Wednesday, August 13, 2008

Si Gadis

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya.Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.Bila dipandang,banyak hati lelaki akan tergoda.

Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'.Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan.Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

muslimah

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian kepada luaran.Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik,mesra dan lemah-lembut.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram." - Hadis Rasulullah saw riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi, sedangkan hanya setelah terikat baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya.

Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik,sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga,bukannya rupa. Maksudnya,pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Wallahu a'lam...

* B U K A N K E R N A R U P A *

5 contengan diterima:

Bashir IbnDzul on August 13, 2008 at 3:33 PM said...

salaam..

hoho anta boleh jadi doktor cinta nii..

Lisam on August 13, 2008 at 4:12 PM said...

w'salam..
kalo la ade kos kt u yg menawarkan program khusus bab cinta ni, i'll be the 1st one....ekekeke

iNtAnCtZ on August 14, 2008 at 3:53 PM said...

adehh...tok lisam....
(-_-")

Lisam on August 14, 2008 at 9:09 PM said...

awat cik seekerz? ade pape yg xkene ke?

hoohoho...

Anonymous said...

Gadis cantik??saya mmg ska tgok gadis cantik ni..lbh2 lg klau body tu cun melecun.cair beb!!rasa nak cium,peluk pun ada.ha..ha..apa2 pun gadis cantik ni x semestinya baik kn..xlah smua mcm tu..enjoy with gadis cantik.makin rmai gadis cantik kat tepi,keliling,makin hepilah sya.pilih je mna satu nak peluk,cium ke..bwa blk rmah pun blh..he..he..

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal