Sunday, August 31, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Cikgu Kamal : Abu, apa maknanya bila 1 ramadhan tiba?
Abu : Err...Hari menangkap ikan keli sedunia cikgu!
Cikgu Kamal : Berdiri atas kerusi... cepat!! Ha, kamu Amin yang tersengih-sengih tu, nak tolong jawabkan?
Amin : Hari Isnin la cikgu...
Cikgu Kamal : Berdiri bawah meja kamu!!
Amin : Bawah meja cikgu? Macam mana?
Cikgu Kamal : Yela. Habis tu nak saya tunjukkan?
Amin : Hehe, tak pe cikgu, saya pandai buat sendiri.
Cikgu Kamal : Bagus... Kamu pula Tok Lisam, boleh tolong jawabkan? Tok Lisam?
Tok Lisam : Hape la korang sumer ni, 1 Ramadhan pun tak tahu. Meh pakcik tolong 'briefly explain'kan. Bila 1 Ramadhan tiba, bermakna umat Islam seluruh dunia diwajibkan berpuasa. Dilarang makan dan minum dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Tapi berpuasa ini bukan bermakna menahan diri dari makan atau minum semata-mata, semuanya kena berpuasa juga. Kelakuan, pandangan mata, pandangan hati, dan yang utamanya pandangan nafsu. Sebab kita tak boleh nak salahkan syaitan yang menggoda dah, semuanya memang atas kehendak nafsu sendiri, bermakna syaitan dalam diri sendiri atau dengan bahasa kasarnya, kitalah syaitan sebenarnya. Dan rukun puasa pula....
Cikgu Kamal : Sudah, sudah, aku tanya apa yang jadi je bila 1 Ramadhan tiba, tak suruh pun kamu 'briefly explain' panjang-panjang pun. Apa pun, pandainye Tok Lisam ni, anak sapa la ye. Mesti kanak-kanak dumex ni. Bagus-bagus.
Tok Lisam pun tersengih dan tersenyum bangganya yang dah mengalahkan separuh kerang-kerang yang masih memegang takhta tersengih semacam kerang busuk.

Eh, kenapa tiba-tiba Tok Lisam muncul dalam cerita mengarut kat atas ni? Memandai saja penulis ni ye. Luku karang baru tau.

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana menemukan kita kembali dengan satu bulan yang penuh rahmat dan barakah yang merupakan satu nikmat kurniaan Allah dan hadiah yang amat berharga buat semua hamba-hambanya di muka bumi ini.

Ramadhan muncul lagi. InsyaAllah, bakal disambut pada Isnin 1 September nanti. Ikut tarikh posting aku ni, esok la kita akan sambut puasa ni. Jadi macam mana dengan persiapan diri, hati dan iman kita? Adakah hari ini kita akan makan sepuas-puasnya bagai esok tiada lagi makanan untuk kita? Ataupun sekadar buat tak tahu, macam tiada apa-apa yang bakal terjadi? Ataupun kita tergolong dalam golongan yang asyik mengeluh, benci dengan kehadiran bulan berkat ini? Atau mungkin juga kita dalam golongan insan-insan yang tidak sabar-sabar dan juga insan-insan yang merindui dan sentiasa menantikan kehadiran 1 Ramadhan ini? Golongan manakah kita? Nilai dan muhasabahlah diri sendiri, golongan mana sebenarnya kita terletak.

Bila berpuasa pula, adakah kita hanya sekadar tidak makan dan minum disiang hari saja? Adakah kita masih lagi dengan cara hidup dibulan-bulan biasa lain? Terus menerus dengan dosa-dosa tidak menutup aurat, mengumpat, mengata, mengusyar dan sebagainya yang saban hari kita kumpul dan menyusahkan kerja malaikat kiri kanan kita menulis dalam buku amalan? Ataupun hanya dengan iman yang terus pada takuk lama? Cuma yang bertambah hanya sekadar solat terawih dan witir sahaja? Itu pun bagi yang rajin berterawih. Bagaimana pula yang bagai lembu kenyang bila habis berbuka?

Bila 1 Ramadhan tiba, macam mana dengan ramadhan yang telah lepas? Puasa-puasa yang ditinggalkan sudah digantikan ke belum? Nak kumpul sama dengan puasa-puasa yang bakal ditinggalkan tahun ni pula ke? Atau sekadar membiarkan saja puasa itu tak berganti, sampai dihari kita bakal mengadap Ilahi? Apa agak-agaknya jawapan yang bakal kita beri? Bagaimana pula dengan kekurangan puasa lepas? Agak-agaknya dah niat ke dalam hati nak tampung semua kekurangan tu? Atau pun tahun ni bakal menjadi lagi teruk dari tahun-tahun lepas?

Bagaimana dengan Al-Quran? Ada niat tak nak usaha khatamkan dalam masa sebulan ramadhan ni? Kalau dah tahu diri tu tak mampu, sekurang-kurangnya niat jela, dapat pahala juga apa. Mana la tahu Allah bukakan pintu iman dan bagi kekuatan untuk kita khatamkan sebiji quran nanti. Atau pun tiada niat langsung ke arah tu? Kekal dengan amalan biasa yang hanya bersemuka dengan quran hanya pada malam-malam Jumaat kerana baca surah Yasin? Itu pun kalau guna al-Quran, kalau sekadar guna surat-surat yasin yang nipis tu macam mana? Jikalau la Allah tunjukkan mana-mana tangan yang sudah lama tak pegang al-Quran ni dengan tumbuhnya kulat, agak-agaknya semua orang akan berjalan sambil meletakkan tangannya kedalam poket, paling tidak pun mesti memakai sarung tangan sebab nak tutup aib yang Allah tunjukkan tu. Aib depan manusia saja yang difikirkan, aib depan Allah pernah ke kita fikirkan? Muhasabah.. Muahasabah.. Jauh sangat dah kita ni..

Sedekah, amal jariah dan yang seumpamanya pula macam mana? Dah setting betul-betul ke niat kita untuk ramadhan tahun ni? Dah kira ke berapa yang nak disedekahkan? Hari apa kita nak belanja kawan-kawan kita berbuka? Hari apa kita bakal dibelanjakan oleh kawan-kawan kita?(eh, termasuk gak pasal ni..ish34x..).

Bagaimana dengan niat kita nak sambut bulan puasa nanti? Terpaksa? Mengeluh? Benci dengan ketibaan bulan yang mulia ini? "Ee, menyusahkan betul la, dah nak mula puasa la pula. Baru saja lepas puasa tahun lepas, ni nak puasa pula dah, eee benci betul.". Adakah kita pernah terfikir sebegini? Pernah mengeluh walaupun tidak terzahir dengan kata-kata, tapi kita yakin ke hati kita tidak pernah mengeluh sedemikian? Kalau pernah, insaf-insaf lah. Istighfar la banyak-banyak.

Sedarlah, ini merupakan hadiah dari Allah, hadiah dari pencipta kita, Tuhan kita. Kalau kita dapat hadiah dari kekasih atau kawan-kawan kita pun mesti kita gembira dan tak sabar-sabar nak terima hadiah tersebut kan? Tapi apalah sangat hadiah dari manusia jika nak dibandingkan dengan hadiah dari Allah ini. Besar sangat jurangnya. Malah tiada nilai pun disisi Allah kelak.Tapi kita biasanya lebih menghargai hadiah dari manusia berbanding dari Tuhan pencipta kita. Astaghfirullah. Muhasabah diri lagi..

Pakcik, awat banyak sungguh soalan yang pakcik kemukakan dalam posting kali ni? Owh, yeke? Pakcik pun tak sedar lah. Banyak juga soalan yang pakcik kemukakan tanpa pilihan jawapan kan? Kesian korang semua. Tu la pakcik, habis tu siapa yang nak menjawab semua soalan-soalan pakcik ni? Amboiiii(bak kate seorang sahabatku), kau ingat anak lembu ada ke akan masuk blog aku nih? Kau, kau dan kau yang membacanyalah yang wajib menjawabnya. Ha, kau yang kat belakang tu pun jangan nak menyoroklah, aku nampak dah. Kau pun sama kena jawab jugak. Habis tu, pakcik tak kena jawab ke? Shhh, jangan tanya macam tu, jatuhlah saham pakcik nanti. Soalan-soalan ni untuk diri pakcik sebenarnya, nak muhasabah diri ni sebelum mula berpuasa esok..huhu.. Ha, sedar diri pun pakcik ni ye. Pakcik memang dah lama sedar, tak tidur pun. Eh, meloya buruk lak pakcik tua ni.Wei, mulut tu jaga sikit. Rilek pakcik, den gurau je.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1429 HIJRAH kepada seluruh umat manusia tidak kiralah muslim ke tidak. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kelapangan untuk mengerjakan ibadat yang datang cuma sekali dalam setahun ini. Juga disini aku ingin menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf jika ada tersalah silap, terasa hati dan terkasar bahasa serta ada terperli kalian semua selama kalian semua mengenali aku dialam maya ini. Juga bagi teman-teman seperjuangan, mohon banyak-banyak kemaafan dari kalian semua. InsyaAllah, moga kita dipanjangkan umur, akan bersua lagi di ramadhan yang akan datang. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Alhamdulillah, dah siap pun satu entry khas bumper ramadhan. Harapnya korang semua enjoy la dengan karutan dan tazkirah percuma dari aku ini. Sekian..

* M A S I H M E N G H A R A P *

2 contengan diterima:

cikgu_eya on September 1, 2008 at 11:43 AM said...

Jom doa...

Moga kita tak termasuk golongan manusia yang hanya dapat lapar dan dahaga sahaja... ^^

Lisam on September 1, 2008 at 12:44 PM said...

aamiiinnnn........:D

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal