Friday, December 26, 2008

Oh Tidak, Kena Tag Lagi

Agaknya, bulan ni bulan orang tag mengetag ye. Buat ketiga kalinya, menjadi mangsa tag menjawab soalan-soalan yang memeningkan kepala je nak menjawabnya. Kali ni terima kerja rumah dari cik Muyassarah dan cik Seekerz sekali. Kata cik muyassarah, bertukar-tukar tag setelah aku menjadikan beliau mangsa tag yang lepas. Cik seerkerz pula memang dah jadi mangsa tetap aku selama ni. Entah la, suka je aku letakkan nama beliau berdua ni menjadi mangsa tag aku, selain Cikgu EyaKahfi8 dan Nessa Syahirah. Sori le engkorang ye, mungkin nama kalian bisa menarik minat jari jemariku untuk menaip menjadi mangsa permainan ini..ngehehehe

Meh, pakat layan tag kali ni plak. Layannzz..

1.What is the relationship of you and him/her?
Muyassarah : Excidently meet her by hoping from one blogs to another blogs. Dengan kata lainnya, kawan blogger jer.
Seekerz : Meet her at iluvislam.com. Now she's own her own blog, so she also now became my blogger partner.

2.Your 5 impressions towards him/her.
Muyassarah :
1) She's good woman with her niqab
2) Love to blabber in her blog
3) Love UNIC maybe. Likes me..ahaks
4) Cool although with her respectful personality. Who said with Islam we cannot be ourself? Islam never force their believers to be rigid.
5) Erk...pe lagi nak tulis ea?

Seekerz :
1) Suka gak merapu cam pakcik
2) Suka cerita pasal sekolah lama dia kat blog termasuk cerita-cerita baru berkenaan kehidupan dia sebagai student universiti sekarang
3) Ala-ala tomboy kot, sebab beliau ada manyatakan ayahnya tak pernah memanjakannya sebagai seorang anak gadis
4) Sempoi je tengok kehidupan dia, melalui apa yang selalu baca kat blog dia la
5) Errkkk...cik seekerz nak tambah pape lagi?

The rest, generally I've answered for both of them.

3.The most memorable things he/she had done for you.
Never meet them, never face them, never talk to them except occasionally through YM and never ever touch them. So, they never done nothing to me.

4.The most memorable things he/she have said to you?
Muyassarah : Saya muyassarah.YM, bukan muyassarah.blogspot. Ayat ni masa awal-awal taaruf kat YM.
Seekerz : Panggilan tok lisam kat iluvislam. Cik seekers kot yang bagi panggilan ni dulu kat pakcik.

5.If he/she become your lover, you will...
Ask them back, are you crazy or I'm day dreaming?

6.If he/she become your enemy, you will...
Kill them..muahahaha..kill..kill..kill..

7.If he/she become your lover, he/she has to improve on...
Errr....jap nak pikiaq. Just be who you are and never force yourself to become someone else.

8.If he/she become your enemy, the reason is...
They force me to married her dad.

9.The most desirable thing to do on him/her is?
Tak pernah pikiaq pun nak buat pa kat mereka ni. Kalau pakcik nak goreng mereka boleh ke?

10.The overall impression of him/her is...
They all cool..When they are in fridge.

11.How do you think the people around you will feel about you?
Baiknya budak ni, anak sapa la ye? Leh buat menantu ni..hahahahahaha.. Perasannn!!! Perangai cam hantu.

12.The character of you for yourself is?
Camne ea perangai pakcik ni? Waa..tatau nak tulis pe. Pakcik budak jahat.

13.On contrary, the character you hate of yourself is?
Pemalas, pemerapu, pembuang masa, pembaris, penyapu, pembakar..erkk

14.The most ideal person that you wanna be is?
Seorang insan yang memperjuangkan agama Allah, syahid menjadi matlamat hidupnya, anak soleh penerang kubur ibu & bapa, adik & abang yang bertanggungjawab kepada ahli keluarga, suami yang membahagiakan isterinya dan ayah yang mendidik anaknya ke syurga. Wawawaaa... Insya-Allah, tolong doakan ye..(^_^)

15.For the people who care about and likes you, say something about them.
Stay with me, be with me, trust me and never cheat on me. Ever!

16.Ten people to tag:
1. lalalala
2. lalalala
3. lalalala
4. lalalala
5. lalalala
6. lalalala
7. lalalala
8. lalalala
9. lalalala
10. lalalala

17.Who is no. 2 having a relationship with?
lililili.

18.Is no. 3 a male or a female?
Sat nak cek. Ops, tak dapat nak dikenal pasti.

19.If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Mungkin akan hidup bahagia dan melahirkan zuriat bernama lulululu.

20.How about no. 5 and 8?
Spesis yang sama.

21.What is no. 1 studying about?
About lelelele.

22.Is no. 4 single?
NO. It is taken by lolololo.

23.Say something about no. 6.
Len kali tukar nama jadi lalilulelo lak ye. Meriah ckit.....lalalala

Siap! Merapu dipagi hari..huhuhu

* K A D A N G I M A N L E M A H *
Read rest of entry

Tuesday, December 23, 2008

Wanita.. Akalnya Senipis Rambut

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan Nya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka derita. Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah punca kekuatan dunia!!!



Akalnya senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan. Tuhan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan. Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Lelaki, jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna...

* P E N A M B A T I M A N *
Read rest of entry

Thursday, December 18, 2008

Mari Mengetag; From Dr Zaty

Untuk kali kedua dalam bulan ni, aku kena tag lagi. Kali ni agak dan memang panjang berjela-jela tag yang diberi. Letih juga la aku nak menjawabnya. Tapi oleh kerana kesungguhan cik Dr Zaty menyenaraikan nama aku sebagai penerima tag beliau ni, aku terimalah dengan hati yang berbunga-bunga bagai bunga kembang pagi. Sekurang-kurangnya ada juga la benda aku nak kongsi kat korang semua kan? Takda la blog ni sunyi je tanpa posting terbaru. Layannzz...

Tagged The rules:
Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 people.

Tagging:

Mitak maaf bebanyak la korang semua ye, pakcik hanya menurut perintah. Jawab, jangan tak jawab, nanti kalau tak jawab kena geget tinge..muahahaha

Random facts bout myself

-pening dengan final year project
-suka makan tanpa henti bila perasaan nak makan tak dapat nak dibendung
-boleh tahan perut sampai 2 hari tanpa makan bila selera nak makan hilang atau sibuk. sebab tu la sekeping je sampai sekarang..sob..sob..
-currently lepas subuh suka tidur balik, bangun pula punya la lewat ngalahkan baby baru lahir
-suka lengah-lengahkan kerja dan buat dengan tak serius langsung
-tak sabar menunggu keputusan peperiksaan final exam semester lepas walau tidak seperti yang dijangkakan
-teringin nak makan prosperity burger kat mc d
-tatau dah nak tulis pe..okeh, cukup pun 8. kalau disuruh tulis sampai 18, memang aku geget2 la soalan ni sumer..padan muke!

Myself

First name:
Khairulisam.

Name you wish you had:
cam soalan tag cik seekerz je. so, tade. next.

What do people normally your name as:
khairul, lisam, sheikh, sam, ustaz, ust, abe ust.

Birthday:
9 Jan 1986.

Birthplace:
kat rumah lama, kg bukit chalok, setiu, terengganu.

Time of birth:
9.45 am.

Single or taken:
single but not available.

Zodiac sign:
capricorn si kambing bebiri yang poyos.

My apperiance

How tall are you:
168-170.

Wish you were taller:
hopefully. tade la orang tengok kecik sangat, dah le tubuh ni cam tade daging dah.

Eye color :
hitam.

Current hair color:
hitam.

Short or long hair:
pendek je, currently just 5cm.

Ever dye your hair a bizarre color:
tak pernah fikir nak main kaler-kaler rambut nih. membazir, buang masa+duit, mengubah kejadian Allah yang maha cantik dah.

Last time you did something dramatic with you hair:
something dramatic? next.

Glasses or contacts:
i have a very good eye, clean & clear..ekeke. penah check dulu, orang yang check tu pun terkejut sebab mata pakcik ni terang sangat. syukur jela.

Do you wear make up:
kalo ase nak buang tebiat nanti pakcik try la pakai. biar termuntah sape2 yang nengok nanti.

Paint your nails:
nak masuk neraka cat la.

Shy or outgoing:
pakcik seorang yang pemalu..ngehehehe..pasan!

Sexy or cute:
auww..best ke jadi seksi?

Serious or fun:
tak reti nak serius. kalau serius, muke nampak garang. orang nak tegur pun takut. silap hari bulan, tak pasal-pasal kene geget nanti. nak? try la.

A turn on:
huaaarrghhh...syukur, hidup lagi aku hari ni.

A turn off:
innalillah.

This or That

Flowers or chocolates:
wish i could give this two things to somebody someday. but who is she? nobody knows..ngehehe

Pepsi or coke:
sirap limau sudaa.

Rap or rock:
neither. layan nasyid lagi masyukk.

Relationship or one night stand:
soklan pe ni..kawen dulu r, every night stand pun tade sape nak larang.

School or work:
seorang pelajar yang masih keliru. waaaa, nak grade.

Love or money:
both + iman + akal.

Movie or music:
music everyday, movie kengkadang.

Country or city:
of course la country side. pakcik anak kampung yang merantau ke bandar.

Sunny or rainy days:
sunny day panas, rainy day sejuk. tapi time rainy day sodap untuk menidurkan diri sendiri. so, pakcik nak suka rainy la..hehehe

Friends or family:
mula-mula family, kedua family, ketiga family, keempat baru la family lagi. mana friends? lepas semua kepentingan & tanggungjawab kepada keluarga dilangsaikan terlebih dahulu. pakcik anak lelaki, tanggungjawab pada keluarga besar maa.

Have you Ever

lied:
huhuhu..bohong la kalo tak pernah.

Stole something:
stolen someone's heart pun dikire ke?

Smoked:
never ever & forever i'll not become a smoker.

Hurt someone close to you:
tak suka sakitkan hati orang, sebab pakcik takut orang benci sama pakcik. bila orang benci, orang tanak kawan, bila orang tanak kawan, pakcik jadi kera sumbang, bila jadi kera sumbang, pakcik leh kawan ngan kera je, bila kawan ngan kera je, errr pe jadi ea kalo kawan ngan kera je ye?

Broke someone's heart:
repairing someone's heart, always...

Wonder what was wrong with you:
errmmmmm...next.

Wish you were prince or princess:
nak jadi king yang melahirkan prince & princess yang kiut miut..huhu bole ke?

Like someone who was taken:
tak mungkin. coz i hate challenge with someone to have someone.

Shaved your head:
teringin, tapi tak yakin mampu buat.

Used chopstick:
always. suke makan megi ngan menatang nih.

Sang in the mirror to yourself:
nanti kalau cermin tu pecah sape nak jawab?

Favourites

Flower:
ikut zaujah pakcik la, kalo dia suka bunga kobis sekalipun, pakcik kena suka gak la. hari-hari hadiahkan bunga kobis, cukup masa dia masak, pakcik gak kenyang leh makan bunga kobis tadi..ekekeke

Candy:
gula-gula susu seposen 3 biji. time kecik-kecik dulu seposen 4 biji tau.

Song:
op kos la nasyid. ayatul quran tu dikira sebagai song ke? oh, tidak kot.

Scent:
minyak atar sudaa.

Color:
something bright and kalerpul cam blog pakcik nih. sometimes i feel weird with my blog, dunno why. people always think that i'm woman because of my blog looks like a woman's blog. ye ke? entah ler blalang..

Movie:
die hard fan kt prison break. cant stop myself from waiting the new episodes to comes out every week maa.

Singer:
sape ek..sape ek..sape ek..next

Junk food:
coki-coki tu junk food ke?

Website:
ape-ape je asalkan aku berkenan & leh tambah ilmu agama lam dada.

Location:
atas kerusi plastik warna biru dipagi hari yang aku sendiri tak tahu kenapa aku berada disini. sepatutnya berbungkus didalam selimut yang menghangatkan.

Animal :
nak sekor kucing yang berbulu lebat dan gemuk cam garfield. nak kasik makan banyak-banyak sampai dia mati sebab perut pecah..hahaha..kejam!

Ever cried over someone:
sat nak recall..no..next.

Is there anything you wish you could change about yourself:
esok lebih baik dari hari ni.

Do you think you're attractive:
no. absolutely not!

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose:
tak tengok fairytales, so tatau la nak choose mane 1 yang best.

Do you play any sports:
swimming on my bed. sometimes in my dream..ngeh3x..

Waaa, akhirnya siap juga menjawab soalan-soalan yang ntah ape-ape ntah ni. Tahniah bagi yang dah baca sampai tahap ni. Maknanya korang memang takde keja sungguh..huhu

* J A G A D I R I J A G A I M A N *
Read rest of entry

Monday, December 15, 2008

Jangan Cuba Nak Menipu

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis tuh ade satu test, kira last minute la baru tahu (biasa la,student ni kadang2, ponteng, lepas tuh tak nak tanya2 kengkawan). So, mereka berfikir la, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu. Nak kelentong professor la ni.

Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakar la, tapi ada yg bantah. Cam tak logik sangat, banyak laks soal jawab nanti dengan professor. Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah seorang tuh tepon la si professor tuh. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. Sekarang mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh la ni). Professor pun setuju la menangguhkan ujian ke hari isnin depan. Lega. Mereka fikir, sempat la nak study jap.

Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yerla, 4 org jer. Senang nak monitor kalau2 ada la yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2 soalan je. Soalan pertama, 1 markah. wah, skit je.

Professor tanya apa nama subjek ujian yg mereka tengah ambil ni.OK. senang la kan. Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. Terkejut. Cuba teka apa soalan yg professor tuh bagi ?

Soalan ke 2 : Tayar kereta mana yg pecah ? Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri, seorg jawab depan kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detect la mereka menipu...

Moral of the posting kali ni : Dalam hidup ni, janganlah sekali-kali ada terniat nak menipu sesiapa pun. Sehebat macam mana pun taktik kita nak menipu orang, kita kena ingat ada lagi yang lagi hebat, lagi berkuasa, lagi maha mengetahui dari kita insan yang hina ni. Sekali menipu mungkin terlepas, masuk kali ke dua, kali ketiga, agak-agak apa nasib bakal kita akan dapat? Sepandai mana pun manusia tu, pasti akan jatuh juga suatu masa nanti. Kerana hidup ini bagaikan roda, sekejap kita gah diatas, dan tak mustahil suatu masa nanti, kita bakal terperosok hina dibawah.

Allah itu maha adil, tidak didunia, pasti diakhirat kelak akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan. Beranilah kerana benar, kerana benar itu pasti akan menang juga suatu masa nanti. Tidak hari ini, pasti esok, lusa, mungkin juga tulat. Siapa tahu?

* H A T I K E N A I K H L A S *
Read rest of entry

Saturday, December 13, 2008

Menjawab Tag Dari Cik Seekerz

Suatu masa, pakcik baru balik dari menyambut hari raya korban atau nama lainnya hari raya haji atau lebih sedap didengar, hari raya aidiladha, melilau-lilau diblog sendiri, dan mendapati seorang kenalan blogger yang asalnya merupakan rakan merapu di iluvislam.com telah pun meninggalkan sedikit pesanan yang merupakan pemberian di shoutbox pakcik yang sememangnya sentiasa sibuk dengan adegan merapu-rapu oleh makhluk-makhluk yang pakcik sendiri kurang mengenalinya, tapi pakcik buat-buat kenal jela.

Cik seekerz ni pun satu, orang tengah sibuk-sibuk sambut raya haji, boleh pula dia bagi pakcik hadiah tag mengetag ni. Kok kalo diberi daging sekilo ke, pakej buat haji ke, melancong ke tanah suci mekah selama 3 hari 3 malam beserta sarapan pagi pun ok la juga, ini diberi pula soalan-soalan yang pakcik sendiri pening nak menjawabnya. Tapi takpe lah, pakcik cubalah jawab sebab susah-susah cik seekerz menyenaraikan nama pakcik sebagai penerima tag beliau ini, kena la pakcik menerimanya kan. Kecil hati nanti, susah pula pakcik nak memujuknya. Apa-apa hal, mekasih ye cik seekerz. Pakcik jawab kut melayu la, sebab pakcik tak reti nak merapu kut bahasa orang putih ni. Berbelit lidah. Layannzz..

1.Do you think you're hot??
Kalo duk tengah panas, dalam oven, ataupun atas pemanggang ikan bakar, memang hot bebenor la pakcik ni~

2.Upload your favourite picture of you
Gambo sorang ayah memimpin anak lelakinya untuk ke masjid. first time dapat gambar ni bertahun-tahun yang dulu, dah memang suka bangat. sampai skrg, masih lagi suka~

3.Why do you like that pictures?
Nak jadi macam ni gak nanti. layak ke masalahnye~

4.When is your last time you ate pizza??
1 to 2 years ago. Memabazir la, dah le mahal nak mampos~

5.The last song you listened to
Unic - Insan Bernama Kekasih. Incik Lisam perasan ade aweks le tu. Dasar tak laku~

6.What are you doing right now beside this??
Pikir nak buat ape malam ni. Penatlah, seharian bekerja. Malam2 camni pikir nak rehat je~

7.What Name would you prefer beside yours??
Susah tau parents pakcik pikir name pakcik ni, tanak la name len. Tapi suke name umar mujahid, leh kasik kat anak nanti ni..ekeke~

8.People i tag.
Pakcik baik ati kali ni, malas lak nak cari mangsa tuk main manatang nih. Sebab cik seekerz dah mencuri awal-awal mangsa yang pakcik berkenan sangat nak kenakan~

Sekian dimaklumkan..

* B I L A H A T I R I A N G *
Read rest of entry

Wednesday, December 3, 2008

Keperitan & Erti Syukur

Alhamdulillah, hidup lagi aku hari ni. Masih mampu berdiri? Alhamdulillah, masih punya kekuatan. Masih mampu gerakkan tangan, kaki, juga kepala? Alhamdulillah, Allah masih tidak lagi menarik nikmat-nikmat tersebut. Mata mampu melihat? Mulut mampu berkata-kata? Masih mampu mendengar bunyi-bunyian? Alhamdulillah, pancaindera yang Allah kurniakan ini masih lagi berfungsi dan mampu menjalankan kerja dengan baik. Masih mampu merasa makanan? Meneguk minuman? Mengunyah makanan? Alhamdulillah, baru sahaja selesai menikmati rezeki Allah, untuk hari ini.

Tapi sejauh mana kita bersyukur dengan setiap pemberian Allah yang percuma ini? Ramai mana antara kita yang setiap pagi masih mampu menadah tangan lalu mengucapkan syukur kepada Allah setiap pagi selepas bangun dari tidur kerana masih lagi diberi peluang sehari lagi untuk mengecap nikmat hidup didunia ini? Manusia, kadang ketika saat diri merasa senang, amat susah benar ingin mengucap syukur. Hanya sedar dan tahu erti syukur bila diri terasa dalam kesusahan.

3 hari bekerja sebagai pembanci kereta, lori, bas, van dan motorsikal di Bandar Puteri, Klang. Hanya kereta sorong, kereta lembu dan basikal je yang aku tak kira. Satu kerja yang cukup memenatkan kerana bosan dan terpaksa menahan terik panas mentari beserta bahang haba jalan raya yang memang memedihkan kulit muka. Keluar ke tempat kerja disaat lampu jalan masih lagi belum padam, dan habis waktu kerja disaat lampu jalan sudah kembali menyala. Tiada waktu siang untuk aku bersenang lenang dirumah, hanya malam sebagai tempat aku merehatkan badan dan tidur. Keluar gelap, balik rumah pun suasana dah kembali gelap. 

12 jam bersengkang mata, hanya mata dan jari sahaja yang bergerak, memang menuntut kesabaran yang cukup tinggi. 12 jam hanya duduk, mata melilau2 melihat kereta yang lalu lalang sambil jari memetik benda alah yang aku sendiri pun tak tahu apa namanya, yang aku tahu, benda tu macam mesin untuk mengira. Sekali tekan akan naik 1, 3 kali tekan, akan naik 3 la kak ngah..huhu

Bila sesekali buat kerja part time macam ni, baru la diri ni terasa betapa susah sebenarnya untuk senang. Dan jangan sesekali memandang rendah pada sesiapa pun walhal apa jua kerja yang mereka lakukan, asalkan halal dan tidak menyalahi undang-undang negara juga undang-undang yang Allah tetapkan. Kerana kita sebenarnya tidak tahu apakah latar belakang orang tersebut sebenarnya. Mungkin dia punya ijazah, punya diploma, tapi nasibnya tidak berapa baik, itu sahaja rezeki yang Allah kurniakan padanya kerana itulah yang terbaik buatnya. Walaupun pada pandangan mata kasar kita boleh menganggap ianya tidaklah pekerjaan yang terbaik buatnya, tapi Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan setiap ketentuan buat hamba-hamba-Nya. Mungkin pendapatannya tidaklah seberapa, tapi Allah mungkin mengurniakannya kaya dengan ketenangan hidup dan punya keluarga yang cukup bahagia. Siapa tahu kan?

Benarlah kadang-kadang bila kita terasa betapa perit untuk mendapatkan sesuatu, barulah kita benar-benar tahu bagaimana untuk bersyukur bila sudah mendapatkannya. Setiap peluh yang menitik kerana menahan panas terik juga keperitan mencari sesuap nasi itu, akan membuatkan kita lebih mensyukuri setiap sen duit yang bakal kita terima nanti. Berbeza dengan keadaannya bagi mereka yang kerjanya senang lenang, dalam aircond, berkot dan bertali leher kemas mencekik leher, mungkin kurang terasa peritnya, kurang juga syukurnya.

Begitu juga dalam soal mendapat pasangan. Kebanyakan mereka yang susah disaat mengorat, akan lebih menghargai pasangannya bilamana sudah berjaya mendapatkannya. Bagi yang jenis sekali kenyit sudah sangkut, mungkin inilah yang bakal terjadi kes-kes declare clash kerana alasannya tidak bersefahaman lagi, padahal alasan sebenar adalah muak dan kurang menghargai.  

Sebab itulah wanita-wanita dinasihatnya agar menjaga diri mereka dan memahalkan cinta mereka itu. Jangan terlalu mudah menerima cinta sang kumbang dan jangan terlalu menyusahkan. Uji mereka bagi melihat kesungguhan mereka. Lihat samada mereka mampu untuk bersabar dan menahan nafsu yang bergelora dalam diri mereka. Pilihlah yang benar-benar mampu bersabar dengan setiap kerenah kita, kerana insyaAllah anda akan mendapat cinta yang tulus suci daripada insan tersebut. Lebih dihargai dan susah untuk ditinggalkan.

Berbalik pada tajuk asal, sebab itulah sebagai seorang anak mahupun seorang isteri, cubalah untuk hargai setiap peluh ayah mahupun suami kita itu yang menitik kerana ingin mencari sesuap nasi, seteguk air, malam diterangi cahaya dan rumah mendapat bekalan air yang sepatutnya. Kerana kita tidak mungkin akan merasakan apa sebenarnya yang ayah kita rasa bila mereka diluar mencari rezeki buat isteri juga anak-anak mereka. Mereka mungkin berpanas, berhujan, bertarung dengan hebatnya ombak yang bergelora, juga ada yang terpaksa bertarung dengan nyawa, antara hidup dan mati, semata-mata ingin melihat kita hidup senang dan cukup makan.

Belajarlah untuk sesekali hidup susah, kerana ia mungkin berguna untuk masa depan kita. Kita tidak tahu dan tidak dapat mengagak, apakah yang bakal terjadi pada diri kita kelak. Mungkin senang, dan tidak mustahil untuk menerima ujian kesusahan dari Allah. Cuba hargai setiap nikmat yang Allah kurniakan, dan jangan sesekali sesali setiap kesusahan yang kita hadapi. Kerana yang pasti, akan ada insan lain yang hidupnya pasti lagi susah dan lagi teruk menerima ujian dari Allah. 

Berfikiran positif dan cubalah untuk menerima setiap musibah yang terjadi sebagai satu asbab untuk kita muhasabah diri dan terus dekat dengan pencipta kita, Allah swt. Jangan memandang sesuatu perkara itu hanya menyusahkan, tapi cubalah selami hikmah yang bakal kita kecap disebaliknya. Ujian dan kesusahan itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah sebagai peringatan dan juga teguran Allah untuk menyedarkan kita sebagai hamba-Nya yang sering lalai.

* K U S Y U K U R M I L I K I M U *
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal