Wednesday, April 7, 2010

Makang Ikang Dalang Talang

Lisam, hidup lagi kamu ya? Aha, mesti la. Selagi namaku belum gugur untuk dipanggil mengadap-Nya, insyaAllah selagi tu la manusia bernama Lisam ni mampu berjalan dan bernafas dimuka bumi Allah ni, setiap hari setiap saat menambah dosa-dosa yang entah bila akan berkurang. Jadi, mati bukanlah pilihan terbaik untuk diriku sekarang. Hoho kalau lah mati itu menjadi salah satu pilihan dalam hidup, pasti sejak lahir lagi aku akan memilih untuk terus mati, bersih suci dari segala macam kekotoran dan penipuan hidup duniawi.


Hari ini dunia telah pun melangkaui bulan ke 4 dalam tahun 2010 masihi. Tempoh aku bergelar sebagai seorang pekerja telah pun menjejak usia 9 bulan. Sekejap, laju dan begitu pantas masa berlalu. Hari demi hari dilalui dengan suasana yang lebih kurang sama, udara yang sama, orang sekeliling yang juga tidak banyak perubahan. Saban hari juga, seorang demi seorang insan yang aku kenali, rebah bersemadi selamanya diperut bumi. Seringkali berita mengenai musibah kematian menjengah samada ke telinga mahupun mata, membuatkan aku berfikir sendiri, masa aku bila lagi? Ah, mungkin kah dalam masa terdekat? Esok? Malam nanti? Errr..

Enam bulan berada di Celcom, setiap hari mengadap komputer, menulis bait-bait PHP, Javascript, HTML, CSS, muka bos, muka kawan sepejabat, meja, kerusi dan juga nescafe 3 in 1 yang entah bila nak habis. Keluar rumah hari gelap, balik rumah hari pun sudah gelap. Tubuh badan pun seolah sudah faham dengan rutin seharian. Kalau diawal alam pekerjaan dulu, badan memang terasa amat penat, lemah dan tidak bermaya. Kadang perasaan nak berhenti dari rutin seharian tu sentiasa bermain dalam fikiran. Tapi kalau aku berhenti, apa aku nak buat lepas tu? Makan tidur goyang kaki? Alangkah sedapnya jika tujuan hidup semudah itu cuma.

Fasa baru hidup insyaAllah akan berubah tidak lama lagi. Fasa yang akan menjadikan diriku lebih matang (mungkin) dalam menjalani hidup sebagai khalifah-Nya dimuka bumi ini. Fasa yang bakal mengajar aku erti sebuah tanggungjawab, erti sebuah kesabaran dan juga erti sebuah kasih sayang yang tidak lain dan tidak bukan dalam usaha aku mengharapkan rahmat dan redha dari Allah swt.

Bimbang juga bila sesekali memikirkannya, walaupun perasaan ketidaksabaran tu menggunung tinggi, tapi didalamnya terselit sebuah perasaan yang lebih tinggi dari segalanya.

Mampukah aku menerima tanggungjawab ini? Mampukah aku mengajaknya lebih dekat dengan syurga Allah? Mampukah aku mendidik anak-anak yang bakal lahir dengan didikan yang lurus berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya dalam keadaan dunia akhir zaman sekarang? Persoalan-persoalan yang aku sendiri tidak mampu mencari jawapannya selagi mana aku belum merasainya sendiri. Kadang kita bercakap manis mulut dari pewangi, tapi untuk melaksanakannya lebih susah dan busuk dari menghidu najis sendiri. Manusia.

* M E N G H I T U N G S A A T *
Read rest of entry

Friday, February 5, 2010

Masa: Terbaik Atau Terbalik?

Aik, tajuk tu gaya macam mengedit tajuk thread kat iluvislam je..ehehe dah terbiasa mungkin.

Haip..Hari ni terasa ingin menulis sesuatu kat belog yang telah lama ditinggalkan ni. Sesuatu yang kadang kita pernah lalui, sedang lalui atau mungkin juga akan melaluinya suatu masa nanti. Bila bercakap soal masa, banyak perkara dalam hidup kita berkisar dan berkait dengan masa. Kadang kita berjalan selari dengan masa, berlari meninggalkan masa dan mungkin juga pernah merangkak mengejar masa yang jauh meninggalkan kita. Yang pasti, setiap saat, setiap minit dan setiap jam, masa pasti bergerak tanpa pernah berhenti walau sedetik.

Orang yang berakal akan melalui setiap saat dalam hidupnya dengan bahagia dan penuh pengisian. Orang kurang berakal akan senantiasa melalui saat-saat yang merugikan dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak berakal, setiap saat dalam hidupnya adalah kegembiraan dan kesengihan, kerana mereka adalah orang gila.

Pernah tak dalam kehidupan seharian kita, kita selalunya akan membuat keputusan yang tanpa kita sedar akan melibatkan masa? Ya, semua dari kalangan kita pernah melalui samada dalam sedar mahupun tidak. Sesuatu berita, khabar gembira, sedih mahupun khabar yang tidak baik, sebenarnya sangat bersangkut paut dengan pemilihan masa yang sesuai untuk kita khabarkan pada umum. Soal kematian, jodoh mahupun berita berkenaan adik kita yang baru lepas bersunat pun perlu mempunyai kesesuaian masa untuk dikhabarkan.

Contohnya, pabila bercakap soal kematian, adalah sangat tidak sesuai untuk mengkhabarkan ia kepada seseorang pada ketika orang tersebut dalam keadaan sakit mahupun kesusahan. Silap-silap nanti, bukan satu kubur yang terpaksa digali, tapi dua. Akhirnya siapa yang untung? Penggali kubur itu juga yang dapat double payment.



Teringat satu thread dalam iluvislam.com. Jodoh: Mencari atau Menunggu? Lebih kurang la dia punya tajuk. Mencari, memerlukan masa yang sesuai. Menunggu juga memerlukan masa yang sesuai untuk menunggu. Jika masih muda belia, menunggu bukanlah sesuatu perkara yang salah dan dilarang, kerana mereka mempunyai masa untuk menunggu dan dicari pasangan mereka. Tapi jika usia makin meningkat tua, menunggu bukanlah satu pilihan yang terbaik. Mereka perlu bertindak sebagai pencari bukan lagi penunggu. Kekangan masa yang sangat mendesak memerlukan mereka bertindak mencari dengan agresif agar apa yang ditetapkan Allah itu mudah dan cepat untuk mereka perolehi. Tak salah berusaha lebih selepas berdoa, selebihnya kita tawakal dan mohon pertolongan dari Allah.

Kadang jika diikutkan nafsu yang bergelora, seringkali ingin saja diluahkan dan dikhabarkan sebarang berita baik kepada dunia. Tapi memandangkan ianya sesuatu yang belum pasti, dan sesuatu yang masih agak jauh untuk dicapai, jadi sekarang bukanlah satu masa yang sesuai untuk diumumkan kepada semua. Ia bukan saja berkaitan soal jodoh dan pertemuan, tapi berkisar kepada semua benda disekeliling kita.

Seronok sangat ke umumkan yang kita ada awek, ada pakwe, ada balak dan ada bunga? Kadang pelik dengan sikap segelintir muda mudi sekarang, terlalu berbangga dan menggagungkan pasangan masing-masing. Berbangga yang kita punya pasangan, punya seseorang yang menyayangi kita. Sampai sanggup diletakkan di laman sosial masing-masing sehinggakan orang ramai boleh melihat dan mengusyar pasangan mereka tu. Ah, hapekejadahnya mereka buat macam tu? Bangga ada awek cantik? Ada balak hensem? Kalau dah tahu pasangannya kita tu cantik, hensem, simpan dan jaga la maruah dia baik-baik. Jangan nak dipamerkan dan pertontonkan kepada umum. Simpan elok-elok untuk diri kita seorang je. Itu pun tak boleh fikir ke? Haish -_-"

Pilih masa sesuai, masa yang terbaik untuk mengumumkan kepada semua orang. Jangan sampai satu masa nanti, kerana sikap kita yang salah memilih masa, kebahagiaan yang kita harap, sebaliknya yang kita dapat. Akhirnya, semua terbalik. Rebah, terlentang jatuh menyembah bumi. Frust menonggeng. Terjun bangunan. Mati dalam kekufuran. The end.

Perlu ke cakap? Errr..tidak perlu.

* M E N C A R I D A N M E M I L I H *
Read rest of entry

Monday, January 11, 2010

Selamat Hari Kematian

Kembali lagi dengan sedikit perkongsian. Ops sebelum terlupa, ucapan syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk terus menghirup udara segar kurniaan-Nya dimuka bumi ini lagi pada saat dan ketika ini.

Sekenli, selamat hari tua kepada diri ku sendiri yang ke-24 tahun pada 9 Januari 2010 yang lepas. Sambutan pada tahun ini agak istimewa dan tidak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila selagi mana otak aku masih ok dan tidak nyanyok. Kalau nyanyok pun aku rasa akan ingat jugak sambutan besday aku pada tahun ni. Ingat senang ke nak dapat sambutan macam yang aku dapat ni. Korang pun aku rasa tak dapat kot merasa sampai bila-bila..haha

Ha, serba sedikit gambar sambutan hari jadi aku yang lepas. Layannzz..


Tadaa..habis hancur bumper dan lampu depan. Hilang ntah ke mana dah.


Ha..tak cukup depan, bumper belakang sekali disapunya. Sungguh cantik 'bontot'nya itu..wakaka


Berapa juta pulak la nak baiki kete ni..hmmm


Sekarang ia ditahan diwad ini. Sampai bila tu, mungkin dalam 2,3 minggu jugak la kot.

Okeh, tu lah sambutan hari lahir yang telah berjaya aku sambut pada pagi 09 Januari 2010, sambutan hari lahir aku yang ke-24..huhu.. Makngah Asniza ada bertanya, masa tengah eksiden tu kepala ingat kat siapa? Sebab katanya, kebiasaannya kita akan ingat kat orang yang paling kita sayang. Aku pula ingat kat sapa masa tu? Allah, mak dan kampung aku. Korang tak masuk list..ekeke

Bukit Tinggi, 9/1 - Sebijik kereta secara tiba-tiba hilang kawalan ketika menuruni bukit disalah satu selekoh berhampiran kawasan Bukit Tinggi, Karak. Kereta itu kemudiannya berpusing-pusing 360' beberapa kali sebelum merempuh penghadang jalan disebelah kiri yang menyebabkan bumper hadapan, lampu hadapan sebelah kanan, bumper belakang dan juga lampu belakang pecah bertaburan diatas jalan.

Walaupun melihat pada kengerian kemalangan yang terjadi, tetapi alhamdulillah kerana pemandunya tidak mengalami apa-apa kecederaan samada kecederaan ringan mahupun kecederaan parah. Cuma sedikit memberikan rasa trauma dan fobia.

Difahamkan, pemandu yang dari perjalanan pulang ke kampungnya di Terengganu itu bertolak seawal jam 5.50 pagi dari Shah Alam mengalami kegagalan pada kawalan stereng yang secara tiba-tiba menyebabkan keretanya berpusing-pusing ditengah-tengah jalan pada selekoh menuruni bukit dikawasan Bukit Tinggi.

Selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Tinggi, kereta mangsa ditunda ke bengkel yang berdekatan dan mangsa terpaksa berpisah dengan kereta kesayangannya itu selama lebih kurang 3 minggu kerana terpaksa dibaik pulih sehingga menjadi seperti sedia kala.

Sekian dahulu dari bilik berita angkasapuri. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Tengkiu..

* M U S I B A H B E R G A N D A *
Read rest of entry

Sunday, November 8, 2009

Makanan Percuma

Salam..salam..salam.. warga kota, warga kampung, warga wargi sekalian..

Aha..sungguh seronok dipetang yang aman damai dan membosankan ini mencuri-curi guna laptop kawan, men-sign-in-kan diri ke blogger dan memikirkan idea-idea tak berapa bernas untuk menaip sesuatu diruangan belog yang sudah lama dianak-tirikan ini. Bak kata saya laa dia di kotak mengarut versi ntah apa-apa tuh.

Pergh..terasa sungguh kekok dan mengjengkelkan lagi kebudak-budakkan menulis disini setelah begitu lama (sebulan je padahal) meninggalkan hobi buang masa menulis dan mengarut ini. Tapi disebabkan lagu Nur Kasih sedang didendangkan enak kelubang telinga, secara otomatiknya jari jemari ingin juga meneruskan tarian dan jogetannya diatas kekunci laptop ni. Eh, ni lagu Nur Kasih nyanyian In Team, bukannya lagu cerita Nur Kasih yang sedang hangat mangat dimainkan kat telibisyen tuh.

Maaf la, untuk mengulas lebih banyak cerita tersebut, sungguh la aku tidak tahu menahu, kerana aku adalah seorang yang buta kayu tidak melayan cerita tersebut kerana dua sebab. Pertamanya kerana telibisyen dirumah sewaku rosak dan keduanya kerana aku sudah terlepas melihat episod awalnya, jadi menjadi kemalasan bagi aku untuk melayannya lagi. Walaupun hosmetku begitu addict bagai menghisap dadah mendonlot cerita tersebut.

Hahaha..

Ha, daripada aku update-kan pasal benda lain yang aku sendiri pun belum tahu kesahihannya, lebih baik bagiku untuk meng-update-kan diri aku sendiri. Untuk tatapan dan bacaan anak cucu aku kelak..muahaha jauh benar impian =P

Currently, laptop ku sudah lebih 3 bulan berhibernasi sendiri ditepi dinding. Tak mampu untuk menghidupkan dirinya sendiri walaupun kadang-kadang aku seringkali memaksanya untuk hidup, tapi semuanya dah ditetapkan Allah, ajalnya ditepi dinding simen itu juga. Tak mengapalah, aku pasrah aja pemergiaanya. Yang penting, hidup mesti diteruskan..ceewahh..ahaks..ngee

Concurrently, aku begitu sibuk dan kerap kali menyibukkan diri dengan status sebagai seorang pekerja ditempat baruku. Seorang kawan pernah menegurku, katanya, "eh ko ni baru je habis belajar bulan 5 hari tu, tapi belum sempat konvo, dah siap main tukar-tukar kerja dah?". Sambil tersengih didepan handphone aku me-reply, "alhamdulillah, rezeki Allah beri. Nak buat camne, dah dapat tawaran yang lebih bagus, takkan la aku nak menolakknya dengan alasan aku baru memulakan kerja kan?". Lepas tu, aku dah lupa apa yang di-reply-nya. Ah, short term memory sungguh otakku ini..ahaha nasib la..

Apa yang pasti, sekarang aku begitu satisfied dan berpuas hati dengan perjalanan dan ketentuan hidupku. Walau kekadang dugaan dan ujian melanda, tapi itu dan lumrah dan ketentuan selagi mana bergelar manusia bernyawa dimuka bumi ni. Betul tak? Ujian dan dugaan tu dah jadi makanan hari-hari bagi manusia, nak ataupun tak, kena juga telan. Cuma kaedah menelan dan menerima ujian itu yang terkadang berbeza antara satu sama lain. Ada yang menelannya dengan lahap dan tanpa berfikir panjang, ada juga yang berhati-hati dan memilih cara menelan dengan betul posisinya, kunyahannya dan juga telanannya. Semuanya bergantung pada diri dan pertimbangan iman dan akal.

Hahaha.. Gelakkan diri sekejap..

Lisam, bila nak kawen? Haha, soalan yang sangat sedap untuk aku bincangkan. Lebih-lebih lagi bila bersama dengan rakan seangkatan, seperjuangan, sepermedanan, sepermaianan, seperperper iluvislam. Topik hangat yang sampai bila ntah akan habis untuk dibicarakan. Tapi sampai sekarang, belum ada satu pasangan lagi pun yang berjaya mengadap tok kadi. Mengadap tok mudim tu aku pun sudah..ahaha..

Pasti ramai yang pasang angan-angan untuk menjadi pasangan pertama yang akan diijab kabulkan selepas Ustaz Zahir beberapa bulan lepas. Tahun 2010 bakal menyaksikan sejarah indah terpalit diruangan sejarah krew iLuvIslam.com.. InsyaAllah ^_^

Aku kah? Dia kah? Engkau kah? Korang kah? Ah..tunggu jelah..daaa esok-esok lusa kalau ada kelapangan akan aku mengarut lagi..

* T I N G G A L D A K U *
Read rest of entry

Tuesday, September 29, 2009

Tuwiter-kan Diri Sendiri

Kanak-kanak kiut ini baru nak belajar main benda alah bernama tuwiter ni. Hape kegunaannya, kepentingannya, kebestannya, kenikmatannya dan kesengalannya, haku sendiri pun tak tahu la. Orang lain main, kita nak main jugak, tapi hape kejadahnya benda yang kita main tu memberikan kebaikan dan manfaat kat diri sendiri, kita pun tak tahu. Same as me lah.

haha..

Jadi, marilah kita sama-sama bermain dan memainkan diri sendiri dengan benda ni. Jangan risau, ianya percuma. Hanya perlu bayar bil internet dan bil letrik kat rumah je. Kalau tak bayar, memang benda alah ni tak boleh nak main, belog ni pun korang tak boleh nak masuk jugak, lain la kalau kampung korang canggih bebenor ada CC.

Sila-sila kelik kat gambo kiut miut dan comel lotey dibawah ^^

tuwiter-beso

Dah, sambung buat kerja.

Ops, lupa nak ucap. Selamat hari raya ke 10. Maaf zahir batin. Jangan lupa pose nam!

* A N T A R A D U A *
Read rest of entry

Wednesday, September 16, 2009

Kisah Malam Sebelum Raya

Ha, kesian korang ye. Rajin benar tuan belog ni kongsi cerita sedih-sedih bila dah nak dekat raya ni. Kali ni, sajian seperti biasa. Jadi makan tu elok-elok la ek, sediakan beberapa kotak tisu sebagai langkah berjaga-jaga. Layanzz..

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah, adik-adik dan kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gila kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia.

Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli.

Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau bua tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?"

Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.

Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung. "Aku memang ada masalah pun.

Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" " Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. "Eh? Kau duduk sorang je ke?

Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah nasib aku, malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku!

Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri.

Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak.

Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu.

Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang.

Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan.

Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana.

Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum.

Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.

Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi.

Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!" Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi?

Bulan puasa pun ada hantu ke? "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?

Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya? Lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan.

Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

Moralnya: Jangan lupa kawan dan rajin-rajinlah bertanya kabar. Pastu kalau balik beraya, jangan nak melencong kat tempat lain. Terus balik rumah tau. Kang tak pasal-pasal ada yang tidur kat jirat cina nanti.

T___T

* S A B A R M E N A N T I *
Read rest of entry

Tuesday, September 15, 2009

Kenapa Kamu Lambat?

Sebuah cerita yang dipetik dari perkongsian seorang rakan. InsyaAllah, semoga kita mendapat serba sedikit pengisian dan pengajaran dari kisah dibawah. Layanzz..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

*****

Bersyukurlah dengan setiap rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Sedarlah bahawa masih ada lagi insan lain yang lebih sengsara dan menderita dari kita.

T___T

* M E N A H A N D I R I *
Read rest of entry

Saturday, September 12, 2009

Bicara Jodoh

"Lisam, jika ditakdirkan suatu hari nanti, ana tolong usahakan seseorang buat diri anta, apa anta akan kata?", sapa seorang kawan yang boleh dikatakan amat baik dan aku kagumi.

"Maksud ustaz, seseorang yang bagaimana tu?", saja aku buat-buat tak paham. Bukan apa, nak dapatkan kepastian.

"Ala enta ni Lisam, buat-buat tak paham pula", balasnya pendek.

"Err..betul la ustaz, nantikan ana salah jawab susah pula. Memalukan diri sendiri", saja memancing kepastian darinya.

"Begini Lisam, ana tengok enta ni dah sesuai sangat untuk mula memikirkan soal tanggungjawab yang lebih besar, lebih besar dari tanggungjawab kepada diri sendiri. Ana bercadang, ingin cuba menjodohkan enta dengan seseorang yang insyaAllah sesuai dan sama fikrahnya dengan enta", aku dah agak ayat ini akan dikeluarkannya. Merenung panjang aku seketika. Bukan tidak ingin membalas kata-katanya, cuma aku sedikit terkejut dan kaget dengan permintaannya.

"Bagaimana Lisam? Enta setuju atau tidak? Apa enta tak percaya dengan ana?", sedikit memaksa aku untuk berkata-kata.

"Ustaz, bukan macam tu. Ana percayakan ustaz, malah ana amat hormatkan ustaz. Cuma ana rasa sedikit terkejut dengan kata-kata ustaz tadi. Ana rasa diri ana belum cukup mantop untuk memikirkan soal itu lagi", dalam malas aku menjawab.

"Ana faham. Ana bukan ingin memaksa enta. Cuma ana cadangkan saja. Mana la tahu enta sekarang sedang memikirkan benda sama, enta pun sekarang dah punya kerjaya, mesti la keinginan untuk berumahtangga tu ada juga walau sedikit dalam fikiran enta kan. Sampai bila enta nak hidup keseorangan kan? Bolehlah ana tolong meringankan beban enta tu. Kalau enta susah untuk mencari seseorang, serahkan pada ana. InsyaAllah ana tolong setakat mana ana termampu", semangat ia melontarkan kata-kata.

"Ala ustaz, selama ni ana tak pernah hidup keseorangan pun. Ana ada keluarga, ada kawan-kawan, ada ustaz sebagai kawan rapat ana, apa yang kurangnya", aku berseloroh. Sengaja mengelak membicarakan soal ini.

"Enta ni, itu memang la. Tapi enta tak ingin ke untuk beristeri?", soalnya lagi.

"Hehe..kahwin, siapa taknak ustaz. Kanak-kanak sekolah rendah pun kalau tanya nak kahwin ke tak, majoriti akan jawab nak. Walaupun definisi kahwin pun diorang belum faham apa-apa. Ini kan saya yang dah besar panjang"

"Ha, dah tu tak mahu mulakan langkah lagi ke?"

"Bukan tak mahu, tapi biarlah tunggu saat dan ketika yang sesuai dulu. Ana pun bukannya dah lama kerja, baru saja. Duit pun masih ciput. InsyaAllah niat ke arah tu ada, tapi tunggulah masa yang sesuai dulu. Mana la tahu kan, dalam diam-diam ana dah ada calon sendiri..hehe"

"Eh, enta dah ada calon? Taknak kenalkan pada ana ke?", bersemangat dia menyoal balik.

"Sabar ustaz. Semua orang dah punya calon sendiri kan. Sejak azali lagi dah ditetapkan. Cuma kita masih tidak dikenalkan lagi saja dengan calon kita tu. Nak mencari, tapi dimana? Bukan kerja senang ustaz", berjaya aku kenakan dia balik.

"Ooo.. Saja la nak kenakan ana ya"

"Hehe..", gelak seorang pemenang.

"Tapi ana nak ingatkan enta la sikit. Soal jodoh ni, kita jangan hanya sekadar menunggu ia datang menyembah ke kaki kita. Tapi kita kena usahakan untuk mendapatkannya. Allah dah ingatkan kita dengan ayat-ayat-Nya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak berusaha untuk mengubahnya. Kat sini kita boleh lihat, anjuran Allah untuk kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Walaupun kita sememangnya sedia maklum bahawa segala kententuan hidup didunia ni Allah dah tentukan segala-galanya, tapi kita tidak boleh menjadikan ia sebagai satu alasan untuk kita tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita. Kalau ikutkan logiknya, mengapa kita perlu susah-susah belajar dan bekerja bukan, sebab segalanya Allah dah tentukan. Jadi kita hanya perlu duduk dan tunggu jela takdir tu datang pada kita.

Konsep ini salah dan tidak boleh diguna pakai. Walaupun ia telah ditetapkan, tapi usaha dan tindakan dari diri kita sendiri itu perlu. Jangan terlalu mengharap ia datang bergolek didepan mata, tanpa sedikit usaha dan kesusahan untuk mendapatkannya.

Kejayaan tanpa kesusahan bukanlah suatu kejayaan yang boleh dibanggakan. Kerana kita tidak akan merasa nikmatnya sebuah kejayaan itu kalau ia hadir tanpa kesusahan yang perlu kita tempuhi.

Usaha itu perlu Lisam, jangan hanya mengharap dan menunggu", tazkirahnya panjang lebar.

"InsyaAllah ustaz, ana bukannya tidak berusaha, tapi usaha ana mungkin terlalu sedikit dan terlalu sulit untuk dikhabarkan. Biarlah ianya menjadi rahsia ana. Sampai masanya, ustaz bakal tahu juga", senyuman aku ukir semanis mungkin menjawab tazkirahnya sebentar tadi.

* S E D A R K A H I M A N *
Read rest of entry

Friday, September 11, 2009

Kenali Diri

Seorang akak di pejabatku secara tiba-tiba bertanya, "Lisam, you belajar agama kan?".

"Err..ada la juga kak", jawab aku sedikit kehairanan.

"Belajar agama ni ada banyak jenis kan?", soalnya lagi, sedikit bersemangat ingin mengetahui respon dariku.

"Maksud akak?", pendek saja respon yang aku beri.

"Begini Lisam, abang akak ada cakap, belajar agama ni ada macam-macam jenis. Dia cakap, bila nak belajar agama, kita kena kenal diri sendiri dulu. Betul ke Lisam?", cerita akak tu mula membuka cerita.

Dahi sedikit dikerutkan, berfikir apa jawapan yang terbaik perlu aku berikan. Maklumlah, bila bercakap dengan orang tua ni, kita kena la berlapik dan menjaga hati mereka sebaiknya. Jangan terlalu ekstremis dan terlalu menunjukkan yang kita ni lebih pandai. Sebab nature seorang yang lebih tua dari kita akan merasakan diri mereka lebih dari kita dalam segala soal, ilmu, pengalaman atau apa-apa sekalipun.

"Betul dah tu akak. Kalau kita nak belajar agama, perkara pertama sekali yang perlu kita belajar adalah belajar untuk mengenal diri kita. Lepas tu la kita baru boleh mula nak kenal lain-lain benda, kenal Allah, kenal rasulullah, kenal al-Quran dan lain-lain", sedikit tazkirah pendek aku lontarkan.

"Maksud you, kita kena kenal siapa diri kita dulu?", soalnya kembali.

"A'ah. Perkara ni paling utama perlu kita tahu. Bila kita dah tahu siapa diri kita, kenapa kita dilahirkan ke dunia ni, apa amanah dan tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ni, kita akan nampak dan sedar apa sebenarnya matlamat yang perlu kita capai dan penghujung kehidupan kita kelak. Tujuan kita hidup sebab nak capai syurga Allah. Jadi kita mesti melalui step dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kena buat yang tu, kena tinggalkan yang ni.

Khalifah tugasnya adalah untuk memakmurkan bumi Allah ni. Kita kena jaga dan peliharanya mengikut segala panduan dan syariat yang telah Allah tetapkan. Dari situ kita boleh nilai keperluan dan kehendak kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ni", sedikit lagi point yang aku tambah. Susah juga nak susun ayat bila berdepan dengan mad'u dikalangan muslimah ni. Berdepan pula dengannya. Selama ni hanya gah dialam maya saja. Tapi sekarang memang teruji.

"Akak sebenarnya teringin nak belajar agama. You tahu la kan. Akak ni dah tua. Akak plan nak pergi umrah. Jadi sebelum pergi sana, akak kena la baiki diri dulu kan. Akak ni you tengok la, tak pakai tudung pun dah satu hal. Jadi akak taknak la pergi sana dalam keadaan macam ni", luah akak itu lagi. Kali ni sedikit menampakkan kerisauan dan kesungguhannya untuk berubah.

"Betul gak tu akak. Takkan la nak pergi sana dalam keadaan kita jahil tentang agama ni kan. Jadi saya boleh sarankan macam tu jela. Slow-slow, yang penting niat dan usaha akak untuk berubah tu kena ada", sedikit menyampuk percakapannya.

"Itu lah. Sesekali bila dengar orang sekeliling meninggal, terasa juga diri akak ni", sambungnya lagi.

"Mati ni akak, tak kira tua muda. Mati bukan untuk orang tua saja. Saya sendiri pun bila sesekali balik kampung, dengar mak selalu cerita orang tu mati, orang ni mati, terasa gak keinsafan dalam diri ni. Kalau dulu pergi masjid, ramai je pakcik-pakcik yang berjemaah sama. Tapi sekarang, seorang demi seorang dah takde. Kadang memang terasa sangat dalam hati ni. Entah-entah esok lusa masa kita pula. Muda bukan tiket untuk kita lupakan soal mati akak, dan tua pun bukannya VIP tiket untuk kita mati cepat", panjang lebar aku membebel. Sedikit senyuman terukir dibibir wanita tersebut.

"You betul Lisam. Akak ni dah la tua, walaupun you tengok macam anak dara lagi. Entah-entah esok masa akak datang kan Lisam?", seloroh wanita beranak dua itu.

Aku hanya mampu tersenyum. Keadaan kembali menjadi sunyi dan masing-masing mula menyambung tugas masing-masing.

Bila dah berada didunia luar, melihat apa yang terjadi, barulah kita sedar akan realiti kehidupan ini sebenarnya. Disini kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah dan perangai manusia yang terkadang kita sendiri tidak pernah terfikir akan terjadi. Terlalu banyak jalan dan haluan yang terhidang didepan mata, menjadikan kita selalunya sukar untuk memilih jalan mana yang betul dan lurus mengikut syariat dan ketetapan yang telah Allah aturkan. Dan seringkali kita gagal untuk membuat pilihan dan seringkali juga kita gagal untuk bertindak sebaiknya dengan pilihan kita itu.

Kehidupan dunia, sampai bila-bila kita tak akan puas untuk menyedut kenikmatannya yang sementara dan menipu ini.

* T E K A D K A N HA T I *
Read rest of entry

Friday, September 4, 2009

Salahkah Aku Menolong?

Pakcik, hari ni dah berapa hari ye kite puasa?

Aaa..berapa ek? Pakcik pun lupa la. Kena tengok kalendar dulu ni.

Alaa..apa la pakcik ni. Dah tua kerepot pun tak reti kira lagi ke?

Ko ni pun satu. Orang bila tua-tua ni la otak dah makin lembab. Aku ingat nama ko pun dah kira nasib baik tau.

Alasan je tu pakcik. Basi dah saya dengar alasan lagu tuh. Zaman sekarang ni orang tak kira tua muda, semua sama je tau pakcik. Cuba tengok kat universiti sana, bukan setakat anak-anak muda macam saya ni je ambil ijazah, tapi yang dah esok lusa kubur kata mari pun ada lagi duk mengadap pensyarah tau pakcik.

Ala, tu diorang. Bukannya pakcik. Pakcik ni apa la sangat. Setakat kerja noreh getah ni, hari-hari duk hidu bau getah je, otak pun dah melekit macam getah nu ha.

Takpa la pakcik. Meh saya tolong ingatkan pakcik. Eh, sebenarnya hari ni dah hari ke berapa ek? Aisehmen, saya pun lupa la pakcik..hehe

Ceh..beria-ria ko ceramah aku. Ko pun sama je..cist..

Err..err..hehe

****

"Awak clear ke tak dengan apa yang bos cakap semalam?", herdik senior yang merangkap supervisor aku. Aku hanya terdiam, malas aku nak menatap muka mahupun menjawab soalannya itu. Ini bukan kali pertama aku kena marah, tapi sebelum ini tidaklah seteruk ini.

"Senang-senang je awak nak bagi servis percuma pada orang lain ya?", tambahnya lagi. Kali ni aku terasa seperti ingin membalas, bukan membalas la, mereply kot lagi sesuai, kata-katanya itu.

"Saya cuma menolong dan buat apa yang saya patut buat. Benda tu simple sangat. Lagipun saya tak tahu tak boleh nak buat macam tu. Ini kan kali pertama saya buat kerja tu kan", balas aku dengan sedikit kesal dan rasa bersalah. Kadang-kadang aku geram juga dengan minah sorang ni. Dia buat macam aku dah kerja 10 tahun. Semua benda aku dah tahu. Tak boleh buat silap langsung. Kalau silap sikit, maknanya siap sedialah menahan telinga mendengar ceramah tak berfaedahnya tu. Panas, berasap la telinga ni.

Kesilapan yang aku buat bukannya serius sangat. Kalau membawa kerugian pada syarikat pun, cuma beberapa ratus saja. Kerana ini cuma ad-hoc service, bukannya contract service macam yang aku buat kat client lain.

Eh, pening la pakcik ni. Nak cerita apa sebenarnya ni? Memeningkan sungguh la.. Aku pun pening nak cerita macam mana..haha

Kisahnya bermula pada suatu petang. Aku diminta untuk pergi ke sebuah syarikat untuk melakukan inspection, atau dalam bahasa orang kampung aku, survey masalah. Lepas tu aku kena balik dan report kat bos, either aku boleh selesaikan masalah tersebut ataupun tidak.

Jadi aku pun pergi lah dengan senang hatinya. Sekurang-kurangnya boleh juga aku jalan-jalan dan kenal staff kat ofis lain. Walaupun memang dah nature kerja aku berjalan-jalan ke ofis client, tapi bila aku lebih gemar ke ofis yang berdekatan saja berbanding ke ofis yang memerlukan aku merempit jauh dari ibu kota.

Sampai disana, seperti biasa kena la jumpa person in charge yang berhubung dengan bos aku. Sebaik jumpa, berkenalan sikit-sikit dan lepas tu aku pun survey la 2 biji PC yang dikatakan mempunyai masalah tu. Bila tengok-tengok, masalahnya tidaklah seserius sangat, tapi memandangkan mereka tiada staff IT, jadi terpaksa jugalah diorang outsource seseorang dari kompeni lain untuk menyelesaikan masalah mereka tu. Dan itulah kerja aku.

Kalau diikutkan, aku hanya perlu melakukan survey sahaja, tanpa membuat sebarang kerja teknikal ataupun memberitahu jalan penyelesaian yang perlu dilakukan. Tapi aku hanya tahu ini selepas peristiwa dimarahi kat atas. Jadi aku pun dengan senang hatinya melakukan la serba sedikit penyelesaian ke atas masalah yang timbul dan berjaya menyiapkan masalah pada salah satu PC itu hanya beberapa minit. PC yang satu lagi, aku hanya menerangkan apa sebenarnya yang terjadi dan penyelesaian yang perlu diambil tanpa melakukan kerja teknikal membaiki PC tersebut.

Dalam duk buat-buat kerja, supervisor aku telefon. Haish, minah ni kacau je. Lepas tu satu suara yang macam dalam keadaan marah, menyuruh aku balik kerana aku sepatutnya ke ofis itu lebih kurang 15 minit sahaja. Bila tengok jam, rupa-rupanya dah setengah jam aku lepak kat situ. Aku sendiri pun tak perasan sebab aku ada melakukan kerja lain lagi, yakni dalam erti kata lain kerja amal menolong 2 orang staf disitu menyelesaikan masalah PC mereka.

Ini sebenarnya salah kerana tiada pun dalam permintaan asal untuk aku ke sana. Tapi oleh kerana sifat hendak menolong, aku buatkan juga dengan niat sekadar menolong tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bila orang dah minta kita tolong, takkan la kita nak buat bodoh je kan? Betul tak? Ha, kan betul tu.

Balik ofis, terus aku diserang. Nasib badan la aku hari tu. Sabar jela, lebih-lebih dalam bulan puasa ni. Apa nak buat, dah pekerja bawahan. Orang atas marah, kita buat bodoh jela. Dengar dan taat, tapi dalam hati memberontak.

Yang penting sekarang, aku puas dan seronok kerana dapat menolong menyelesaikan masalah orang. Biarlah orang kata aku nak bagi servis percuma pun, tapi yang penting, kerja-kerja juga, bekalan untuk akhirat jangan dilupa. Sambil menyelam tu, tangkap la 3 4 ekor ikan, jangan kerana asyik sangat menyelam, sampai kita lupa untuk naik ke permukaan. Kesudahannya, kita lemas dan tenggelam dengan keasyikan menikmati keindahan dasar lautan tanpa sempat untuk merasa betapa nikmatnya seekor ikan segar yang dibakar dan dicicah dengan sos cuka berlada.

Puh, bulan-bulan puasa ni idea bab makan cepat je datang..haha

Dah, waktu opis dah habis. Nak balik dah. Tata..

* S A B A R D A N S E N Y U M *
Read rest of entry

Monday, August 31, 2009

Keluarga Makin Besar

Alhamdulillah, dalam keseronokan menjalani ibadah puasa pada tahun ini, kami sekeluarga ditambah lagi nikmat dan anugerah yang tidak terhingga.

Semalam, 30 Ogos 2009, tepat jam 12.31 tengahari kakak aku telah pun selamat melahirkan anak sulongnya yang sekaligus menjadikan bilangan anak buahku bertambah kepada angka 3 orang. Eh, selain Aisyah ada lagi ke? Yup, seorang lagi keluar menjadi salah seorang khalifah dimuka bumi ini pada akhir bulan 5 lepas. Tapi tak berkesempatan nak bercerita di belog ini. Hari kebetulan saat kebosanan dah mencapai tahap dewa arumugam, jadi aku kepilkan juga sedikit cerita berkenaan 2 orang anak buahku yang comel-comel seperti pakciknya ini..wahaha

Adam Azzieq merupakan anak kepada pasangan Azhalisam dan Norsuzieyantie. Dilahirkan pada..aaa..aiseymen, lupa la pula. Yang penting, dalam bulan 5 lepas (ye ke?). Merupakan hero pertama dalam kalangan koleksi anak-anak buahku. Comel dan amat baik. Hari-harinya dihabiskan dengan tidur, tidur, tidur dan tidur. Sehinggakan masa orang mandikan pun selamba saja dia tidur. Jadi, tiap kali aku pergi melawatnya, memang tak berkesempatan lagi nak bermain-main dengannya. Hanya mampu untuk mengacaunya tidur saja. Dia bangun la sekejap dalam 5 saat, lepas tu dengan nyenyaknya menyambung kembali kerja membutanya.

Kan dah cakap, orang amik gambar pun dia tidur gak

Dan yang terbaru ni, juga merupakan seorang hero, bakal pejuang Islam seperti Umar al-Khattab mahupun Salahuddin al-Ayubi. InsyaAllah. Namanya masih lagi belum diketahui. Lupa pula aku nak bertanya hari tu. Jadi biarlah rahsia dulu. Ada masa, akan diketahui juga kelak.

Tak banyak sangat nak bercerita pasal baby baru ni. Sebab umurnya pun baru mencapai sehari. Perangainya macam mana pun masih lagi tak diketahui. Jadi aku kepilkan disini beberapa gambarnya untuk tatapan dan simpanan aku sendiri. Korang nak tengok, sila bayar doplol sen dulu..muahaha kaya..kaya.. Sekarang memang kena fikir pasal duit. Raya dah dekat, perbelanjaan untuk duit raya adik-adik dan anak buah makin bertambah..wawawaa

Saya adalah lelaki. Sapa-sapa yang belum berpunya, sila la tunggu saya besar ye =)

Waa..wase cam jadi kuih bungkus je..

Okeh, dua keping dah la. Yang lain copyrighted. Tak dibenarkan untuk sesukahati nak publish. Kena saman nanti siapa nak bayar? haku jugak..

Next anak sedara? Maybe its gonna be my own child..wakaka

* S A L A M R A M A D H A N *
Read rest of entry

Saturday, August 29, 2009

Meriah Ramadhan @ Iluvislam.com

Akhirnya ada juga bahan untuk aku hapdet lagi belog ini..haha

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)


Kategori A : Bawah 12 tahun

Kategori B : 13 - 18 tahun

Kategori C : 18 tahun ke atas



Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)

2. Mengarang Esei (Semua Kategori)

3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)


Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.

2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.


Syarat- syarat Umum

i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.

ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.


Syarat-syarat Khas

1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)

- Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)

- Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat, memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

- Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya yang telah diterbitkan

- Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja

- Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja

- Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan dan menarik minat.

- Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.

- Emelkan komik anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iLuvislam.com

- Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).


2. Mengarang Esei Ramadhan

- Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja

- Esei bertemakan :

Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan

Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga

Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa

- Panjang esei :

Kategori A : 250 hingga 500 patah perkataan

Kategori B : 1000 hingga 2000 patah perkataan

Kategori C : 3000 hingga 5000 patah perkataan

- Setiap petikan idea dan rujukan perlu disediakan nota kaki

- Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,

- Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan bahan rujukan, pengolahan bahasa

- Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja

- Setiap halaman perlu ditulis muka surat.

- Setiap penyertaan perlu bertaip computer.

- Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com.

- Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori)


3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

- Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan. (Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)

- Lukisan perlu bertemakan "Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan" ATAU "Ria Syawal dengan Bersederhana"

- Setiap penyertaan adalah asli dan tidak diplagiat daripada mana-mana sumber.

- Setiap lukisan mestilah diwarnakan.

- Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi kehendak tema.

- Lukisan hendaklah di'scan' dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Emelkan lukisan anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com

- Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)


4. Multimedia presentation (Semua Kategori)

- Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.

- Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit

- Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan kreatif

- Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube atau Metacafe.)

- Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.com dan 50% dari juri dari kalangan Krew.

- Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori).


Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]

1. Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan Multimedia, sila berikan link untuk download).

3. Sila sertakan maklumat berikut :

1. Nama Penuh :

2. Nickname di iLuvislam.Com :

3. Umur :

4. Alamat Semasa :

5. No. Tel :

6. Jenis Pertandingan :

7. Kategori Pertandingan :

8. Jumlah Penyertaan yang Dihantar :

4. Pada ruangan Subject dalam email anda, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori pertandingan yang anda sertai].


Sebarang pertanyaan, boleh diajukan di ruangan komen. Bukan disini, tapi disini.

Bulan puasa ni kena banyak kumpul pahala sikit. Dan ini lah antara cara mengumpul pahal tersebut. Tolong menolong dalam kerja baik lagi bermanfaat.

Sekian, incik lisam melaporkan.
Read rest of entry

Iftar Kehujanan

Setelah lama menyepi, alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan masa dan kelapangan waktu seketika untuk menaip serba sedikit cerita terkini di belog ini. Agak lama ia menyepi tanpa apa-apa berita mahupun gosip dan karutan, kerana kekangan masa juga kemalasan otak pemiliknya untuk memikirkan sesuatu sebagai tatapan pengunjungnya.

Terlalu banyak aktiviti dan peristiwa yang berlaku yang belum sempat untuk aku karutkan disini. Bermula dengan Konsert Antara Dunia, seterusnya Forum Monyetnya Cinta Kita dan Dialog Krew 1 anjuran Iluvislam.com. Selaku krew forum yang amatlah rajin untuk menghadirkan diri, alhamdulillah aku dipermudahkan-Nya untuk menyertai kesemua aktiviti tersebut.

Jika nak menulis kesemua kisah dan pengalaman sepanjang program-program tersebut, aku tidak merasakan ianya perlu kerana program tersebut sudah lama berlalu. Kalau jadi kisah dalam surat khabar, kemungkinan besar surat khabar tersebut sudahpun berjaya dijadikan alas untuk berbuka puasa pada hari pertama dulu lagi. Basi dan sudah tidak mampu untuk menarik minat orang untuk membacanya. Walaupun pada suatu ketika dahulu ianya begitu menjadi buah mulut dan kegilaan orang untuk membacanya, tapi kini kisah tersebut sudahpun mula dilupakan orang. Termasuk juga diriku sediri. Malas untuk aku me-recall ia kembali. Buang masa.

Alhamdulillah, iluvislam.com sekarang ini nampaknya agak rancak menjalankan aktiviti offline, yang antara lainnya membawa maksud aktiviti bersua muka, bukannya lagi secara online semata-mata. Kehadiran Team Event amatlah memberikan banyak perubahan dari segi pengisian dan perancangan program yang mantop-mantop belaka. Saban masa ada saja perancangan program yang ingin dilakukan, dan alhamdulillah segala program tersebut dipermudahkan Allah.

Iftar (majlis berbuka puasa) adalah antara program terbaru yang dijalankan oleh iluvislam.com untuk bulan Ramadhan ini. Oh, lupa untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa bagi tahun masihi 2009. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri kita melebihi ramadhan yang lepas-lepas.

Walaupun berdepan dengan hujan pada hari kejadian, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun presiden sendiri tiba agak lewat setelah berhempas pulas menghadapi kesesakan Lebuhraya Persekutuan yang sememangnya terkenal dengan tahap kesesakannya terutama ketika waktu pagi dan petang.

Seawal jam 5.45 petang, aku mula merempit meredah hujan dari Kilang Decortrend yang terletak di sempadan Klang-Hulu Langat. Kebetulan pada hari tersebut jadualku memaksaku untuk turun ke site disana. Perjalanan yang sememangnya jauh dan memenatkan, ditambah pula dengan hujan yang tak henti-henti mencurah-curah, sedikit menyebabkan semangat untuk menyertai iftar kali ini merosot. Tapi terpaksa juga aku redah dan sampai ke tempat program seawal mungkin, walaupun pada hakikatnya lewat juga aku sampai.

Jika ditanya, apa yang menarik sepanjang program tersebut? Satu benda yang bagiku best, dapat makan, walaupun kena bayar sendiri..haha..

Alhamdulillah, iftar kali ini banyak mengumpulkan muka-muka baru. Yang sememangnya aku tidak kenal walau seinci pun. Muka-muka lama yang dah terbiasa jumpa dalam program sebelum ni tu lain la, tengok kereta pun dah kenal. Kerana itu jugalah aku patut berterima kasih pada makngah kerana memakir keretanya ditempat yang memudahkan aku untuk melihanya dikala mundar mandir mencari dimana sebenarnye Kedai Kopi yang dimaksudkan. Thanks makngah.. Eh silap, thanks kete makngah ^^

Selesai makan-makan, aku terpaksa meminta diri terlebih awal, kerana dengan keadaan diri yang belum mandi, baju pun basah kerana hujan, jadi lebih baik jika aku membelahkan diri saja pulang ke rumah dan menyertai jemaah disurau tempatku saja. Tapi rugi la pula sebab dengar cerita, lepas terawih, semua krew bergerak kembali ke Kedai Kopi berkenaan untuk sedikit sesi sembang-sembang dan bersuai kenal.

Ha, lupa nak khabarkan. Adik Nurmadihah(ye ke nama dia macam ni?) yang memperolehi 20A dalam SPM tahun lepas juga ada menyertai Iftar ini juga. Sempat juga dia berkongsi pengalaman dan nasihat kepada semua krew yang hadir, walaupun aku sepatah haram tak dengar apa yang diperkatakannya kerana sound system yang amatlah bagus sekali.

Esok bermulanya hujung minggu. Wah, I really loved weekends. Erti sebuah kebebasan bagi seorang insan bergelar pekerja. Kenikmatan yang tak terhingga setelah seminggu penat memperhambakan diri dengan kerja pejabat. Tapi ada tugasan yang perlu aku lunaskan hujung minggu ini. Mungkin sesuatu yang amat menarik. Mungkin.

p/s: gaji pertama dah masuk. sapa nak pakcik belanja? cepat-cepat, isi borang..

* C U B A T E R S E N Y U M *
Read rest of entry

Sunday, August 16, 2009

Penatnya Menjalani Hidup

Sesekali bila diri berada dalam kesunyian, bait-bait lagu lama melalui ruang rongga telinga, otak seringkali ligat berfikir dan mengimbau kenangan-kenangan lama. Dan seringkali juga bilamana diri sering tertekan dan karenah dan perjalanan hidup seharian, hati dan fikiran seringkali merasakan, ah penatnya menjalani hidup didunia ini ya Allah. Bila Kau nak mengambil nyawaku ya Allah. Aku penat ya Allah, aku bosan menjalani kehidupan sebagai aku didunia fana-Mu ini ya Allah. Segerakanlah ya Allah, dan percepatkanlah masa berlalu ya Allah. Aku penat, penat dengan sandirawara dunia yang tidak berkesudahan ini.

Alangkah baiknya jika Kau segerakan matiku, daripada aku terus hanyut dan lalai dalam kebosanan hidup duniawi yang entah bila kan berkesudahan ini.

Tapi persoalan lain pula timbul, bermain-main diminda, dan seringkali mengegarkan iman dalam dada. Sudah cukupkah bekalan untuk mengadap sang Pencipta? Adakah dengan mati akan menghapuskan segala masalah dan bebanan yang aku pikul selama ini? Tenangkah aku disana nanti? Atau makin merana dan meratapi kebodohan dan kejahatan sendiri yang aku perbuat didunia sekarang ini? Ah, makin pening aku dibuatnya. Makin seksa jiwa dan fikiranku.

Kalau diikutkan, jika sekarang ini diberikan peluang, mahu saja aku memilih untuk bertemu yang Maha Esa secepat mungkin. Adakah kerana aku tidak tahan dengan ujian dan dugaan hidup didunia ini? Mungkin. Kerana sesekali aku cukup bosan dan jengkel dengan kehidupan ini. Rutin harian dan bebanan hidup cukup untuk membuatkan aku merasakan tidak tahan dan ingin rasanya aku tamatkan semua ini secepat mungkin. Mati, hanya itu penyelesaian untuk segala masalah didunia ini. Tapi bukan tiket untuk ketenangan hidup disana nanti.

Adakah tiket kita bakal dicop ahli syurga? Ataupun dicop ahli neraka? Semuanya bergantung pada tahap hasil usaha kita selama hidup didunia ini. Dunia yang penuh dengan penipuan dan kebosanan!

Bilamana terdengar berita kematian, lebih-lebih lagi orang yang kita kenal, baik kerana pertalian darah mahupun kerana ia insan yang kita cukup kagumi, terasa diri ini ingin saja turut sama mengikuti jejak langkah mereka. Terasa diri ini cukup dekat dengan kematian yang tidak mengenal usia dan keadaan. Sihat bukanlah jaminan kepada jauhnya jarak kematian kita. Dan sakit juga bukanlah tiket untuk cepatnya kita berpisah jasad dengan roh.

Aku sekarang? Alhamdulillah, kesihatan yang Allah kurniakan ini masih lagi ditahap yang sangat baik. Tapi bolehkah aku bergembira tanpa mengingati mati yang makin dekat mengejar? Tidak. Mati itu tidak mengenal semua itu. Ia datang tatkala masanya tiba. Hari ini, esok, lusa, sebulan, setahun, mahupun sedekad akan datang, hanya Allah yang mengetahuinya.

Apa yang pasti, aku penat menjalani hidup didunia yang sementara ini. Teramat penat.

* T A B A H L A H W A H A I I M A N *
Read rest of entry

Friday, August 7, 2009

Kehidupan Baru


Alahmdulillah, hari ini genap sudah seminggu aku menjalani hidup sebagai satu entiti yang baru, entiti yang bukan lagi boleh main-main dan berfikir sambil lewa dalam membuat sebarang pekerjaan seharian. Nak korek hidung boleh, tapi kena la cover sikit.

Ramai bertanya, best ke bila dan kerja ni?

Jawapan dari seorang pelajar, mesti lah best. Aku dah bosan belajar ni. Dah lama mengidam nak kerja cepat-cepat. Dapat gaji, boleh pegang duit sendiri. Tolong mak bapak kat kampung. Simpan banyak-banyak, nanti boleh kahwin cepat-cepat. Kepala tak payah nak serabut lagi dengan assignment, exam, study dan segala mak nenek tugasan yang kena buat. Tensen, tensen, tensen dah bila mengingatkan soal belajar ni. Bila nak habis entah. Ya Allah, percepatkanlah masa bagiku supaya aku cepat-cepat dapat grade. Juga permudahkanlah rezeki bagiku agar aku dengan cepat mendapat pekerjaan yang aku ingini.

Jawapan dari seorang penganggur, best la bila dah kerja. Kau ingat sedap sangat ke jadi penganggur ni? Makan biskut kering cicah air kosong lagi sedap tau. Masuk hari ni, dah 15 purnama aku menganggur. Bukan setakat biskut kering, nak beli kotak kosong biskut kering pun aku tak mampu. Duit banyak dah aku habiskan untuk proses mencari kerja. Pergi CC la, potostat tu la, ni la, beli sampul surat, setem dah berapa ratus aku beli. Awek kerja kat pejabat pos tu pun dah kenal muka aku. Belum sempat aku cakap, sekeping setem dah ada depan aku. Tu tak termasuk lagi duit minyak motor, makan, belanja topup, tercicir, kena curi dek toyol, digigit lipas dan anai-anai. Bukan semuanya yang aku apply, akan dipanggil interview, satu dua saja yang panggil. Paling tidak pun, dapat on call interview, lepas tu senyap membisu tanpa berita. Cakap nak panggil untuk face to face interview pula, tapi hakikatnya hampes belaka. Sengal.

Jawapan dari seorang pekerja, membosankan. Hari-hari bangun pagi bersiap ke pejabat. Hidup macam terikat dengan bebanan dan tanggungjawab. Takde life. Gaji yang keluar lebih banyak dari yang masuk. Gaji besar, tapi sengkek jugak. Bulan-bulan nak bayar itu ini, nafkah isteri, anak-anak, mak bapak kat kampung, kereta, rumah, hutang almari, sofa, periuk nasi. Tu tak termasuk lagi hutang gelang mas, subang mas, dan pinggan mangkuk yang bini aku duk beli tu. Bukan guna pun, tapi simpan dalam almari jugak. Hape kejadahnya dia duk buat pameran segala mak nenek pinggan mangkuk tak berbayar tapi aku yang kena bayar dalam almari tu. Hari-hari aku tengok pinggan buruk juga yang dihidangkan untuk aku. Yang cantik-cantik, mahal-mahal mana? Nun, dalam almari. Nak bagi jiran-jiran datang tengok dan puji. Aku la ada banyak koleksi pinggan mangkuk dalam almari.
Jawapan aku?

Setelah seminggu memperhambakan diri sebagai pekerja disebuah syarikat swasta yang majoriti 85% staffnya adalah berbangsa cina, rasanya terlalu awal bagiku untuk memberikan pandangan dari sudut sebagai seorang pekerja yang betul-betul pekerja. Tapi dalam masa seminggu ini, apa yang aku rasakan bekerja ini bukanlah sesuatu yang seronok dan boleh dibangga-banggakan. Walaupun aku bekerja dengan kerjaya yang memang menjadi impianku selama ini, tapi mungkin kerana terlalu mentah dengan alam pekerjaan membuatkan aku terasa seolah tidak mampu untuk menanggung tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pekerja.

Kalau masa belajar dulu, bila tak dapat buat sesuatu perkara dengan baik, akan terasa biasa dan tidaklah tertekan sangat. Boleh lagi nak kautim dengan lecturer, minta tolong dari kawan-kawan. Tapi bila kita bekerja dan orang membayar apa yang kita buat, ini menjadikan aku seringkali tertekan dan bersalah bila sesuatu perkara itu tak dapat untuk aku selesaikan dengan sempurna dan mengikut masa yang diperuntukkan. Walaupun masih dalam tempoh percubaan, tapi sebolehnya aku nak tunjukkan yang aku ini mampu lakukan kerja. Tidak terlalu mengharapkan bimbingan dan teguran yang berterusan dari staff senior. Betul tak?

Kerja ni membosankan dan memenatkan. Kalau masa belajar dulu kita dah merasa tekanan dan bebanannya, tapi jangan terkejut kalau dikatakan tekanan dan tahap ketensenan sewaktu kerja itu lebih hebat dan berat daripada alam belajar dulu. You know why? Ha, siap kecek mat saleh pulak. Nanti bila korang kerja, the first week korang akan rasa la macam mana.

Ini sekadar pandangan dan luahan dari seorang pekerja yang umurnya baru sahaja genap seminggu. Bukannya pandangan daripada seorang yang sudah lama bekerja menjangkau 145 tahun dan keatas.

Setiap hari, rutin aku banyak berubah. Seawal jam 8 pagi, dah mula keluar merempit ke Bukit Kiara dari Shah Alam. Sedikit lega kerana waktu pejabat bermula pada jam 9 pagi, berbanding kebiasaan bagi pejabat kerajaan yang bermula seawal jam 8 pagi lagi. Jadi, kebiasaannya selepas selesai solat subuh, sedikit masa aku peruntukkan untuk menggosok baju dan seluar. Ini satu lagi perkara yang menjengkelkan diriku. Haih, kalau dulu sewaktu belajar, menggosok kemeja bukanlah satu rutin yang aku gemari dan selalu buat. Kerana kegemaranku hanya pada baju t-shirt sahaja bila ke kelas. Tapi sekarang, hari-hari terpaksa menghensemkan diri sendiri dengan baju kemeja lengan panjang dan seluar slack, kecuali pada hari Jumaat yang dibolehkan untuk berpakaian kasual.

Hari pertama dipejabat, sesi suai kenal dengan staf lain berjalan. Tapi sampai ke hari ini, aku masih lagi tidak berjaya untuk mengingat kesemua nama staf disana. Memang kelemahanku untuk mengingat nama seseorang, lebih-lebih lagi nama chinese. Dah la kat pejabat tu hanya 3 orang yang melayu, selebihnya semua cina. Jadi, amatlah susah bagiku untuk mengingat nama-nama mereka yang pelik dan begitu susah untuk disebut itu. Tengahari pula diadakan welcome lunch untuk meraikan aku sebagai ahli baru dipejabat berkenaan. Dapat makan percuma la aku hari tu. Dah la kat restoran yang gaban punya hebat. Makan 4 orang, habis dalam RM200. Jadi, cuba korang kira. Seorang makan dalam RM50. Padahal makan satu menu seorang je..~_~

Walaupun mereka chinese, tapi alhamdulillah kerana selama seminggu disana, mereka cukup menghormati aku dan 2 orang lagi staf melayu yang bekerja bersama mereka. Waktu solatku diberikan masa secukupnya. Soal makan juga insyaAllah terjamin. Mereka cukup menghormati pegangan dan sensitiviti aku sebagai seorang penganut Islam. Pernah staf disana mempelawa aku kuih, kemudian cepat-cepat dia mengatakan makanan tu halal dan tak perlu risau.

Petang tadi sewaktu dalam perjalanan ke parkir motor, satu perkara baru yang aku nampak. Di kawasan basement ground floor bangunan tersebut diadakan satu promosi minum arak secara percuma. Hampes je aku tengok. Kalau dibuat minuman tongkat ali ke, milo ke, teh o limau ais ke, ada juga kebaikannya untuk aku dapat minum free sebelum merempit pulang ke Shah Alam.

Ha, satu lagi. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa makan nasi lemak dan burger yang berharga RM10 sebijik, dipersilakan la datang ke Solaris Mont Kiara ya. Disini anda bakal bertemu dengan menu-menu makanan sedemikian. Itu bukan mahal, tapi bapak punya mahal. Orang kampung aku cakap, maha pe bedil (mahal macam senapang).

Hak..hak..hak..Masa untuk bergelak ketawa secara maraton. I love weekend. Tapi esok dan lusa ada aktiviti penting yang perlu aku hadiri. InsyaAllah, mohon agar Allah mempermudahkan segala-galanya..^^

* B A T I N P E N A T *
Read rest of entry

Monday, August 3, 2009

Berlinangan Air Mataku

Sekadar ingin berkongsi cerita pendek yang cukup menarik dan menyedihkan. Dikala tahap kebosanan melanda, diri terasa rajin pula untuk menyelongkar khazanah koleksi lama didalam ruang simpanan laptop. Jadi, ku temui cerita ini. Aku sendiri tak pasti samada cerita ni dah aku publishkan sebelum ni ataupun tidak. Ah, malas aku nak cari dalam senarai entry aku yang berjelar-jelar panjangnya tu.

Rasa nak baca, silakan. Free of charge. Cuma harap dapat doakan kebahagiaan dan keselamatan penulis asal yang tidak dapat aku pastikan. Layan..

***

"Mak, Kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah tinggalkan adik?"

Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan. Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke kalau emak katakan yang emak dan ayah dah berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah? Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Najlah tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa mesti emak dan ayah adik berpisah? Emak usap kepala adik.

"adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu hari nanti ayah balik.." emak pujuk adik lembut-lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak menunggu 'satu hari' itu. Selama ingat adik, adik Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung dibilik emak. Penat adik menggelamun, akhirnya adik terlelap.

Sedar saja adik dengar laungan azan subuh. Merdu dan mendayu-dayu. Adik bingkas bangun. Lama adik termenung. "sedapnya…satu hari nanti adik pun nak nyanyi nasyid macam tu.." adik tersengih dibelakang emak yang sudah siap bertelekung.

"itu bukan nasyid sayang, itu azan, laungan untuk menyeru semua umat islam menunaikan solat", emak membetulkan pengetahuan adik.

Emak memimpin adik ke bilik air. Emak mengajar adik berwuduk. Mula-mula adik kena basuh tangan. Moga-moga dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh tangan gugur bersama air sembahyang. Lepas tu adik berkumur dan begitulah seterusnya.

Adik cari telekung, nak pakai cantik-cantik macam emak pakai. Emak tersenyum, tapi adik lelaki..

Emak mengajar adik bersolat. Bila selesai, adik tersenyum.

"mak, mesti Tuhan sayang kat adik kan?" emak menggangguk. "mesti lepas ni Tuhan bagi balik ayah kat adik kan?" emak mengangguk lagi. Adik tersenyum puas. Wahh..Tuhan sayang kat adik, Tuhan tak sayang kat Ee, Tuhan tak sayang kat Najlah, Tuhan tak sayang kat Fifi. Tuhan sayang kat adik seorang saja. Adik tersenyum bangga.

Pagi itu, seperti biasa adik ikut emak menjaja kuih. Keliling kampung adik berjalan mengikut emak. Ketika emak berhenti di kedai Long Gayah meletakkan kuih muih, adik berlari mendapatkan Ee, Najlah dan Fifi yang sedang bermain di tepi longkang.

"nak main jugak," adik tersengih menegur kawan-kawannya. "boleh, tapi kami main rumah-rumah. Najlah jadi emak, Fifi jadi kakak.Adik jadi ayah ye.." Najlah memberi cadangan. Adik tersengih dapat jadi ayah. Tapi macam mana nak jadi ayah, Adik tak tau apa peranan ayah.

"tak boleh…tak boleh..Adik tak boleh jadi ayah, sebab Adik tak ada ayah. Biar Ee jadi ayah, Ee ada ayah..", Ee mula memberontak. Adik sekadar menggangguk. Jauh disudut hatinya, Adik sedih. Adik nak menangis, tapi cepat-cepat Adik teringat, pagi tadi Adik solat subuh, Tuhan sayang kat Adik, Tuhan tak sayang kat Ee.

"Adik jadi mamak roti, sebab Adik hitam macam mamak roti," Ee memberi cadangan. "Adik tak mahu jadi mamak roti, Adik nak jadi orang laung azan".
"mana boleh!" Ee memberontak. Ee tolak Adik. Bedebukkk!! Adik jatuh ke tanah. Adik tak mengalah, Adik bangun tolak Ee kuat-kuat. Bedebukkk!!! Ee jatuh. Ee menangis teresak-esak.
"Ee bagitau kat ayah!" Ee gertak Adik. Adik diam. Adik nak bagitau siapa? Adik hanya boleh bagitau emak, tapi emak Adik tak boleh lawan ayah Ee. Ayah Ee kuat.

"Adik bagitau mak!" Adik melawan.
"ayah Ee kuat, mak Adik tak kuat!" Ee mengamuk
"Adik Bagitau Tuhan! Mak kata Tuhan kuat tak ada siapa boleh lawan Tuhan!" Adik berlari meninggalkan Ee termanggu sendiri.

Adik menangis teresak-esak.

"Kenapa?" soal emak lembut.
"mak, Kenapa adik hitam macam mamak roti?"
"mana ada hitam, kulit adik kan sama macam kulit mak.., kalau Adik hina kulit Adik maknanya Adik hina kulit emak juga, Tuhan marah tau.." Emak memujuk Adik. Memanglah kulit Adik macam kulit emak sebab emak, emak Adik dan Emak bukan orang melayu, Emak orang bangsa lain. Emak tinggalkan keluarga dan amalan nenek moyangnya demi sayangkan ayah. Sebab itu, emak tak pernah membenci ayah biarpun ayah meninggalkan emak sendiri. Kerana ayahlah, emak kenal agama Islam. Kerana ayahlah emak kenal Allah. Kerana ayahlah emak keluar dari kegelapan. Dan kerana ayahlah, emak ada Adik. Biarlah ayah tinggalkan emak tapi emak tidak akan meninggalkan Allah. Allah Yang Satu.

"mak, Kenapa Adik tak ada ayah?"
Emak pening. Soalan itu lagi diulang-ulang. Emak Cuma diam merenung tanah.
"Adik..," Long Gayah menghampiri Adik dan Emak.
" walaupun Adik tak ada ayah, tapi Adik ada emak, betul tak?, Emak boleh jaga Adik lebih baik dari ayah Ee jaga Ee, kan??", Long Gayah pujuk Adik. Airmata Adik disapu. Wajah Adik dielus lembut. Kepala adik diusap penuh kasih sayang.
"mungkin kalau Adik ada ayah, Adik tak ada emak. Mana satu adik nak", Long Gayah sambung lagi.
"Adik nak dua-dua sekali", jawab Adik tersekat-sekat.
Long Gayah terdiam. Tak tau nak jawab apa lagi. Adik ternganga menanti jawapan Long Gayah.
"Adik tau ayah tak sayang Adik, tapi Adik tau Tuhan sayang Adik sebab Adik sembahyang subuh pagi tadi, kan Long?"

Long Gayah mengangguk. Tersenyum dengan linangan airmata. Berlinang airmata mengenangkan Adik, anak kecil yang terlalu rindukan kasih ayah. Mengenangkan emak, saudara baru yang ditinggalkan terkontang-kanting menempuh ranjau hidup sendirian. Mengenangkan segala-gala rencah hidup manusia zaman sekarang. Memikirkan bagaimana agaknya emak akan membesarkan Adik untuk menjadi seorang muslim sejati.

"Adik nak balik, Adik nak sembahyang subuh lagi, nak sembahyang banyak-banyak kali, biar Tuhan sayang Adik banyak-banyak." Lamunan Long Gayah terhenti dengan suara kecil Adik. Long Gayah ketawa kecil dengan teletah Adik. Adik mengheret tangan emak. Nak balik rumah lekas-lekas.

Sedang Adik dan emak mahu melintas jalan, sebuah kereta menderu laju memintas lalu berhenti betul-betul dihadapan emak dan Adik. Adik kaget. Emak memeluk Adik erat-erat. 3 lelaki berkulit lebih kurang emak keluar dari kereta. Dengan wajah garang, suara garang dan segala-gala garang, 3 lelaki berkulit lebih kurang emak mengheret emak masuk ke dalam kereta. Emak menjerit dan meronta dengan bahasa yang adik tak faham. 3 lelaki itu juga turut bercakap dalam bahasa yang adik tak faham sepatah haram. Dengan kudrat yang ada, emak melawan bersungguh-sungguh. Adk menangis dalam pelukan emak. Rangkulan emak makin erat. Raungan Adik semakin kuat. rasa takut, marah dan benci dengan 3 lelaki itu menyerang seluruh jiwa Adik. Allah Maha Penyayang.

Ketika itu Adik nampak Long Gayah berlari keluar dengan batang penyapu ditangannya. Ayah Ee turut serta sambil menggenggam parang panjang. Dibelakangnya diikuti beberapa orang pakcik yang sedang makan digerai Long Gayah.

Apalagi, 3 lelaki berbahasa pelik itu membuka langkah seribu meninggalkan emak terjelepok ditanah. Emak menangis teresak-esak. Merintih-rintih dalam bahasa yang Adik tak faham. Adik menendang-nendang angin melepaskan geram pada lelaki yang menyebabkan emak bertukar bahasa itu. Hampir sejam emak mengumpul kudrat untuk pulang ke rumah.

Adik tanya emak siapa lelaki berbahasa pelik itu. Tapi emak tak jawab. Long gayah tanya, emak jawab pula. Emak kata mereka mahu emak balik. Balik ke mana? Balik ke pangkuan keluarga dan amalan asal nenek moyang emak. Mereka mahu emak meninggalkan cahaya Allah. Emak bertekad tidak akan meninggalkan agama Allah. Tidak akan meninggalkan cahaya Allah yang sentiasa menyinari hidup emak.

"kalau ada ayah, mesti ayah lindungi kita kan emak..," Adik merungut lagi.
"Tak apa Adik, Allah ada, Allah akan lindungi kita, Allah lagi kuat dari ayah"
Adik menggangguk lemah. Emak merangkul Adik dengan penuh kasih sayang.
"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."
Adik terlelap dipangkuan emak.

"Adik..bangun", Adik terkejut apabila emak menepuk-nepuk tubuh adik. Kenapa emak kejut Adik? Adik tak dengar pun azan subuh. Yang adik dengar hanyalah bunyi pintu kayu rumahnya diketuk bertalu-talu. Emak mencium Adik bertalu-talu, kelam kabut Emak menolak tubuh adik masuk ke bawah katil. Berkali-kali Adik tanya Kenapa, tapi emak tidak menjawab. Emak pesan kepada Adik supaya tidak keluar selagi Emak tak panggil. Adik menggangguk.

Selepas itu, Adik tak nampak apa yang berlaku. Yang Adik dengar hanyalah suara lelaki bercampur baur dengan tangisan emak. Sekali lagi mereka berbicara dalam bahasa yang Adik tak faham. Yang Adik dengar hanyalah suara Emak menyebut kalimah Allah. Itu sahaja yang Adik faham.

"Allah..Allah..Allah..." emak terus menyebut kalimah itu biarpun suara lelaki berbahasa pelik itu menjerit menenking kepada emak. Emak terus menyebut kalimah suci itu tanpa rasa gentar.
Adik menggigil dibawah katil. Adik nak keluar, nak tengok apa yang berlaku pada emak. Nak tolong emak. Adik kan lelaki! Tapi Adik ingat pesan emak. Adik perlu patuh kepada emak, kalau tidak Tuhan marah.
"Allahuakbarrr!!!!!!!!!!!!" suara jeritan emak memecah suasana. Adik menggigil lagi. Adik cuba mengamati apa yang berlaku.
"Allah...Allah...Allah.." kalimah suci itu kedengaran semakin perlahan. Lama kelaman Adik tak dengar lagi kalimah itu. Suara emak telah terhenti.

Begitu juga suara lelaki-lelaki berbahasa pelik. Kenapa emak diam? Adik terus menunggu emak memanggil Adik keluar. Menunggu dan terus menunggu.

Sehinggalah, laungan azan subuh kedengaran. Adik serba salah. Tapi Adik perlu keluar untuk sembahyang subuh supaya Allah sayang Adik. Mahu tak mahu, Adik merangkak keluar. Ketika Adik teraba-raba, tangan Adik tersentuh cecair. Adik diam. Seingat Adik, Adik tak tumpahkan air semalam. Adik tersengih, mungkin adik kencing malam. Habislah emak marah Adik. Adik merangkak berhati-hati.

Tatkala adik mengangkat kepala, Adik kaget lagi. Didepannya, tubuh emak kaku berlumuran darah dengan pisau panjang tercacak didadanya.

Namun Al-Quran di tangan emak, tetap erat digenggamannya.
Dunia Adik terasa berpusing, gelap.masa terhenti. Emakkkkk!!!!!!!
Laungan Adik memecah keheningan subuh.

"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan Allah sentiasa kasihkan kita.."

Selepas ini tak ada lagi emak yang akan wudukkan Adik. Tak ada lagi emak yang akan bentangkan sejadah untuk Adik. Tak ada lagi emak tempat Adik mengadu dan tak ada lagi emak, satu-satunya manusia dalam hidup Adik. Adik memandang sayu pusara emak melangkah longlai meninggalkan harum seroja yang seharum kasih emak pada Adik.

* I M B A U A N K E N A N G A N *
Read rest of entry

Tuesday, July 28, 2009

Ujian Semalam Untuk Kesenangan Hari Ini

Enty yang agak panjang untuk dibuang masa membacanya. Lebih skema dan membosankan serta menjengkelkan untuk dibaca. Jadi, kalau korang rasa taknak buang masa korang, dan juga masa orang-orang kampung korang, jangan mengada-ngada nak baca. Kalau nak baca jugak boleh, tapi jangan nak mengutuk aku pula. Aku piat tinge engkorang semua nanti baru tau..zass

Permulaan

"Assalamualaikum mak. Esok kena pergi interview lagi, mak doakan la moga dapat jawab dengan baik ya", butang end aku tekan setelah bersembang beberapa ketika.

Alhamdulillah, malam sebelum menghadiri sesi temuduga yang lalu, seperti biasa aku akan meluangkan masa sedikit untuk menelefon orang tuaku di kampung untuk memaklumkan berkenaan temuduga yang bakal aku tempuhi keesokkan harinya. Walaupun memang aku akan maklumkan terlebih awal sebaik menerima berita jemputan ke sesi temuduga berkenaan, tapi demi mendapat semangat dan restu kedua orang tuaku, malam sebelumnya pasti aku akan menelefon mereka sekali lagi.

Beberapa hari sebelum itu, aku mendapat satu panggilan yang meminta aku menghadirkan diri untuk sesi temuduga disebuah syarikat swasta di ibu negara. Aku panggil syarikat B jela. Pada awalnya, mereka meminta aku menghadirkan diri pada sesi pagi, tapi oleh kerana pada pagi yang sama aku telah pun membuat temujanji untuk satu lagi syarikat yang lain yang aku namakan sebagai syarikat A, jadi aku meminta ditunda ke sesi petang. Alhamdulillah, mereka bersetuju menetapkan 2.30 petang sebagai waktu untuk aku menghadiri sesi temuduga tersebut.

Dugaan Bermula

Tapi nak dijadikan cerita, pada malam selepas aku menelefon orang tuaku dikampung, aku sekali lagi membuka emel jemputan temuduga kedua daripada syarikat A yang aku sangkakan pada pagi hari keesokkannya. Terkejut aku bila melihat waktu sebenar temuduga aku adalah pada jam 3 - 5 petang. Tergamam aku, bagaimana mungkin aku dapat menghadirkan diri kedua tempat dalam satu masa. Ah, macam mana la aku tak baca betul-betul emel tu sebelum ni. Sengal.

Jadi aku mengambil keputusan untuk menghadiri kedua-dua sesi temuduga tersebut dengan menggunakan tektik menghadiri sesi temuduga di syarikat B terlebih dahulu dan kemudiannya ke syarikat A. Ini kerana dalam emel syarikat A mengatakan waktu temuduga pada jam 3 hingga 5 petang. Jadi pada sangkaanku in between jela, masa mana-mana pun tak kesah kan, asalkan sebelum jam 5 petang.

Hari temuduga, seperti biasa merempit seawal jam 12.30 tengahari. Berhenti di masjid negara untuk menunaikan solat zohor, dan kemudiannya dalam jam 2 petang, aku ke syarikat B yang letaknya tidak berapa jauh dari sana. Seperti biasa, aku diminta untuk mengisi borang maklumat peribadi dan latar belakang pendidikan terlebih dahulu.

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Sedang asyik mengisi birang berkenaan, aku menerima panggilan dari syarikat A menyuruh aku menghadirkan diri tepat jam 3 petang. Aku dah panik, tapi masih mampu berfikir. Aku mencari jalan, cari akal. Nak pergi atau tidak...ngee..pening-pening. Mengalahkan memilih antara 2 calon untuk dibuat isteri..puhh

Akhirnya aku membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat B dan bergegas ke syarikat A, kerana masa yang aku ada kurang 30 minit untuk sampai ke sana. Tanpa mengisi sepenuhnya borang tadi, aku ke kaunter depan syarikat berkenaan dan menggunakan helah untuk keluar dari syarikat berkenaan. Dengan muka yang memang sedih dan kesihan habes, aku meminta diri dengan memaklumkan ada masalah keluarga yang perlu aku uruskan..haha.. Amoi tu nampak bersimpati, terus dia benarkan aku balik. Kesian, aku pula terasa bersalah kerana menipu (sebenarnya helah) dia.

Terus ke tempat parkir motor, dan memecut meredah hutan batu KL ke Bukit Kiara yang pada hemat aku tidaklah jauh sangat dari pusat bandar kuala lumpur tu. Tapi tanpa semena-mena, aku sesat hampir satu jam pusing-pusing dikawasan sama. Dalam hati aku dan mula rasa bersalah, mungkin ini kifarah dosa aku pada amoi tadi..huk3x

Jam 3 petang, staff kat syarikat A telefon menanyakan keadaan aku. Dan aku memaklumkan yang aku telah pun sesat. Dengan sedikit guide yang diberikannya, aku memulakan kembali percarian. Tapi masih juga sesat tidak jumpa-jumpa dengan tempat yang dituju. Sehinggalah aku terjumpa seorang polis trafik dan dengan lagak selambanya aku telah menahan beliau seakan-akan akulah polis trafik yang menahannya kerana melakukan kesalahan. Nasib baiklah polis tu baik hati, dia mengajarkan aku jalan mana yang perlu aku lalui.

Akhirnya, alhamdulillah jam 3.33 petang, aku sampai ke tempat yang dituju. Rupa-rupanya dah beberapa kali aku melalui sekitar kawasan tu, tapi entah macam mana Allah tidak bukakan pintu hati aku untuk melalui satu simpang yang membawa aku terus ke situ. Alhamdulillah, sangat berterima kasih pada polis trafik berkenaan. Nasib baik aku tidak disamannya kerana mengada-ngada menahannya ditengah-tengah jalan. Tapi maaf la pakcik polis, saya terpaksa kerana saya sesat.

Sesi interview petang itu berjalan lancar. Alhamdulillah, kedua-dua interviewer berkenaan memahami situasi aku dan meminta aku untuk bertenang. Sesi petang itu lebih kepada sharing semata-mata dan sedikit sembang berkenaan tugas dan cabaran yang perlu aku lalui semasa bekerja nanti sekiranya aku dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Penat dan memang memenatkan. Satu petang yang amat menduga keimanan, kesabaran dan ketepatan aku membuat keputusan dan menjawab persoalan. Alhamdulillah, Allah membantu aku menghadapinya dan memudahkan sedikit jalan bagiku setelah Ia menguji aku dengan sedikit kesusahan.

Nikmat Tidak Terhingga

Hari ini, nikmat Allah datang mencurah-curah seolah-olah telah pun mengabulkan segala doa-doa yang mengiringiku selama ini. Alhamdulillah, aku mendapat panggilan dari syarikat A yang memaklumkan aku telah pun berjaya mendapatkan kerja yang aku mohon itu. Sepetang aku telah pun mempraktikkan diriku menjadi seorang kerang busuk yang tersenyum riang seorang diri. Tiada kata dah yang boleh aku kata lagi. Hanya senyuman kambing ku ini mampu menerangkan segala-galanya. Khamis ini aku diminta ke syarikat berkenaan untuk mendapatkan offer letter dan memulakan tugas pada hari Isnin depan, insyaAllah.

Sebelum itu, syarikat C yang telah aku maklumkan dalam entry lepas juga menelefon aku untuk menghadirkan diri ke pejabat mereka untuk mendapatkan offer letter, dan memulakan tugas pada hari itu juga. Tapi oleh kerana beberapa faktor yang tak dapat aku nak elakkan, offer daripada syarikat berkenaan terpaksa aku tolak kerana hatiku lebih cenderung untuk memilih syarikat A sebagai tempat pertama aku memulakan tugas sebagai seorang pekerja, walaupun kedua ibubapa ku lebih menampakkkan kesungguhan untuk menerima pelawaan syarikat C kerana faktor kekukuhan syarikat dan sememangnya syarikat itu dikenali seluruh Malaysia. Celcom, siapa tak kenal kan? Makcik dan nenek-nenek kat kampung pun kenal. Tapi maafkan daku wahai celcom, aku terpaksa mengenepikan pelawaan yang kau tawarkan kerana ada tawaran lain yang lebih menarik minatku..muahaha

Sebelum itu juga, aku telah pun mere-arrange balik temujanji aku dengan syarikat B. Mereka meminta aku datang balik pada esok jam 9.30 pagi. Jadi sekarang hati aku masih lagi berkira-kira untuk memenuhi temujanji tersebut ataupun tidak. Kalau ikutkan, tak perlu la aku nak susahkan diri aku pergi lagi kan, kan dah dapat offer kat tempat yang memang aku dari awal lagi berharapkan untuk bekerja disana, jadi tiada sebab la aku nak bazirkan masa dan tenaga pergi lagi kan? Entah, mungkin pergi mungkin juga tidak. Tengok keadaan dulu la macam mana esok.

Sekarang, aku hanya mempunyai masa beberapa hari lagi untuk menjalani hidup sebagai seorang penganggur. Minggu depan, diari baru dalam hidup aku bakal bermula. Aku seorang pekerja..ahaks.. Walau kadang-kadang aku masih lagi tidak percaya, tapi inlah dinamakan ketetapan qada' dan qadar dari Allah. Walaupun semalam aku diuji-Nya, tapi hari ini alhamdulillah, aku diberi kesempatan menuai kenikmatan kurniaan-Nya. Hanya syukur yang mampu aku panjatkan kepada-Mu ya Allah untuk menunjukkan rasa terima kasih ku atas segala kurniaan-Mu pada ku selama ini. Alhamdulillah..

Terima kasih juga buat rakan-rakan samada yang aku kenal mahupun tidak kenal jika ada diantara kalian yang sudi mendoakan aku selama ini. Moga-moga Allah membalas jasa baik kalian dengan seribu kali lebih kebaikan dan kenikmatan..^-^

* S A T U L A N G K A H L A G I *
Read rest of entry

Sunday, July 26, 2009

Makcik Tag Yang Sengal

Disebabkan kekurangan buah fikiran dan kesuntukan masa kononnya, maka malam ini aku ingin menjawab la satu tag yang telah pun dihadiahkan oleh seorang puteri islam. Kenapa namanya puteri islam? Mungkin beliau terlalu taksub dan kipas susah mati kepada Persatuan Puteri Islam disekolah rendahnya dahulu. Mungkin juga kerana beliau seorang perempuan, kerna itulah namanya diberikan sedemikian rupa.

Ops, entry kali ni bukan nak cerita serba serbi pasal budak tu, nanti tak pasal-pasal diberkenan dirinya pada aku susah pula..ngehehe

Sepatutnya malam ini aku habiskan dengan membaca serba sedikit untuk persediaan sesi temuduga esok, tapi disebabkan sudah bosan dan nak meluak membaca segala macam info tersebut, maka dengan senang hatinya terasa ingin pula bermain benda alah ni. Jadi jom pakat membuang masa membaca benda karut wa marut ni..zasss

1)Bekas kekasih saya adalah :
-anda yang membaca

2)Saya sedang mendengar :
-ekzos kereta

3)Mungkin saya patut:
-tidur secepat mungkin

4)saya suka:
-piat telinga orang

5)Sahabat-sahabat baik sy:
-yang suka belanja saya

6) Saya Tak Faham:
-subjek BI masa darjah 1..16 tahun lepas

7)Saya kehilangan:
-makanan yang saya telan

8)Ramai yg kata:
-dragon ball ada 7 biji semuanya

9)Makna nama saya:
-aaa..aaa..maakk...tak reti nak jawab soklan ni

10) Cinta itu adalah:
-sedap dan rangup dimakan begitu sahaja

11)Di suatu tempat seseorang sedang:
-mengorek hidungnya

12)Saya akan cuba:
-membantu orang itu mengorek hidungnya juga

13)Ayat "Selamanya" membawa maksud:
-tu perkataan, bukan ayat..BM dapat bape neh??

14)Telefon bimbit saya:
-suka menghabiskan kredit saya

15)Bila saya terjaga dr tidur:
-ku lihat air liur kawanku meleleh-leleh memenuhi bantalnya

16)Saya meluat bila melihat:
-katak gelakkan saya masa saya mandi

17)Pesta/Parti adalah:
-p tanya haji gugel ataupun paksu wiki lagi bagus

18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
-kawan serumah saya

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
-kekanak..boleh berbogel kesana kemari tanpa rasa malu

20)Hari ini :
-hari ahad..kemarin jumaat dan esok isnin

21)Malam ni saya akan:
-jawab soalan kamu ni laaa

22)Esok sya akan:
-bukak belog dan tengok sape yang rajin komen posting ni

23)Saya betul2x inginkan:
-siapkan benda alah ni cecepat

24)Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
-wei..bile ko nak ensem?? haha

25)Pusat membeli belah / arked permainan :
-semalam p toys r us..dapat kad free

26)Makanan barat atau jepun:
-mamak sudah

27)Bilik yg terang atau gelap:
-ada lampu yang boleh menerangkan dan menggelapkan bilik

28)Makanan segera adalah:
-perlu dihabiskan dengan kadar segera

29)Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
-lupe dah..dari tadi hanya diam seribu bahasaaa

30)Siapa yang anda mahu tag????
-makcik kantin dan pak bilal kat kampung..hape, ingat diorang tade belog ke?

Abes pun. Tapi masih ada satu lagi tag yang berbaki, kot. Dari cik rerama yang comey lotey tuh. InsyaAllah, kalau wase bosan lagi, akan menjawab pula tag cik rerama. Tata..

* K E R I N D U A N *
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal