Salamun alaik..
Moga sahabat2 sekalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah selalu..Aminn..
Untuk posting kali ni, ana ingin kongsi sedikit ilmu yang ana berjaya perahkan dari pale otak ana yang tak berjambul ni buat tatapan sahabat2 sekalian..Ini merupakan sambungan dari episod "50 Cara Menghapuskan Teman On-Line" yang ana posting sebelum ni. Tapi untuk post ni, ana sediakan ayat2 berbentuk lebih islami yang mungkin sahabat2 boleh guna sebagai panduan..Mungkin bile sahabat2 menggunakan ayat ini, si"dia" akan lebih terasa dan faham dengan maksud sahabat2 kerana bila menggunakan ayat yang lebih islamic ni, ana rasa ia lebih halus dan berhikmah..Dalam masa yang sama, kita boleh serba sedikit mendidik jiwa mereka tentang fitrah cinta yang sebenarnya yang patut mereka fahami..Lebih2 lagi bagi ikhwan @ akhowat yang sefikrah dengan kita..Meraka mungkin lebih terasa dengan penangan ayat2 kita dan cepat2 sedar dari mimpi yang mereka cipta sendiri tu..
OK, ni antara ayat2 yang berjaya ana cipta buat panduan sahabat n sahabiah semua :
1. "Maaf, ana punyai prinsip ana sendiri berkenaan cinta, dan ini bukan cara ana mencari cinta"
2. "Ana tak akan bercinta selain dengan suami/isteri ana"
3. "Maaf, selagi ana belum berkahwin, cinta ana hanya pada Allah dan rasul-Nya"
4. "Ana bukan tak sukakan enta, tapi ana nak jaga hati ana dari zina hati. Lebih baik kita berkawan macam sahabat2 kita yang lain je, itu lebih baik buat kita"
5. "Jaga hati enta, jangan diikutkan sangat dengan godaan buas nafsu dan syaitan, kembalikan hati enta pada Allah"
6. "Ana tak sanggup gadaikan cinta ana pada Allah semata-mata kerana makhluk-Nya yang belum halal bagi ana"
7. "Ana cintakan enta juga, tapi cinta ana pada enta hanya sebagai sahabat sefikrah dengan ana, tak lebih dari itu"
8. "Serahkanlah cinta enta itu pada yang sepatutnya, iaitu Pencipta cinta"
9. "Serahkan hati dan cinta enta hanya pada Allah, nescaya suatu hari nanti, Allah akan ketemukan enta dengan pemilik hati dan cinta enta yang sebaiknya"
10. "Ana tak nak bazirkan cinta ana pada insan yang belum tentu menjadi milik ana"
11. "Kalau enta dah suka sangat dengan ana, hubungi keluarga ana. Bincang dengan meraka, sebab meraka lebih berhak keatas diri ana" Kalau bagi ayat ni, gerenti kecut perut mamat tu nanti..
12. "Maaf, ana punya lebih banyak tanggungjawab pada agama Allah yang perlu ana fikirkan berbanding soal cinta buat masa ni"
13. "Maaf, hati ana belum terbuka untuk menerima sesiapa sebagai madu pada kekasih ana. Ana dah punya Allah dalam hati ana"
14. "Ana hanya akan bercinta selepas kahwin. Itu prinsip hidup ana, tolong hormati ana"
15. "Ajaran Islam tidak pernah mengajar ana bercinta sebelum kahwin / bertunang, maaf ana tak dapat menerima cinta enta lagi buat masa ni"
16. "Kita serahkan segala-galanya pada Allah. Dia yang lebih berhak menentukan jodoh pertemuan hamba2Nya. Kalau dah jodoh, walau kita tak bercinta pun buat mase ni, insyaAllah kita tetap akan diketemukan jua suatu masa nanti, dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang"
Rasulullah pernah bersabda :
Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..
Ya ALLAH..
Izinkan aku mencintai-Mu melebihi segala yang ada didunia ini,
Izinkan aku mencintai insan yang mencintai-Mu,
Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintai-Mu,
Izinkan aku untuk hidup dan mati hanya kerana-Mu,
Amiin..
CINTA YANG AGUNG ADALAH CINTA ILAHI YANG MENGIRINGI DOA KITA SEBAGAI HAMBANYA....
TIADA TANDINGAN CINTA-NYA BUAT KITA BERBANDING DENGAN CINTA MANUSIA YANG BERSIFAT SEMENTARA....
CINTAILAH DIA SEPENUH HATI...
* M A M P U K A H A K U *
Regards to suriyana rosli, syukran atas bantuan enti mengedit posting ana ni..
Macam Mimpi
4 years ago
0 contengan diterima:
Post a Comment