Wednesday, August 27, 2008

Post Ke 100 ^^

Assalamualaikum wbt...(jawab walaikumsalam wbt..bukan sekadar baca saja salam aku tu..)

Syukur alhamdulillah. Bila tengok dan baca tajuk untuk posting kali ni, mesti semua dah agak apa la yang aku nak tulis kali ni kan? Bukan nak adakan kelas mari memasak, juga bukan ingin mempersoalkan kenapa PKR mesti menang di Permatang Pauh (isu sensitip ni..heh). Yeap, anda semua betul. Ini merupakan posting aku yang ke 100 setelah lebih kurang 5 bulan menjalankan aktiviti membela dan menternak blog ni. Alhamdulillah, syukur..syukur..syukur pada Ilahi kerana tanpa keizinan dari-Nya jua, mustahil bagi diriku ini untuk mencapai sehingga ke tahap ini, hari ini.

Impian yang dulunya hanyalah angan-angan cuma, tanpa aku sedari sekarang ini telah pun cukup untuk aku mengatakan aku telah berjaya merealisasikan impian dan angan-angan aku dulu ini. Kadang-kadang semacam tidak percaya juga bila dah sampai ke tahap ni. Terasa, ah betul ke apa yang dah terjadi ni. Betul ke aku sekarang ni sudah punya blog sendiri. Betul ke posting aku sudah mencecah kepada 3 angka? Betul ke ni? Ataupun aku yang dah tak betul? (eh, pakcik waras lagi ye...)

Dulu, bila tiap kali aku melayari internet, dengan secara tidak sengaja ada masuk ke mana-mana blog, perkara pertama yang hadir dalam fikiran aku, "wah, mesti tuan punya blog ni hebat. Macam manalah agaknya rupa tuan punya blog ni. Mesti hebat punya!". Betul, memang selalunya benda-benda ni lah yang sering aku fikirkan bila tengok dan membaca blog-blog ni. Dulu terasa diri ni terlalu menyanjung mana-mana insan yang punya blog, mampu bercerita, mampu berkarya, dan mampu untuk menulis dan membuatkan kita tertarik untuk membaca dan mengikuti perkembangan blog tersebut. Seringkali tertunggu-tunggu bilakah agaknya tuan punya blog ni nak update blog diorang dengan posting terbaru.

Paling aku minat, bila dapat membaca kisah hidup seseorang. Kadang-kadang ia membuatkan diri aku tersenyum sendirian, terasa bagai turut serta dalam kisah yang diceritakan tu. Sehingga sekarang pun, pantang kalau aku nampak ada mana-mana blog yang bercerita tentang apa yang berlaku keatas dirinya dan sekelilingnya, mesti aku singgah dan baca sampai habis apa yang diceritakan.

Bahkan emel blog-blog friendster yang bagai setiap hari setia untuk singgah dalam inbox emel aku pun akan aku lawati dan baca apa yang ditulis pemiliknya. Sebab bagi aku, penulis menulis untuk orang membaca apa yang ditulisnya, bukan untuk ditulis dan hanya sekadar simpanan peribadi dan tatapan diri sendiri sahaja. Kalau tak, mustahil dia akan menulis di blog yang memudahkan orang lain membacanya. Kalau sekadar untuk simpanan diari sendiri, lebih baik tulis dalam buku diari sahaja lepas tu simpan bawah bantal, dalam bantal ataupun celah lipatan baju sahaja. Betul tak? (eh, pakcik tak pernah ada diari pun ye..harap maklum)

Sekarang, aku punya blog sendiri. Punya tanggungjawab sosial terhadap blog aku ni. Sekarang baru aku dapat rasakan apa yang blogger-blogger lain rasa bila dah punya blog sendiri ni. Perasaan yang mungkin dulunya aku sanjung dan respek, sekarang ni giliran aku pula untuk sama menjadi seangkatan dengan blogger-blogger lain. Dan apa yang aku rasa bila dah bergelar blogger ni? huhu...

Biasa dan rasa macam orang lain juga. Tiada kelebihan dan keistimewaan langsung pun. Mungkin terasa macam setiap penulisan kita ada yang ambil tahu dan sudi membacanya jela. Terutama bila mendapat maklum balas dan komen dari pembaca. Dan rasanya semua penulis mengidamkan komen dan maklumbalas dari setiap hasil penulisannya. Sebab penulis juga menulis untuk dikomen atas setiap hasil penulisannya. Baru la diorang dapat tahu samada hasil penulisannya tu berkesan, baik, menarik ataupun sebaliknya. Aku pun tak boleh nak komen lebih-lebih bab ni, sebab aku sendiri pun baru lagi dalam bidang ni, dan tidak pernah pun mengidamkan untuk menjadi seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti.

Kalau dulu, boleh dikatakan hampir setiap hari mesti ada saja posting terbaru kat blog ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, jarak antara satu-satu posting tu pun dah makin jauh, makin jauh, dan makin jauh. Cuma harapnya jangan sampai terkubur sudah la nanti blog ni..huhu (sedihnye pakcik kalau ini terjadi..huk3x)

Bukan apa, kalu dulu semangat berkobar-kobar lagi. Ada tu dalam satu hari pun selamber je posting sampai 2 post. Tapi manusia kan, awalnya saja semangat, bila dah lama-lama ni, semangatnya mula luntur dan hilang sedikit demi sedikit. Ditambah pula dengan kesibukan sebagai pelajar yang bagai sehari demi sehari mahu saja mencemburui masa lapang aku. Lebih-lebih bila dah berada ditahun akhir ni. Dengan projek tahun akhir lagi, memang memenatkan jasmani aku ni. Rohani? Masih mampu rehat ke? Ish34x...(ha..jangan nak sibukkan hal duniawi saja, makanan rohani pun kene cukupkan gak, kene sibukkan diri mencari bekalan akhirat gak..)

Terima kasih, syukran, sye sye (betul ke eja ni? ah, layan je..) aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ni yang sehingga ke hari ini tidak putus-putus dan jemu-jemu untuk menjenguk dan menziarahi. Sesungguhnya setiap pengorbanan fikiran berfikir, hati memandu, iman memutuskan, tangan menaip, mouse digerakkan, lalu jari telunjukmu menekan, mata melilau-lilau membaca isi kandungan dalam blog ini, aku amatlah hargainya dan tiada hadiah berjuta yang mampu aku hulurkan untuk menunjukkan rasa penghargaanku pada kalian semua, cuma apa yang aku mampu ucapkan dengan seikhlas hatiku, TERIMA KASIH SEMUA.
:inlove:

Eh, minggu depan dah nak puasa. Tapi aku taknak cerita apa-apa lagi pasal puasa ni, insyaAllah akan menyusul satu lagi posting sebelum kita sama-sama menyambut ramadhan nanti khas edisi menyambut ramadhan al-mubarak punya. (pakcik, pose tahun lepas ganti dah? eh, bebaik sikit ye jari tu menaip, pakcik pose penuh taw..taw..
:galit:)

* I K H L A S K A N H A T I *

10 contengan diterima:

Bashir IbnDzul on August 27, 2008 at 4:31 PM said...

assalaamu'alaikum..

oh anta baru lagi ek.. tapi macam dah lame je blog ni.. mantap2.. ana punye blog tu wat taun 2006 lagi, tapi mase tu rock lagi, n then bile masuk matriks, jarang update sampai biar camtu je. masuk sem 2 kat U, baru update balik. tapi sayang dah delete lak sume posting 'rock' tu hehe..

~Cinta Cukulet~ on August 27, 2008 at 4:57 PM said...

wah...tahniah dah sampai entry yg ke 100. semaoga lepas nih dapat hasilkan entry yg lebih mantapp lagi :D

cikgu_eya on August 27, 2008 at 5:32 PM said...

orang pertama yang komen utk 100th post...

muahhahahahaha....

inche lysam, btoiii ka puasa pnoh tahun lepas... ^^
Ragu2 plak nak caya... ^^


Tak curi2 makan biskut raya kerr?
Tak curi2 minum air sirap?

Tapi, kalau terlupa, tak batal, kan?
Terlupa.. sempat sentap 2 pinggan nasik dgn 2 cawan air oren ekk.....
oooo.... gituuuuu.. ^^

Lisam on August 27, 2008 at 8:03 PM said...

to kahfi8
w'salam...
ana masih lg merangkak, belum mampu berlari sendiri..
wah, xsgka dulu 'rock'..kan best leh bace posting2 lame tu...

to cinta milo ais
makasih milo ais..
insyaAllah, akanku beri makan secukupnya pd blog ini, moge die cpt2 mmbeso sbg johan...;p

to cikgu_eya
cikgu dah terlepas nak jd 1st commenter...xpe, still in top 3 ;p

adeehh, butul la. dulu mase kecik2 penah le curik2 mkn, tp skrg dah beso, dah nak jd bapak budak dah, xkan nak curik mkn lg..
muahaha....

yela, mkn pat pinggan nasik pn, kalo dah namenye terlupa, still xpe..2 bermakna, rezeki dari Allah nak bg pd kita. bkn senang nak lupa bila pose ni..kan?

(kan best jika diberi peluang untuk lupa seketika mase pose..wa, nikmatnye..ekeke)

iNtAnCtZ on August 28, 2008 at 12:40 AM said...

ni sbnr nyer bukti tok lisam mempunyi sindrom2 kanser jari..xboleh stop addict nak menaip!
=p

apaer pun congrates wat tok la yer..
nak tunggu tok punyer posting poser lak!mesti byk 'ceramah2' kn3~

salam ramadhan tok!

Lisam on August 28, 2008 at 1:34 AM said...

eh eh..sejak bile cik seekerz ni tuko propesen jadik dokter sakit jari jemari lak ni..isk34x

'ceramah2' ? hohoho... cera dalam mas ade, ceramah tade....ekeke

salam romadhon juga buat cik seekrez, juga tak lupa buat sumer rakyat2 negara beta sekalian.. sumer kene pose, sbb beta pon wajib pose taw...

Nurul S Othman on August 30, 2008 at 11:00 AM said...

http://www.langitillahi.blogspot.com/

mari la g cni..
best gak karya dak langit ilahi ni..

Lisam on August 30, 2008 at 5:48 PM said...

owh...mekasih wa syukran ya ukhtisbb sudi brkongsi link.....=)

Bashir IbnDzul on September 2, 2008 at 5:20 PM said...

heh posting mase lame tu more to diary.. lagipun tulis pendek2 je.. just seronok2.. rugi ah pulak dah delete..

Lisam on September 2, 2008 at 6:51 PM said...

2la..kalo smpan, leh bukak balik, tgk balik zaman2 muda dulu cmne...heh

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal