidak formal sehari-hari, belajar naik bas, belajar makan nasi ataupun belajar mengorat anak dara orang, sebab tuntutan belajar itu sendiri tidak akan habis selama mana roh bersama jasad. Sampai ke liang lahad pun nanti akan diajar juga ilmu untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya malaikat. Soalan bocor, tapi kita wallahua'lam belum tentu dapat jawab lagi.

Esok juga hari untuk menghantar tesis projek tahun akhir yang telah berjaya aku siapkan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa bersengkang mata selama beberapa hari sehingga ke subuh, pernah tidak tidur selama lebih 24 jam, makan pun boleh lupa, mujur ada insan yang kadang-kadang sudi ingatkan, tapi hasil yang dapat aku lihat sekarang cukup membanggakan. Tebal, padat dan telah banyak menghabiskan wang ringgit ku. Double A A4 paper dah berapa ring aku beli, toner printer pun dah habis, terpaksa beli lain. Refill sudah la kan, nak beli baru dewa punya mahal. Apa la diorang ni kan, punya la mahal jual benda ni. Kalau buat kebajikan sikit bagi free kat student macam aku ni kan bagus, boleh juga buat amal jariah, bekal kat dalam kubur nanti. Tapi masalahnya diorang tu kaaafir, macam mana nak dijadikan bekal. Eh, betul juga kan..hehe

Ha, benda alah bernama 'poll' tu masih berjalan. Tak sangka, ada juga makhluk yang kata template ni cantik ye. Aku bajet, semua akan kutuk je. Jadi, makin semangat la aku nak tukar lain nanti. Tapi takpa, persepsi & pandangan masing-masing pada kecantikan itu berbeza, sebab itulah ada juga yang mengeji kata tak cantik. Aku tak kesah, sebab selagi mana kita bernama manusia, kita tidak akan mampu memenuhi kehendak dan nafsu semua orang. Sedangkan kesempurnaan yang nabi saw bawa pun masih ada yang tidak boleh menerimanya, ini kan pula diri kita yang penuh dengan kedhaifan, dosa, noda dan nakhoda.

Terima kasih daun keladi pada yang mengundi, esok lusa jangan lupa datang lagi. Tapi peringatan sedikit buat pengunjung juga merangkap penceroboh, nilailah satu-satu perkara itu pada isi & manfaat yang dibawanya, bukan pada paras rupa dan kecantikan yang ditonjolkannya. Tapi tidak bermakna kecantikan boleh dikesampingkan, ini kerana nafsu manusia tidak dapat tidak, benda pertama sekali yang akan menarik mereka adalah kecantikan. Pelik kan manusia ini. Memang pelik..

* M O H O N A M P U N A N *
Read rest of entry

Wednesday, April 29, 2009

Blog Dalam Usaha Penambahbaikan!

Will be back as usual soon....


* Dalam usaha untuk mengubah template baru setelah lebih setahun bertahan dengan template hitam ni. Tapi mampu ke? haih, sayang la pulak....just wait n see jela..
Read rest of entry

Monday, April 27, 2009

Penat, Lelah, Keletihan

Seperti biasa, otak mula ligat berfikir bait-bait ayat pertama yang ingin aku sajikan dalam posting pada kali ini. InsyaAllah, posting ini tidak akan menjadi sesengal posting yang sebelum ini. Kali ini keseriusan telah melanda diriku..gagaga(erk, hape punye gelak nih??)

2 minggu yang baru sahaja dilalui, bagaikan satu situasi yang amat-amat genting dan mencabar. Minda, spiritual, fizikal, emosi, gusi, kerusi & Selat Sulawesi semuanya bagaikan dizalimi dengan sekejam-kejamnya, dipaksa bekerja dengan tanpa perikebinatangan dan tidak diberikan isteri-rehat yang sepatutnya dinikmati oleh buruh-buruh Bangla yang membina bangunan tinggi melangit ditengah panas terik sehinggakan menambahkan lagi ketidak-putihan pada muka dan tubuh badan mereka. Kesian..

Dan disebabkan itu jugalah segala macam jenis serangga dan kerabat lipan dibenarkan bersarang dan seterusnya membiak-bakakan spesis dan keturunan sebelah ibu mertua mereka dibelog ini, belog hicin (hitam+cinta). Justeru membawa kepada kepingitan dan kegersangan kepada penceroboh-penceroboh belog hicin ini, sehinggakan beberapa kali ditanya khabar bilakah agaknya tuan punya belog ingin membuang sawang dan telur-telur lipan didalam belog ini. Ini kerana telur-telur lipan tidak boleh sama sekali dijadikan bahan makanan mahupun bahan perhiasan diruang tamu rumah Pak Abu.

Memandangkan 2 minggu menyepi, terlalu banyak peristiwa yang berlaku samada yang melibatkan diri aku mahupun yang tiada kena mengena dengan diri ku. Cerita kucing beranak kembar la, anak pak bedah kena pulas telinga la, goreng pisang hangit la, pening aku dibuatnya. Cerita diorang, aku malas nak cerita, nak cerita aku punya cerita sajalah. Sebab aku sendiri pun tidaklah tahu menahu pun kisah mereka. Jika mereka ingin ceritakan pun aku tidak hingin mendengarnya, kecuali setelah dihadiahkan sebuah kapal terbang dan remote control car..kehkehkeh

Hari ini alhamdulillah, draft pertama report FYP telah pun berjaya dihantar. Walaupun aku rasakan masih banyak kekurangan yang perlu aku tambah, tapi sekurang-kurangnya draft yang hampir sempurna berjaya juga aku siapkan. Siapkan dalam tempoh tidak sampai 1 minggu. Diulang, tidak sampai 1 minggu. "Ala, apa la sangat tak sampai 1 minggu, saya buat semalaman saja". "Oooo, yeke. Saudara memang hebat". "Well...". "Err, report apa yang saudara buat tu?". "Laa, report lab assignment la". "Oooo.. Ni bukan report lab cik abang oi. Ni report projek final. Tak complete report ni, tak grade la aku. Bukannya 30-40 muka surat, tapi lebih kurang 100 muka surat tahu. Ha, ni aku rasa nak sekeh saja kepala orang ni". "Hehe, yeke bang. Sori-sori". "Naik lori laa...grrrr..geget kang".

Saat melihat report setebal hampir 100 muka surat itu siap diperin, siap dibinding, terasa teramatlah teruja. Syukur alhamdulillah, seperti tidak ku sangka dapat sampai ketahap sekarang. Kalau awal-awal dulu, bila sesekali membelek contoh-contoh report senior, terasa seperti tiada kemampuan saja untuk aku sama-sama membuat perkara sama bila tiba masanya. Ditambah pula dengan berkejar-kejar dengan kerja-kerja teknikal meyiapkan projek, dan ditambah pula dengan minggu exam yang kebetulan hari pertama paper final aku sama dengan hari untuk menghantar draft report. Jadi, soal studi untuk final ditolak ketepi dahulu. Yang penting, kena siapkan report ini sesempurna yang boleh mengikut due date tang telah ditetapkan.

3 malam berturut-turut berjaga sehingga ke subuh semata-mata ingin menyiapkan draft report terasa berbaloi bila saat melihat hasil kerja yang telah pun siap untuk dihantar. Lepas ni, bolehla tidur dengan selena dan semahu yang boleh, tanpa dibayangi mimpi ngeri kertas-kertas dan juga papan kekunci laptop berterbangan seolah-olah berkejar-kejaran didalam tidurku. Huh, memang mengganggu kesyokkan aku tidur saja.

Tapi dalam kesibukan menyiapkan report ini, walaupun tidak tidur semalaman, alhamdulillah diizinkan dan digagahkan juga aku untuk sama-sama menyertai Gathering Pertama Krew Iluvislam.com yang diadakan semperna Pesta Buku di PWTC baru-baru ini. Plan yang pada awalnya tidaklah bersungguh sangat ingin sama-sama ke gathering tersebut, memandangkan kesibukan dan kemengantukan yang melanda diri, tapi perancangan Allah siapa yang mampu mengelak kan? Akhirnya berjaya juga aku berjumpa dengan beberapa orang krew yang sama-sama bekerja di iluvislam.com.

Kalau selama ini hanya bertegur sapa dan bergurau usik mengusik di alam maya cuma, tapi hari ini bersua muka dialam nyata. Perkara pertama yang bemain dibenak fikiranku, ternyatalah kehipokritikan dialam maya itu memang benar-benar wujud. Kehipokritikan pada diri sendiri kerana lain yang dibayangkan, lain benar yang ditayangkan. Apa-apa pun, alhamdulillah ia merupakan satu pengalaman yang cukup indah yang pernah aku lalui. Aku malas dah nak ceritakan cerita basi dan ulangan ni, kalau nak baca selanjutnya bolehla cuba merajinkan diri membacanya di belog ini dan juga ini dan jangan lupa juga di sini , sini , sini dan last skali kat sini.

Okeh, tamat cerita dan ceriteri untuk kali ini. Misi seterusnya adalah nak konker dunia ni pula..haha.. Mengarut je. Malam ni adalah malam merehatkan diri dan juga malam untuk memanjakan diri sendiri setelah sekian lama mengerjakan dan menzalimi seluruh jasmani dan rohani ini. Next paper, lagi 2 hari. Nak setadi awal lagi, tunggu-tunggu la esok lusa, baru buka buku..lo

* T I A D A L A I N *

Read rest of entry

Monday, April 13, 2009

Saya Nak Kahwin!

InsyaAllah, dengan berbesar hati, jantung, limpa, hempedu dan buah pinggangnya, saya ingin menjemput semua penceroboh blog ini ke majlis pernikahan saya yang bakal berlangsung tidak lama lagi dengan seorang insan yang begitu saya cintai (sudah tentulah seorang wanita). Jadi, anda semua adalah digalakkan untuk meneruskan bacaan dibawah bagi mendapatkan gambaran perjalanan dan beberapa perkara penting berkenaan majlis itu nanti.

"Wah, dalam diam-diam dah nak kahwin ye pakcik ni, hebat-hebat".
Tersenyum dengan hidung kembang kempis tak henti-henti.
"Cayalah bro, gua salute sama lu. Congrats!".
Meneruskan sesi mengembang dan mengempiskan lubang hidung.
"Eh, biar betul. Siapakah wanita bertuah tu akhi?".
Hanya mampu tersenyum kambing, "adalah, nanti enta bakal melihatnya", jawab ku.

Memang, aku sendiri pun semacam tidak pasti saja. Terlalu cepat masa berlalu, kalau dulu hidupku hanya huha huha seorang diri, tetapi kini hidupku bakal ditemani seorang insan bergelar isteri. Segala gerak geriku, segala percakapanku, segala-gala perihal diriku tidak lagi sebebas dan sesukai hatiku boleh aku lakukan, kerana ada insan yang sedang memerhatikan dan mengikuti setiap perbuatanku sebagai seorang suami dan juga imam kepada dirinya. Nak tak nak, terpaksa juga aku jaga seteliti boleh setiap tingkah laku dan percakapanku didepannya. Kerana aku ingin menjadi seorang imam yang baik, bukan seorang imam yang dibenci makmumnya dan buruk tingkah lakunya.

Tut..tut..

"Bangun la, dah pagi ni, solat subuh dulu!"

Wakaka.. Bermimpi rupanya aku ni. Tu la, kuat sangat berangan nak kahwin, sampai tidur pun boleh mimpi kahwin..hehe.. Terima kasih kerana sudi membaca repekan saya kali ini. Ini merupakan satu mainan kanak-kanak tak cukup umur yang gatal nak kahwin saja, tiada kena mengena dengan anak lipan serta kaum kerabatnya, samada yang masih hidup ataupun yang telah selamat meninggal dilanyak tayar kereta api..huhu

Aih, pendeknye, pengisian pun takde ni. Ok la tu dari aku biarkan berhabuk je kan..haha.. Musim-musim study week ni kena slow kan dulu main benda alah ni, tak setadi jadinya aku nanti. Dah, korang pun jangan nak buang masa kat blog mengarut nih, pergi sambung setadi lagi baik. Esok lusa nak final dah. Caiyok-caiyok!

* P E R M U D A H K A N *
Read rest of entry

Tuesday, April 7, 2009

Soal Hati

Bila hati dah kotor, boleh ke dibersihkan lagi?
Bila jiwa dah rosak, boleh ke dipulihkan kembali?
Kalau boleh, bagaimana caranya?
Ataupun..
Walaupun dan pulih keduanya, adakah hati akan tetap kotor walaupun sedikit?

Termenung sejenak bila mendapat soalan ini dari seorang kawan dilaman friendster. Bukan memikirkan bagaimana untuk menjawabnya, cuma pelik dengan situasi sejak kebelakangan ini. Kerap pula aku diajukan dengan persoalan berkenaan hati ni. Mungkin petanda hatiku akan dimiliki dalam masa terdekat ini? Mungkin juga. Hai, kalau la betul..hihi

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?" (29:2)

Jika dilihat dan diteliti persoalan yang cuba ditimbulkan, terdapat beberapa persoalan yang memaksa aku untuk perjelaskan dan jawab dengan sebaiknya. Tapi ingin diingatkan, aku ni bukanlah seorang alim ulama mahupun ustaz berkelulusan tinggi, cuma sekadar ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini buat kemudahan dan kesenangan semua. Mana yang baik, diambil jadikan gulai, mana yang buruk diambil juga, tapi buatlah ia menjadi budu mahupun tempoyak, sekadar pelengkap & hidangan sisi kepada sesebuah hidangan utama.

Bila bercakap soal hati, ia tidak lari dan tidak akan pernah melarikan diri dari soal perasaan dan jiwa. Diadun pula dengan rasa sayang, rindu, cinta, marah, benci, menyampah, sesumpah, bersumpah dan juga sampah. Ini tidak dapat tidak, semuanya berkaitan dengan satu sindrom yang dipanggil penyakit hati.

Tetapi, penyakit hati yang bagaimana untuk aku perjelaskan pada kali ini? Penyakit hati berlubang ke? Oh tidak, kerana hati berlubang mampu ditampal lubangnya dengan pita salotep ataupun gam berjenama gajah, insyaAllah kuat melekat dan bertambah kuat sakitnya yang seterusnya akan meningkatkan lagi kebarangkalian meninggal dengan cepat. Bila dah meninggal, insyaAllah sakit tu akan hilang. Kan bagus begitu dari menanggung sakit yang entah bila akan berakhir..haha.. Kejam.

Berbalik kepada persoalan asal, cuba dikaji dan dilihat hadith dibawah. Jangan lihat saja, eja dan baca sekali.

Rasulullah bersabda: Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia (HR Bukhari dan Muslim, rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)

Pada hematku, hati dan jiwa itu boleh dikategorikan sebagai satu benda yang sama. Kerana tanpa hati, mana mungkin jiwa kan wujud. Juga tanpa jiwa, tiada erti dan nilai lah hati tersebut. Jadi bila keduanya telah rosak dan kotor, bolehkah ia dibersihkan dan dipulihkan kembali?

Jawapanku senang, tak boleh. Baca lagi, tak boleh tak dibersihkan, juga tak boleh dibiarkan begitu saja, terus kotor dan berlumut. Sebaliknya, ia perlulah dibersihkan dan dipulihkan agar ia kembali kepada fitrah kejadian asalnya.

Sehelai baju yang mahal harganya, dipakai dan secara tidak sengaja telah dikotorkan. Adakah kita aka terus membuangnya ke tong sampah DBKL? Sudah tentu tidak bukan? Kerana kita tinggal kat Setiu, mana mungkin kita buang tebiat pergi ke Kuala Lumpur semata-mata nak buang dalam tong sampah DBKL, itu kerja orang G.I.L.A. namanya..haha.. Tapi sebolehnya kita akan cuba bersihkan kekotoran tu, tak kiralah macam mana sekalipun caranya, Fab Total lah, Kuat Harimau lah, Kuat Sang Kancil lah, Daia lah, Dia lah, Kamu lah, Puteri Emas lah, Puteri Perak lah, semua kita beli untuk memastikan kekotoran yang ada tadi hilang, dengan harapan baju kita tadi kembali kepada keadaan asal.

Hal ini samalah dengan hati yang kotor dan rosak ni. Sepatutnya, kita layan hati kita ni jauh lebih baik dari sehelai baju yang mahal sekalipun, kerana hati kita ini bukannya ada dijual dikedai spare part mahupun kedai kek & roti Sweeden sekalipun, ia kurniaan Allah teramat berharga sehingga tiada nilai yang boleh kita letak sebagai harganya. Tapi kenapa kita tidak mahu mengambil berat dan cuba menjaga kebersihan ia melebihi segala-galanya?

Tapi persoalannya, bagaimana yang arif? Bercakap senang yang arif, tapi bagilah kami cara-caranya yang arif. Kalau guna mesin basuh LG boleh ke? Atau nak kami rendam dalam baldi 3 hari 3 malam dengan peluntur jenama Klorox?

Betul, bercakap senang, tapi nak mempraktikkan penyelesaiannya yang sukar dan memerlukan kekuatan seperti Badang, Hulk Hogan dan juga Giant. Salah, bukan kekuatan fizikal yang menjadi kayu ukur, tapi kekuatan spiritual dan emosi itu lebih penting dan perlu dititik beratkan.

Susah juga ya bila difikirkan. Bila sakit tangan, kita urut. Bila sakit gigi, cabut. Bila sakit mata, cucuk, eh apa lak cucuk, kome nih..hik hik hik.. Tapi bila sakit hati? Bagaimana nak merubatnya? Setelah menggeledah dan membaca beberapa sumber, beberapa cara dapat aku kenal pasti yang boleh dipraktikkan untuk mengubati penyakit hati ni.

“Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)

Secara dasarnya, bila penyakit hati ini menjangkiti hati-hati kita, ia disertakan dengan natijah-natijah ataupun kesannya sekali. Salah satunya yang paling utama, hati menjadi gundah gulana, berserabut, hati tidak tenang, selalu berfikiran yang bukan-bukan, fikirkan ultaman, doreamon, action kamen, kamen rider dan sebagainya. Jadi ubat paling mujarabnya adalah terletak pada firman Allah diatas. Itulah ibu segala ubat dan penawar paling mujarab didunia ini.

Persoalan lain timbul, sejauh mana penghayatan kita pada Allah sehingga mampu mententeramkan hati-hati kita ni? Kalaulah begitu senang ubatnya, tapi kenapa masih ramai yang tersungkur kalah dengan ujian ini? Ini tidak lain tidak bukan, puncanya adalah kerana hati kita dan terlalu kotor sehinggakan hidayah Allah pun susah untuk sampai.

Jadi untuk para penyakit hati seperti ini, ubati ia dengan cara lain, step by step dan perlahan-lahan, agar tidak menjadi terkejut seterusnya cepat membosankan dan jiwa kembali kalah dengan nafsu dan imbuhan hasutan syaitan yang direjam.

Antara step yang boleh diamalkan ialah:

1. Tinggalkan segala amalan dan perbuatan salah laku kita selama ini. Jika sebelum ini kita suka mengumpat, mencaci dan mengeji orang, perlahan-lahan cuba kawal diri untuk tidak terlibat dengan aktiviti membuat ketupat yang barangkali sedap tapi tidak berkhasiat ini. Jika hati rosak kerana sorang lelaki mahupun wanita, perlahan-lahan cuba lupakan dia dan tanam sifat benci kepada lelaki tersebut.

2. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah, tapi jangan isi dengan mengorat Faridah ataupun Faezah. Jika datang rasa rindu, cepat-cepat padamkan rindu itu dengan seboleh mungkin. Jika sedang mendengar lagu jiwang karat, hentikan dan beralih kepada lagu-lagu ganas dan brutal. Lagi baik jika memasang ayat-ayat suci al-Quran atau mendengar ceramah-ceramah agama di YouTube. Siapkan kerja sekolah, assignment dan projek. Ataupun lakukan sedikit kerja amal seperti menyapu rumah termasuk rumah sebelah, kalau mampu semua rumah dalam kampung kita pun lagi baik, untung-untung ada yang nak ambil jadi menantu.

3. Ambil wuduk, solat sunat dan mengaji al-Quran. Masya-Allah, jika kita mampu melakukan sampai ketahap ini, insyaAllah hidayah Allah itu makin dekat dengan kita, bila-bila masa ia akan hinggap dan tertanam dalam jiwa. Tapi bagi yang tidak mampu, sekadar ambil wuduk pun dah memadai, ataupun cuba basahkan kepala dan tubuh. Ini mampu membuatkan fikiran kita tenang dan tenteram dari mengingati perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

4. Tanamkan dalam diri yang aku boleh, bukan Malaysia saja yang boleh, tapi aku juga boleh. Kuatkan semangat dan ikhlaskan niat kita sikit demi sedikit. Jangan sekadar tunggu hati itu untuk ikhlas dengan sendiri, kerana hampir mustahil ia akan ikhlas kalau kita tiada usaha. Diperingkat awal, paksa hati-hati kita untuk cuba ikhlas. Biarlah kita buat sesuatu itu dengan terpaksa terlebih dahulu, kerana pasti suatu masa nanti keterpaksaan itu pasti akan bertukar menjadi keikhlasan yang cukup manis diteguk.

5. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik-baik dan menjaga hubungannya dengan Allah. InsyaAllah, keadaan sekeliling mampu membuatkan kita berubah. Jadi, faktor memilih kawan itu amatlah penting demi menjamin keberkesanan dan keistiqamahan kita dalam usaha kita merawat hati kita itu.

6. Ubah cara hidup seharian. Jika sebelum ini, hidup kita cuma bangun pagi, mandi, makan, ke kelas, balik kelas, studi dan tidur saja, cuba ubah dan tambah apa-apa aktiviti lain yang berfaedah. Contohnya selepas solat subuh dan asar, amalkan ma'thurat, selepas maghrib bacalah al-Quran sekurang-kurangnya 2 'ain (lebih kurang 2 muka surat) dan sebelum tidur amalkan mengambil wuduk. Petang-petang pula jika tidak pernah beriadah, cuba-cubalah beriadah dan cari kawan yang boleh dijadikan teman dan mempunyai minat yang sama dengan kita. Ajak bermain batu seremban atau pondok-pondok pun boleh juga.

Itu antara cara-cara yang aku mampu fikirkan, tapi sebenarnya banyak lagi cara yang boleh kita praktikkan, yang penting niat dan kesungguhan kita. Kerana tanpa keduanya, cadangkanlah cara apa sekalipun, hantarlah jin hantu jembalang langsuir sekalipun, tetap tidak akan berubah juga. Yang penting, diri sendiri.

Walaupun dan pulih keduanya, adakah hati akan tetap kotor walaupun sedikit?

Menjawab persoalan ini, kita kembali pada analogi baju mahal yang kotor tadi. Hati yang bersih ini umpama sehelai baju yang baru dibeli, mahal harganya dan susah juga untuk didapati. Tapi bila sekali ia kotor, dihantar ke dobi atau dibasuh sendiri, selepas mengalami basuhan pertama sudah tentu rupanya pasti tidak akan sama lagi dengan yang asal sebelum kotor dan dibasuh. Pasti akan nampak lain juga walaupun kekotoran itu keseluruhannya hilang.

Halnya sama jugalah dengan hati, bila sekali dah kotor, kekotoran itu pasti akan ada juga sedikit. Apa yang sedikit itu? Yang sedikit itu adalah kenangan kepada dosa-dosa kita itu. Tapi kekotoran ini jika pandai digunakan, ia boleh menjadi sebagai benteng kepada kita untuk terus menjadi insan yang berguna.

Jangan sesekali berputus asa dengan usaha untuk menjadi seorang insan yang berguna dan diredhai Allah. Banyakkan bersabar kerana Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar, seperti dalam firman-Nya,

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (2:155)

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, selagi pintu taubat masih diterbuka luas. Jangan sekali kita buat silap, sampai ke ajal kita terus nak berada dalam kesilapan.

“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (An-Nisa’: 18)

Berubahlah, ubatilah, dan perbaikilah diri kita setiap masa dalam mendambakan redha dan rahmat dari Allah swt. InsyaAllah, moga kita tergolong dalam insan-insan yang mendapat perlindungan dibawah arash-Nya kelak.

* M E N G H A R A P K A S I H M U *
Read rest of entry

Friday, April 3, 2009

Duit Seringgit Diatas Meja

Jam sekarang menunjukkan 6 minit sebelum jam 5 pagi. 5 pagi, bukan 5 petang. Kelihatan duit seringgit melambai-lambai diatas meja ditemani sebiji mouse, kalkulator, CD case, wallet BUM Equipment(TM), jam tangan Adidas, pen merah, gunting, bateri panasonic yang telah lama habis, handset, kain pengelap laptop, external hardisk, kertas-kertas bertaburan, dan tidak ketinggalan, kopiah lama yang dah berusia tidak kurang 2 tahun, tapi masih mengekalkan rupa bentuk asalnya, putih, bersih dan berseri-seri lagi jika dipakai oleh tuan punya beliau. Mak aih, banyaknya pekakas kat atas meja ni, baru aku tahu lepas tulis entry ni. Menampakkan yang empunya meja ini begitu bekerja keras, sibuk sampai tiada masa untuk mengemas meja yang kian sempit gara-gara timbunan harta benda yang entah apa-apa.

Fuh, intro je baru tu. Dah mengarut ntah pape.

Hai duit seringgit, apa yang kau lambai-lambaikan tu? Aku begitu keliru dengan sikapmu malam ini. Seolah-olah begitu mengharapkan belaian dan perhatian dariku. Apa tidak cukupkah layananku selama ini pada kamu? Atau kamu yang bersikap tamak tidak tahu menghargai apa yang telah aku curahkan kepadamu selama ini? Sungguh kau begitu tidak mengenang budi. Dah, jangan kau nak buat muka kesihan lagi depan aku. Silap-silap aku buang dikau jauh-jauh, jauh dari kawan-kawan seangkatan dan sepermainanmu dimeja study ku ini. Kamu mahu aku buat kamu begitu? Mahukah kamu? Huh!

Tapi siapalah aku untuk memahami dirimu wahai duit seringgit. Engkau bukannya pandai berkata-kata seperti mana aku berkata-kata. Mungkin kau sedang berkata-kata denganku, tapi mana mungkin aku memahami bahasamu yang aneh itu. Maaf duit seringgit, aku tiada masa untuk memahami bahasamu. Aku sibuk, terlalu banyak hal duniawi yang aku terpaksa uruskan, terlalu banyak tanggungjawab yang belum aku selesaikan, aku terhimpit, makin tersepit, fahamilah aku wahai duit seringgit. Dah, jangan buat muka sedih lagi, aku tak suka.

Aku tahu, kau lapar belas kasihku, kau rindukan perhatian dan ungkapan sayangku padamu. Tapi kau perlu faham, aku bukannya sengaja mahu biarkan dirimu terus terkapai-kapai sendirian dimejaku itu, bebanan kerja seharian terlalu mencemburui aku untuk meluangkan masa bersamamu. Aku tahu, aku tidak sepatutnya membiarkan kamu begitu, aku tahu tanggungjawabku pada dirimu, membelaimu dan memberimu kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya, tapi aku lemah, aku tidak kuat, aku makin hanyut dengan kesibukan duniawi yang mendustakan ini.

Maafkan aku wahai duit seringgit, bukan niat dan pintaku untuk membiarkan kamu disana, melambai dan terus melambai pada diriku. Tapi apa yang aku boleh buat, hanyalah memandangmu dengan hujung mataku, kesihan tapi egoku tetap menebal mengatasi kemahuanku untuk bersamamu. Maafkan daku. Maafkan daku wahai duit seringgit kesayanganku.
Aku terlalu kejam pada dirimu wahai duit seringgit, aku persiakan kamu disaat aku tidak memerlukan kamu. Aku buang dirimu dari diari kehidupan aku seharian, aku biarkan diriku terus mengecap kemanisan duniawi tanpa menghiraukan dirimu yang aku tinggalkan sendirian, sepi dan kesunyian. Mungkin aku tinggalkan kamu bersama rakan-rakan kau yang lain, tapi aku mengerti, kasih sayangku pada dirimu pasti tidak dapat ditandingi oleh kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan oleh rakan-rakanmu yang lain dimeja study ku itu.

Duit seringgit, aku juga merinduimu, aku juga terlalu menyayangi kamu, aku sayang sangat-sangat pada dirimu. Aku bersyukur sangat bila kamu hadir dalam diriku, sejak aku mengenal kehidupan didunia ini. Suatu ketika, kau setia menemani ku kemana-mana saja aku pergi. Kau tidak pernah jemu bermain denganku, membelaiku, dan membimbingku sekiranya aku terlalai. Betapa ikhlasnya ikatan yang kau tunjukkan pada diriku, sehingga aku sendiri sudah terlalu jatuh cinta pada dirimu. Sebolehnya aku ingin bersamamu sehingga ke akhir nyawaku berpisah dengan jasad, itu janjiku wahai duit seringgit.

Walau seringkali aku melukakan hatimu, mengabaikan kesihatan dan keperluanmu, tapi kau tetap setia bersamaku. Terlalu tinggi tingkat kesabaranmu wahai duit seringgit, terluka tapi tetap kau sudi memaafkan daku, walau seperit mana yang kau terpaksa tanggung. Tapi aku? Terlalu cuai dan lemah dalam menjaga kebajikanmu. Seringkali aku mengabaikanku, mencarimu dikala aku kesunyian dan ditimpa musibah sahaja.

Ketika aku ketawa riang, aku tidak pernah mengajakmu sama-sama ketawa denganku, tapi tiap kali aku menangis, kau aku cari, kerana aku tahu kau adalah teman paling baik bagiku, teman paling mamahami diriku. Jahilnya diriku ini, melayanmu sebegitu teruk sekali. Tapi kau tetap sabar melayan kerenahku, memberi kata-kata semangat padaku, walau aku sendiri tidak pernah bercakap denganmu, tapi gerak geri dan perilakumu sudah cukup untuk menunjukkan yang engkau begitu mengambil berat dan menyayangi diriku.

Maafkan daku, aku berdosa padamu duit seringgit. Janganlah dikau meninggalkan daku, janganlah walau hanya sekali, kerana aku yakin pasti hidupku musnah jika kau pergi meninggalkan ku. Tolonglah, bersabarlah dengan sikapku yang teruk ini, tolong...

Tut..tut..

Ha, apa la pakcik ni berjiwang karat ala-ala mamat Romeo memalam buta ni, dengan duit seringgit pula tu. Buang tebiat ke apa. Ke nak mati? hohoho.. Jangan la doakan diriku semacam itu, terlalu banyak dosaku yang belum terampun lagi, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu aku selesaikan dulu didunia ini.

Cuma sekadar ingin mengingatkan diri sendiri disamping berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sekalian. Cuba kita tukar duit seringgit itu dengan iman yang berada didalam diri kita ni. Memang tepat sekali perumpamaan yang aku bawakan ni bukan? Itulah kita manusia, seringkali kita lupa untuk memperbaharui iman kita, kita lupa untuk menyayangi iman kita, kita lupa untuk membelai dan memberikan perhatian yang lebih kepada iman kita ni. Kesibukan hal duniawi selalu menjadikan kita lupa dengan kebajikan dan tanggungjawab kita pada iman ini. Seringkali dia menangis dengan sikap kita sehari-hari tanpa kita sedar. Tapi seburuk mana pun layanan kita pada dirinya, ia tetap setia bersama kita, insyaAllah selagi Allah kita letakkan sebagai Tuhan yang kita sembah, tiada Tuhan selain-Nya.

Jadi ayuh semua, jagalah iman kita sebaiknya. Sebagaimana kita membelai insan yang paling kita sayang, belailah juga iman kita ini dengan belaian yang sewajarnya. Jangan sampai dia merajuk dan melarikan dirinya dari kita suatu masa nanti. Disaat itu, segunung penyesalan pun tidak bermakna lagi, selautan tangisan pun tiada nilai lagi, melainkan kerugian yang sebenar-benar dan kesesatan yang terang lagi nyata yang bakal kita perolehi. Ingat, kita tidak sesekali boleh menjemput kematian, melainkan kematianlah yang datang menjemput kita tanpa kita sedar dan pelawa sekalipun.

* S E T I A T E M A N I K U *
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal