Friday, October 31, 2008

Berkongsi Cerita Pada Umum, Salah Ke?

Posting pada kali ini adalah kerana ingin memberikan respon dan juga padangan pada seorang rakan blogger yang bertanyakan pandangan aku berkenaan tajuk di atas. Terima kasih pada yang sudi bertanya kerana ada la juga idea apa aku nak meng'update' blog kali ni. Lama dibiarkan berhabuk la pula. Kerap sangat meng'update', cepat la pula idea habis. Jadi, apa aku perlu buat? Aku tahu, siapkan dulu karutan aku ni..hehe
bukan apa, ada sorang sahabat kata tak baik paparkan cerita kehidupan untuk tontonan umum..konon la...ish2... nak cerita pengalaman ke apa ke, smuanya tak dibenarkan....entahla...

apa pandangan awak?
Begitulah bunyinya soalan yang ditanya hamba Allah tersebut pada ku. Permasalahan disini, boleh ataupun tidak? Senang jawapan aku, boleh tetapi mestilah tengok juga pada isi yang ingin dikongsikan itu. Bermanfaat? Mampu memberikan input pada pembaca? Boleh menyedarkan pembaca akan sesuatu perkara? Menjadi medium untuk menyampaikan dakwah dan juga peringatan? Ataupun mampu mencetuskan kontroversi? Memecah belahkan sesetengah orang? Menyebarkan fahaman yang salah? Memberikan input yang langsung tidak berguna dan mendatangkan virus kepada otak kanan dan juga kiri pembaca? Juga mungkin sekadar perkongsian kosong tanpa sebarang input mahupun keburukan yang mampu mempengaruhi pembaca?

Berkongsi cerita tu tidak salah. Malah digalakkan sekiranya apa yang ingin dikongsikan itu bakal menyedarkan dan memberi peringatan kepada pembacanya kelak terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya, berkongsi mengenai suatu program keagamaan dan mungkin juga motivasi yang mampu menanamkan minat juga keinginan untuk turut sama menyertainya dimasa akan datang. Bukan ke mampu memberikan sedikit kredit pahala pada kita juga nanti.

Lebih-lebih lagi jika perkongsian cerita kita tu diselitkan sedikit ilmu-ilmu Allah juga perkara-perkara yang boleh mendatangkan pahala, sampai kita ke kubur kelak pun pahala akan terus mengalir kepada kita sekiranya pembaca tadi mengamalkan apa yang kita sampaikan. Dakwah inikan bermacam bentuk dan mediumnya boleh kita pilih. Bukan hanya dengan sekadar berceramah sana sini, bertemu muka dan mengajar sesuatu ilmu secara zahir itu dikatakan berdakwah, tapi dengan isyarat tangan pun kita mampu berdakwah juga. Ini kan pula dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang ni. Dunia dihujung jari. Jadi, gunakanlah medium yang telah canggih tersedia ni juga sebagai medium untuk kita berdakwah, memberikan peringatan dan juga menyedarkan insan-insan lain diluar sana.

Bagaimana pula sekiranya hanya berkongsi cerita kosong yang tidak mampu mendatangkan apa-apa faedah dan pengajaran? Pendapat peribadi, tidak salah pun. Asalkan jangan sampai mendatangkan fitnah dan aib pada diri sendiri sudah la. Sebaiknya, aturlah bahasa sebaiknya dan gunakan bahasa yang mudah difahami. Jalan cerita pun janganlah terlalu 'open' dan terlalu 'detail' yang mampu membuatkan pembaca beralih fikirannya kearah yang tidak baik dan mensia-siakan. Jangan terlalu mengarut dan melebih-lebih bila menyampaikan cerita. Bila bercerita, sebaiknya isi lah sedikit pengisian yang bermanfaat dan berguna untuk para pembaca agar masa yang diluangkan untuk membaca cerita kita itu tidak sepenuhnya sia-sia dan terbuang begitu saja.

Elakkan berkongsi sesuatu yang buruk dan boleh mendatangkan keburukan, bukan pada diri sendiri, yang paling kita perlu fikirkan adalah para pembaca kita. Contohnya bercerita mengenai keburukan dan juga kemaksiatan yang kita buat bila hujung minggu. Cerita yang kita berpasangan dengan sama jenis la, pergi dating dengan kekasih ataupun cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat dan memburukan orang lain. Cuba bayangkan, 1 dosa sebab kita mengumpat, tambah dengan 1 dosa kerana berbangga dengan umpatan kita tu (sebab berkongsi pada umum), tambah lagi 1 dosa sebab menyebarkan umpatan tersebut. Dibuatnya pembaca tadi bercerita pula perihal umpatan kita tu pada kawan-kawan dia yang lain, lepas tu kawan-kawan tadi cerita pula pada kawan-kawan mereka. Dosa yang pada asalnya hanya 3, akan semakin bertambah dan bertambah selagi berita yang kita sampaikan tu diperkatakan dan menjadi bahan umpatan insan-insan lain pula.

Senangnya nak dapat dosa kan? Tapi lagi senang nak dapat pahala dengan menulis ni. Pokoknya kena la ikhlas dan niat segala perbuatan kita ni hanyalah kerana Allah. Walhal tidur sekalipun jika betul niat kita, akan turut dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran dari Allah swt.

Sedikitlah apa yang aku mampu kongsikan dan fikirkan untuk menjawab persoalan sahabat berkenaan. Moga mendapat manfaat daripada apa yang aku tulis dan karutkan ni. Sesungguhnya ilmu didada ini amatlah sedikit dan memerlukan lebih banyak bimbingan dan petunjuk dari insan-insan yang lebih mengetahui.

Alhamdulillah, pagi tadi dah selamat lepas 1 paper final untuk semester ni. Ada lagi 6 untuk aku tempuhi. Mohon kawan-kawan semua doakan la kejayaan aku dan sahabat-sahabat seakidah kita yang lain ya. Kita gemilangkan Islam dimuka bumi ini dengan ilmu dan kejayaan yang kita perolehi. InsyaAllah, Islam pasti akan menang. Itu janji Allah pada kita.

* R E Z E K I P A S T I K A N T I B A *
Read rest of entry

Monday, October 27, 2008

Imtihan Menjengah Lagi

"Mak, minggu depan dah nak final exam, mak tolong doakan anak mak ni ye?"
"InsyaAllah, mak ni tiap-tiap kali lepas solat, memang tak lupa nak doakan anak-anak mak. Walaupun mak tak tahu la anak-anak mak doakan mak ke tak, tapi mak tak pernah lupa nak doakan anak-anak mak semua."
"Jangan la kata macam tu mak, anak-anak mak ni memang selalu doakan kesejahteraan mak."
"Ye ke?", sedikit senyum terukir dibibir mak.

Sedih tiap kali bila aku teringatkan kata-kata mak yang cukup berbisa dan penuh dengan makna. Itulah butir-butir keikhlasan yang keluar dari mulut seorang insan yang bernama ibu pada anak-anaknya, butir kata yang penuh dengan makna disebaliknya yang jarang anak-anak nak memahami ataupun cuba untuk memahaminya dan lagi teruk buat-buat tidak memahaminya. Aku tahu, mak bukan mengharapkan apa-apa dari anaknya, cuma mengharapkan anak-anaknya ingat padanya, selalu mendoakannya, dan selalu juga menunjukkan muka padanya.

Huhu.. Introduction yang agak emosi sedikit. Kontrol, kontrol, kontrol perasaan.

Minggu ni dah bermula cuti study week, cuti yang sepatutnya dimanfaatkan untuk mengulangkaji pelajaran, bukannya cuti yang digunakan untuk balik ke kampung ataupun membuang masa mahupun enjoy sampai tak ingat nak final exam. Pesanan untuk diri aku sendiri je ni, sebab kalau dulu masa belajar kat Dungun, pantang dapat cuti lama sikit, even cuti hujung minggu pun aku selalu je merempit balik Setiu. Al-maklum la, belajar kat negeri sendiri, kos nak balik selalu pun kurang. Berbanding dengan sekarang ni, belajar jauh diperantauan, nak balik pun bukannya satu kerja senang. Tiket bas, duit, masa dan tenaga yang perlu dikerah bukan sedikit.

Untuk semester ni, cuti study week agak pendek jika nak dibandingkan dengan semester-semester lepas. Kalau ikutkan, hanya dapat 4 hari saja, tapi mujur paper aku bermula agak lewat, 3 hari selepas hari pertama peperiksaan bermula, jadi dapat juga la dalam 6 hari. Tapi dalam 6 hari tu semuanya aku manfaatkan dengan sebaiknya ke? Tepuk dahi, pipi, hidung dan telinge, tanya la diri sendiri. Banyak masa terbuang dari masa yang terisi dengan mengadap buku. Tambah pula dengan 2 projek yang belum siap, so kena la bahagi-bahagikan masa agar semua kerja berjalan dan tidak stuck kat tengah jalan je. Duk mengadap blog ni pun dikira membuang masa gak, tapi pakcik halalkan masa pakcik ni dibuang, demi blog yang terchenta dan korang yang pakcik sayangi..ngeh3x..

Paper pertama insyaAllah pada hari Jumaat ni dan paper terakhir pada 17hb 11 nanti. Senggang masa yang kebanyakan tidak la best sangat, sebab hampir semua paper hanya selang sehari saja. Jumlah paper yang 7 kesemuanya memang agak menuntut kesabaran dan kerja keras aku semester ni. Tak tahu la boleh skor ke tak, lagipun aku ni bukannya student yang bagus sangat pun, test selalu jadi orang yang tengah-tengah je, kadang-kadang cukup makan jarang-jarang fail.

Tapi untuk semester ni, aku kena pastikan aku clear paper untuk capai matlamat dapat grade pada masa yang ditetapkan. Kalau tak, berat la sikit aku untuk semester depan. Dah la dengan final year project yang menuntut perhatian lebih, ditambah pula kalau aku ada carry paper, masak la nanti. Doa-doakan la aku rajin ulangkaji pelajaran ye. Nanti nak grade cepat-cepat, nak kerja dan nak berbakti pada orang tua pula. Kahwin? InsyaAllah, bila semuanya dah stabil nanti..huhu..gatai.

Kat sini aku nak ucapkan selamat berjihad, selamat bersengkang mata dan selamat berperang dengan pen dan kertas bagi semua insan yang akan menempuh peperiksaan akhir semester Julai - November 2008 nanti, juga tidak lupa pada adik-adik yang akan menempuh SPM 11hb 11 ni nanti. Paling penting, jangan lupa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Walaupun kita berusaha dengan kuat macam mana pun, kalau Allah tak izinkan kita berjaya, kita tak akan berjaya juga. Bila ini terjadi, jangan sedih mahupun meratap pada kegagalan, sebaliknya bersyukurlah kerana kita masih dipilih Allah untuk menerima ujian-Nya yang menandakan kita masih lagi disayangi Allah. Ujian-Nya tidak lain tidak bukan, sebagai satu medium untuk mendekatkan kita pada pencipta kita. Mungkin bila kita berjaya, kita lupa kepada siapa sebenarnya yang mengurniakan kita kejayaan tu, tapi bila kita gagal pandai pula kita salahkan takdir.

Untuk semua rakan-rakan blogger, sahabat juga kenalanku, selamat menempuh peperiksaan akhir yang bakal tiba. Allah jangan dilupa dan rajin-rajinlah berdoa minta pertolongan daripada Allah. Solat jangan ditinggal, tapi bukan masa minggu exam saja, sewajibnya untuk setiap masa. Kerana ada segolongan manusia ni yang hanya bertuhan pada minggu peperiksaan saja. Pandai sujud kat tikar sejadah hanya bila nak menjawab peperiksaan je. Bila hari-hari biasa, solatnya hanya seminggu sekali bagi lelaki, dan setahun dua kali bagi yang perempuan, raya puasa dan raya haji. Itu pun kalau pergi. Inilah yang dikatakan sunatkan yang wajib dan mewajibkan yang sunat.

Selamat berjaya and wish you all best of luck... With Allah helps !!

* R A J I N N Y A D I A *
Read rest of entry

Saturday, October 25, 2008

Orang Yang Cantik Jarang

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji....

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

muslimah


Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.

Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Wallaua'lam...
Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik.

Sumber : Artikel sumbangan Nor Izwah Abd Aziz

* C A N T I K N Y A D I R I M U *
Read rest of entry

Friday, October 24, 2008

Seminggu Berjihad

Syukur ku panjatkan pada Allah swt kerana masih lagi memberi daku ruang untuk terus bernafas dimuka bumi-Nya ini tanpa perlu membayar walau sesen pun. Apa yang perlu hanyalah dengan menzahirkan kesyukuran pada-Nya dengan menghambakan diri sepenuhnya hanyalah kepada-Nya.

Alhamdulillah, akhirnya hari ini tamat juga satu minggu yang bagiku amatlah berat dan menguji tahap kesibukan diriku sebagai seorang pelajar, seorang anak kepada kedua ibu bapaku, seorang muslim hamba kepada Allah swt & paling penting seorang aku bagi diriku.

Dah lama ku biarkan blog ni berhabuk, sunyi dan sepi tanpa sebarang karutan baru. Blog yang dulunya saban hari ada sahaja posting baru, menunjukkan betapa rajinnya tuan punya blog ini, dan mungkin juga menunjukkan betapa tiada kerjanya beliau..ngehehe.. Tapi sekarang ni makin hari makin lembab pula pemiliknya nak update. Sibuk sangat ke pakcik ni? Eh, sibuk la. Kalau tak sibuk pakcik dah lama update kan blog ni taw. Ye ke? Ngeee....

Bukan apa, sepanjang minggu ni tak senang duduk aku dibuatnya. Bermula dari hari Isnin lepas, bermulalah jihad aku dengan pelajaran aku yang luar biasa dari keadaan kebiasaannya. Bermula Isnin, aku dah berdepan dengan 1 ujian untuk subjek Intelligent System. Selasa pula berperang dengan 2 benda penting, ujian Technopreneourship dan berhempas pulas menghafal 36 ayat untuk speaking test subjek France. Tergagap-gagap aku dibuatnya sebab kena tajuk yang aku tak berapa ingat. Tawakal jela.

Habis kat situ je ke? Belum, tu baru separuh, ada banyak lagi ni. Rabu, berdepan dengan ujian Network Protocol Survey dan usaha untuk menyiapkan 1 assignment. Walaupun assignment tu tak la banyak dan sukar sangat, tapi tetap menuntut masa dan kerajinan untuk menyiapkannya. Khamis pula mengadap kertas ujian subjek Web Enggineering. Lepas tu terpaksa ke INTEKMA Resort untuk presentation product yang group aku cipta untuk subjek technopreneourship.

Malamnya pula berperang dengan askar-askar Project Proposal untuk dihantar keesokkan harinya. Bersengkang mata sampai jam 5 pagi semata-mata nak siapkan proposal tersebut untuk dihantar sebelum jam 12 tengahari nanti. Dalam masa sama, pada jam 9 pagi nanti ada ujian untuk subjek Human Computer Interaction. Untuk test ni memang aku kamikaze je pergi jawab. Hanya sempat mengadap nota beberapa minit je sampai la mata aku dengan sendirinye terlelap kerana keletihan dan kemengantukkan(erkk..ade ke perkataan ni? layann..). Sedar-sedar dah subuh. Nasib la paper tu nanti, apa yang aku nak jawab pun aku tak tahu lah, memang sepenuhnya serah pada Allah je tanpa ada usaha langsung.

Hari ni alhamdulillah, aku masih lagi gagah berdiri setelah seminggu berjihad dimedan pen, kertas, buku-buku dan juga kekunci-kekunci laptop. Bersengkang mata dan kadang-kadang sampai makan pun tidak. Tapi hasilnya apa yang aku dapat?

Sepanjang minggu ni, walaupun ianya merupakan satu minggu yang cukup mencabar dan padat dengan semua aktiviti-aktiviti yang penting, tapi aku boleh katakan ia merupakan satu minggu yang cukup berjaya bagi diriku. Hampir semua test yang aku lalui walaupun dengan study nya yang memang tak seberapa, tapi semuanya aku boleh katakan berjaya aku jawab setakat mana yang aku mampu. Tapi boleh jawab jela, betul ke tak tu aku sendiri pun tak tahu. Dibuatnya aku ni hanya goreng kuali kosong je, naya la.

Semua kerja berjaya aku siapkan on time dan presentation yang aku buat bersama group aku pun agak berjaya. Walaupun dengan persediaannya memang hampir boleh dikatakan tiada langsung, tapi kitorang mampu untuk membentangkan setiap perbentangan tu dengan jayanya, bagi pihak kami..huhu..Yang paling akhir sekali, hantar proposal tadi la. Hanya tinggal kurang 5 minit sebelum jam 12 baru la proposal aku tu tiba kat meja koordinator project proposal. Nasib la, tak sia-sia aku merempit kejap lam UiTM tadi..ngehehehe

Minggu depan aku masih lagi berhutang 2 projek untuk dihantar. Lepas tu merdeka la kejap dari segala kerja-kerja yang perlu aku siapkan untuk setiap subjek yang aku ambil semester ni. Maka dengan itu bermula la minggu peperiksaan akhir bagi semester ini untuk semua pelajar universiti yang sama waktu dengan aku. Peperiksaan SPM pun dalam bulan 11 ni juga, jadi ucapan selamat menjawab dan selamat berjayalah aku ucapkan bagi semua makhluk kat muka bumi ni yang bakal menghadapi apa pun ujian juga peperiksaan kelak. Tapi ingat, kita sekarang ni sedang diuji, dan penilai kita tidak lain tidak bukan, iaitu Allah swt.

* H A T I I N G I N M E L U A H *
Read rest of entry

Thursday, October 16, 2008

Famlily Day @ Hari Keluarga Netcentric Computing

Alhamdulillah, Allah masih lagi mengurniakan segala rahmat dan inayah-Nya kepada kita semua untuk terus hidup dan beramal menghambakan diri kepada-Nya. InsyaAllah, moga diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Macam mana nak menegakkan agama Allah? Senang saja, tunaikan solat, kerana barang siapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah merobohkan agamanya. Jadi jangan la sengaja tinggal solat ye.

Akhirnya dalam kesibukan yang teramat sangat, dapat juga aku masuk kat blog ni, dan menaip barang sedikit untuk tatapan dan juga kejian dari korang semua. Al-maklumlah, seperti kebiasaan bagi semua student-student universiti ni, bila tibanya minggu-minggu akhir semester, sibuknya memang mengalahkan Perdana Menteri yang pening memikirkan masalah negara la. Dengan presentationnya, nak siapkan projek programnya, siapkan asssignment yang masih berhutang dengan lecturer la, dan lecturer pun suka sangat buat test pada hujung-hujung minggu pembelajaran ni.

Masa ni juga la baru kita boleh tengok sifat sebenar sebagai seorang sudent. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab kalau hari-hari biasa, student universiti ni memang rilek. Kecuali bagi sesetengah program pengajian yang memang sibuk, contohnya bahagian medical dan pengajian seni bina seperti seni bina landskap yang memang sepanjang semester asyik sibuk dengan projek-projek mereka yang ntah apa-apa. Masa ni la baru dapat tengok betapa rajinnya student-student ni buat kerja, mengulangkaji pelajaran, siapkan assignment, cari bahan untuk siapkan projek, pinjam buku kat perpustakaan dan tak kurang juga yang baru nak photostat nota dan juga soalan peperiksaan akhir semester-semester lepas. Betul tak apa yang aku cakap ni? Semestinya betul. Siapa yang rasa nak bangkang? Angkat kaki korang..muahaha

Cuti hujung minggu lepas alhamdulillah dapat rezeki menjejakkan kaki ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk hari family day budak-budak coursemate aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan segala aktiviti yang dijalankan memang menyeronokkan. Aku pun tak nak cerita panjang-panjang, sebab banyak lagi kerja yang lebih pnting perlu disiapkan ni, sekadar nak kongsi sedikit gambar sepanjang program tersebut berjalan. Jadi, meh pakat layan..


Saat menunggu bas yang lambatnya hanya beberapa minit.


Dah dapat naik bas, masing-masing dah hepi semacam (yang kt depan tu la paling hepi..huhu)


Benda pertama buat bila dah sampai PD, makan....


Alhamdulillah, selamat mendarat di PNB Ilham Beach Resort, Port Dickson. Hepi lagi..^^


Padangan dari bilik resort pakcik. Memang memukau. Cantik sangat-sangat ciptaan Allah kat sini.


Aktiviti pertama kitorang, jungle tracking yang memang memenatkan. Kalau sape2 yang tak penat, memang tak lama la orang tu..muahaha


Ini la namanya banana boat. Kalau datang PD, memang rugi tak main benda ni, memang best pakcik cakap..huhu


Malamnya pula, buat la sedikit jamuan BBQ. Bakar ayam, bakar ikan, bakar daging. Jangan bakar diri sendiri sudah.


Hari kedua, pagi-pagi lagi dah terpacak tepi pantai. Main sukaneka yang diakhiri dengan permainan yang dinamakan ingatlah pada kematian..sukati je..hehe


Selesai sukanena, ramai-ramai pakat berenang dalam kolam kt resort ni. Tengok la gaya bebudak yang first time jumpa swimming pool..hohoho


Nak balik dah. Kejapnya? Yela, takkan nak letak semua gambar-gambar yang ada kat sini..huhu


Berposing sat depan resort. Kenangan untuk tunjuk kat anak isteri nanti..ekeke

p/s: siapa-siapa yang nak bercuti ke, honeymoon ke kat tempat ni, jangan lupa ajak pakcik sekali tau. (Orang honeymoon pun nak kacau ke? Suka hati pakcik je ea. Muahaha, sekali sekala apa salahnya..^^)

* K E M B A L I S I B U K *
Read rest of entry

Friday, October 10, 2008

Post Mortem Ramadhan

Ramadhan telah pun menutup tirainya. Ia sudah pergi meninggalkan umat Islam membawa bersamanya pelbagai keberkatan dan fadhilat. Solat tarawih dan Lailatul Qadar juga telah meninggalkan kita sehinggalah kita akan dipertemukan semula dengan Ramadhan akan datang, insya Allah.

Begitulah lumrahnya setiap tahun. Justeru itu sebelum Ramadhan pergi jauh meninggalkan kita, marilah sama-sama kita meneliti dan menyorot semula apakah amalan-amalan yang telah dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Adakah kita telah berusaha mencapai segala keberkatan yang terhidang di dalam bulan tersebut? Atau kita hanya berjaya menikmati hidangan pelbagai juadah berbuka sahaja tanpa banyak pencapaian keberkatan Ramadhan yang dapat kita kutip?

Cuba kita renung dan hitung semula perkara-perkara dan amalan-amalan baik yang telah berjaya kita lakukan pada Ramadhan yang lalu. Cari dan selidiki amalan-amalan baik yang kita terlepas atau tidak sempat dilakukan. Lakukan muhasabah ini dan buatlah sedikit homework dengan menyenaraikan perkara dan amalan baik yang kita lakukan dan senaraikan juga perkara dan amalan baik yang kita tidak lakukan. Dari sini tanamkan semangat dan azam bahawa kita akan cuba memperbaiki amalan kita pada Ramadhan akan datang dan menambahkan lagi mana-mana amalan yang tidak dapat kita lakukan.

Sumber : Sautul Jumaat, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Malaysia
Read rest of entry

Wednesday, October 8, 2008

Back To School By Bus

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah kerana aku, kau, kau dan korang semua masih lagi mampu menghirup udara Allah yang percuma lagi hari dan saat dibulan Syawal yang mulia ni. InsyaAllah semoga berterusan untuk hari-hari berikutnya sampai la ke satu saat yang Allah dah tetapkan bagi kita untuk menyahut seruan mengadap-Nya kelak.

Lamanya dah tak update blog kesayangan dan kebanggaan(errkk..) aku ni. Ye la, dah balik bercuti kat kampung, bercuti raya pula tu, memang la tak sempat dah nak meng'update' blog ni, ditambah pula dengan kemudahan internet yang memang tak ada kat kampung, lagi la menyulitkan diri ni. Bukannya blog ni boleh nak update diri dia sendiri, kalau tak senang la kerja kaum kerabat blogger sekalian kan? Buat blog, lepas tu biar je dia update sendiri..muahaha.. Takde maknenye..

Best cuti raya? Alhamdulillah, tahun ni masih lagi Allah bagi nikmat pada diri ni untuk sambut hari lebaran bersama-sama keluarga dan juga semua insan-insan yang aku sayang. Macam biasa la, pagi raya bangun lebih awal(awal ke?huhu..), mandi sunat aidilfitri, then pergi solat sunat aidilfitri. Balik dari solat, salam dengan semua ahli keluarga, minta ampun mitak maaf minta halal semua sekali dan segala-galanya kat mak ayah adik abang kakak isteri, eh eh, zaujah belum ada lagi ye..ekeke.. Gatai no pakcik ni. Bese la...haha

Raya tahun ni raya pertama la yang tidak beraya bersama semua ahli keluarga. Sebabnya kedua-dua abang aku tak balik beraya. Abang sulong balik gak, tapi tengahari baru sampai kat rumah. Abang ke 2 balik Melaka, raya ke-3 baru balik Terengganu. So, berkurang la sikit ahli keluarga pada pagi raya yang mulia tu. Akak aku mujur juga la balik beraya kat Terengganu dulu tahun ni, tahun depan mungkin beraya kat kampung suami dia la pula. Lagi berkurang. Teringat kata-kata mak suatu masa dulu, "anak-anak ni masa kecil je jadi anak, bila dah besar tak jadi anak dah". Mendalam maksudnya tu. Cuba la fikir-fikirkan ye..

Seperti tahun-tahun lepas, sejak kematian nenek dan atuk, semua saudara-saudara memang akan datang berkumpul kat rumah aku. Maklum la, dah tak ada rumah nenek nak pergi berkumpul, jadi datang la berkumpul rumah abang dan kakak sulong diorang ni, mak dan ayah aku la tu. Ayah anak sulong, pastu mak anak ke-2, tapi abang mak dah lama meninggal, jadi mak la ambil alih sebagai adik beradik sulong. Sebab tu juga la hari raya pertama memang duk kat rumah je, tak pergi mana-mana pun. Tunggu saudara-saudara je yang datang beraya. Raya ke-2 dan seterusnya baru la ada masa untuk ziarah rumah kawan-kawan yang lain, walaupun kadang-kadang aku berjaya juga melepaskan diri untuk pergi beraya rumah kawan-kawan.

Duit raya banyak dapat? Besar-besar pun dapat lagi ke? Ah, biarla dah besar pun, yang penting aku belum kerja dan belum lagi ada pendapatan sendiri. Zakat pun belum layak lagi untuk bayar sendiri, jadi duit raya memang aku deserve la untuk mendapatkannya..hehe.. Tapi tak banyak pun, cuma abang dengan akak je yang bagi. Boleh la aku buat untuk bayar sewa rumah nanti.

Sakan raya, puasa penuh tak ni? Eh, jaga sikit mulut tu ye. Pakcik bukan ada off day pun, musti la puasa penuh. Kan raya ni hanya untuk orang yang puasa penuh saja, jadi layak la bagi pakcik tuk merayakannya, sesakan yang pakcik mampu..hehe.. Eh, tak percaya ke raya ni hanya untuk orang yang puasa penuh? Betul mengikut apa yang aku dengan dalam kuliah beberapa hari sebelum raya hari tu.

Ustaz tu cakap, 2 golongan sahaja yang layak untuk sambut hari raya ni. Pertama, orang yang puasa penuh, dan kedua mujahidin yang menang di medan perang. Jadi, kaum hawa memang pada dasarnya tak boleh la nak sambut raya ni, atas sebab yang pertama tadi, betul tak? Ini tak, baju raya sejak bulan Rejab lagi dah tempah tu, puasa tak tahu ke mana lagi. Bukan aku yang kata, ustaz tu yang kata..huhu

Balik Shah Alam je, kerja melambak-lambak menunggu untuk disiapkan. Hari ni alhamdulillah dah settlekan satu kerja. Presentation untuk Final Year Project aku dan selesai dengan jayanya. Alhamdulillah, aku dapat menjawab segala soalan yang diajukan dengan baik. Lecturer aku pun nampak macam puas hati je dengan presentation aku. Tapi pesanannya aku tetap ingat, "harap-harap projek ni siap la ye". Dengan tersengih-sengih aku menjawab, insyaAllah puan. Jawapan nak melepaskan diri..hihi

Nape tajuk pelik je tu? Siap cakap omputih lagi tu. Entah la, aku takde idea nak letak tajuk apa. Tiba-tiba datang perkataan ni, terus aku letak. Aku tahu, bagi kebanyakan blogger pun, part nak fikirkan tajuk tu la yang paling susahnya. Aku sendiri pun kadang-kadang tak jadi nak mengarang, sebab tak tahu nak letak tajuk apa. Natijahnya, terpaksa la engkorang semua menjamu selera dengan jamuan yang dah basi dan dah tamat tempoh..huhu.. Okeh, nak siapkan kerja lain pula. Ni pun curi-curi je masa nak menaip sat sambil-sambil melepaskan gian nak mengarang je sikit. Kesian dah kat blog ni, macam-macam jenis kulat dah tumbuh. Pemalas tul tuan rumah ni..ish43x..

* L E G A *
Read rest of entry

Saturday, September 27, 2008

Jom Balik Kampung

Akhirnya esok (27/09/2008) balik juga aku ke kampung halaman. Selepas terawih malam tadi dapat sms dari kakak aku, katanya insyaAllah akan bertolak pulang tengahari esok selepas zohor. Jadi terpaksa lah aku bertolak awal sedikit ke rumahnya esok. Huhu, tak sabar dah nak jejak kaki ke kampung halaman ni.

Sekarang pun aku dah bosan sangat dah. Housemate pun dah ramai yang balik. Bila masa-masa begini mula la nak terasa sunyi. Kurang kawan untuk bergurau senda. Rumah pun dah senyap sunyi je. Suasana sekarang pun boleh dikatakan semua orang dalam mood nak balik kampung je. Keluar saja dari rumah ni, kat mana-mana boleh nampak orang duk bawa beg besar. Isi beg dalam kereta la, tunggu bas tepi jalan dengan beg besar la,berbuka pun dengan beg besar juga gamaknya.

Masa balik dari solat terawih tadi pun dah boleh nampak suasana yang cukup berbeza di sepanjang jalan. Kolej-kolej kediaman dalam kampus UiTM ni pun dah mula menampakkan banyaknya bilik yang bergelap daripada bilik yang masih terang benderang dengan nyalaan lampu. Ibu bapa pun dah mula membanjiri kawasan kolej, datang mengambil anak masing-masing. Kereta yang keluar dari kampus lebih banyak dari kenderaan yang masuk ke dalam kampus. Wah, lepas ni lengang la seksyen 7 ni. Kerana boleh dikatakan sebahagian besar penduduknya adalah pelajar UiTM dan Unisel.

Masjid UiTM tadi pun dah mula lengang. Saf yang asalnya aku sendiri pun tidak terbilang, sekarang ni dah mula berkurang. Makin akhir ramadhan, makin orang jauh dari amalan harian. Entah la. Suasana kat kampung pun lebih kurang juga sama. Awal-awal ramadhan semuanya semangat belaka. Solat terawikh dan solat witir tak tinggal. Tapi makin lama, makin kurang jadinya. Sepatutnya makin akhir ramadhan ni, makin meningkat la amalan mereka, tapi ini terbalik pula. Lailatul qadar Allah kurniakan pada 10 malam terakhir, bukannya 10 malam yang pertama. Boleh sangat nampak kat sini, mana yang benar-benar beramal dan istiqamah dengan amalannya.

Baju raya dah beli pakcik? Baju raya? Perlu ke? huhu.. Entah la. Belum terfikir lagi nak beli ke tak tahun ni. Tunggu balik kampung jela. Biasanya mak akan tanya, dah beli ke belum? Dan memang kebiasaannya, mak akan bagi duit lepas tu halau aku suruh pergi beli. Hari tu pun masa mak aku telefon dah tanya beli ke belum baju raya. Bukan aku taknak beli, cuma kadang-kadang fikirkan baju yang masih elok, yang masih boleh dipakai untuk dibuat raya ni banyak lagi, jadi buat apa nak membazir beli baju baru kan?

Dalam Islam mengajar kita supaya memakai baju yang paling cantik dan bersih pada hari raya, bukannya mengajar kita membazir dengan beli baju baru sedangkan masih banyak baju yang baik dan elok untuk dipakai pada 1 syawal nanti. Betul tak? Jadi, kena faham konsep sambutan hari raya tu sebenarnya bagaimana. Bukannya membazir pada benda yang sudah ada dan masih boleh digunapakai.

Tapi kalau orang nak bagi free, siapa yang tak nak kan? haha.. Nafsu manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada dan selalu inginkan yang baru dan cantik-cantik belaka. Cuma kena berpada-pada dan beringat jela bila berbelanja. Jangan jadi sahabat syaitan dan menggantikan syaitan yang dah kena ikat masa bulan puasa ni.

raya

Apa yang aku duk membebel ni? Aku sendiri pun tak pasti. Sebab dalam otak sekarang ni hanya ingat nak balik saja. Kalau diberi peluang, sekarang ni juga aku nak duk kat kampung dah. Dapat juga aku tolong apa-apa yang patut kat rumah. Ni tak, duk membuang masa je kat bilik ni. Lama-lama boleh jadi sewel aku..muahaha

Teringat kata-kata khatib masa khutbah Jumaat tengahari tadi, jadi apa salahnya aku kongsikan pada korang semua kan?
"Suatu malam sebelum berlakunya perang badar, baginda saw menyelinap masuk ke khemah-khemah tentera baginda dan melihat mereka berjaga dengan bertahajjud, berzikir dan bertasbih memuji Allah. Sedangkan waktu itu mereka sepatutnya tidur dan berehat untuk menghadapi peperangan keesokkan harinya, tapi mereka bermunajat kepada Allah. Maka dengan berkat munajat tentera-tentera Islam itu, akhirnya mereka diberikan kemenangan oleh Allah swt walaupun bilangan tentera musuh jauh lebih besar daripada mereka." (lebih kurang la yang aku ingat)
Apa yang aku nak sampaikan kat sini, tidak semestinya bila kita nak berjalan jauh, nak bersedia untuk sesuatu hal, nak jawab periksa atau apa la sekalipun, tidak semestinya malam sebelumnya kita habiskan dengan berehat dan tidur semata-mata, kerana dengan alasan mahu mengumpul tenaga, tapi tenaga yang sebenar yang yang paling berharga adalah munajat kita kepada Allah swt. Fikir-fikirkan lah, dan muahasabah lah diri sendiri. Hidup kita tidak akan lari dari ketentuan Allah. Setinggi mana pun kita mendaki, kita kena ingat Allah itu lagi tinggi dan lagi berkuasa dari kita yang hina dina ini.

Pesanan tuk anak-anak semua, pakcik balik kampung lebih kurang seminggu jugak la. Jadi maaf la pada mana-mana shout yang tak berbalas, juga comment (jika ada la) yang pakcik biarkan. InsyaAllah bila pakcik balik shah alam nanti, pakcik usahakan tuk menjawab semuanya. Jaga diri, jaga iman, jage hati dan jaga peribadi. Semoga mendapat berkat, rahmat juga redha dari Ilahi. Akulukau lihaza wa astaghfirullah maliwalakum, wassalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.

"Selamat Berpuasa"
"Selamat Berbuka"
"Selamat Bersahur"
"Selamat Hari Raya"
"Selamat segalanya"

* B E R P I S A H S E M E N T A R A *
Read rest of entry

Thursday, September 25, 2008

Salam Idulfitri Eid Mubarak

Berbaki beberapa hari lagi untuk kita sama-sama menyambut satu saat, satu hari, satu bulan yang cukup mulia dimana ia merupakan hari kemenangan dan hari kurniaan nikmat dari Tuhan bagi setiap hamba-Nya yang telah berjaya berpuasa selama sebulan ramadhan ni. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan buat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia jua inayah-Nya telah sekali lagi memberi kesempatan bagi setiap hamba-Nya, termasuk diriku ini untuk sama-sama menyambut hari kebesaran, hari kemenangan juga hari kegembiraan yang telah dikurniakan Allah swt ini. InsyaAllah, moga dipertemukan dengan 1 Syawal 1429H.

Tujuan enty karutan kali ini tidak lain dan tidak bukan la, bukan ingin berleter soal lembu Pak Mat rempuh pagar kebun Pak Mail, juga bukan isu hangat Mak Kiah kahwin lagi, tapi ingin meraikan rakan-rakan blogger juga semua pengunjung blog cintan cintun ni sempena kehadiran hari raya aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Semua blog-blog yang aku lawati sudah mula mengucapkan ucapan selamat hari raya dah. Cuma blog aku ni je yang liat sikit. Nak juga tunggu saat-saat akhir sebelum meninggalkan bumi Shah Alam ini, untuk kembali bergembira di bumi Setiu, Terengganu darul Iman. InsyaAllah, aku akan berangkat pulang ke Terengganu pada pagi Ahad ini bersama pengantin baru yang baru melansungkan perkahwinan mereka bulan lepas. Doakan pakcik selamat dalam perjalanan pulang nanti ye..huhu

Mana kad raya? Mana duit raya? Mana hantu raya? Hantu raya ada kat tepi jalan raya ye, kat sini tak ada. Sabar, jangan gaduh-gaduh. Nanti pakcik tak bagi kad raya ni baru tahu. Untuk korang semua, terimalah kad raya tak seberapa dariku ini.

raya

Kepada mana-mana blogger yang namanya tertera pada kad raya ku ini, jangan la segan-segan nak terimanya dan paparkan kat blog masing-masing ye. Susah-susah aku bersengkang mata, memerah otak & fikiran untuk mencipta satu kad untuk korang semua ni. Walaupun tak la berapa cantik sangat, tapi bukan kecantikan yang menjadi nilai ukurnya, tapi keikhlasan juga tanda ingatan kepada semua rakan-rakan blogger.

Kalau boleh, semua senarai blogger yang ada dalam list aku tu aku nak masukkan dalam kad ni, tapi apakan daya, aku hanya mampu merancang, Allah jua yang lebih berhak menentukannya. Setelah dinilai, ditambah bahagi juga tolak serta darab, maka tersenarailah nama-nama blogger seperti yang tertera dalam kad ini. Hopefully tiada mana-mana rakan blogger yang berkecil hati juga termakan hati sekiranya blog kalian tiada tersenarai ke dalam 13 pemblogger utama yang aku ingati juga berkenan dihati.

deonenonly2906 aka seekerz - sebab dia merupakan blogger pertama yang meng'request' agar pakcik kasik kad raya kat dia. So, namanya kena la ada kat atas sekali, kan? Pape pun, seekerz ni kawan masa sama-sama merepek-repek kat forum iluvislam.com. Sekarang ni je tak aktiv sangat dah, termasuklah pakcik sendiri.

nessasyahirah - kalau seekerz pertama, mestilah yang ni no 2 kan? Betul tu..hehe.. Sampai hari ni masih terfikir, nessasyahirah ni nama betul ke? Atau nama timangan semata-mata? Ini pun rakan repekan juga kat iluvislam.com. Selalu menghuru-harakan thread kat sana sampai ada yang menggosip.. Ish43x..

muyassarah - ha, yang ni memang aku suka. Punya la rajin dia masuk ke blog aku ni. Kejap-kejap ada saja dia punya id kat bloglog aku tu. Disebabkan tu, membuatkan aku pun jadi rajin juga la untuk melawat blog beliau, walaupun dalam kemalasan yang teramat sangat, tetap juga rajinkan diri ni. Repekan dan cerita-ceritanya kadang-kadang mampu membuatkan aku tersengih seorang diri.

cikgueya - seorang moderator (atau sekarang ni dikenali sebagai krew) kt iluvislam.com. Geng merepek-repek juga kat iluvislam.com ni. Tapi bila dah naik pangkat jadi moderator, dah mengurangkan sedikit repekan dan rapuannya. Lebih kepada ayat-ayat yang lebih ilmiah dan idea-idea bernas bagai seorang guru yang berkaliber.

ceritabudakkampung aka cinta milo ais - blog dia ni aku suka masuk. Suka baca dia punye cerita yang merepek-repek je. She can give u a big cutey smile when u just enter her blog's gate. Memang dia punya banyak idea tuk membuatkan korang tersengih-sengih bila baca cerita beliau.

akuanakdarahmalaysia aka hafizadam - ni juga sorang moderator kat iluvislam.com. Tapi tak suka merepek-repek, selalu serius dengan tugas dan tanggungjawabnya. Masuk blog dia tuk curi mana-mana e-book yang beliau sudi kongsikan. Download pastu simpan, baca tak pun..muahaha

humaira114 - kawan blogger kat uitm shah alam ni gak. Kadang-kadang dia suka bertanya pasal blog ni. Tapi dia punya blog tak la pula bertukar wajah lagi. Bila mau tukar template tu makcik?

kahfi8 - seorang sahabat yang suka bertanya soal iman dan Islam, usrah dan kepimpinan. Pendakwah yang menggunakan multimedia sebagai medium dakwahnya, dan sangat perihatin soal saudara-saudara di bumi Palestin. Allahu-akbar!

mahabbahfillah - insan pertama yang sudi menghulurkan duit raya siap tertulis nama padaku tahun ni. RM 100 tu. Makan 2 minggu pun belum tentu habis tau. Orang dah memberi kita merasa, orang dah sudi kita kena membalasnya. Tak gitu? huhu.. Kalau dapat yang betul kan lagi besh. Lagi la pakcik raya sakan tahun ni..muahaha

peacemaker87 - kawan eh silap, adik aku ni..hehe.. Orang kata, sayangi keluarga melebihi insan-insan lain disekelilingmu. Jadi, ini sebagai tanda aku menyayangi ahli keluarga aku la ni. Balik raya jangan lupa beli kerepek banyak-banyak kat Batu Pahat tu. Pastu tiket tu jangan nak beli lambat-lambat..huhu..Siap pesanan lagi tu.

pawanayah - rakan dari iluvislam gak ni. Lama dah tak sembang pasal Iman dan Islam dengan dia ni. Suka bertanya soal-soal agama, macam aku ni pak ustaz je. Tapi dia memang bagus, apa saja yang dia tak tahu, mesti dia akan bertanya, walaupun ianya soal yang remeh temeh.

eunsuh88 - penghargaan bagi beliau yang sudi menjenguk blog aku ni. Selalu ada saja id dia kat bloglog tu. Jadi lepas ni, ada la sikit buah tangan untuk dia wat balik ke blog beliau. Amik jangan tak amik tau.

akmatalib - baru je dia ucap selamat hari raya kat shoutbox aku tu. Sama kes macam cik eunsuh88, suka sangat melawat blog aku ni. Kira macam die hard fan aku la. Gamaknya la..hehe

semua yang sudi meziarahi blog usang aku ni - korang semua la, sapa lagi. Korang semua adalah darah yang mengalir disetiap genap blog aku ni. Berhenti kalian mengalir, maka matilah riwayat blog ini. Save kad raya ni, jadikan wallpaper ye..muahaha

Okeh, siap sudah satu entry raya untuk tatapan semua rakan-rakan pelawat blog ni. Dikesempatan ni, aku ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua insan dan hati-hati yang sudi terpaut ke blog aku ni sepanjang penglibatan dalam dunia blog, dunia yang penuh dengan teka-teka dan penipuan alam maya. Ucapan mohon maaf aku tujukan pada semua insan samada yang mengenali aku, sedang nak kenal aku, sudah pun kenal sapa aku ni, semua sekali aku nak mitak ampun mitak maaf banyak-banyak. Halalkan segala makan minum, terkata termengumpat, terhina terasa. Kalau boleh, nak jadi suci sesuci bayi yang baru lahir gitu..hehe

Bagi yang bawa kereta tu, bawak kereta leklok. Yang naik bas pun duduk dalam bas tu baik-baik. Jangan nak panjat sana panjat sini, jatuh karang baru tau. Yang naik moto pula, jangan la nak tunjuk eksyen tengah-tengah jalan nu. Ingat, korang tu bagai bulu yang berterbangan dicelah-celah binatang buas yang lagi besar dan kuat. Sekali binatang-binatang tu terlanggar korang, halamaknya menangis tak berlagu la keluarga kalian. Kegembiraan yang diharap, tapi sekujur tubuh kalian pula yang tiba meniarap. Jadi, pesanan akhir dari pakcik, selamat pulang, selamat beraya, juga selamat menamatkan jihad dalam bulan puasa yang tinggal beberapa hari lagi ni, juga selamat kembali menjalani hidup seperti biasa selepas habis beraya nanti. Beraya beraya juga, jangan dilupa pada yang sudah tiada, juga yang sengsara penuh derita..^^

p/s : duit raya mana? Maaf la ye, pakcik pun mengharap orang bagi pakcik duit raya, takkan la pakcik nak bagi korang duit raya pulak..huhuhu.....

* S A L A M L E B A R A N *
Read rest of entry

Tuesday, September 23, 2008

Kad Ucapan & Duit Raya

Alhamdulillah, setelah beberapa hari ditimpa nikmat demam oleh Allah, akhirnya aku dah kembali sihat walafiat untuk meneruskan sisa-sisa hidupku yang masih berbaki ini. Sebab apa aku katakan demam itu nikmat? Kenapa tidak aku katakan ianya satu musibah? Jawapannya senang, kerana Allah sayangkan aku, sebab itu aku telah dipilih-Nya untuk merasa ujian-Nya itu.

Dah, aku bukan ingin membebel soal demam untuk entry kali ni, tapi ada satu perkara yang menggembirakan untuk aku kongsi bersama kalian semua. Baca tajuk pun tahu dah kan? Tapi aku nak cerita pasal kad raya kah? Ataupun duit raya kah? Nak cerita pasal hari raya kah? Ermmm, mungkin ada la sikit-sikit kot. Sebab aku menulis mengikut kata hati, bukan menulis mengikut rangka dan tujuan yang satu. Sebab itu kadang ke kiri, kadang ke kanan. Sesekali mahu juga ia ke belakang. Paham tak? Aku pun yak paham apa yang aku tulis ni.. Muahaha (gelak jahat ni).

Sebenarnya, untuk entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit pemberian orang pada aku beberapa hari yang lepas. Ada yang bagi kad raya lah, duit raya lah, nasib baik tak bagi hantu raya mahupun jalan raya, tak ke naya nanti..huhu

Bangun pagi-pagi, bila buka saja blog, dah dapat meset dari rakan blogger kat shoutbox. Katanya sila ke blog beliau kerana ada sesuatu untuk aku, katanya la. Apa lagi, sepantas kilat juga sepantas mouse ini la aku mengklik ke link blog beliau. Apa yang aku dapat? Kerusikah? Mejakah? Buku hutangkah? Baju melayukah? Kopiah barukah? Bukan, bukan, bukan dan bukan.

Alhamdulillah, syukur dan ucapan terima kasih aku tujukan buat sedari Muyassarah kerana telah sengaja mahupun tidak sengaja memilih blog aku sebagai salah satu penerima kad ucapan hari raya dari blog beliau. Syukran, makasih tanter, tiangkiyu, syer syer buat cik muyassarah. Sebenarnya aku kenal dengan dia ni baru je lagi, tapi napa entah dia ni suka sangat melayan kerenah aku bila ke blog beliau. Rajin pula melawat blog aku ni, juga rajin pula sama-sama mengarut di shoutbox, samada diblog aku ataupun diblog beliau sendiri. Aku mula tertarik dengan blog beliau bila pertama kali melawat lagi. Kadang-kadang suka baca dia duk mengarut sorang-sorang dan syok sendiri je bercerita pasal hidup dia. Apa-apa pun, cik muyassarah memang best. (p/s tuk cik muyassarah : dah puji banyak ni, kalo tak bagi duit raya gak tatau la...hohoho). Dan inilah kad ucapan yang aku dapat darinya. Cantik tak anak-anak? Cantik pakcikkk.. Bagus, nanti mitak duit raya dengan cik muyassarah ye, jangan mitak dengan pakcik pulak tau.



Entry Part Two

Apa pula ada part-part ni pakcik? Eh, banyak soal pula budak ni, ikut suka hati mak bapak aku la, ini blog aku..Duk diam-diam sudah.



Nampak tak apakah benda di atas ini? Ha, duit RM100 tu. Banyaknya. Siapa bagi ni pakcik? Ha, ko duk diam-diam, meh pakcik nak bercerita sedikit pasal duit raya yang best lagi sedap bila dibelanjakan ni.

Beberapa hari lepas, internet dirumah aku ni ter"disconnect". 2 hari juga la aku kerinduan untuk kembali aktif dialam maya ni. Puncanya? Kerana wireless modem dirumahku telah ter'reset' oleh seorang kawan. Lepas tu semua setting telah kembali kepada asal, dan menyebabkan internet connection tidak dapat di"establish"kan walaupun telah membuat pelbagai usaha untuk mengembalikan kepada setting sebelum ni. Tapi apa yang membuatkan aku bersyukur sangat tu (musibah ni, tetap bersyukur tu), kejadian ni terjadi sehari sebelum aku menduduki ujian atau Test 2 untuk satu subjek aku semester ni. Lepas tu, balik saja dari test tengahari tadi, alik-alik boleh pula masuk internet.

Memang hikmah terselit sangat-sangat disebalik apa yang terjadi tu. Sebab apa? Sebab sepanjang internet tak boleh nak masuk, rajin la pula aku ni study. Dan hasilnya alhamdulillah, test tadi dapat juga aku jawab dengan komfidennya. Jawab je konfiden, tapi jawapan tu betul ke tak aku tak tahu la..huhuhu.. Moral of the story, jangan la nak cepat mengeluh dan berpeluh (sebab panik) bila sesuatu musibah tu terjadi pada diri kita. Sebaliknya cuba bersabar, dan redha dengan setiap yang terjadi tu. Kerana kita tidak tahu apa hikmah disebalik setiap kejadian yang terjadi ke atas diri kita itu. Jangan salahkan musibah, tapi cuba syukuri setiap musibah yang melanda tu.

Eh, mana cerita pasal duit kat atas ni? Melalut-lalut pula pakcik ni. Luku karang baru tahu. Err, sori mori ye, termelalut pula..hehe..

Ucapan ribuan malahan jutaan terima kasih juga buat rakan blogger yang telah sudi memberikan sekeping duit RM100 yang tercatat nama blog dan juga nama samaranku kat atas duit kertas tu. Walaupun ia hanyalah sekadar gambar, tapi aku anggap ia satu pemberian yang ikhlas, sama harganya dengan nilai duit tersebut. Moga-moga beliau mendapat ganjaran berkali ganda dari nilai RM100 itu. Tapi kalau dapat yang betul-betul kan lagi best. Lepas juga la aku nak buat beli baju raya dengan sedikit kuih raya nanti..hehehe

Syukran buat sedari Mahabbahfillah kerana telah bersusah payah pergi ke Bank Muamalat, mengeluarkan duit gajinya, dan seterusnya men"scan" lalu diletakkan nama-nama penerima diatas gambar duit tersebut sebelum meng"upload" diblog beliau untuk ditujukan khas buat sahabat-sabahat blogger yang beliau ingati lagi beliau saya... Ooppss, nasib tak terlepas taip..hehehe.. Cik Mahabbahfillah ni pun boleh dikatakan baru juga la aku mengenalinya (mengenali blog beliau, bukan mengenali diri beliau ye, ingat tu). Kadang-kadang termengarut juga di shoutbox beliau. Aku ni kalau siapa layan, aku lagi la nak melayan. Dah dasar suka mengarut, bila ada yang sama nak mengarut, maka terjadilah proses karut kuasa dua. Akibatnya makin bercambahlah idea dan karutan aku ni..huhu

Minggu ni dah minggu last sebelum balik bercuti raya kat kampung. Wah, tak sabarnya nak balik kampung ni. Rindu bangat dah sama aku punya bonda dan ayahda tercinta. Rindu kat adik-adik, juga rindu pada suasana kampung yang sudah lama ku tinggalkan. Ceewah, macam la mengaji kat obersi ko ni lisam. Haha, ikut suka hati aku la. Tak semestinya kena pergi obersi baru boleh nak main rindu merindu ni, duk kat Mesia ni pun boleh apa. Hmm, betul gak ea..huhu

Semalam dah settlekan beberapa tugas termasuk menghantar beberapa kad raya untuk sahabat-sahabat yang jauh mahupun dekat. Dorang tak ingat aku tak kesah, yang penting aku ingat kat dorang. Betul tak? Kita hidup untuk memberi, bukan sekadar untuk menerima, kan? Ha, kan dah betul tu..

Semalam juga rezeki aku murah, dapat satu bekas nasi ayam Chicken Rice Shop dari seorang classmate. Alhamdulillah, rezeki percuma di 10 malam terakhir bulan ramadhan ni. Mimpi apa yang membuatkan dia murah hati sangat pun aku tak tahu la. Yang penting, aku berterima kasih sangat pada beliau. Moga Allah membalas jasa baik beliau dan mengangkat amalan beliau tu sebagai satu ibadah yang mendapat ganjaran dari Allah swt. Amin..

Orang dah mula bagi kad raya kat rakan-rakan blog ni pakcik, pakcik lak bila? Sabar la, hari masih muda. InsyaAllah sebelum pakcik balik kampung nanti, pakcik sediakan la kad ucapan tu. Nak bagi duit raya macam cik Mahabbahfillah buat pun boleh tau. Sabar dan sabar seperti seorang penyabar.

* I M A N S Y U K U R & S E N Y U M *
Read rest of entry

Friday, September 19, 2008

Senyap..Sunyi..Sepi

"Pakcik, bila nak update blog ni? Berhabuk dah ni".

"Entah la nak, pakcik memang nak sangat update. Tapi banyak sangat halangan sejak kebalakangan ni".

"Oooo.. Macam tu. Tapi halangan apakah tu pakcik? Halangan jalan raya ke? Ke halangan berupa pokok yang tumbang di tengah jalan?"

"Hek eleh, buat lawak tak bape nak best la plak".

"Hehe.. Sori pakcik. Saya gurau jek. Jangan marah ye, nanti cepat tua".

"Nasib mood pakcik ok arini, pakcik maapkan ko".

"Makasih pakcik. Nanti saya belanja coki-coki ye. Habis tu, pakcik belum jawab lagi soalan saya tadi".

"Ni ko punya pasal la, kan dah melalut-lalut je dari tadi. Sebenarnya pakcik agak sibuk sikit minggu ni. Banyak sangat aktiviti yang nak kena penuhi. Jemputan sana la, jemputan sini la, jemputan naik ke bulan la. Eh, terbuat lawak pulak dah..hehe..".

"Wah, bunyinya macam pakcik ni orang besar-besar je ye?".

"Muahaha.. Mana ada. Ko ni, sabar la pakcik belum habis terangkan lagi. Jemputan sendiri je tu. Berbuka kat rumah kakak, rumah abang, lepas tu berbuka yang kelas pakcik organize lagi. Ha, hari ni ada majlis berbuka anjuran fakulti pakcik pula. Ni pun tengah berkira-kira lagi nak pergi ke tak, sebab kesihatan seperti tak mengizinkan saja. Demam pakcik ni tak kebas-kebas lagi. Sebab tu la macam susah sikit nak mengarang untuk blog 3 4 hari ni. Ini pun pakcik gagahkan juga. Sebab kesian tengok kat blog ni, dah berhabuk dah".

"Kesiannya, pakcik demam ea.. Ha'ah la pakcik, dah berhabuk ni. Ni pun dah sesak nafas duk hidu habuk-habuk yang berterbangan dalam blog pakcik ni. Kena upah orang gaji ni pakcik. Boleh dia tolong bersihkan. Amacam, best tak cadangan saya? hehe..".

"Banyak la ko punya best. Hape, ko ingat ni rumah tumpangan ke?".

"Eh pakcik, jangan marah. Saya gurau je. Majuk kang...".

"Muahaha.. pakcik pun gurau je. Tak marah pun. Biasa la emosi orang yang tak sihat ni. Hot nya cepat je nak naik. Maaf le...".

"Ok pakcik. Bulan-bulan puasa ni tak baik nak gaduh-gaduh kan? Jadi, lembut-lembutkan lah hati masing-masing. Syaitan dah pun kena rantai, jangan kita pula yang ambil alih tugas syaitan tu kan pakcik".

"Ha, bagus pun. Ni baru boleh jadi kuli pakcik. Eh silap, anak buah pakcik. Ngeeh ngeh..".

"Hehe..".

* C U B A G A G A H I *
Read rest of entry

Monday, September 15, 2008

Cerita Tentang Maaf

Sebagai manusia biasa yang tidak pernah lari daripada membuat silap dan salah, kita mesti sudah biasa membuat salah bukan? Tak kesahlah salah yang kita buat itu salah pada diri sendiri, salah pada orang lain, salah pada ibu bapa, dan jangan dilupakan salah kita pada Tuhan Pencipta kita, Allah swt yang boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan membuat salah yang mendatangkan kemurkaan Allah pada diri kita.

"Awak, maafkan saya ye? Saya tahu ini salah saya. Tolong la maafkan saya ye?".

"Mak, ayah, Aiman tahu yang Aiman selalu buat salah dengan mak ayah. Walaupun Aiman selalu tak kesah, tapi Aiman sedar salah Aiman pada mak ayah. Jadi, Aiman yang mohon berbanyak maaf pada mak ayah. Aiman taknak jadi anak derhaka. Aiman nak masuk syurga. Aiman takut siksa neraka. Maafkan Aiman ye?".

"Ya Allah, ampuni dosa-dosaku pada-Mu, ampuni dosa kedua ibubapa ku, guru-guru ku, sahabat-sahabat ku, juga kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia".

Bagaimana pula dipihak yang akan memaafkan? Bagi sesetengah orang, memaafkan kesilapan orang pada diri sendiri bukanlah satu perkataan yang mudah untuk diucapkan. Lebih-lebih bila sudah lama berkenalan, sudah sedikit sebanyak mengenal hati budi masing-masing. Mulut mahupun jari ini amatlah susah untuk memaafkan orang disekeliling kita. Lebih teruk lagi, sudahlah tidak memaafkan, bahkan diseksa pula peminta maaf tersebut. Seksa bukannya bermaksud menyebat ataupun menyumbat kepala orang tersebut kedalam mangkuk tandas, tapi seksa berbentuk jiwa dan rohani seseorang itu.

"Baik, saya maafkan kamu. Harapnya lain kali kamu tak buat lagi salah ini ye?".

"Ok, saya dah maafkan kamu. Dah la tu minta maaf, rimas saya".

"Ye, saya maafkan awak. Saya pun tahu, manusia memang tidak pernah lari dari membuat silap. Saya pun samalah, selalu juga sakitkan hati awak, selalu juga buat silap pada awak, jadi maafkan juga kesalahan saya ye?".

Susah bukan nak ucapkan kata-kata seperti diatas? Terasa macam nak tercabut saja nyawa ni bila terkeluar kata-kata seperti diatas. Bagai hilang sudah maruah diri yang selama ini dipertahankan. Terasa seperti semua orang merendahkan diri kita saja bila mulut mengucapkan perkataan maaf tersebut.

Ingat, Allah pun ampunkan dosa kita pada-Nya, semulia nabi pun ampunkan ummatnya, inikan pula kita insan yang hina dina, yang mungkin Allah tidak pandang pun. Dah la selalu buat salah, ini nak memaafkan orang pun susah.


Pernah tak kita terfikir disaat kita terasa berat untuk memaafkan orang, kita juga pernah membuat silap sebelum ini? Kalau bukan pun sebelum ini, masa depan pula bagaimana? Adakah kita terjamin dari tidak melakukan mungkin juga silap yang sama seperti yang kawan kita lakukan pada diri kita itu?

nasihat

Ingatlah, hidup kita memang tidak terjamin langsung dari tidak melakukan kesilapan. Kalau bukan hari ini mungkin esok, kalau bukan esok mungkin juga lusa kita pasti akan dengan tidak sengaja akan melakukan kesilapan.

Berlapang dadalah dalam menerima kesilapan orang pada diri kita. Jangan lokek mahupun susah untuk memaafkan kesalahan orang pada kita. Kerana mungkin juga kawan kita itu tidak sedar dalam diam-diam dia ada membuat salah pada diri kita. Sebab manusia ini diciptakan berbeza-beza perasaan dan hati budinya. Mungkin pada pandangan kita sesuatu perkara itu salah, tapi mungkin pada pandangan kawan kita ianya bukanlah satu kesalahan.

Paling penting dalam mengedalikan kesalahan orang pada diri kita, jangan pengaruhi fikiran kita dengan emosi dan nafsu. Sebaliknya lapangkanlah dada, terimalah seadaanya dan cuba berfikiran positif walaupun ianya pahit untuk ditelan. Kalau dah pahit untuk ditelan, kemam saja. Bila keadaan dah reda nanti, luahkan balik, jangan ditelan.

Bila ingin meminta maaf pula, pertama sekali sedar dengan kesalahan sendiri. Sedar apa yang kita buat itu salah, dan kenal pasti apakah salah kita sebenarnya. Jangan tersilap memilih salah pula, nanti bimbang lain pula maaf yang kita ucapkan. Lapangkan dada dan sesali kesalahan kita itu. Dengan cara ini, mudah untuk kita ikhlaskan diri kita bila ingin mengucapkan maaf. Jangan didorong perasaan terpaksa, kerana ini akan menimbulkan dendam yang mungkin tidak berkesudahan.

Memilih cara untuk meminta maaf juga penting. Sebaiknya biarkan dulu keadaan sedikit reda. Jangan terus meminta maaf, kerana mungkin sesetengah orang tidak mampu untuk berfikir dengan waras bila dalam keadaan marah. Tapi bagi keadaan yang tidak melibatkan pertelingkahan, sebaiknya ucapkan maaf pada waktu itu juga. Mungkin ini juga dapat mengelakkan keadaan dari menjadi lebih tegang. Api jangan disimbah dengan api, nanti bertambah maraklah ia. Sebaliknya simbahlah api dengan air, kerana air sahaja yang mampu meredakan mahupun memadamkan terus kemarakan api tersebut.

Satu sifat yang peminta maaf perlu praktikkan ialah, bersabar bila meminta maaf. Bersabar yang bagaimana? Bersabar dan jangan terlalu memaksa untuk orang memaafkan kesalahan kita dengan serta merta. Mungkin ada yang saja yang boleh memaafkan terus. Tapi ada juga yang memerlukan masa untuk memaafkan kesalahan kita. Jadi, bersabarlah bila menunggu kita dimaafkan.

Maaf bagi lelaki dengan wanita sama ke? Tidak sama sekali. Bagi perempuan, nalurinya lebih kepada pujuk rayu dan perhatian yang lebih. Rajinkan dan lebihkan memujuknya, tunjukkan yang kita betul-betul meminta maaf dengannya. Jangan dibiarkan dan jangan pula terlalu memaksa. Kerana sembilan nafsu yang ada pada seorang wanita itu kadang-kadang selalu mempengaruhi setiap tindakan dan keputusan yang diambilnya. Meminta maaf pada seorang wanita perlu mengikut kekreatifan masing-masing. Kerana kita mungkin lebih memahami kawan kita itu jenisnya bagaimana.

Sebaliknya, bila meminta maaf pada seorang lelaki, jangan terlalu memujuk mahupun memaksa. Kerana sikap lelaki yang penuh dengan keegoaanya, maka janganlah terlalu memaksanya. Cukuplah sekadar ucapkan maafkan kita sekali, dan tunjukkan yang kita betul-betul mengakui kesalahan kita itu. Lelaki ni panasnya mudah reda bila dibiarkan. Sebaliknya jika terus dipujuk, mungkin akan menambahkan lagi keegoannya untuk terus enggan memaafkan kita. Langkah terbaik yang aku sarankan, meminta maaf, tunjukkan yang kita betul-betul mengakui kesalahan kita, dan biarkan. Selebihnya biarkan si lelaki itu memikirkan sendiri dan menyejukkan dirinya sendiri. InsyaAllah sembilan akal yang dikurniakan Allah akan mampu membuatkannya berfikir panjang dan mudah memaafkan kesalahannya.

"Awak, maafkan saya ye? Jangan kerana salah saya ini, akan memutuskan persahabatan yang selama ini kita jalinkan. Ikhlas dari hati saya, bukan senang untuk saya lupakan seorang kawan yang begitu berharga yang Allah dah kurniakan pada saya ini. Terimalah saya seadanya, janganlah dikeji mahupun dicaci, kerana saya cuma manusia biasa yang selalu alpa dan lalai, selalu bergelumang dengan dosa dan noda, selalu juga membuat salah dan silap yang kadang-kadang saya tidak sedari. Maafkan saya".

Ini kes berat la. Jangan kerana susahnya kita untuk memaafkan orang, sehingga menyebabkan kita hilang pertimbangan dan sampai ke tahap memutuskan silaturrahim yang terbina. MasyaAllah, jangan sampai macam ni. Silapnya mungkin sedikit, mungkin juga beberapa minit, tapi janganlah sampai memadamkan segala kenangan dan pertolongan yang telah kita bina bersama kawan kita itu. Cuba hargai kawan kita itu seadaanya. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kawan kita, kerana pada hakikatnya diri kita juga tidak sempurna. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang kadang-kadang tanpa kita sedar boleh juga mengecewakan kawan kita itu.

Sebagai kesimpulannya, menutup aktiviti bebelanku pada kali ini, janganlah susah untuk meminta maaf juga memaafkan setiap kesalahan orang pada diri kita. Akui kesalahan kita dan lapangkan dada kita untuk memaafkan kesalahan orang pada diri kita. Kerana kita tidak tahu suatu hari nanti kita juga akan melakukan kesalahan yang sama pada kawan kita itu. Mengambil kata-kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah, orang yang baik itu adalah orang yang sedia meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang pada dirinya. Maafkan semua orang disekeliling kita setiap malam sebelum menutup mata. InsyaAllah, kita akan tergolong dalam orang yang berjaya dunia dan akhirat.

Mudahkan diri kita untuk memaafkan orang, suatu masa nanti orang juga akan mudah untuk memaafkan kesalahan kita pada diri mereka. Madu yang kita beri, insyaAllah madu juga yang akan kita terima nanti. Jika hempedu yang kita simbah, jangan menyesal bila kita nanti bukan saja disimbah hempedu, malah segala jenis kekotoran dan kepahitan yang tidak kita pernah fikirkan selama ini.

* A M P U N M A A F D A R I K U *
Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal