Monday, April 28, 2008

Rugi Lengahkan Kahwin

Faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melambatkan perkahwinan pasangan muda hari ini


MEMETIK kata dari buku bertajuk Membina Rasa Cinta, nukilan pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, cinta lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar difahami. Anda tidak boleh lari daripada cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri.


Kata orang dahulu pula, tidak elok bercinta lama-lama, takut nanti dikebas orang. Pepatah ini membuktikan bahawa jalinan cinta yang sudah lama dibina sepatutnya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.


Justeru itu, jangan berlengah untuk menggapai waktu kemuncak ke alam pernikahan. Ini kerana cinta tidak akan berakhir dalam sebuah kehidupan yang hakiki.


Setiap insan inginkan kebahagiaan, disayangi, dibelai, dihargai dan dihormati oleh apa yang dinamakan cinta. Menurut Tuah, waktu bercinta, cintalah pasangan seadanya dan apabila berkahwin, cintalah pasangan sebenar-benarnya.


Dalam meniti usia yang semakin lewat senja, rugi sekiranya ada dalam kalangan kita melewatkan perkahwinan, biarpun tiada lagi yang ingin dipertaruhkan kala percintaan sedang membara.


Kata Tuah, tempoh menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama boleh mendatangkan impak pada sesebuah kebahagiaan yang dinikmati dalam alam percintaan. Ini sekali gus akan meletakkan pasangan berhadapan dengan pelbagai risiko tanpa dipinta.


"Saat dilamun cinta, janganlah sesekali membiarkan masa berlalu dengan begitu lama, takut ia mengundang perkara yang tidak diingini. Antara risiko yang mungkin melanda pasangan ialah rasa bosan yang tidak diduga dan boleh muncul pada bila-bila masa.


"Cinta yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya boleh menimbulkan rasa kasih dan sayang yang berterusan. Pasangan mungkin beralih pandangan pada suatu sudut yang berbeza. Ia boleh membentuk rasa bosan, hilang perasaan, keraguan dan kurang keyakinan terhadap pasangan.


"Perlu diingatkan, cinta tidak semestinya indah. Ia selalunya dipenuhi 1001 rasa termasuklah marah, merajuk, sedih, ungkit-mengungkit, sakit hati, gaduh, tidak mengerti dan dendam yang tiada kesudahannya," ujarnya.


Jelasnya, faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan pasangan hari ini untuk lambat berkahwin.


"Ketakutan membiayai kehidupan, sememangnya menjadi alasan yang kini menghantui ramai pasangan khususnya golongan lelaki untuk mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, rezeki seseorang akan bertambah sekiranya dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.


"Pernahkah kita mendengar, orang yang mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata selama ini, tidak mampu menyara hidup bersama anak-anak? Walaupun tidak semewah yang diharapkan, tetapi mereka tetap dianugerahkan keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri," tegasnya.


Jadi, katanya, berfikirlah sebelum melakukan suatu perkara yang membatasi perhubungan.


Menurut Tuah, tidak elok dipandang sekiranya bercinta terlalu lama.


"Cinta bukan sahaja mengajar seseorang erti kebahagiaan dan kematangan, tetapi ia juga boleh mendorong ke arah perilaku yang tidak baik di sisi agama," katanya.


Justeru itu, bagi pasangan yang sedang mabuk bercinta, terdapat lima elemen yang mampu membuatkan cinta itu berkekalan dan disudahi dengan ikatan perkahwinan sekiranya ia diamalkan dalam kehidupan harian. Antaranya ialah:


Cinta pada Allah


Ketika sedang hangat dilamun cinta, sedarilah kita pada hakikatnya di manakah lahirnya erti sebuah cinta. Setiap insan perlu mencintai Allah dan mensyukuri nikmati yang diberikan. Tanamkan dalam hati, 'Aku cinta Allah'. Niat yang betul pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.


Cinta pada Nabi


Pelengkap kehidupan adalah cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Ibarat cinta pada sebuah kereta, tetapi tayarnya tidak. Apakah yang akan timbul sekiranya cinta yang dilahirkan bukan secara keseluruhan dan tiada keikhlasan?


Cinta kepada ibu dan ayah


Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya. Sama ada yang masih hidup mahupun telah kembali kepada-Nya, tanamkan rasa cinta kepada ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah membawa sinar kebahagiaan sepanjang hayat. Jadi, hubungan cinta mesti mendapat keredaan daripada mereka.


Cinta kepada guru


Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk kebahagiaan orang lain. Besar nyala api, besar lagi ilmu yang diberikan. Sekiranya memperoleh ilmu, maka kita tidak akan sesekali mempersiakan kehidupan yang mencabar sehingga boleh mencetuskan perbuatan yang terkutuk dan dilarang agama. Peranan seorang guru mempunyai persamaan seperti seorang ibu.


Cinta pada diri sendiri


Sayangilah diri anda seperti mana anda menyintai ibu dan ayah. Jangan sesekali menganiaya diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan separuh kehidupan, akibat dinodai perasaan cinta yang mendalam dari insan bergelar kekasih.




Tanya pada diri sama ada bersedia ataupun tidak dengan cinta pasangan itu.


Menurut Tuah, lima elemen di atas memberi impak mendalam pada diri sendiri dan ia berkesan membentuk sebuah perhubungan cinta ke arah yang lebih positif dan berpendirian.


* S A P A T A K N A K K A W I N :P *


Sumber : Kosmo, 18 Mac

Read rest of entry

Kesibukan Menghambat

"Ah, sempat ke tak nak habiskan chapter-chapter ni. Nak siapkan short note lagi, nak hafal lagi", getus hati kecilku, tiap kali tibanya musim peperiksaan akhir, walaupun ni dah masuk tahun ke 4 aku menghadapi peperiksaan akhir sebagai pelajar di menara gading. Masalahnya tetap sama. Tapi, aku tetap cool je..haha

Hari ni ade appointment dengan classmate aku lak..huhu..Semakin hari, kesibukkan semakin menghambat diri. Masa pun lebih banyak dihabiskan dengan mengadap buku-buku dan menulis nota. Tak masuk bab nak menghafal lagi. Bagi aku, tak perlu nak menghafal sangat, cuku sekadar kita memahami sesuatu tajuk itu, dan kita boleh elaborate bila ia di tanya dalam exam nanti. Kalau takleh nak elaborate 100% betul pun, cukup la sekadar goreng menggoreng, asal tak lari dari isi utama chapter tersebut dah. Sediakan la kuali dan minyak secukupnya sebelum memasuki dewan peperiksaan. Jangan nak bawa toyol dan segala suku sakat toyol dah..huhu

Salam imtihan buat semua insan-insan yang bakal menghadapi imtihan kelak dan yang dalam proses menjawab imtihan..Moga kita semua najah..caiyok2!!!! ( selalu je kita guna perkataan ni kan? nampak sangat kuatnya pengaruh cite korea ni..haha..termasuk aku laa )

* C A R I S E M A N G A T *
Read rest of entry

Saturday, April 26, 2008

Tinta Buat Suami

[Untuk bacaan muslimah]


Entah angin apa yang membuai hari ini membuatku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.


Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, “Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.” Jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.


Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana Rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.


Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pendangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. “Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang.


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.



Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran ku terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan yang baik untuk lelaki yang baik?


Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih saying yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu, dia sentiasa menghubungi dan mengganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah selutuh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.

Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa’, agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.


Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli Syurga,memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau Mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.


Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.


Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Ilahi. Aku akan merasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang kuimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hati mu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di Syurga.


Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.


* H A T I Y A N G M E R I N D U *
Read rest of entry

Friday, April 25, 2008

Monologku [ malasnyeeerrr ]

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang telah menghidupkanku dimuka bumi ini, yang telah meminjamkan roh miliknya kedalam jasadku ini, yang telah meminjamkan udara-udara di bumi ini untuk aku hirup agar aku terus gagah bernyawa di dunia yang fana ini, juga ku panjatkan kesyukuran buat-Mu Allah di atas segala nikmat-nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan ke atas diriku dan juga ahli keluargaku...Syukur alhamdulillah, kerana Kau masih lagi meminjamkan nyawa untukku hidup didunia ini, sehingga saat ini..Alhamdulillah..

Apa yang aku nak tuliskan pun aku tak berapa pasti. Banyak sangat buah fikiran yang ingin aku lontarkan disini, tapi entah la, aku sendiri pun xtahu apa yang aku duk fikirkan sekarang ni..huhu..

Aku pun dah mula naik bosan bercuti, dah seminggu aku menghabiskan masa yang kebanyakannya secara sia-sia dalam minggu study week ni. Sepatutnya dihabiskan untuk aku mengulangkaji pelajaran, tapi apa yang aku buat, takde 1 pn lagi yang berkaitan dengan study..hoohoo...

Ni la masalahnya bila dapat studi week lelama sangat ni. Mood study tak muncul-muncul. Aduh, ape daa yang nk jadi ngan diri aku ni. Kalau esok @ lusa nak final, aku takkan bersungguh tuk study, suka je study last minute. Tapi, bagi aku la, study last minute ni best gak. Sebabnya, bila kita dah tahu kita xpunya masa yang banyak dah, kita akan cuba untuk study sebaik yang kita boleh kan? Tul x? haha.. Sama la dengan situasi aku sekarang ni, bila otak ni duk pikir yang paper lambat lagi, nafsu mula la menguasai diri..NAFSU MALAS..huhu

1st paper aku, 30hb 4 ni. So, aku ade mase lam 4 hari lagi. Uiks, xlama dah 2, tapi nape aku still lagi malas ni? Adoi la, apa la nak jadi ni..Ya Allah, berilah aku dan sahabat2ku kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran, bantulah kami semua dalam proses kami untuk menjawab soalan2 peperiksaan yang bakal kami tempuhi nanti, sesungguhnya pada Engkaulah tempat kami mengadu dan memohon pertolongan..amiiin ya rabbal 'alamin..

Buat semua sahabat2 dan sahabiah aku, wish you all best of luck lam final korang.. Moga tak kantoi kalu nak meniru pun..hehee...Jangan lupa untuk perbanyakkan tawakal tu alallah lepas dah usaha bersungguh-sungguh bagai nak rak..Ingat, semuanya adalah terletak pada kehendak Allah, walau banyak mana pun kita study, tak tido 2 3 malam pun, kalau Allah dah kata kita gagal, kita akan gagal gak.. Tapi jangan la kita berputus asa dengan kegagalan yang bakal kita terima nanti, anggap je semua tu ujian dari Allah yang terlalu sayangkan hamba2-Nya..Yang penting sekarang ni, usaha dulu, sebab Allah dan janjikan yang kita akan mendapat sesuatu itu berdasarkan apa yang telah kita usahakan..Kalau usaha kita setakat nak dapat B+, jadi B+ la yang kita dapat..

So, usaha, usaha, usaha la jangan berputus asa..Gambatei kudasai..haha, aku pun xpaham ape yang aku tulis ni, aku tiru je dari blog adik aku die tulis perkataan 2..ngeh3x..

Ok, selamat berjihad sumer..

* M A L A S N Y E R R ! ! ! *
Read rest of entry

Thursday, April 24, 2008

Cinta Cara Islam ???

Salamun alaik..

Sedikit perkongsian dari mejaku..

Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang didalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib' itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang dicintai.


Rasa cinta tidak salah lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa, iman dan perasaan. Pada ketika ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?


Pohon Cinta Terlarang


Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku. Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.


Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan , buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencari Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah.


Tetapi bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet!




Putus Cinta


Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "bukan cinta namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?" Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam..


* I N D A H N Y A C I N T A A L L A H *

Read rest of entry

Thursday, April 17, 2008

Pemergianmu Ya Rasulullah

Salam...


Untuk renungan kita bersama...


Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Posting terakhirku untuk beberapa hari mendatang..


* M U H A S A B A H B A T I N I A H *


Thanks Nur Izwah..For this article..

Read rest of entry

Wednesday, April 16, 2008

Isteri Solehah

Assalamualaikum...


ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.


Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.




Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.


* H A T I R I N D U *

Syukran buat Nur Izwah atas perkongsian ini

Read rest of entry

Pesanan Buat ALMUSLIMAH



Perempuan yang ku KASIHI

adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa
sehingga Dia memanggilnya.

Perempuan yang aku RINDUI
adalah perempuan yang di wajahnya
terpancar sinar nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya sentiasa membesar Allah

Perempuan yang aku CINTAI
yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
biarpun namanya tidak terkenal di bumi
tetapi di langit, ia disanjung tinggi

Perempuan yang aku SAYANGI
bersyukur dengan apa yang ada
yang bersabar dengan apa yang tiada
cinta kepada hidup yang sederhana
yang tidak bermata dunia.

Perempuan yang aku SUKAI
adalah sejuk mata memandang
dek terlihat keluhuran akhlaknya
menjadi sumber ketenangan jiwa bila hati bergelora

Perempuan yang aku IDAMI
adalah yang mengingatkan hatiku kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
bila rohku melupai janji pada Ilahi

Perempuan yang aku SANJUNGI
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku
untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari

Dimanakah dapat kucari perempuan yang bernama SHAABAH ALMUSLIMAH?

Jadilah diri semulia Khadijah..sebijak Aisyah..
sekentalnya iman Sumayyah..seutuh Masyitah..
sehebat Nusaibah dan sequdus taqa Rabiatul Adawiyah...

Luahan isi hatiku buatmu wahai insan bergelar WANITA
Moga kau akan setia menunggu kehadiranku

* C I N T A I N S A N I B U A T K U *

Thanks for sharing this article, Nur Izwah..

Read rest of entry

Sunday, April 13, 2008

8 Ciri Suami Mithali

Salamun alaik sahabat2 sekalian..

Suami soleh? Isteri solehah? Semestinya ini menjadi impian setiap insan bukan? Tapi, berapa ramaikah diantara kita yang betul2 mendapat apa yang diinginkan? Dan berapa ramaikah antara kita yang menyesal dengan pilihan mereka? Suami soleh yang diharapkan, tapi alih-alih suami yang perangai melebihi mat saleh yang kita dapat..Nauzubillah..

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;


1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:


"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."


Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.


2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.


4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.


5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.


7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

So, buat kaum adam sekalian, berlumba-lumbalah untuk mendapat tempat dihati kaun hawa, sebagai lelaki idaman yang bukan sekadar pada pandangan mata nafsu semata-mata, tetapi pada mata hati dan iman yang lebih merangkumi keseluruhan diri kita sebagai pemimpin dalam 'masjid' yang bakal kita bina bersama zaujah kita nanti. Soleh kita, maka solehahlah zaujah kita nanti sekiranya kita pandai membimbing mereka kelak.

Buat kaum hawa, buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya mengikut kata iman bukan kata hati dan nafsu semata-mata sebelum memilih pasangan hidup anda kelak. Jika silap pilihan anda, musnahlah rumah tangga yang anda impikan selama ini. Mungkin anda bahagia, tapi adakah kebahagiaan anda itu disertai oleh keberkatan dari Allah swt?

* S U D A H L A Y A K K A H D A K U ? *

Syukran buat Nur Izwah for this useful article
Read rest of entry

Saturday, April 12, 2008

8 Petanda Dia Soulmate Anda

Salam alaik...

8 petanda?.... Nak dapat 1 pun susah, inikan 8... tepuk dada tanya iman, jangan tanya nafsu, sebab ikut nafsu, nanti lesu........ Pilih jangan tak pilih, kalau tak pilih takut nanti terpilih yang hampas, tapi kalau terlebih pilih, takut pula terpilih yang hampeh... carilah yang sedang-sedang saje bak lagu Iwan yang fofular sikit masa dulu.

Dari pertanyaan serta kajian juga sikit pengalaman yang ada inilah hasilnya.. Selamat berbahagia pada yg masih mencari.......... Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan pe! rkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang- surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang! pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Sedikit pesanan dari imanku,


Perlu diingatkan disini, tujuan saya mengepost article ni bukan bertujuan kerana saya menyokong apa yang tertulis dalam article ini. Kerana dari pengamatan saya, isi kandungan article ni lebih cenderung kepada keadaan manusia sekarang yang suka hidup ber'couple' sebelum mempunyai hubungan yang sah yakni kahwin. Dan ini memang bercanggah dari norma hidup sebagai seorang yang mengaku ummat Islam yang mengambil sepenuhnya ajaran Islam dalam hidupnya. Sebaiknya dan sepatutnya serta sewajibnya, amalkan cara hidup yang telah Islam ajarkan. Bercinta selepas kahwin tidak bermakna kita akan sengsara selamanya kerana faktor tempoh perkenalan dan keserasian. Tapi perlu diingatkan, segalanya adalah ketentuan Allah. Jika kita meletakkan Allah sebagai yang teratas dalam setiap apa pun yang ingin kita lakukan, insyaAllah hidup kita akan bahagia dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Islam memudahkan perjalanan hidup, bukan merumitkan kitaran hidup..Jazakallah...


* I M A N K U M E M B A N T A H *


Terima kasih buat Nur Izwah sekali lagi, kerna sudi berkongsi article ini. Moga ukhti mendapat ganjaran dari Allah swt.
Read rest of entry

Thursday, April 10, 2008

Far East - Kembali



Salam..

Sedikit perkongsian nasyid yang aku minati..

Alhamdulillah, lagu ni banyak memberi keinsafan pada diriku sebagai hamba Allah dimuka bumi ini. Lagu yang banyak menyingkap perilaku kita sebagai seorang hambaNya yang cukup banyak melakukan dosa dan noda samada dalam sedar mahupun tidak. Namun, kita sebagai hambaNya, walau banyak mana pun dosa yang telah kita lakukan, tetap akan kembali meminta belas kasihan Allah jua agar mengampunkan dosa-dosa kita. Besar mana pun kita, jangan nak 'eksyen' la dengan Allah..

Mengambil kata-kata dari seorang sahabat aku, "itu lah kte manusia yg hidup dgn nafsu, iman & takwa jer yg mampu mengawal ape yg ade dlm hati kte nih..."

So, meh pakat2 layan & ambil pengajaran dari lagu yang cukup syahdu ni. Muhasabah diri masing-masing, sebelum diri kita dimuhasabah depan neraca Allah kelak. Pesanan buat diriku yang menimbun dosa ni gak..astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..


Far East - Kembali

Wahai Tuhan yang maha pemurah
Terangilahku dengan nur imanMU
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Inginku tinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku ya Allah
Pimpinlah daku kejalan redhaMU
Moga sinarMU terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Aku kan kembali padaMU Rabbi
MengadapMU ya Rabbal Izzati
Segala ketentuan kupasrahkan
Dihujung penghayatan

* I M A N K U S E N Y U M R I A N G *
Read rest of entry

Doa Buat Seseorang

Salam...

Posting kali ni agak pendek je sebab ana just ingin berkongsi sedikit ilmu doa. Doa ini boleh diamalkan bagi sesiapa yang ada berkenan kat seseorang, dan mengharapkan bantuan Allah dalam menunjukan jalan bagi memiliki sidia. Namun juga pasrah dengan ketentuan Ilahi sekiranya sidia bukanlah insan yang diciptakan untuk menjadi milik kita suatu hari nanti.

So, meh sama-sama hafal doa ni. Leh amalkan pada bila-bila masa pun, malah sewaktu ternampak sidia pun. Moga hati kita tidak terus lalai dan bermain dengan perasaan sendiri. Hopefully korang sumer akan jumpa bakal isteri / suami yang soleh dan solehah idaman hati. Ana sendiri pun mengharapkan zaujah ana nanti tergolong dalam golongan yang mencintai Allah melebihi segala-galanya. Tapi layakkah aku? huhu.. Satu persoalan yang semestinya dijawab oleh iman masing-masing. Bak kata Aziz Desa, cermin-cerminlah diri..Ana pun tak ingat dah ayat terakhirnya..hahaa..Pape pun, layanzzz.....



" YA Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan islam.."

* B I L A D I K A U A K A N H A D I R ? ? *
Read rest of entry

Wednesday, April 9, 2008

Berlinangan Air Mataku

"mak, Kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah tinggalkan adik?"

Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan. Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke kalau emak katakan yang emak dan ayah dah berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah? Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Najlah tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa mesti emak dan ayah adik berpisah? Emak usap kepala adik.

"adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu hari nanti ayah balik.." emak pujuk adik lembut-lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak menunggu 'satu hari' itu. Selama ingat adik, adik Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung dibilik emak. Penat adik menggelamun, akhirnya adik terlelap.

Sedar saja adik dengar laungan azan subuh. Merdu dan mendayu-dayu. Adik bingkas bangun. Lama adik termenung. "sedapnya…satu hari nanti adik pun nak nyanyi nasyid macam tu.." adik tersengih dibelakang emak yang sudah siap bertelekung.

"itu bukan nasyid sayang, itu azan, laungan untuk menyeru semua umat islam menunaikan solat", emak membetulkan pengetahuan adik. Emak memimpin adik ke bilik air. Emak mengajar adik berwuduk. Mula-mula adik kena basuh tangan. Moga-moga dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh tangan gugur bersama air sembahyang. Lepas tu adik berkumur dan begitulah seterusnya.

Adik cari telekung, nak pakai cantik-cantik macam emak pakai. Emak tersenyum, tapi adik lelaki. Emak mengajar adik bersolat. Bila selesai, adik tersenyum. "mak, mesti Tuhan sayang kat adik kan?" emak menggangguk. "mesti lepas ni Tuhan bagi balik ayah kat adik kan?" emak mengangguk lagi. Adik tersenyum puas. Wahh..Tuhan sayang kat adik, Tuhan tak sayang kat Ee, Tuhan tak sayang kat Najlah, Tuhan tak sayang kat Fifi. Tuhan sayang kat adik seorang saja. Adik tersenyum bangga.



Pagi itu, seperti biasa adik ikut emak menjaja kuih. Keliling kampung adik berjalan mengikut emak. Ketika emak berhenti di kedai Long Gayah meletakkan kuih muih, adik berlari mendapatkan Ee, Najlah dan Fifi yang sedang bermain di tepi longkang.

"nak main jugak," adik tersengih menegur kawan-kawannya. "boleh, tapi kami main rumah-rumah. Najlah jadi emak, Fifi jadi kakak.Adik jadi ayah ye.." Najlah memberi cadangan. Adik tersengih dapat jadi ayah. Tapi macam mana nak jadi ayah, Adik tak tau apa peranan ayah.

"tak boleh…tak boleh..Adik tak boleh jadi ayah, sebab Adik tak ada ayah. Biar Ee jadi ayah, Ee ada ayah..", Ee mula memberontak. Adik sekadar menggangguk. Jauh disudut hatinya, Adik sedih. Adik nak menangis, tapi cepat-cepat Adik teringat, pagi tadi Adik solat subuh, Tuhan sayang kat Adik, Tuhan tak sayang kat Ee.

"Adik jadi mamak roti, sebab Adik hitam macam mamak roti," Ee memberi cadangan. "Adik tak mahu jadi mamak roti, Adik nak jadi orang laung azan".
"mana boleh!" Ee memberontak. Ee tolak Adik. Bedebukkk!! Adik jatuh ke tanah. Adik tak mengalah, Adik bangun tolak Ee kuat-kuat. Bedebukkk!!! Ee jatuh. Ee menangis teresak-esak. "Ee bagitau kat ayah!" Ee gertak Adik. Adik diam. Adik nak bagitau siapa? Adik hanya boleh bagitau emak, tapi emak Adik tak boleh lawan ayah Ee. Ayah Ee kuat.

"Adik bagitau mak!" Adik melawan. "ayah Ee kuat, mak Adik tak kuat!" Ee mengamuk
"Adik Bagitau Tuhan! Mak kata Tuhan kuat tak ada siapa boleh lawan Tuhan!" Adik berlari meninggalkan Ee termanggu sendiri.

Adik menangis teresak-esak. "Kenapa?" soal emak lembut. "mak, Kenapa adik hitam macam mamak roti?". "mana ada hitam, kulit adik kan sama macam kulit mak.., kalau Adik hina kulit Adik maknanya Adik hina kulit emak juga, Tuhan marah tau.." Emak memujuk Adik. Memanglah kulit Adik macam kulit emak sebab emak, emak Adik dan Emak bukan orang melayu, Emak orang bangsa lain. Emak tinggalkan keluarga dan amalan nenek moyangnya demi sayangkan ayah. Sebab itu, emak tak pernah membenci ayah biarpun ayah meninggalkan emak sendiri. Kerana ayahlah, emak kenal agama Islam. Kerana ayahlah emak kenal Allah. Kerana ayahlah emak keluar dari kegelapan. Dan kerana ayahlah, emak ada Adik. Biarlah ayah tinggalkan emak tapi emak tidak akan meninggalkan Allah. Allah Yang Satu.

"mak, Kenapa Adik tak ada ayah?" Emak pening. Soalan itu lagi diulang-ulang. Emak cuma diam merenung tanah. "Adik..," Long Gayah menghampiri Adik dan Emak.
" walaupun Adik tak ada ayah, tapi Adik ada emak, betul tak?, Emak boleh jaga Adik lebih baik dari ayah Ee jaga Ee, kan??", Long Gayah pujuk Adik. Airmata Adik disapu. Wajah Adik dielus lembut. Kepala adik diusap penuh kasih sayang.
"mungkin kalau Adik ada ayah, Adik tak ada emak. Mana satu adik nak", Long Gayah sambung lagi. "Adik nak dua-dua sekali", jawab Adik tersekat-sekat. Long Gayah terdiam. Tak tau nak jawab apa lagi. Adik ternganga menanti jawapan Long Gayah.
"Adik tau ayah tak sayang Adik, tapi Adik tau Tuhan sayang Adik sebab Adik sembahyang subuh pagi tadi, kan Long?"

Long Gayah mengangguk. Tersenyum dengan linangan airmata. Berlinang airmata mengenangkan Adik, anak kecil yang terlalu rindukan kasih ayah. Mengenangkan emak, saudara baru yang ditinggalkan terkontang-kanting menempuh ranjau hidup sendirian. Mengenangkan segala-gala rencah hidup manusia zaman sekarang. Memikirkan bagaimana agaknya emak akan membesarkan Adik untuk menjadi seorang muslim sejati.

"Adik nak balik, Adik nak sembahyang subuh lagi, nak sembahyang banyak-banyak kali, biar Tuhan sayang Adik banyak-banyak." Lamunan Long Gayah terhenti dengan suara kecil Adik. Long Gayah ketawa kecil dengan teletah Adik. Adik mengheret tangan emak. Nak balik rumah lekas-lekas. Sedang Adik dan emak mahu melintas jalan, sebuah kereta menderu laju memintas lalu berhenti betul-betul dihadapan emak dan Adik. Adik kaget. Emak memeluk Adik erat-erat. 3 lelaki berkulit lebih kurang emak keluar dari kereta. Dengan wajah garang, suara garang dan segala-gala garang, 3 lelaki berkulit lebih kurang emak mengheret emak masuk ke dalam kereta. Emak menjerit dan meronta dengan bahasa yang adik tak faham. 3 lelaki itu juga turut bercakap dalam bahasa yang adik tak faham sepatah haram. Dengan kudrat yang ada, emak melawan bersungguh-sungguh. Adk menangis dalam pelukan emak. Rangkulan emak makin erat. Raungan Adik semakin kuat. rasa takut, marah dan benci dengan 3 lelaki itu menyerang seluruh jiwa Adik. Allah Maha Penyayang.

Ketika itu Adik nampak Long Gayah berlari keluar dengan batang penyapu ditangannya. Ayah Ee turut serta sambil menggenggam parang panjang. Dibelakangnya diikuti beberapa orang pakcik yang sedang makan digerai Long Gayah. Apalagi, 3 lelaki berbahasa pelik itu membuka langkah seribu meninggalkan emak terjelepok ditanah. Emak menangis teresak-esak. Merintih-rintih dalam bahasa yang Adik tak faham. Adik menendang-nendang angin melepaskan geram pada lelaki yang menyebabkan emak bertukar bahasa itu. Hampir sejam emak mengumpul kudrat untuk pulang ke rumah.
Adik tanya emak siapa lelaki berbahasa pelik itu. Tapi emak tak jawab. Long gayah tanya, emak jawab pula. Emak kata mereka mahu emak balik. Balik ke mana? Balik ke pangkuan keluarga dan amalan asal nenek moyang emak. Mereka mahu emak meninggalkan cahaya Allah. Emak bertekad tidak akan meninggalkan agama Allah. Tidak akan meninggalkan cahaya Allah yang sentiasa menyinari hidup emak.

"kalau ada ayah, mesti ayah lindungi kita kan emak..," Adik merungut lagi.
"Tak apa Adik, Allah ada, Allah akan lindungi kita, Allah lagi kuat dari ayah" Adik menggangguk lemah. Emak merangkul Adik dengan penuh kasih sayang. "Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih. Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya. Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.." Adik terlelap dipangkuan emak.

"Adik..bangun", Adik terkejut apabila emak menepuk-nepuk tubuh adik. Kenapa emak kejut Adik? Adik tak dengar pun azan subuh. Yang adik dengar hanyalah bunyi pintu kayu rumahnya diketuk bertalu-talu. Emak mencium Adik bertalu-talu, kelam kabut Emak menolak tubuh adik masuk ke bawah katil. Berkali-kali Adik tanya Kenapa, tapi emak tidak menjawab. Emak pesan kepada Adik supaya tidak keluar selagi Emak tak panggil. Adik menggangguk.

Selepas itu, Adik tak nampak apa yang berlaku. Yang Adik dengar hanyalah suara lelaki bercampur baur dengan tangisan emak. Sekali lagi mereka berbicara dalam bahasa yang Adik tak faham. Yang Adik dengar hanyalah suara Emak menyebut kalimah Allah. Itu sahaja yang Adik faham. "Allah..Allah..Allah..." emak terus menyebut kalimah itu biarpun suara lelaki berbahasa pelik itu menjerit menenking kepada emak. Emak terus menyebut kalimah suci itu tanpa rasa gentar.

Adik menggigil dibawah katil. Adik nak keluar, nak tengok apa yang berlaku pada emak. Nak tolong emak. Adik kan lelaki! Tapi Adik ingat pesan emak. Adik perlu patuh kepada emak, kalau tidak Tuhan marah. "Allahuakbarrr!!!!!!!!!!!!" suara jeritan emak memecah suasana. Adik menggigil lagi. Adik cuba mengamati apa yang berlaku. "Allah...Allah...Allah.." kalimah suci itu kedengaran semakin perlahan. Lama kelaman Adik tak dengar lagi kalimah itu. Suara emak telah terhenti.

Begitu juga suara lelaki-lelaki berbahasa pelik. Kenapa emak diam? Adik terus menunggu emak memanggil Adik keluar. Menunggu dan terus menunggu. Sehinggalah, laungan azan subuh kedengaran. Adik serba salah. Tapi Adik perlu keluar untuk sembahyang subuh supaya Allah sayang Adik. Mahu tak mahu, Adik merangkak keluar. Ketika Adik teraba-raba, tangan Adik tersentuh cecair. Adik diam. Seingat Adik, Adik tak tumpahkan air semalam. Adik tersengih, mungkin adik kencing malam. Habislah emak marah Adik. Adik merangkak berhati-hati. Tatkala adik mengangkat kepala, Adik kaget lagi. Didepannya, tubuh emak kaku berlumuran darah dengan pisau panjang tercacak didadanya.

Namun Al-Quran di tangan emak, tetap erat digenggamannya.

Dunia Adik terasa berpusing, gelap.masa terhenti. Emakkkkk!!!!!!!

Laungan Adik memecah keheningan subuh.

"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih.
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya.
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."

Selepas ini tak ada lagi emak yang akan wudukkan Adik. Tak ada lagi emak yang akan bentangkan sejadah untuk Adik. Tak ada lagi emak tempat Adik mengadu dan tak ada lagi emak, satu-satunya manusia dalam hidup Adik. Adik memandang sayu pusara emak melangkah longlai meninggalkan harum seroja yang seharum kasih emak pada Adik...
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal