Mungkin agak sensitif isu yang bakal aku bebelkan pada kali ni. Tapi atas rasa tanggungjawab dan prihatin, aku rasa perlu jugalah untuk aku berikan sedikit teguran berkenaan isu ini. Apa yang aku nak cakapkan disini sebenarnya berkaitan dengan peristiwa yang aku alami dalam posting aku yang lepas. Isu berkenaan demontrasi kat Masjid UiTM.
Alhamdulillah, masa demontrasi tu berlangsung, ada jugalah dari kaum muslimah yang hadir. Walaupun bilangan aku rasa tak lah sampai 20 orang, tapi cukup kagum dengan semangat mereka. Sifat malu dibuang, demi menunjukkan kecintaan dan keperihatinan mereka terhadap saudara-saudara seislam mereka di Palestin yang ditindas dan dizalimi. Yang hadir tu biasalah, tak kan lah yang jenis berseluar ketat, baju sendat dan menampakkan segala gunung ganang ditubuh mereka. Yang hadir tu semuanya yang paham berkenaan etika berpakaian mengikut Islam, alahmdulillah sejuk mata memandang.
Tapi, dalam kesejukan mata memandang tu, adalah sedikit yang aku rasa bukan bagi aku seorang sahaja, muslimin-muslimin lain pun akan rasa kurang selesa dan tergugat imannya bila terpandang perkara tersebut. Pemandangan yang aku rasakan tak sepatutnya dilihat mahupun dipamerkan kepada masyarakat umum, lebih-lebih lagi didalam kawasan masjid dan dikalangan ajnabi yang ramai.
Tapi tak boleh nak salahkan pihak muslimah yang berjubah tu juga, kerana mungkin mereka terlepas pandang dan tak terperasan pun benda tu terjadi kat diri mereka. Mereka merasakan diri mereka dah cukup terjaga dan dijauhi fitnah dan menjadi panahan-panahan tepat syaitan, tapi hakikatnya mereka terkadang lupa dan lalai berkenaan satu perkara ni.
Pakcik, apa yang pakcik bebelkan ni? Apa sebenarnya yang pakcik nak cakap ni? Apa yang pakcik nak tegur ni? Apa yang pakcik tak puas hati dengan muslimah-muslimah berjubah ni? Apa yang seksa tu pakcik? Tak sabar nak tahu ni. Nak tahu? Ha, baca perenggang seterusnya.
Cantik, sopan dan memang bagus berjubah bagi kaum muslimah. Aku sendiri terusik dan mengagumi golongan seperti ini. Tapi tatkala kesedapan mata memandang, terpandanglah satu benda yang tak sepatutnya aku lihat. Apa yang aku maksudkan dengan berjubah tapi seksa tu? Begini ceritanya. Ketika kaki ingin berangkat pulang setelah selesai menghadiri demontrasi tersebut, mata ni tiba-tiba terasa ingin memandang golongan muslimah yang hadir, kut-kut la ada yang aku kenal. Tapi, secara tak sengaja, terpandang seorang muslimah yang berjubah ni. Cantik, sopan, tapi seluar dalamnya berbekas!
Pakcik, apa ni, buat cerita 18sx lak. Malu? Segan membacanya? Ya, aku sendiri pun segan nak menaipnya. Tapi untuk benda baik, aku rasakan tak perlulah nak gunakan kata-kata yang berbunga, konon nak menjaga maruah, tapi apa yang nak disampaikan sebenarnya tak sampai, takda gunanya juga kan?
Tatkala ditiup angin, jubahnya menampakkan seluruh bentuk tubuh, kecuali apa yang tersembunyi dibalik tudung labuhnya. Satu situasi yang tak sepatutnya terjadi didepan khalayak ramai. Situasi yang bukan sahaja memalukan diri sendiri, tapi turut mengundang rasa tidak selesa bagi yang terpandangnya.
Sebab tu la muslimah ni dalam apa-apa jua pakaian yang dipakainya, hendaklah dipastikan betul-betul akan menjauhkan dirinya dari fitnah dan jauh dari perkara-perkara yang mengaibkan diri sendiri. Seeloknya, pakailah 2 3 lapis pakaian didalam, mungkin nampak menyusahkan, tapi demi kebaikan dan mengikut syariat yang Allah dah tetapkan, tidak mengapalah bersusah sedikit pun.
Memang dah sifat jubah ni, bila sekali ditiup angin memang akan menampak bentuk tubuh. Mengelak macammana pun, walau sedikit akan ter'over' gak jadinya. Sebab tu lah dinasihatkan agar memakai kain dalam atau seluar lain didalamnya. Contohnya seluar trek ataupun apa sahaja seluar yang sesuai. Seluar yang agak ketat pun tak mengapa, sebab bukan dipertontonkan depan orang lain, hanya dipakai dibalik jubah, tak salah pun. Jika niatnya betul, insyaAllah dapat ganjaran lagi dari Allah.
Jadi wahai kaum-kaum muslimah yang disayangi demi Allah sekalian, jagalah dirimu sebaiknya. Jauhkanlah dirimu dari menjadi bahan fitnah dunia. Berpakaianlah sebaiknya demi kebaikan dan keselamatan dirimu didunia mahupun diakhirat kelak. InsyaAllah, moga bermanfaat. Adios...
* T E R U S K A N U S A H A M U *
11 contengan diterima:
Astaghfirulahal'azim...
Na'uzubillah min zalik...
Terkejut juga saya membaca blog pakcik. Tapi ini adalah kebenarannya. Biarlah 2 atau 3 lapis walaupun panas, insyaAllah selamat dari azab api neraka. =)
Rasulullah pun pernah memuji seorang muslimah kerana berseluar di sebalik jubahnya setelah muslimah itu jatuh ketika naik unta. Ini hadis sahih...
Ini menunjukkan kepentingan kita memakai baju beberapa lapis. Satu T-shirt dalam yang tebal pun mencukupi sebenarnya, insyaAllah.
Alhamdulilah...syukron pakcik atas teguran itu. Memang perasan kebanyakkannya pakai jubah tapi tidak menitikberatkan isu yang pakcik bangkitkan itu.Harap2 semua muslimah yang memakai jubah menitikberatkan soal yang kadang2 dianggap remeh sebelum ini. Lebih menakutkan bila jubah hanya dianggap sebagai fesyen bukan sebagai pakaian menutup aurat.Cadangan nur...selain banding harga bile membeli...bandingkan juga jenis kain dan buat penilaian seksa tak aku kalo pakai jubah jenis kain ini...dan ini...wallau'alam.
to adawiyah
betul tu..biarlah panas dunia, jangan menanti panas akhirat..
to nur
bgs cdgn nur tu. sbb kdg2 ade yg beli sebab cntik je, tp tak berapa nak tgk pd ketebalan kain. sebab tu la terjadi perkara2 mcm yg pakcik bebelkan ni....
salam.
pertama kali rasanya bertandang ke blog ni. tengok tajuk sahaja membuatkan hati melonjak-lonjak untuk baca entry ni sampai habis. berdebar juga ada. kemudian, ucapan yg dikeluarkan ialah.. astaghfirullahalazim.. saya kasihan dengan muslimah tersebut. mungkin dia tidak sengaja, tapi ada benarnya apa yg saudara katakan. sepatutnya kalau pakai jubah atau baju kurung, mesti memakai kain dalam atau seluar supaya tidak menonjolkan lg bentuk badan/kaki.
syukran atas entry nie. lebih menyedarkan ana supaya menjaga sebaik2nya diri yg dhaif ini. teruskan menulis..
salam perjuangan,
Srikandi
insyaAllah..syukran for the meaningful comment..:)
Pesanan utk kaum lelaki juga:
tundukkan pandangan kamu..
wanita2 sedang berusaha utk menutup aurat sedaya mungkin dgn pemakaian jubah etc walau ade kurang disana sini..
mungkin kekurangan itu tidak akan jelas pada pihak lelaki sekiranya lelaki menghormati wanita itu dengan menjaga pandangan mereka apabila terpandang wanita2 yg berjubah etc..
Sepatutnya apabila terpandang wanita begini lebih lagi untuk tidak memandang pada mereka bukan lebih suka utk dipandang..
boleh ya gitu???
huhuhu cik muya kene stop sblm mule membebel ~~~~
bile cik muya dh stat membebel aka tazkirah, senyap jela pakcik, dengo dgn taat....huhuhu
tp kdg2 dlm dunia skrg ni, usaha dah buat, pndgn dh cuba ditunduk, tp godaan prsekitaran+nafsu+syaitan mmg susah nak dielak. kdg kita kuat, kdg kita lemah. kdg kita gah melawan, tp kdg kita tersungkur jatuh tewas..
pokoknya usaha...
entri ni sbnrnye skdr peringatan & nasihat je dr pakcik, jd kena la mencari2 punca peristiwa yg trjadi pd diri sendiri, baru ade feel nak membebel pun...
lebih baik memandang wanita sebegini, dari memandang wanita seksi meksi yg boleh mendatangkan kesakitan pada biji mata bila memandangnya. bukan stakat biji mata, kening mata, bulu mata, air mata dan buah mata kucing pun turut sama sakit....
lame tidak meninggalkan jejak disini :) . ada benarnya apa yang ditulis oleh pakcik ni. ana dah boleh agak waktu baca tajuk entry ni.
apapun, dua2 belah pihak, yakni lelaki dan wanita sendiri kena jaga. takkan jadi kalau sebelah pihak je jaga. Mngkin muslimah tu terlepas pandang :) . Husnuzhon je la kan.
Anyway, jzkk atas teguran ini. kita bukan selalu ingat kan? itulah gunanya sahabat, saling ingat mengingati :)
syukran atas kesudian tuk tinggalkan jejak lagi kat sini..
tp kalo leh tinggalkan buah tangan lagi besh..hehehe
insyaAllah, mana yang termampu pakcik tegur, pakcik akan tolong tegurkan. mana salah pakcik, mitak sahabat2 juga tolong tegurkan...:D
herm...
aga terkejut bila ana membcanya..
for dis time..
Alhamdulilah...
blum pernk ana pkai sbgtu sja...
nak cepat pun...pkai kaen batek je kat dlam..
even jlan 2, agak lmbat..hik3..~
Tak per pak cik itu tak dahsyat lagi, saya ada lebih dahsyat lagi, saya pernah nampak seorang muslimah tudung labuh, pakai sarung tangan hitam, muka cantik sopan berkaca mata, pakai jubah sedang duduk di atas tangga sebuah shopping mall dengan dua lagi rakannya, dia tak perasan bahagian bawah kain jubahnya tersingkap pasal dia duduk mendongakkan kaki sampai kain dalam dia warna putih pun sama terangkat dan mendedahkan seluar dalam dia warna putih, nampak jelas seluar dalam dia di balik kain dalam dia yang tersingkap tuh, kesian muslimah tuh ramai dapat tengok pameran free....
Post a Comment