Thursday, January 1, 2009

Permulaan Suatu Penghabisan

Alhamdulillah, malam ini merupakan malam 1 Januari 2009, malam bagi tahun baru masihi. 2008 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu. Segala kenangan di tahun 2008 pasti terpahat kukuh dihati dan ingatan. Yang pasti, semua itu bakal menjadi kenangan dan meninggalkan 1001 ingatan yang tidak mungkin akan berulang kembali. Mana yang baik bersyukurlah, dan mana yang buruk itu, perbaikilah ditahun baru ini demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

Bermulanya tahun baru ini, bermakna bermula sudahlah sesi pembelajaran baru disemester baru. Semester akhir, semester yang ditunggu-tunggu dan diidamkan bagi hampir semua pelajar. Insya-Allah, ini merupakan semester terakhir aku bergelar sebagai seorang mahasiswa universiti. Setelah 5 tahun bergelumang dengan title sebagai seorang mahasiswa, jarak masa yang terlalu lama, dan tentulah terlalu banyak yang aku tempuhi dan aku lalui. Pahit manis kelat masam dan masin insya-Allah akan kekal teguh dalam ingatanku, selagi tak nyanyuk dan hilang ingatan.

Sambutan? Tak ada apa-apa untuk disambut pun tahun ni. Begitu juga tahun-tahun yang lepas. Hanya sekadar melihat dikaca tv sahaja apa yang ada. Kalau dulu, ada juga la teringin nak pergi sama-sama sambut kat dataran merdeka tu, sebab masa tu duk jauh dan hanya mampu tengok dikaca tv sahaja. Tapi sekarang ni bila dah berada disini, terasa semacam tiada guna pula untuk aku membuang masa pergi ke sana. Lagipun dengan suasana hiruk pikuk orang ramai, bercampur lelaki wanita, sedikit sebanyak membantutkan keinginanku untuk menyambutnya. 

Kadang-kadang aku hairan juga, kenapalah begitu ramai orang bersusah-payah sangat nak pergi menyambutnya. Sanggup berjalan jauh, menempuh keadaan jem di tengah bandar Kuala Lumpur tu, bersesak-sesak dan bercampur sesama sendiri, semata-mata nak sama-sama menyambut tahun baru. Apa yang diorang dapat? Hadiah? Bercuti ke Pulau Redang? Baucer makan kat KFC? Kalau tiba-tiba tempat tu kena bom, apa yang diorang dapat? Mati katak la jawabnya. Entah la belalang... Bapak pun tak tahu dengan manusia sekarang ni. Kalau perarakan Maulidur Rasul ke, tak de la pula nak pergi. Ish..ish..ish..

Permulaan semester yang agak sederhana dan tidaklah terlalu excited bagiku untuk melaluinya. Mungkin masih lagi dengan mood cuti lepas walaupun hampir keseluruhan cutiku telah aku korbankan untuk berada di bumi Shah Alam ini sahaja. Semuanya gara-gara projek akhir tahunku yang melambak untuk disiapkan. Tapi, sampai sekarang masih lagi belum berjaya disiapkan. Hanya banyak membuang masa dan bermain-main. Bila la nak insaf ni. huk..huk..

Hari ini sebenarnya telah pun memasuki hari ke 2 bermulanya kuliah. Kuliah pertama dah menjadi mangsa ponteng, kuliah kedua berjaya juga aku memaksa diri ini untuk menghadirkan diri. Tapi seperti biasa, pergi kosong, balik pun kosong juga. Hanya sedikit penerangan tentang coursework matapelajaran dan sesi berkenalan dengan lecturer. Assignment? Ha, hari pertama dah dapat. Tapi hanya sekadar mengisi maklumat sendiri, lecturer dan sedikit tugasan mencari maklumat berkenaan subjek tersebut sahaja. Alhamdulillah 75% siap, lagi 25% tunggu kawan yang siapkan..haha

Betul ke pakcik ni dah nak habis belajar? Dah nak grade? Dah nak dapat zaujah..ops, ijazah? Dah nak mulakan alam pekerjaan? Dan lepas tu nak ehem..ehem pulak? hohoho.. Yela, tak percaya ke? Entah, aku sendiri pun kadang-kadang terasa semacam antara percaya dengan tidak je. Ilmu didada ni entah cukup ke tidak entah lagi untuk memulakan alam pekerjaan. Boleh ke tidak ilmu yang sejemput ni nak dipraktikkan semasa alam pekerjaan nanti. Temuduga, persiapan diri, rezeki Allah ada ataupun tidak untuk ku kelak. Entah, semuanya bermain-main didalam fikiran ni. 

Sebagai anak lelaki, biasalah banyak benda yang nak kena fikirkan. Tanggungjawab pada Allah, pada agama, keluarga, diri sendiri dan bakal akan menanggung pula beban tanggungjawab pada zaujah dan anak-anak kelak. Diri sendiri pun belum sepenuhnya terjaga, layak ke nak jaga anak dara orang kelak? Ilmu agama, ilmu dunia, ilmu berkaitan rumah tangga, semua tu perlu juga dititik beratkan. Jangan dititik ringankan, kelak ringan terapung-apunglah masjid yang dibina. Sekali angin bertiup, gedebuk jatuh rebah ke bumi. Alang-alang membina masjid, biarlah kukuh sehingga nyawa masih dikandung badan. Insya-Allah bahagia hingga ke syurga.

Apa yang ku harapkan, semoga dengan kehadiran tahun baru masihi dan tahun baru hijrah yang baru sahaja beberapa hari lepas kita sambut, sama-samalah perbaiki azam, tingkatkan amalan, kuatkan ukhuwah yang terbina, antara Allah dan juga sesama makhluk. Moga-moga dengan kehadiran tahun baru dan semester baru ini bakal menyajikan suatu yang cukup bermakna buat kita semua. Insya-Allah.. Azam!!!!!!

"Tahun baru, umur makin bertambah, kematangan pun berubah. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Kematian makin menjemputku. Dan ianya janji yang pasti"

* H A T I M E N A N G I S I M A N M E M U J U K *

4 contengan diterima:

iNtAnCtZ on January 1, 2009 at 11:20 AM said...

slamat thn br pkck!
1430 & 2009~

Anonymous said...

gudbye 2008 n welcome 2009..^^

pakcik ni masih tak abis2 ngn zaujahnya..huhu

cpt2 la grade yer..semoga tak lama lepas dpt ijazah dapat pulak zaujah..bahagia dunia akhirat..=p

Anonymous said...

laju jer pikir pasal zzaujah..
ehem ehem...
xsempurna seorang lelaki tu tanpa seorang wanita disisinye

Lisam on January 2, 2009 at 10:35 AM said...

to seekerz
selamat tahun baru seekerz..
azam tahun ni, nak kaco blog cik seekerz sampai muntah..
wawawaaa..azam yg xkan trtunai..ekeke

to asniza
hehe..
insya-Allah..moga diperkenankan..
nak sempurnakan agama, sempurnakan iman, sempurnakan kehidupan...^^

to patrik
pandai patrik..
jiwa sorg laki2 ni xkan tenang selagi tiada wanita disisinya..
tertutup sikit matanya bila punya zaujah..
xsepenuhnya, at least sebahagiannya trtutup laa...

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal