Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan Nya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka derita. Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah punca kekuatan dunia!!!
Akalnya senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan. Tuhan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan. Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Lelaki, jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.
Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna...
* P E N A M B A T I M A N *
3 contengan diterima:
wanita mmg makhluk yg pelik, unik tetapi istimewa..hak3
so..
"Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna..."
pelik camne pun dorg, tp masih lg seorang lelaki ni mndambakan kasih dr seorg wanita...hihi
xda yang buruk pada wanita...kerana Allah meletakkan semua kebaikkan pada wanita..xda sebab lelaki untuk membencinya..waallahuallam
Post a Comment