Friday, August 22, 2008

Kembali

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kepada Ilahi atas segala kurniaan-Nya pada kita selama ini. Akhirnya setelah lebih kurang seminggu aku bercuti di kampung, hari ini aku mula kembali menjalani hidup sebagai seorang pelajar yang bakal menamatkan pengajiannya tidak lama lagi. InsyaAllah...

Semalam setelah mengharungi perjalanan lebih 8 jam dari Terengganu, akhirnya aku selamat sampai ke Shah Alam, tempat untuk aku meneruskan kembali sisa hidup dan tanggungjawabku yang belum selesai. Alhamdulillah, dalam perjalanan yang agak memenatkan itu, aku merasa cukup seronok dan puas kerana masih lagi diberi peluang untuk terus mengecap hidup didunia ini sehingga ke hari ini, dan dengan izin Allah jualah aku telah selamat sampai ke tempat yang aku tuju ini.

Semalam, sambil menunggu abangku datang menjemputku di terminal bas Putra, ada sedikit perkara yang kurang memuaskan hatiku terhadap apa yang aku lihat didepan mata aku sendiri. Sambil jari jemari sibuk bermain telefon bimbit, membuang mesej-mesej lama yang bilangannya sudah pun melebihi empat angka itu, dan sekali sekala aku menghabiskan masa dengan bermain game, aku amat terkejut dengan kehadiran beberapa hamba Allah yang merupakan anak melayu sebangsa denganku, dan seagama juga mungkin denganku, berpakaian yang masyaAllah, sakit mata aku melihatnya. Kalau anak Cina mahupun anak India yang berpakaian sedemikian, tak la aku nak ambil kisah sangat. Ini anak melayu yang beragama Islam.

Mesti yang terfikir, macam la aku ni tak pernah lihat semua benda tu. Memang, sejak aku tinggal di kawasan Lembah Klang ni, dah bermacam-macam yang aku lihat yang sebelum ini aku tak pernah lihat pun. Berpakaian yang bagai bertelanjang tu bersepah, naik muak dah aku menengoknya. Tapi kenapa yang kali ini baru aku ingin ceritakan disini rasa tidak puas hatiku? Takpa, sabar dan baca dulu kisah yang bakal aku karang ini.

Masa awal-awal aku tengok, aku asalnya buat tak tahu saja, sebab semacam dah perkara biasa dikota besar ini. Tapi setelah mereka sekumpulan datang mendekati aku, dan berkumpul betul-betul dibelakang tempat dudukku, aku amati setiap butir apa yang mereka cakapkan. Sah, ini memang orang pantai timur. Tapi aku buat tak endah saja dulu, sehinggalah aku lihat mereka berbondong-bondong menaiki bas yang tertera dengan nama "Tasik Kenyir Express". Hah, amik kau. Rupa-rupanya ini anak negeriku sendiri. Tergamam aku melihatnya. Terhenti permainan game aku seketika.

Sedih, teramat sedih aku bila melihatnya. Aku fikir itu satu keluarga agaknya, kerana nampak gaya macam sebuah family yang ingin pulang ke kampung. Huh, anak-anak gadisnya masyaAllah, pakai pakaian yang ntah hape hape ntah. Dah la dengan tidak ada seorang pun dalam ramai-ramai tu yang bertudung. Berpakaian yang bagai nak tunjuk semua benda yang melekat dekat tubuh tu. Hape, diorang ingat orang lain takda ke benda-benda tu semua? Orang lain punya pun lagi cantik tau.

Ingat, benda yang cantik dan berkualiti itu biasanya benda yang tertutup dan tidak dibiarkan untuk dilihat oleh orang ramai. Kalau nak beli barang pun, kita tak mahu barang yang display punya kan, mesti nak yang masih berbungkus dalam kotak lagi. Kalau boleh, biar kita sendiri yang buka kotak tu dan tengok sendiri apa isi dalamnya. Orang lain kita tak mahu pun tengok dan pegangnya sebelum kita yang memegangnya. Jadi apa kes dengan yang suka menunjuk-nunjuk ni? Apa masih ada lagi ke yang nak dipersembahkan pada bakal suaminya kelak? Huh, semua dah basi, dan orang pun taknak dah makanan yang basi dan menjadi jamahan orang ramai ni. Betul tak?huhu...

Aku bukannya berniat nak mengeji anak negeriku sendiri, bukan juga nak memperlekehkan insan-insan berkenaan, sebab jodohku juga boleh jadi dengan insan-insan yang juga menaiki bas "Tasik Kenyir Express" tu, siapa tahu kan, (tapi bukanlah dengan insan-insan yang aku ceritakan tadi, minta dijauhkan la), cuma ingin berkongsi pengalaman yang mungkin dapat kita sama-sama ambil iktibar dan pengajarannya. Terutama bagi bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa kelak. Kalau diri kita dah tunggang langgang, ilmu agama entah kemana, solat pun kadang-kadang lupa, mengaji quran pun masih mengeja, hanya ilmu dunia saja yang penuh didada, macam mana kita nak capai redha Allah dan menjadikan masjid yang bakal dibina tu sebagai jambatan untuk kita menuju syurga Allah kelak?

Ingat, kapal tak akan berlayar dengan betul dan sampai ke destinasinya kalau pengemudi kapal itu sendiri tidak faham dan cukup ilmu untuk mengendalikan kapal tersebut. Alamaknya karamlah kapal itu ditengah lautan nanti. Dengan anak, mak, ayah sekali bakal menanggung lemas kat tengah lautan nanti. Kalau ada pasukan penyelamat takpa la, kalau pasukan penyelamat lambat tiba, ataupun pasukan penyelamat bercuti raya haji? Macam mana?

Sudah, tinggalkan dulu pasal anak-anak muda sekarang yang tak paham agama, hidup ikut suka kaki jiran sebelah rumah mak tiri diorang saja..huhu.. Alhamdulillah, seminggu bercuti kat kampung beberapa hari lepas, ada satu majlis besar yang telah berlangsung di teratak buruk milik ayah dan ibuku. Kakak aku telah pun selamat diijab kabulkan dengan insan pilihan hatinya. Dan seperti biasa, sekali lagi seperti pada majlis nikah abang-abang aku dulu, terpaksalah aku ini menjadi buruh paksa untuk bekerja sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut berlangsung. Penatnya toksah nak bagitahulah. Sampaikan urat bahu aku dah terseliuh dan telah mendapatkan rawatan urut secara tidak rela oleh ayahku. Bab mengurut ini lah yang aku kurang suka, geli dah satu hal, sakit tu takyah nak kata la. Tobat maa...

Pagi selepas subuh, aku dah kena pergi hantar kunci resort kat pihak pengantin lelaki. Lebih kurang pukul 11 pagi, aku juga terpaksa menjadi penunjuk jalan kepada mereka sehingga sampai ke rumah aku. Lepas majlis akad nikah dan sesi bergambar sikit, tugas sebagai penjaga buffet dan menjaga tetamu yang datang mengambil alih jadualku pada hari tersebut. Lebih kurang pukul 5 petang, majlis pun selesai dan tugasku belum lagi selesai selagi kawasan sekitar halaman rumahku itu belum lagi aku kemaskan. Segalanya selesai keesokkan harinya, dan aku boleh berehat dan menumpukan pada kerja lain pula selepas itu.

Tapi ada cerita disebalik majlis tersebut pada diri aku. Seperti biasalah, bila dah kakak aku selesai diijab kabul, bermakna sekarang ini hanya tunggu giliran aku lah pula. Dan benda inilah yang menjadi bahan usikkan saudara-saudaraku selama majlis tersebut berlangsung. Penat aku nak senyum dan buat-buat tersipu malu bila diusik begitu. Pengantin pun tak la diusik sangat, aku ni je yang kena lebih-lebih. Tapi jauh disudut hatiku, perasaan gembira dan bahagia tu tak dapat aku nak sembunyikan. Sekurang-kurangnya selepas ini mereka menantikan giliranku untuk membawa pulang menantu bagi kedua orang tuaku pula. Dan siapakah wanita berkenaan? Biarlah rahsia (pastikan nyanyi macam Siti taw..ekekeke..) Yang pastinya, still hoping and waiting for the right time and right person. Ceewaah...ahaks

Wah, banyak sungguh dapat mesej kat shoutbox aku ni. Letih juga nak membaca dan menjawabnya. Tapi, anda semua telah membuatkan aku tersenyum sendirian didepan laptop ini tanpa dilihat oleh insan-insan lain, selain laptop, cooler, mouse, mini white board, printer, quran, tafsir dan beberapa stick note yang sudah hampir tertanggal yang setia menemani aku sekarang ini..hehe.. Tersengih sorang-sorang macam kerang busuk dah aku ni. Tak kesah la kan, asal aku ni masih waras sudah la.

InsyaAllah, disini sedikit bingkisan gambar-gambar yang termampu untuk aku kongsikan bersama pembaca sekalian sepanjang berlangsungnya majlis penikahan kakak aku beberapa hari yang lepas. Kalau nak tengok gambar lebih besar, klik saja pada gambar tersebut. InsyaAllah, nak tengok anak lobang hidung pengantin pun boleh..


Malam sebelum majlis akad nikah diadakan sedikit majlis solat hajat dan tahlil kesyukuran.


Selepas akad nikah, sesi menyarungkan cincin la pula.


Bergambar kenangan bersama keluarga. Awat amai sangat bebudak kecik ni? Sepupu la kak long.

* G I L I R A N K U *

5 contengan diterima:

iNtAnCtZ on August 23, 2008 at 8:43 PM said...

elemek tok..bile dy dah ckp psl nk kawen...
hahahaha~
mne nessa ni,nk ajak gelak same2..
hohohoho~
=p

xkesah la tok yer...
yg penting jemput kami..
nk srh jdk rekrut rewang kat dapur 2 pun ok jer..
hehehe~

Lisam on August 23, 2008 at 9:02 PM said...

haa..molek gak tu. cik seekrez ajak member amai2 ea, leh tok rekrutkan korang jadik tukang masak, tukang sapu, tukang angkut makanan..nak jadi tukang perabihkan makanan pun tok xkesah tau...

hohohoho~,~

cik nessa dah p palestin kot, cari ilham nak mengarang kat sane.lame toi xnampak die.....huhuhu

~Cinta Cukulet~ on August 23, 2008 at 9:43 PM said...

hoho ...org trganu rupanya kamu...ishk2 mmg sedey la kan tgok org2 kita jadik bgitu tapi sama2 la kita berdoa semoga mereka dan kita jugak diberikan taufik hidayah..aminnn

lagi satu..kamu yek tok lisam dlm i luv islam tuh? huhu baru kutahu

lagik satu buku Aku terima Nikahnya itu memang best okeh..saya pun dah baca.tak rugi baca dari kulit depan hingga kulit belakang tapi sila jgn baca kulit sahaja hehehe

Lisam on August 23, 2008 at 10:57 PM said...

cik cma(cintamiloais~singkatan la ea..) pun trengganurian gak ea..ooo baru ku tahu...huhu

wah, cik cma pun tahu ke kewujudan tok lisam lam iluvislam? glemer bebenor tok lisam tu ea? anak sapa la tu agaknyee... glemer sbb suke kasik ayat pedas2 n tmbulkan kontrobesi kot..muahaha

huhu..mmg besh. lam proses menghadam betul2 ni. byk sgt ilmu utk mmbina umah tangga bhagia kelak ni..hehehe

kalo takat nak bace kulit, bek p kedai je, xyah beli, xyah mitak org kasik adiah kt kite..hohoho

kan? kan? kaannn???

Qalam Aisyiq on May 23, 2009 at 2:10 PM said...

Waaahhh...

Slamat Pengantin Baru..
Slamat Pengantin Baru..
Slamat Pengantin Baru..

Tuk akak Akhi Lisam...

hahaha..rsanya akhi lisam dah perasaan la 2..keh3~

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal