Saturday, January 10, 2009

Sekitar Rapat Umum Selamatkan Gaza

Untuk karutan kali ini, aku ingin sekadar berkongsi sedikit pengalaman & gambar-gambar sekitar berlangsungnya program Rapat Umum Selamatkan Gaza yang dianjurkan oleh Aman Palestin, yang telah pun berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Alhamdulillah, aku berkesempatan dan diberikan peluang serta sama-sama terpilih untuk menghadirkan diri ke majlis berkenaan.

Walaupun tiba agak lewat, tetapi alhamdulillah aku sempat juga mengikuti serba sedikit program yang diadakan disana. Ucapan, ucapan dan ucapan tu benda biasalah selain bacaan sajak dan bacaan resolusi pembantahan kekejaman Israel laknatullah ke atas bumi Islam Palestin. Selesai acara dalam stadium, diluarnya pula diadakan sesi memijak gambar-gambar Presiden Bush dan sesi membaling kasut kearah patung Bush. Hanya sempat merakam gambar memijak gambar, sesi membaling kasut tak sempat kerana orang terlalu ramai mengerumini.

Cukup terpegun jugalah dengan semangat setiap yang hadir, kerana semuanya seakan-akan mempunyai semangat jihad yang cukup tinggi. Masing-masing cukup bersemangat melaungkan rasa marah dan benci dengan tindakan terkutuk tentera Zionist. Laungan takbir dan doa qunut nazilah silih berganti, menggamatkan suasana stadium. Paling aku terpegun dengan semangat muslimah-muslimah yang hadir. Walaupun semuanya berpakaian labuh, bertudung labuh, berniqab, tapi semangat mereka terserlah. Aku yang lelaki ni pun kalah, semangat mereka memang lebih berkobar-kobar dari semangatku. Jika diberikan peluang untuk berjuang, aku rasa mereka ni memang akan jadi orang pertama yang beratur panjang untuk memberikan nama. (Sejuk mata memandang mereka-mereka ni tadi..huhu.. Sempat tu ngusyar, astagfirullah...)

Sehari sebelum tu turut diadakan juga demontrasi kecil di Masjid UiTM selepas solat Jumaat kerana membantah tindakan kejam rejim Zionist ni. Sebelum itu juga turut diadakan majlis perasmian Tabung 100,000 UiTM untuk Palestin yang telah selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia di dalam masjid UiTM sebaik sahaja selesai solat sunat hajat memohon kemenangan Palestin dan kehancuran Israel.

Disini sedikit gambar yang aku sempat rakam sepanjang program Rapat Umum Selamatkan Gaza. Gambar demontrasi kat UiTM tak rakam, sebab kamera takde. Buang tebiat pe pergi solat Jumaaf bawa telefon..huhu.. Jom, layan..











Selamatkan Palestin, hancurkan Israel!!!!

* J I H A D F I S A B I L I L L A H *

6 contengan diterima:

Bashir IbnDzul on January 11, 2009 at 1:37 AM said...

alhamdulillaah.. beruntungnya dapat join.. kami baru nak start jumaat ini inshaAllah..

Lisam on January 11, 2009 at 11:37 AM said...

bila2 xkesah, yg pntg smgt nak membela saudara2 seakidah kita kat palestin...

iNtAnCtZ on January 11, 2009 at 1:27 PM said...

kira pakcik ngan nessa sempat la ke shah alam..
diriku je yg xmnyempat,kt uia buat perhimpunan gak..patuh arahan ketua~
~_~

xpe2! jihad tu dimane saje!

Lisam on January 11, 2009 at 2:07 PM said...

pakcik mmg dah duk shah alam, mmg kene pegi laa..

tul tu, kene patuh arahan rais..mane2 pun xkesah, asalkan smgt sygkn saudara kita kat sana tu ade...

IBNUSIS on January 11, 2009 at 2:38 PM said...

moga laknat Allah ditimpakan atas yahudi

Lisam on January 13, 2009 at 1:54 AM said...

amiin..amiin..amiin ya Alah...

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal