Thursday, August 14, 2008

Taqwa & Berlemah Lembut

Ar-Rifq ertinya sikap lemah lembut, wajah berseri dan lapang dada. Lemah lembut memiliki satu kelebihan dari akhlak2 lain. Maka Allah memberi pujian yang baik kepada org yg memiliki sifat lemah lembut di dunia dan pahala yang melimpah ruah di akhirat. Sifat lemah lembut mempercantik orangnya dan memperindah di mata manusia di sisi Allah.

Sifat2 orang yang bertaqwa:

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab2 samawi yang diturunkan di sisi Allah.
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Mendirikan solat
7. Menunaikan zakat
8. Memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak2 yatim, prang2 miskin, dll.
9. Sabar tatkalam endapatp enderitaan, kesempitan dan tatkala perang.
10. Menepati janji
11. Benar dalam keimanannya kepada Allah
12. Mengagungkan syiar2 Allah swt.
13. Menginfakkan (membelanjakan) harta dalam keadaan lapang dan sempit.
14. Menahan rasa marahMemafkan kesalahan orang lain
15. Beriman kepada hal2 yang ghaib.

nasihat

Berkat bersifat taqwa:

1. Mengambil manfaat dari al-Quran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.
2. Kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada hari kiamat.
3. Memperolehi syurga dan apa yang terkandung di dalamnya
4. Mendapat kecintaan Allah
5. Mendapat perhatian dari Allah
6. memperolehi kejayaan
7. Hilang rasa takut, sedih, dan mendapat khabar gembira di dunia.
8. Terbuka pintu keberkatan dan nikmat dari langit dan bumi.
9. Mendapat apa yang boleh membezakan antara yang hak dan bathil.
10. Mendapat perlindungan Allah
11. Keselamatan dari neraka pada hari kiamat
12. Berkumpul bersama-sama utusan Allah yang terhormat.
13. Kesudahan yang baik.
14. Keampunan dosa.
15. Persahabatan yang menguntungkan pada hari kiamat.
16. Berada di suatu teman yang aman.
17. Kemuliaan di sisi Allah.
18. Mendapat tempat yang disenangi di syurga.
19. Mendapat rahmat, hidayah dan maghfirah dari Allah.
20. Keluar dari kekhuatiran dan kesempatan di dunia dan akhirat.
21. Segala urusan dipermudahkan, segala kesalahan ditutupi dan pahalanya dilpatgandakan.
22. Selamat dari tipu daya org2 yg dengki dan iri hati.
23. Amalannya diterima oleh Allah.
24. Diterima secara ramah dan baik oleh malaikat pada hari kiamat nanti.

Maka jadikanlah sifat lemah lembut sebagai perhiasan dirimu wahai muslimah, yang dapat engakau terapkan terhadap anak2, suami dan tetanggamu. Jadikanlah ia sebagai jalan kehidupanmu agar dapat mencapai apa yang engkau kehendaki.

Repekan admin..

Sedikit pengisian sebelum aku berlepas pulang ke Terengganu untuk menikmati cuti pertengahan semester minggu depan. Gumbiranya hatiku bila boleh balik kampung halaman ni..huhu.. Bukan pe, dah lama rasanya aku ni tak balik rumah. Biarlah baru sebulan lebih pun, tapi bagi aku, selang masa tu dah agak lama dan membikin diriku ini kerinduan sama orang-orang kampungku..hak3x..

Jadi, sebarang masalah berhubung ketidak reply'an mesej kt shoutbox ke, comment kat posting ke, minta maaf banyak-banyak la ye. InsyaAllah, when I came back from my country side next week, I'll try to read and reply all your words. InsyaAllah with Allah's willing....

* H O H O B A L I K K G *

2 contengan diterima:

alleiza on August 15, 2008 at 9:53 PM said...

assalamualaikum..gambar tu muka dpn novel kan...best novel tu tp sempat bc skit je yg kwn punye dulu..tringin nk cari sbuah..kalo terjumpe skitar kl,bgtau ye...insyaAllah..

Pencinta Ilahi on August 22, 2008 at 10:07 PM said...

w'salam..
owh, yeke? tatau lak saye..hehe
insyaAllah jika diizinNya...:D

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal