Salam..
Agak lama aku tak menggoreng kerepek kat blog nih. Apa kata hari ini aku hidangkan korang semua dengan hidangan kerepek yang aku masak ni ye? Makan, jangan tak makan. Tak Perlu nak bayar, tak perlu nak malu. Sila-sila lah menjamah hidangan yang segar dari kuali ini ye..ekeke
Modul. Apa ada dengan modul? Ermm... Aku sendiri pun tak tahu. Ops, mungkin ramai yang tak tahu binatang apakah yang aku duk sebut-sebut ni kan? Ha, meh pakcik nak terangkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'modul' ini dan didalam spesis mana dia hidup dan membiak.
Ini merupakan program yang 'kononnya' diwajibkan untuk semua student kat UiTM ni la. Program yang macam mana? Ala-ala program kat kaca TV ke? Eh, bukan anak-anak sekalian. Ini bukan program doreamon ataupun program mari mengaji kat TV9 tu. Program ni sebenarnya merupakan satu program ala-ala pemantapan sahsiah dan peribadi pelajar la. Ye ke? Entah, aku sendiri tak faham..huhu.. Tapi mantap ke lepas pergi modul ni? Aku rasa sama je..
Siapa yang kena pergi? Makcik-makcik kat kampung boleh ke nak men'join'kan diri mereka? Eh, ni bukan fun fair la kak long, nak main ajak je anak bini kat kampung. Tapi kalau boleh pun, apa salahnya kan? Student-student semester 3 hingga 5 yang wajib pergi. Tapi ia dibahagikan mengikut semester. Bermaksud, setiap semester sepanjang 3 semester ini, terpaksa la dengan hati yang tak seberapa nak rela kena pergi juga. Bangun pagi-pagi hari dihari cuti hujung minggu, melangkah kaki ke bilik air dan menyiapkan diri ke fakulti. Oh tidak, satu kerja yang bukan senang nak dilakukan.
Jadi kau sekarang ni modul mana yang kena pergi? Modul nikah kahwin ke? Eh, ape pulak, asal nampak lobang hidung aku je, nak kaitan dengan bab kahwin-kahwin jela? Aku cili gigi kau yang rongak tu karang baru tau. Untuk semester ni, aku terpaksa merajinkan diri aku sendiri untuk pergi dua modul. Satu modul untuk semester 5, dan satu lagi modul untuk semester 3.
Nape kau gatal kaki sangat nak pergi modul semester 3? Kan kau sekarang ni dah semester 5? Ha, kau nak mengusyar junior-junior kau eh? Shhh... Kalau ye pun, senyap-senyap la, kantoi aku nanti mampos la..hak3x.. Mana ada, aku dulu masa semester 3 tak pergi, jadi semester ni aku terpaksa la qada' balik. Ada faham? Tak faham? Abaikan lah.
Sebenarnya untuk masa sekarang ni, aku sepatutnya sama-sama men'join'kan diri aku dengan student-student semester 3 dengar ceramah untuk sesi pagi modul 3 ni. Tapi seperti biasa, dengan rasa tidak bersalahnya aku hanya pergi untuk tandatangan saja pagi tadi..hehe.. Lepas tu, terus aku cabut, sama dengan seorang lagi kawan aku. Malas la aku nak layan ceramah-ceramah ni, kalau dibuatnya ceramah agama, panggil Ustaz Akhil Hayy ke, Ustaz Azhar ke, baru la semangat sikit aku nak pergi. Ini tak, ceramah yang ntah apa-apa je, membosankan dan membuatkan aku tak tahan menahan telinga dan mata. Siapa setuju, angkat mouse kalian semua..hiphip
Jadi, untuk hujung minggu ini terpaksa la aku cuti kerja part time. Tak dapat aku nak ikut kawan-kawan aku pergi kerja pagi tadi. Sedih gak, sebab tak dapat gaji la nampaknya minggu ni..
Pulak tu, hujung minggu ni juga, tak dapatlah aku nak pergi dating dengan anak sedara aku. Dah la minggu lepas tak dapat nak pergi dah, sebab Aisyah balik Melaka..huhu, windu la sama dia. Ingatkan boleh la nak pergi hari ni, tapi disebabkan modul ni, terpaksa la lupakan hasrat aku ni. Modul ni sampai petang, jadi petang ni terpaksa la aku pergi untuk tandatangan lagi. Tengok-tengok keadaan dan kalau rasa nak join LDK petang ni, aku masuk la kejap. Sebab pagi ni je ceramah, petang karang ada LDK lak. Esok pun sama, kena pergi modul dari pagi sampai la petang.
Tapi aku ni bukan boleh kira sangat, kalau aku rasa nak pergi sangat, sibuk macam mana pun aku akan merempit gak pergi rumah abang aku tu kejap. Tak lama pun tak pe, asal dapat tengok Aisyah senyum kat aku sekali pun alhamdulillah dah. Miss that cutest little baby.
Minggu depan kakak aku kahwin. Hadiah apa aku nak bagi pun aku sendiri tak tahu lagi ni. Kawan ada cadangkan beli album gambar kahwin. Ermm, macam best je idea tu kan? Macam boleh diterima tanpa sebarang uji bakat je. Aku dah cucuk duit pun pagi tadi, cuma tunggu nak pergi beli je. Bab ni la yang aku tak berapa nak suka ni. Kena keluar pergi round-round lak. Aku ni dah la leh dikatakan sahabat baik bagi seekor tupai yang sedang berhibernasi bila dah ada dalam rumah ni. Punya la susah dan malasnya nak keluar.
Tapi apa pun, kakak aku punya pasal, terpaksa la aku merajinkan diri aku ni juga. Cari yang cibai-cibai dah la kan? Lepas tu bungkus bagi lawa-lawa. Bukan dia tahu pun siapa yang bagi kalau aku tak tulis nama atas hadiah tu..haha..
Okeh, dah kenyang makan kerepek yang aku goreng? Tak sedap kan? Padan muka korang, aku tak paksa pun korang tuk telan kerepek gorengan aku nih..huhu.. Apa-apa pun, aku amat menghargai insan-insan yang selalu melawat blog aku ni. Korang la, siapa lagi. Sejak dari awal aku menjadikan diri aku ni seorang blogger, aku amat terharu sangat kt insan-insan yang secara sukarela mahupun secara tak sengaja selalu rajin untuk menziarah blog karutan aku ni. Yang penting, sama-sama kita dapat menfaat dari apa yang aku kongsikan kat dalam blog ni.
Akhirul kalam, jangan pergi modul, kalau nak jadi budak jahat macam saya..ekeke
* C I N T A & C I T A ? *

6 contengan diterima:
wah kamu...udah pandai menggoreng kerepek sekarang hehe...kenyang dah makan kerepek pagi ni..burpp Alhamdulillah huhu
wow..smpai ke sini bunyik awak sendawe ye...ish34x...
p/s:tp xle lawan org tu goreng kerepek. die punye gred A+...huah huah huah
assalaamu'alaikum.. huhu makin busy anta yea..
w'salam...
bizi ngn urusan dunia...huhu
bile dah ditahun2 akhir ni, hari2 yg berlalu dan bakal dtg mcm dah tersiap sedia apa yg perlu diisi.
p/s:xsabo nak abeskan zaman blaja nih...hoho
errr... tau ker maksud 'cibai' tuh aperr?
Dieser sehr gute Gedanke fällt gerade übrigens viagra viagra bestellen schweiz [url=http//t7-isis.org]levitra generika[/url]
Post a Comment