Assalamuaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Syukur kehadirat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih diberi peluang untuk hidup dan bernyawa menikmati hidup didunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda..
Bersempana dengan kedatangan Maulidur Rasul pada 20 Mac 2008 (esok), ana buka post ni sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan ana pada nabi saw. Kalau bukan kerana rasa cinta rasulullah pada kita, mana mungkin kita boleh menikmati nikmat Iman dan Islam sekarang ini. Jadi,wajiblah bagi kita untuk merasa cinta dan rindu pada badinda saw. Semoga, rasa cinta dan rindu kita pada baginda nabi sentiasa mekar tidak melebihi cinta kita pada makhluk lain. Jadikan akhlak nabi sebagai contoh terbaik dalam kita menjalani hidup di dunia ini. Peringatan untuk sahabat2 semua dan paling penting bagi diri ana sendiri..
Berkempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada semua sahabat-sahabat ana. Maaf pada sahabat2 yang ana xsempat nak bagi comment n balas comment ucapan maulidurrasul pada ana. Syukran pada sahabat2 semua..(^_^)
Setiap rasul Allah diberikan 1 peluang untuk berdoa dan akan terus dimakbulkan oleh Allah. Semua rasul2 lain telah menggunakan peluang tersebut, kecuali baginda saw. Kerana rasa cinta dan sayang baginda pada kita semua umatnya, baginda telah menyimpan doa tersebut untuk digunakan pada hari akhirat kelak sebagai syafaat untuk umatnya. Tengoklan betapa sayang dan kasihnya baginda pada kita, tapi bagaimana dengan kita ?
Muhasabahlah diri masing-masing..Moga kita sentiasa dalam lindungan rahmat Allah dan cinta pada baginda nabi saw..
Hargailah pengorbanan dan perjuangan nabi kita..
Macam Mimpi
4 years ago
0 contengan diterima:
Post a Comment